Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Barbara Means (1994) menyatakan ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi

apabila diguna untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Panel Jurulatih Utama ICT Negeri Selangor menyatakan kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod. Patric Suppes (1993) menyatakan ICT digunakan sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pembelajaran dan pengajaran. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajar kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk bertujuan komunikasi seperti menghantar e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan hariandan mengakses maklumat melalui internet. Kemahiran ini melatih murid-murid supaya cerdas dalam menggunakan teknologi komputer terkini dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran. Berdasarkan pendapat Robert M Gaghe (1995), kemahiran ini perlu dikuasai sejajar dengan perkembangan konsep world class education. Tujuan guru mengajar kemahiran ini ialah untuk menghasilkan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan dan mahir dalam bidang sains dan teknologi. Guru yang hendak mengajar kemahiran ini perlu memastikan sekolah mempunyai kemudahan makmal komputer, bilik media, bilik Internet, dan bilik studio (video conferencing). Dalam mengajar kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru mesti menggunakan cara penilaian on-going dan on-line. Brown (1994), Perkins (1992), Mclnerney & Mclnerney (1998) mengatakan dalam pengajaran dan pembelajaran, murid saling mempelajari dan membantu sesame mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama. Penggunaan ICT sebagai alat aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membolehkan murid memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran autentik serta guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid. Selain itu, murid juga dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran. Dalam kelas, guru dikehendaki membantu murid mengurangkan beban mereka akibat tugasan yang tidak seberapa penting. Untuk murid yang mahir menggunakan perisian pemproses perkataan dapat menampilkan kerja kursus atau tugasan dengan lebih menarik dan lebih efisen. Berdasarkan pernyataan Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh, dalam bukunya, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), beliau menyatakan ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi seperti pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan , pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti yang berkaitan dengan Kajian Masa Depan dan aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi. Mok Soon Sang (1998) menyatakan terdapat beberapa kelebihan menggunakan ICT untuk pembelajaran penerokaan iaitu memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Selain itu, ICT dapat mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran serta dapat memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah

sebenar di dalam kelas. Selain itu, ICT dapat memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivisme, kecerdasan pelbagai dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai