Anda di halaman 1dari 3

Perindustrian

Tahun 1997
Soalan 3
Apakah faktor-faktor yang menjanakan perkembangan pesat sektor industri
pembuatan di negara-negara Asia Pasifik pada masa ini? [12m]
Faktor yang menjanakan perkembangan pesat sektor industri pembuatan di Negaranegara Asia Pasifik pada masa ini ialah dari segi fizikal. Keadaan bentuk muka bumi
menggalakkan pembinaan kilang dalm sektor pembuatan. Hal ini kerana kos lebih rendah.
Keadaan pantai yang panjang dan keadaan perairan yang dalam di negara kita telah
menggalakkan pembinaan pelabuhan yang dapat memajukan sektor pembuatan melalui
peningkatan kegiatan eksport dan import. Sektor pembuatan berkembang maju di kawasan
yang berhampiran dengan pelabuhan kerana kos pengangkutan yang lebih rendah. Sebagai
contoh, pertumbuhan kilang di sekitar Pelabuhan Klang dan Pasir Gudang.
Sumber bahan mentah juga merupakan faktor menjanakan perkembangan pesat
dalamnya. Banyak sumber bahan mentah seperti bijih timah, petroleum dan kayu- kayan yang
didapati di Negara kita menggalakkan sektor pembuatan yang berasaskan sumber seperti
industri piuter, industri petrokimia dan industri perabot.
Selain itu, faktor dasar atau polisi kerajaan merupakan factor yang menjanakan
perkembangan pesat sektor pembuatan di Negara-negara Asia Pasifik pada masa ini. Sektor
pembuatan telah dikembangkan dengan mengadakan pomosi, galakan pelaburan, pemberian
taraf perintis, mewujudkan zon dagangan bebas (FTZ), dan lain-lain intensif disamping
memperbaiki kemudahan asas dan perkhidmatan. Dengan adanya galakan-galakan ini,
pelaburan dari luar negara dan dalam negara kian meningkat dalam sektor pembuatan dan
telah memberikan sumbangan terbesar kepada KDNK Malaysia.
Faktor modal turut memainkan peranan penting dalam mengembangkan sektor
industri pembuatan di Asia Pasifik. Kestabilan politik jangka panjang telah menarik
kemasukkan modal asing untuk melabur didalam pelbagai jenis industri perkilangan di
Malaysia. Dana tempatan pula daripada pinjaman kerajaan dan intitusi kewangan setempat
juga semakin meningkat. Kilang-kilang dapat didirikan di jaluran atau koridor industri pantai
barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia dengan modal yang ada.
Di samping itu, faktor teknologi juga memainkan peranan penting dalam
mengembangkan sector industry pembuatan di Asia Pasifik. Dengan adanya kemajuan
teknologi, pemindahan teknologi, kepakaran, dan R&D dibidang perkilangan dalam pelbagai
peringkat pengeluaran akan mengembangkan sektor ini. Peningkatan teknologi ini
membolehkan pengeluaran kilang menjadi lebih berkualiti dan menjamin permintaan yang
tinggi di pasaran.
Faktor buruh juga penting dalam sektor pembuatan. Penawaran buruh tempatan yang
murah dan banyak khususnya yang berkaitan dengan operator pengeluaran menjadi daya
tarikan pelabur untuk menanam modal dalam sektor perindustrian. Penawaran buruh yang
murah akan menjimatkan kos pengeluaran perindustrian. Penawaran buruh murah di

Malaysia, adalah dari kalangan penduduk muda yang menjadi sebahagian besar komposisi
penduduk Malaysia. Contonya kilang-kilang elektronik banyak menggunakan tenaga buruh
wanita sebagi operator pengeluaran.
Akhirnya, faktor pasaranjuga telah memainkan peranan penting dalam sektor
pembuatan di Asia Pasifik. Saiz pasaran yang luas dari dalam dan luar negara terhadap
produk perkilangan mempengaruhi perkembangan sektor perkilangan. Pasaran pula
bergantung kepada saiz penduduk, kuasa beli pengguna serta kualiti barangan industri yang
dikeluarkan. Keluaran barangan industri di Malaysia bukan sahaja berkualiti malaah begitu
kompetetif untuk bersaing di pasaran antarabangsa. Contohnya Malaysia menjadi
pengeluaran terbesar alat hawa dingin di dunia dan mendapat pasaran yang cukup baik di
negara-negara timur tengah. Produk yang lain juga telah berjaya dipasarkan dengan meluas di
Amerika Syarikat, pasaran negara Eropah dan lain-lain.

Mengapakah negara-negara Asia Pasifik perlu bekerjasama untuk terus meningkatkan


kemajuan sektor industri pembuatan? [13m]
Negara-negara Asia Pasifik perlu bekerjasama untuk terus meningkatkan kemajuan
sector industri pembuatan kerana mereka akan saling memperoleh keuntungan dalam konteks
perdagangan antara negara. Contohnya maklumat pasaran dan data perdagangan serantau
dengan mudah dan cepat diperoleh dan digunakan semua negara dengan adanya projek
Jalinan Maklumat Elektronik APEC yang dihubungkan menerusi sistem perhubungan global
yang beribu pejabat di Singapura. Semua data boleh digunakan oleh semua negara APEC
dengan mudah dan cepat.
Selain itu, untuk saling memperolehi keuntungan dari segi perluasan saiz pasaran,
Negara-negara Asia Pasifik perlu bekerjasama untuk meningkatkan kemajuan sector industri
pembuatan. Kesan-kesan positif melalui perluasan pasaran boleh dinikmati oleh semua
negara anggota APEC menerusi pertambahan penduduk serantau dan peningkatan kuasa beli
yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh dijual ke serata dunia. Kuasa-kuasa
pasaran negara APEC boleh diketahui dengan mudah.
Negara-negara Asia Pasifik perlu bekerjasama untuk terus meningkatkan kemajuan
sektor industri pembuatan bagi memperolehi peluang perkongsian teknologi, R&D dan
inovasi baru dalam pelbagai bidang seperti bidang tenaga, telekomunikasi, pelancongan,
pengangkutan dan lain-lain. Negara-negara APEC yang kurang maju boleh menikmati
keuntungan pemindahan teknologi dari negara yang lebih maju.
Negara Asia Pasifik telah saling menguntungkan dari segi perkongsian pelaburan
modal atau kewangan bagi menerusi pelbagai konsep dan kaedah yang diperkenalkan seperti
pelaburan silang dan pelaburan bersama.
Selain itu, untuk memperolehi keuntungan dalam konteks pengairan buruh dan
kepakaran mereka telah meningkatkan kemajuan sektor industri pembuatan dengan terus
bekerjasama. Hal ini demikian, kekurangan buruh dan kepakaran alam sesebuah negara boleh
ditampung oleh negara lain melalui pelbagai bentuk kerjasama seperti latihan lanjutan luar
negara pinjaman tenaga pakar dan sebagainya.
Akhirnya, Negara-negara Pasifik bekerjasama untuk memperoleh keuntungan dalam
konteks pembangunan sumber alam sekitar yang lestari. Pengurusan dan penjagaan alam
sekitar di negara masing-masing akan menjadi lebih mapan menerusi pertukaran maklumat
dan teknologi terkini. Isu-isu alam sekitar serantau seperti pencemaran laut, jerebu dan lainlain akan ditangani bersama.

Anda mungkin juga menyukai