Anda di halaman 1dari 2

1. Apakah itu teknologi pendidikan?

Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut: Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber P&P Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.

2. Apakah definisi teknologi pendidikan? Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991)

Teknologi Pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini: komputer dan teknologi yang berkaitan (Roblyer, 2003).

Teknologi Pendidikan ialah satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai (AECT, 2004)

3. Apakah prinsip teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)? Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid melalui proses P&P dengan lebih berkesan. Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang dalam tiga peringkat, iaitu:

o Sebelum penggunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik yang diajar o Semasa penggunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu proses P&P o Selepas penggunaan - merancang aktiviti lanjutan/pengayaan dan pengukuhan

Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif P&P, latar belakang murid, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah Sumber pendidikan perlu digunakan untuk mencapai objektif dan peringkat perkembangan P&P Sumber pendidikan digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimum P&P

4. Apakah ciri-ciri teknologi pendidikan yang sesuai? Bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep; dan menerangkan isi kandungan pelajaran Bahan yang bersaiz sesuai dan jelas untuk dilihat oleh semua murid Tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi menarik minat murid Bahan yang digunakan tahan lama dan mudah disimpan

5. Apakah kepentingan teknologi pendidikan? Melancarkan proses P&P Menjimatkan masa, tenaga dan kos Mengekalkan minat dan perhatian murid Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang diajar Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dengan memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum Memperkayakan pengalaman murid

6. Apakah itu sumber pendidikan? Sumber pendidikan merupakan sumber yang berperanan untuk menyokong dan meningkat proses P&P. Penggunaan sumber pendidikan dapat membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari. Sumber pendidikan terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahan cetak dan bukan cetak

Anda mungkin juga menyukai