Anda di halaman 1dari 4

Sejarah dan Konsep Pendidikan Alam Sekitar

Menurut Asas Pembentukan Sekolah Lestari (2004), Pendidikan Alam Sekitar


didefinisikan sebagai pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam
sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan
bertanggungjawab ke arah kelestarian kehidupan di bumi.

Pendidikan Alam Sekitar menggalakkan kesedaran dan keprihatinan terhadap


ekonomi, sosial, politik dan saling bergantungan ekologikal di bandar dan luar
bandar. Ia juga menyediakan peluang kepada semua orang untuk memperoleh
pengetahuan, nilai, sikap, komitmen dan kemahiran untuk melindungi dan
memperbaiki alam sekitar. Selain itu, Pendidikan Alam Sekitar juga menghasilkan
corak tingkah laku baharu terhadap alam sekitar dalam kalangan individu, kumpulan
dan masyarakat seluruhnya.

Pendidikan Alam Sekitar mempunyai sejarah dan konsepnya daripada beberapa


tokoh. Menurut Persidangan Stockholm, ia diadakan pada 5-16 Jun 1972 yang
bertempat di Stockholm, Sweden. Persidangan tersebut bertema “Prinsip dan Alam
Sekitar Manusia”, iaitu Human Environment and Principles. Persidangan tersebut
telah dianjurkan oleh United Nations. Tujuan persidangan tersebut diadakan adalah
untuk mencapai keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan bagi mencari
penyelesaian terhadap situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin hari semakin
bertambah.

Selain itu, Persidangan Tbilisi diadakan pada 14 hingga 26 Oktober 1977 yang
bertempat di Tbilisi, Georgia. Ia dianjurkan oleh United Nations Education, Scientific
and Cultural Organization (UNESCO) dengan kerjasama U.N.Environment
Programme (UNEP). Ia merupakan Persidangan Pendidikan Alam Sekitar yang
pertama di dunia. Dalam persidangan ini, garis panduan, matlamat, serta objektif
Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dan latihan dalam pra-perkhidmatan
bagi guru-guru telah diputuskan. Terdapat lima objektif yang ditetapkan dalam
Pendidikan Alam Sekitar, iaitu kesedaran, pengetahuan, sikap, kemahiran dan
penglibatan. Kesedaran bermaksud membantu kumpulan sosial dan individu
memperoleh kesedaran dan sensitiviti terhadap alam sekitarseluruhnya dan
permasalahan alam sekitar; Pengetahuan bermaksud membantu kumpulan sosial
dan individu memperoleh pelbagai jenis pengalaman dan kefahaman asas terhadap
alam sekitar dan permasalahan alam sekitar; Sikap bermaksud membantu kumpulan
sosial dan individu memperoleh satu set nilai dan perasaan keprihatinan terhadap
alam sekitar dan motivasi untuk aktif terlibat dalam pemeliharaan dan pembaikan
alam sekitar; Kemahiran bermaksud membantu kumpulan sosial dan individu
memperoleh kemahiran untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah alam
sekitar; Penglibatan bermaksud menyediakan peluang kepada kumpulan sosial dan
individu terlibat secara aktif pada semua peringkat bagi menghasilkan resolusi
terhadap masalah alam sekitar.

Malta telah diadakan pada tahun 1991. Ia merupakan Seminar Latihan Alam Sekitar
kesinambungan dari persidangan Tbilisi. Seminar ini mengesyorkan matlamat utama
Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk membantu masyarakat untuk menyedari dan
memahami isu-isu alam sekitar, menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam
usaha mengatasi isu-isu alam sekitar serta meningkatkan kualiti alam sekitar dan
kehidupan manusia.

Tambahan pula, dalam Laporan Kabinet Kerajaan Malaysia (1979) ditubuhkan


untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan serta memperbaiki
pelaksanaan dan melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin
serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara.
Dalam laporan ini, ia memutuskan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar Merentas
Kurikulum dalam Struktur KBSR dan KBSM dengan melalui mata pelajaran Alam dan
Manusia atau Kajian Tempatan bermula dari Tahun Empat di sekolah rendah.

Deklarasi Langkawi (1989) dikeluarkan semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan


Negara Komanwel Ke Sepuluh (CHOGM). Dalam mesyuarat tersebut, ketua-ketua
kerajaan telah menyenaraikan isu-isu utama alam sekitar seperti kesan rumah hijau,
kerosakan dan penipisan lapisan ozon, pencemaran dan lain-lain. Mereka telah
membincangkan prosedur membuat keputusan yang sesuai untuk bertindak balas
terhadap keperluan perlindungan alam sekitar, membantu negara-negara yang
sedang membangun untuk mendapatkan dan memindahkan teknologi alam sekitar
yang diperlukan, mengambil kira cadangan bagi pembentukan Tabung Melindungi
Planet / Tabung Alam Sekitar Antarabangsa, menyokong usaha-usaha mencegah
pencemaran laut termasuk larangan pembuangan sisa toksik ke dalam laut serta
menghalang dan menghadkan amalan-amalan penangkapan ikan yang boleh
mengakibatkan kemusnahan alam.

Sejarah dan Konsep Pembangunan Lestari

Konsep Pembangunan Lestari bermaksud kemampuan untuk memberi sokongan


untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain
di planet ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan untuk hidup
secara berterusan dalam semua jenis benda hidup. Penekanan diberikan kepada
keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem
semula jadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi.
Pembangunan Lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk
menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam
semulajadi. Pembangunan dikatakan lestari apabila terdapat imbangan antara
sumber yang digunakan dengan sumber yang boleh dihasilkan semula, sumber
dalam keadaan baik sebelum dan selepas digunakan, integriti dan diversiti sistem
semula jadi dikekalkan atau dipulihkan, dapat memelihara alam dan mewujudkan
komuniti yang berbudaya serta setiap generasi dapat memberi atau mengekalkan
hak generasi yang akan datang. Terdapat 4 jenis akta yang berkaitan dengan
pembangunan lestari, iaitu Akta Perhutanan Negara 1984, Akta Taman Negara 1980,
Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

Menurut Laporan Brundtland 1987, Suruhanjaya Dunia mengenai Alam Sekitar dan
Pembangunan (WCED), yang telah ditubuhkan pada tahun 1983, menerbitkan
laporan bertajuk «masa depan bersama kami». Dokumen ini dikenali sebagai
«Laporan Brundtland» selepas pengerusi Suruhanjaya tersebut, Gro Harlem
Brundtland. Ia membangunkan prinsip-prinsip panduan untuk pembangunan
mampan (sustainable development). Menurut laporan tersebut, Pembangunan
Lestari ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang
tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan.
Pembangunan bandar yang lestari harus dijalankan dengan mengambil kira
keupayaan menampungnya: pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan dan
kadar pencemaran yang dicetuskn ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya serta
mengambil kira keadilan sosial, keperluan asas manusia, kesihatan awam,
kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai
pembangunan lestari adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Oleh itu, aktiviti
ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan
daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil menjadi penting.

Dalam Agenda 21, ia merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh
Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNCED) sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi)
pada 1992. Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan
oleh negara-negara anggota PBB, iaitu mengadakan laporan khusus (tahunan) dan
serahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan ini juga mengandungi
kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat Agenda 21, halangan dan cabaran
yang dihadapi serta isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang berkaitan. Agenda
21 telah menggalakkan semua negara mempertahankan alam sekitar masing-
masing, memperbaiki kesihatan manusia dan mengatasi masalah kemiskinan,
merupakan satu pelan tindakan komprehensif yang akan dilaksanankan secara
global, menggalakkan semua negara mengurangkan pencemaran alam, mengawasi
hasil-hasil bumi serta menjaga habitat semula jadi dan hidupan liar.

Tumpuan Agenda 21 dan kaitan pembangunan lestari dengan pendidikan alam


sekitar seperti penambahbaikan pendidikan asas, mengorientasi program pendidikan
untuk pembangunan lestari, kesedaran orang awam dan pengwujudan peluang
latihan untuk kesedaran dan amalan. Pendidikan untuk Pembangunan Lestari
merupakan satu wawasan pendidikan yang memberikan kuasa kepada orang ramai
untuk memegang tanggungjawab dalam mencipta masa depan yang lestari.
Pemahaman dan wawasan bagi kelestarian adalah berbeza bagi setiap orang dan
kita perlu bekerjasama untuk berunding tentang proses mencapai kelestarian itu.
Ramai yang terlibat secara tidak langsung dalam pembangunan lestari seperti
kerajaan, perniagaan, institusi pendidikan, media, remaja dan lain-lain. Pelbagai
pendekatan bagi pendidikan untuk pembangunan lestari untuk menggalakkan orang
ramai memahami dan menilai nilai mereka dan masyarakat yang mereka tinggal
dalam konteks sendiri. Bagi kesedaran awam, masyarakat boleh mengadakan
kempen seperti Sambutan Hari Alam Sekitar/Hari Bumi, Amalan 5R, Jualbeli
barangan terpakai, Perisian komputer untuk hasilkan grafik dan poster yang menarik,
Sekolah Lestari/Penghijauan Sekolah/Sekolah dalam Taman/Taman dalam sekolah,
Jaga Kebersihan dan Keindahan Bandaraya serta Hari Tak Mau Tapau (Kalau nak
tapau, guna Tupperware).

Anda mungkin juga menyukai