Anda di halaman 1dari 4

PIMK2012

Pengajian Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Menengah dan Kaedah Penulisan Jawi

SKOP KAJIAN
Konsep pendidikan formal dan tidak formal
Aspek pendidikan tidak formal
Kaedah pendidikan tidak formal
Institusi pendidikan formal dalam masyarakat Melayu tradisional
Peranan istana sebagai pusat pendidikan
Pelaksanaan pendidikan di masjid dan surau
Ciri sistem pondok
Ciri sistem madrasah

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal masyarakat Melayu
tradisional ?
Pendidikan awal atau asuhan keluarga.
Berlaku di peringkat institusi keluarga.
Menekankan pengajaran nilai-nilai moral.
Dipelajari melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.

(b) Nyatakan aspek yang diberi penekanan dalam pendidikan tidak formal.
Nilai-nilai moral
Kemahiran pekerjaan
Hal-hal yang berhubung dengan agama
Nilai-nilai budaya yang murni
Pantang larang
Adat istiadat
(c) Mengapakah aspek tersebut sangat ditekankan dalam pendidikan tidak formal ?

Melahirkan masyarakat yang mematuhi ajaran agama


Menanam sifat murni dalam kalangan masyarakat
Memupuk perpaduan dalam masyarakat
Menyemai semangat kekitaan dalam masyarakat
Melahirkan masyarakat yang mematuhi norma masyarakat
Menghormati budaya Melayu
Mana-mana jawapan munasabah

(d) Bagaimanakah pendidikan tidak formal disampaikan dalam masyarakat Melayu


tradisional ?
Disampaikan melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.
Disampaiakn melalui teguran secara langsung
Mengajar nilai-nilai moral.
Disampaikan melalui kaedah bercerita
Diserapkan melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan cerita jenaka.
Disampaikan melalui pergaulan sosial
Disampaikan dalam pantang larang, adab dan adat istiadat.
Disampaikan menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki.

(e) Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan tidak formal perlu diberi keutamaan
seiring dengan pendidikan formal ?
Supaya melahirkan manusia yang seimbang antara rohani dan jasmani
Agar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan
Supaya nilai-nilai masyarakat dapat dipertahankan
Agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan budaya asing
Supaya masyarakat dapat menilai antara unsur baik dan buruk
Melahirkan insan yang mempunyai minda kelas pertama
Agar dapat melahirkan insan yang berfikir di luar kotak

(a) Apakah fungsi istana sebagai pusat pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional ?
Pusat pengajian agama.
Tempat ulama berbincang hal agama.
Tempat mengembangkan ilmu tasawuf.
Tempat menyimpan buku-buku hikayat.
Tempat mempelajari ilmu politik dan pentadbiran.

(b) Bagaimanakah pengajian ilmu agama dijalankan di masjid dan di surau ?


Pada sebelah siang, masjid tempat kanak-kanak mengaji.
Kanak-kanak mengaji al-Quran, ilmu fikah, dan fardu ain.
Sebelah malam, masjid tempat orang dewasa mengaji.
Orang dewasa juga belajar perkara berkaitan keagamaan
tetapi tahapnya lebih tinggi daripada tahap kanak-kanak.
Mereka mengaji ilmu fikah, usuluddin, hadis dan tasawuf

(c) Nyatakan ciri sistem pendidikan pondok.


Menekankan ilmu agama.
Bertujuan melahirkan guru agama.
Bertujuan melahirkan pelajar yang boleh berkhidmat kepada masyarakat.
Tidak mempunyai batasan waktu.
Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian.
(d) Sebutkan pusat pengajian pondok yang muncul di Tanah Melayu selepas kedatangan
Islam
Pondok Pulai Chondong
diasaskan oleh Haji Abdul Samad bin Abdullah
Pondok Kutan
dibuka oleh Haji Mohamad bin Salleh
Pondok Pulau Manis
dibuka oleh Syeikh Abdul Malik bin Abdullah
Pondok Titi Gajah
dibuka oleh Haji Muhamad Taib
Pondok Langgar
dibuka oleh Haji Muhamad Nor

(e) Mengapakah sistem madrasah dianggap sebagai sistem pendidikan formal masyarakat
Melayu tradisional yang paling sistematik ?
Menggunakan sukatan pelajaran.
Dijalankan secara kelas.
Dilaksanakan mengikut tahap permulaan, pertengahan dan pengkhususan.
Diawasi oleh mudir (guru besar)
Diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai