Anda di halaman 1dari 3

Syair Nasihat

Penghujung Thamarat Al-Muhimmah


Rangkap 1
Ayahanda menyatakan usaha mengarang kitab telah selesai. Beliau merasakan dirinya
kurang bijak dan ilmunya masih cetek. Ayahanda telah menghasilkan kitab ini daripada
hatinya yang sering bimbang dan geram. Usaha mengarang telah dilaksanakan dengan
bersungguh-sungguh.
Rangkap 2
Ayahanda telah meluahkan perasaannya yang terpendam untuk dijadikan ikhtibar
kepada anakandanya. Ayahanda juga berharap agar anakandanya dapat memperbaiki
sikap dan mengamalkan nilai budi perketi mulia.
Rangkap 3
Nasihat yang diberi oleh ayahanda perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap
malas.
Rangkap 4
Seseorang yang dilantik menjadi pemimpin mestilah memiliki hati yang mulia dan
komited terhadap tugas yang diamanahkan.
Rangkap 5
Kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada
pembalasan.
Rangkap 6
Ilmu perlu rajin dituntut. Jangan pula kita menuntut ajaran sesat atau ajaran salah.
Rangkap 7
Ilmu perlu diutamakan terutamanya hukum-hukum syarak demi mengelakkan aib.
Rangkap 8
Tindakan perlu berdasarkan pengetahuan supaya membawa kebaikan dan kebajikan
untuk mengelakkan kejatuhan sesebuah kerajaan.
Rangkap 9
Ilmu yang baik akan menjurus kepada keadilan dan kebenaran. Hal ini akan dapat
membezakan antara perkara yang benar dan yang salah.
Rangkap 10
Jika ilmu tidak dituntut atau diambil mudah, ilmu tersebut akan menjerumuskan
seseorang atau negara ke lembah kehancuran.

Rangkap 11
Walaupun tidak mahir tentang hukum agama, janganlah kita berdiam diri dan
membiarkan sesuatu perkara itu begitu sahaja. Sebaliknya, kita harus berusaha
mempelajarinya dan memohon pertolongan dari Allah Maha Yang Esa.
Rangkap 12
Ayahanda mengingatkan anakandanya, jika menjadi pemerintah janganlah hanya
duduk tanpa melaksanakan tanggungjawab. Jangan hanya duduk berehat-rehat di
dalam istana.
Rangkap 13
Orang yang mengadu sesuatu masalah akan berasa sakit hati kerana sikap pemimpin
yang tidak pandai membuat keputusan tentang perkara yang diadukan kepada
pemimpin mereka.
Rangkap 14
Ada kalanya kita bercakap tentang sesuatu perkara menggunakan cara yang mudah
tanpa mengambil kira hukum agama yang sebenar. Kita digesa agar setiap perkara
yang kita lakukan hendaklah berpandukan hukum agama supaya kita tidak tersesat dan
merana kemudian hari.
Rangkap 15
Jika sesuatu perkara dilakukan tanpa mengikut hukum agama pasti orang lain akan
mengata di belakang kita walaupun di hadapan kita mereka tidak berkata apa-apa.
Rangkap 16
Perkara yang benar perlulah kita tegakkan tanpa menghiraukan kara-kata pujian atau
cacian orang lain kerana Allah sentiasa menjadi saksi atas segala perbuatan kita.

Tema
Nasihat kepada pemimpin agar memimpin negara dengan sebaik-baiknya berpandukan
hukum syarak.
Contoh: Ayahanda berpesan kepada anakandanya agar memerintah negara dengan
berpandukan hukum syarak kerana setiap sesuatu yang dilakukan disaksikan oleh
Allah.

Persoalan:
1. Usaha membentuk sikap anak supaya mempunyai tingkah laku yang baik
Contoh: Ayahanda menasihati anaknya yang masih muda supaya membaiki
sikap dan mengamalkan budi pekerti yang mulia.
2. Keperibadian tinggi yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin
Contoh: Ayahanda menasihati anaknya supaya jangan malas, perlu amanah
dan adil dalam menjalankan hukuman.
3. Kepentingan ilmu dalam mentadbir urus negara.
Contoh: Ayahanda menasihati anaknya supaya rajin menuntut ilmu termasuk
ilmu agama supaya tidak dipandang serong.
4. Kepentingan ilmu agama dalam kehidupan.
Contoh: Ayahanda menasihati anaknya mendalami ilmu agama agar berada di
landasan yang betul.
5. Sikap pemimpin yang bijak membuat keputusan.
Contoh: Ayahanda menasihati anaknya supaya berfikir dengan mendalam
sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Anda mungkin juga menyukai