Anda di halaman 1dari 5

SYAIR NASIHAT : PENGHUJUNG THAMARAT AL-MUHIMMAH

Rangkap

1
2
3
4
5
6
7
8

Syair

Maksud

Tamatlah kitab dikarang orang,


Akalnya pendek ilmunya kurang,
Daripada sangat hajatku Gerang,
Diperbuat juga sebarang-barang

Penyair berkata bahawa sebuah cerita


telah ditulis oleh seseorang yang cetek
pengetahuannya (penulis bersifat
rendah diri) mengikut firasat penyair
sehingga buku itu ditulis sesuka hati.

Melepaskan hati yang terbuku


Pengajaran kepada sekalian anakku
Mudah-mudahan betul tingkah dan
laku
Perangai yang baik biar terpaku

Penyair berkata bahawa dia menulis


syair ini untuk meluahkan perasaan
yang tersimpan di dalam hati agar dapat
dijadikan pedoman demi menjaga
tingkah laku.

Dengarkan tuan ayahanda berperi,


Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajika ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri.

Penyair menasihati anaknya yang


bijaksana agar mengamalkan nasihat
yang akan disampaikannya di samping
menjauhi sikap malas.

Ayuhai anakanda muda remaja,


Jika anakanda menjadi raja,
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajinpada bekerja.

Penyair berkata bahawa jika anaknya itu


menjadi pemerintah, dia hendaklah
bertindak dengan betul dan rajin bekerja
pada sepanjang masa.

Kerja kebajikan janganlah malas,


Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.

Penyair juga menasihati anaknya lagi


supaya rajin berbuat kebajikan dan hati
perlulah ikhlas dan bersih dalam apaapa perkara yang dilakukannya.

Menuntut ilmu janganlah segan,


Ilmuyang benar jangan yang bukan,
Iaitu ilmu yang kebajikan,
Di kitab ini sudah disebutkan.

Penyair menasihati anaknya agar tidak


bersikap malu jika hendak menuntut
ilmu dan ilmu yang dituntut itu perlulah
ilmu yang betul seperti yang telah
tertulis dalam kitab suci.

Hendaklah anakanda mengaji selalu,


Dari yang lain lebihkan dulu,
Had syarak jangan dilalu,
Tidaklah anakanda beroleh malu.

Penyair menasihati anaknya agar rajin


mengaji dan amalan ini perlu
diutamakan daripada yang lain kerana
hukum-hukum Islam tidak boleh
dilanggar supaya tidak menanggung
malu.

Segala perbuatan dengan berilmu,


Maka kebajikan boleh bertemu,
Jika sebarang-barang diramu,
Akhirnya anakanda jatuh tersemu.

Penyair berkata bahawa setiap


perbuatan yang ingin dilakukan perlu
berpandukan ilmu pengetahuan supaya
tidak tersasar dan tidak terjerumus
dalam perkara yang tidak elok.

9
Rangkap

10
11
12
13
14
15
16

Ilmu itu besar faedahnya,


Membezakan hak dengan batilnya,
Mengetahui rakyat benar salahnya,
Supaya dihukum dengan adilnya.

Syair

Penyair berkata kepada anaknya yang


bakal menjadi raja bahawa ilmu
pengetahuan dapat membezakan
perkara yang salah dan yang benar
demi menjatuhkan hukuman dengan
adil.
Maksud

Jika ilmu tidak diendah,


Sebab anakanda capak permudah,
Takyat datang membawa gundah,
Anakanda tercengang tunduk
terngadah.

Penyair berkata bahawa ilmu pengetahuan


tidak boleh dianggap remeh jika ingin
menjadi pemerintah kerana masalah
rakyat tidak dapat diselesaikan lantaran
tiada ilmu pengetahuan.

Hendak menghukumkan tiada tahu,


Hendak diam hati tak mahu
Berpeluk tubuh tangan ke bahu
Mengeluh mengucap mengata Allahu

Penyair berkata bahawa seseorang yang


tidak berilmu tidak dapat menjalankan
tugas dengan baik dan hanya mampu
berpeluk tubuh dan meminta hidayah
Tuhan.

Terkadang duduk mendiamkan diri


Sepatah tidak mengeluarkan peri
Penat duduk bangkit berdiri
Lalu masuk ke dalam puri

Penyair berkata bahawa seseorang anak


raja yang yang tidak berilmu hanya
mampu berdiam diri tanpa berani berkata
apa-apa lalu membawa diri pulang ke
istana.

Orang berdakwa duduk menanti,


Serta dengan bersakit hati,
Hairan takjub tidak mengerti,
Sebab bicaranya belum pasti.

Penyair berkata bahawa orang yang


melaporkan dakwaan pula duduk
menunggu keputusan daripada seseorang
anak raja yang tidak berkeputusan yang
pasti.

Terkadang dihukumkan dengan biladah


Bukannya syarak bukannya adah
Ambil lekas jalan yang mudah
Supaya jangan berhati gundah

Penyair berkata bahawa seseorang raja


yang tidak berilmu pengetahuan akan
mengambil jalan mudah dengan
menghukum sesuka hati demi kepentingan
diri.

Jika demikian apa jadinya,


Hukum tak betul dengan jalannya,
Di hadapan majlis di terimanya,
Di belakang kelak diumpatnya.

Penyair berkata bahawa seseorang raja


yang menjatuhkan hukuman yang tidak
adil pula akan diterima oleh rakyat yang
menghadap tetapi akan diumpat pula.

Jika yang benar kita hukumkan,


Di belakang jangan kita hiraukan,
Umpat dan puji kita biarkan,

Penyair berkata bahawa seseorang raja


yang menjatuhkan hukuman yang adil
tidak perlu takut akan umpatan waima

17
18

Kepada Allah kita syaksikan.

pujian kerana semuanya diserahkan


kepada Tuhan.

Jika anakanda menjadi menteri,


Orang berilmu anakanda hampiri,
Lawan bermesyuarat lawan berperi,
Supaya pekerjaan jadi ugahari.

Penyair berkata bahawa anaknya wajar


mendekati manusia yang berilmu jika ingin
menjadi pemimpin agar dapat
bermesyuarat dengan kata-kata yang
bernas.

Hendaklah periksa adabnya wazir,


Di dalam kitab sudah terukir,
Hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir,
Supaya jangan jadi tergelincir.

Penyair berkata bahawa anak raja


mestilah menjaga tingkah laku dan
mengetahui adab dan adat supaya tidak
terlibat dalam pekerjaan yang tidak baik.

TEMA
Tema syair ini ialah nasihat daripada seorang ayah kepada anak yang bakal menjadi
pemimpin negara. Nasihat ini penting agar anaknya tidak menjejaskan kedudukannya
sebagai seorang raja.
Di samping mendapat keyakinan daripada rakyat, tugas negara dapat dijalankan dengan
baik.
Oleh hal yang demikian, ilmu pengetahuan amat penting kepada seseorang anak raja untuk
memimpin negara dan menjadi suri teladan yang baik kepada rakyat,.
PERSOALAN
(a) Kepentingan sifat rendah diri dalam kalangan penulis.
(b) Luahan perasaan dalam bentuk puisi.
(c) Kebijaksanaan memimpin negara.
(d) Sifat malas yang memakan diri.
(e) Kerajinan bekerja demi negara.
(f) Keikhlasan dalam segala urusan.
(g) Kegigihan menuntut ilmu demi masa depan.
(h) Kepentingan ilmu dalam kehidupan.
(i) Ilmu pengetahuan dapat dimanfaatkan untuk mengatasi masalah.
(j) Didikan agama menjadi benteng kehidupan manusia.
(k) Pembelaan nasib rakyat melalui raja yang berilmu pengetahuan.
(l) Kepentingan menjaga tingkah laku diri.
Usaha membentuk sikap anak supaya mempunyai tingkah laku yang baik
Contoh: Ayahanda menasihati anaknya yang masih muda supaya membaiki sikap dan
mengamalkan budi pekerti yang mulia.
Keperibadian tinggi yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin
Contoh: Ayahanda menasihati anaknya supaya jangan malas, perlu amanah dan adil dalam
menjalankan hukuman.

Kepentingan ilmu dalam mentadbir urus negara.


Contoh: Ayahanda menasihati anaknya supaya rajin menuntut ilmu termasuk ilmu agama
supaya tidak dipandang serong.
Kepentingan ilmu agama dalam kehidupan.
Contoh: Ayahanda menasihati anaknya mendalami ilmu agama agar berada di landasan
yang betul.
Sikap pemimpin yang bijak membuat keputusan.
Contoh: Ayahanda menasihati anaknya supaya berfikir dengan mendalam sebelum
melakukan sesuatu tindakan.
GAYA BAHASA
(a) Sinkope
Buktinya, daripada sangat hajatku gerang, pengajaran kepada sekalian anakku, hendak
diam hati tak mahu, hukum tak betul dengan jalannya,
(b) Imej alam atau imejan
Buktinya, seperti air di dalam gelas.
(c) Responsi
Buktinya, Dengarkan tuan ayahanda berperi, nasihat kebajikan ayahanda beri, Ayuhai
anakanda muda remaja, jika anakanda menjadi raja, Kerja kebajikan janganlah malas, zahir
dan batin janganlah culas, ilmu yang benar jangan yang bukan, iaitu ilmu yang kebajikan
(d) Simile
Buktinya, seperti air di dalam gelas.
(e) Peribahasa
Buktinya, berpeluk tubuh tangan ke bahu,
(f) Anafora
Buktinya, di hadapan majlis diterimanya, di belakang kelak diumpatnya.
(g) Bahasa asing, Arab
Buktinya, kitab, zahir, syarak, adah, biladah, Allahu
(h) Bahasa sastera lama
Buktinya, lalu masuk ke dalam puri. supaya pekerjaan jadi ugahari. Hendaklah periksa
adabnya wazir,
NILAI MURNI
(a) Kebijaksanaan
(b) Rasional
(c) Kegigihan
(d) Kepercayaan kepada Tuhan
(e) Berhemah tinggi
(f) Keadilan
(g) Keberanian
(h) Bertanggungjawab
(i) Amanah
(j) Cinta akan negara
(k) Ketegasan

PENGAJARAN
(a) Kita mestilah bijak memanfaatkan ilmu pengetahuan untuk kegunaan masa depan.
(b) Kita mestilah menulis puisi dengan pemikiran yang rasional agar isinya dalam
dimanfaatkan oleh pembaca. (c) Kita hendaklah gigih menimba ilmu demi berkhidmat
kepada negara.
(d) Kita hendaklah bersifat rendah diri agar diterima oleh masyarakat.
(e) Kita mestilah adil dalam perbicaraan jika bertugas sebagai pemimpin.
(f) Kita mestilah berani menegakkan kebenaran dengan ilmu dan bukti yang bernas.
(g) Kita mestilah bertanggungjawab dalam tugasan yang diamanahkan kepada kita.
(h) Kita mestilah amanah dalam tugas demi kelancaran sistem pentadbiran negara.
(i) Kita mestilah bersemangat cinta akan negara dan sedia untuk berkorban demi negara.
(j) Kita mestilah tegas dalam pendirian demi membuktikan kekukuhan jati diri sebagai
pemimpin negara.
(k) Kita mestilah sedar bahawa segala perbuatan kita akan diadili Tuhan.
(l) Kita mestilah mendengar nasihat ibu bapa demi kebaikan kita.

Anda mungkin juga menyukai