Anda di halaman 1dari 4

Tutorial Minggu 3

FAKTOR PERSEKITARAN Definisi Persekitaran: Umumnya bila menyebut alam sekitar,kita mentafsirkanya sebagai alam sekeliling.Dalam kajian psikologi takrifannya lebih luas lagi. Amram Schienfeld (1980 ) mendefinisikan persekitaran merujuk kepada luaran seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan lagi. Norman L.Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan.W.Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks dan boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang. Pengertian-pengertian di atas menunjukkan dengan jelas bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada di peringkat prenatal atau postnatal. Persekitaran yang mempengaruhi seseorang individu termasuklah perapatan (attachment) individu dengan kedua orang ibu bapanya melalui asuhan dan interaksi, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga lain, guru, kawan-kawan, bahan-bahan media cetak dan media elektronik serta bahan daripada komputer. Persekitaran juga meliputi lokasi tempat tinggal seseorang, masyarakat di sekelilingnya, rumah ibadat dan persekitaran dunia. Definisi Pertumbuhan: Pertumbuhan adalah perubahan yang dapat di ukur daripada satu peringkat ke satu peringkat yang lain dan dari satu masa kesatu masa yang lain. Dengan ini kuantiti perubahan itu dapat dilihat dengan nyata daripada pengukuran yang dibuat ke atas sesuatu organisma itu. Pertumbuhan yang biasa,kecuali pertumbuhan yang di sebabkan oleh kanser,selalunya berhenti manakala sesuatu organisma itu sampai ke peringkat matang atau dewasa dan selepas itu pertumbuhan tidak lagi berlaku (Atan Long, 1988) Definisi Perkembangan: Menurut Atan Long (1982), perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan ini tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu. Contohnya seorang kanak-kanak yang merangkak, beberapa bulan berikutnya dia pandai berdiri dan mengatur langkah itulah yang dinamakan perkembangan.Menurut Crow and Crow(1980), perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Sebagai contoh, kalau dulu masa berumur 5 tahun Ali hanya pandai membaca doa dan mengaji muqaddam tapi bila berumur darjah satu Ali telah pandai mengerjakan solat lima waktu. Dengan ini jelas Ali telah mengalami perkembangan. D.S.Wright dan Ann Taylor (1965)mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat(baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubung seiring dengan pertambahan umur. Faktor Eksogen

Tutorial Minggu 3

Faktor eksogen juga di kenali sebagai faktor di luar diri individu,merangkumi faktor-faktor persekitaran yang amat mempengaruhi perkembangan perangai seseorang. Antara faktor itu ialah:

Pemakanan Pemakanan yang berkhasiat adalah amat penting di dalam pertumbuhan dan tumbesaran kanak-kanak. Pemakanan yang sesuai untuk bayi yang baru dilahirkan adalah susu ibu. Susu ibu mengandungi segala khasiat dan membekalkan antibodi yang diperlukan oleh bayi. Keluarga Keluarga memainkan peranan yang penting di dalam perkembangan manusia. Ibu bapa menpengaruhi pembentukan sahsiah anak-anak.Menurut Diana Baumrind(1971), cara asuhan yang efektif ialah otoritatif, iaitu memberi kebebasan kepada anak untuk berkembang tetapi meletak batasan yang perlu diikuti. Rakan Sebaya Rakan sebaya mempengaruhi individu sejak dia mula bersosial di luar rumah selain daripada adik-beradiknya. Menurut Berk, rakan sebaya ialah mereka yang sama umur kronologi atau hampir sama umur dengan seseorang individu. Melalui rakan sebaya, individu memperoleh kemahiran untuk menyesuaikan diri di dalam masyarakat. Sekolah Sekolah merupakan agen sosialisasi yang lebih luas. Di sekolah, individu boleh mempelajari tentang norma dan peraturan dalam kumpulan yang besar seperti masyarakat. Tempat Tinggal Tempat tinggal merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia daripada segi pembelajaran dan budaya atau gaya kehidupannya. Ini termasukklah sistem moral dan nilai serta world veiw seseorang. Secara amnya, tempat tinggal dibahagikan kepada tiga kawasan, iaitu bandar, luar bandar dan pinggir bandar. Biasanya, individu yang tinggal di kawasan bandar adalah lebih terbuka fikirannya, optimistik, bertenaga dan bercita-cita tinggi seperti ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Manakala individu di kawasan luar bandar pula suka bekerjasama, hubungan yang lebih rapat dengan individu yang lain dan mementingkan nilai-nilai murni. Media Elektronik dan Sebaran Am Pada masa kini, hubungan manusia adalah tidak terbatas dengan kewujudan komputer. Manusia dapat bertukar maklumat dan berkomunikasi melalui internet seperti laman sosial facebook, twitter, friendster dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, dengan hubungan yang lebih luas melalui maya pelbagai maklumat, kegemaran, cara berpakaian, pemakanan yang boleh di kongsi dan mempengaruhi perkembangan manusia hari ini.

Tutorial Minggu 3

Pusat Ibadat Kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan tempat ibadat akan terdedah kepada falsafah, ajaran cara hidup di dalam pembentukan nilai, moral, pergaulan dan sebagainya. Persekitaran Dunia Bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh yang berlaku di seluruh dunia telah menyedarkan kita untuk mewujudkan keamanan di seluruh dunia. Hasilnya, ialah individu dan rakan sebaya yang prihatin mengutip derma untuk membantu mereka. Ini bermakna nilai individu telah meningkat ke tahap yang lebih tinggi. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK: Pertumbuhan dan perkembangan manusia merupakan tumpuan dalam kajian bidang psikologi perkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia serta cuba mencari kaitannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya iaitu baka dan persekitaran. Baka (nature) dan persekitaran (nurture) adalah faktor utama yang menjadikan ketidaksamaan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain. Faktor baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Menurut Prof. Madya Bakhtiar Mansor dalam buku Psikologikal Pendidikan Tutorial Dua, faktor yang mempengaruhi perkembangan terbahagi kepada dua, iaitu faktor eksogen. Bagi Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, baka dan persekitaran merupakan faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak manakala ahli sosiologi menegaskan bahawa persekitaran adalah penting. Menurut mereka, pertumbuhan dan perkembangan seseorang bukanlah diwarisi tetapi diperkembangkan oleh faktor-faktor persekitaran seperti guru yang berkesan, asuhan yang sempurna, makanan yang seimbang. Walau bagaimanapun, ada ahli-ahli psikologi yang berpendapat perkembangan individu diwarisi oleh faktor baka. Contohnya, kita tentu pernah melihat kanak-kanak yang lemah diberi pemulihan dan bimbingan oleh guru-guru hampir setiap hari, malah berbulan-bulan tetapi pencapaian individu masih lemah berbanding murid lain. Situasi ini menunjukkan pentingnya pengaruh baka ke atas seseorang individu. Sebaliknya, ahli-ahli psikologi menentang pendapat tersebut. Menurut mereka, kecerdasan diwarisi melalui faktor persekitaran. Contohnya, kecerdasan seseorang boleh ditingkatkan dengan memperkaya persekitarannya. Sekiranya seseorang individu itu lemah dari segi mental, ini menunjukkan bahan, tenaga dan masa yang digunakan untuk melatih individu itu hanya akan mencapai kejayaan yang terhad. Malah, seseorang individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi jika tidak diberi asuhan bimbingan, rangsangan dan pengajaran, mungkinkah dia mengalami perkembangan mental yang maksimum? Tentu sekali tidak. Ini menunjukkan pengaruh persekitaran adalah penting. Dalam perjalanan kehidupan seseorang, faktor keturunan atau baka sedikit sebanyak mempengaruhi teras peribadi seseorang, tetapi sejauh mana atau sekuat mana ia mempengaruhi bergantung pada proses kematangan dan motivasi kendiri seseorang individu. Dalam proses inilah pengaruh persekitaran memainkan peranan terbesarnya dalam mempengaruhi perilaku, pewatakan dan peribadi seseorang individu. Perjalanan hidup seseorang individu memang banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti pembelajaran yang dilalui sepanjang kehidupannya, pengaruh keluarga dari segi gaya hidup seharian, didikan orang tua dan juga faktor rakan sebaya serta pengaruh media-

Tutorial Minggu 3

media massa baik media cetak ataupun elektronik.Justeru dalam era globalisasi hari ini memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor persekitaran dalam perjalanan kehidupan individu, memberi impak terbesar dalam pewatakan individu dan sebagai pengaruh terbesar masa kini kepada pertumbuhan dan perkembangan individu terutama yang sedang meningkat dewasa. Perkembangan adalah satu proses yang berterusan sepanjang hayat. Ia dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan, manakala persekitaran akan menolong perkembangan mencapai tahap maksima.

Anda mungkin juga menyukai