Anda di halaman 1dari 3

Syair Maksud

Dengarkan tuan ayahanda berperi,


Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajika ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri.


Nasihat yang diberi oleh ayah
perlu dituruti dan janganlah
mengamalkan sikap malas.


Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda menjadi raja,
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajinpada bekerja.

Seseorang yang dilantik menjadi
pemimpin mestilah memiliki hati
yang mulia dan komited
terhadap tugas yang
diamanahkan.

Kerja kebajikan janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Seperti air di dalam gelas.


Kerja kebajikan yang dilakukan
perlulah ikhlas dan jangan
mengharapkan kepada
pembalasan.

Menuntut ilmu janganlah segan,
Ilmuyang benar jangan yang bukan,
Iaitu ilmu yang kebajikan,
Di kitab ini sudah disebutkan.


Ilmu perlu rajin dituntut. Jangan
pula kita menuntut ajaran sesat
atau ajaran salah.
Hendaklah anakanda mengaji selalu,
Dari yang lain lebihkan dulu,
Had syarak jangan dilalu,
Tidaklah anakanda beroleh malu.


Ilmu perlu diutamakan
terutamanya hukum-hukum
syarak demi mengelakkan aib.


Segala perbuatan dengan berilmu,
Maka kebajikan boleh bertemu,

Tindakan perlu didasarkan
kepada pengetahuan supaya
Jika sebarang-barang diramu,
Akhirnya anakanda jatuh tersemu.
membawa kepada kebaikan dan
kebajikan untuk mengelakkan
kejatuhan.


Ilmu itu besar faedahnya,
Membezakan hak dengan batilnya,
Mengetahui rakyat benar salahnya,
Supaya dihukum dengan adilnya.

Ilmu yang baik akan menjurus
kepada keadilan dan
kebenaran. Hal ini akan dapat
membezakan antara perkara
yang benar dan yang salah.


Jika ilmu tidak diendah,
Sebab anakanda capak permudah,
Takyat datang membawa gundah,
Anakanda tercengang tunduk terngadah.



Jika ilmu tidak dituntut atau
diambil mudah akan
menjerumuskan seseorang atau
negara ke lembah kehancuran.

Tema : Nasihat kepada pemimpin agar memimpin negara dengan jujur dan ikhlas.
Pantun ini terdiri daripada lapan rangkap.
Setiap rangkap mengandungi empat baris.
Jumlah perkataan empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan
hingga sebelas suku kata dalam satu baris
Rima akhir tetap iaitu a,a,a,a.


Gaya Bahasa Contoh
Inversi Menuntut ilmu janganlah segan, (R4,B1)
Simile Seperti air di dalam gelas. (R3,B4)
Kata Ganda Jika sebarang-barang diramu, (R6,B3)

Unsur Bunyi Contoh
Asonansi Jika anakanda menjadi raja, (R2,B2)
Aliterasi Amalkan jangan malas dan ngeri.(R1,B4)

Anda mungkin juga menyukai