Anda di halaman 1dari 12

Bmm3103 Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian konteks pembelajaran

A. Penilaian Kontrak Pembelajaran


juga dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran iaitu suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajar ( individu / kumpulan) dilakukan secara bertulis. meliputi kriteria yang berkaitan dengan penghasilan tugasan iaitu : Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan - tahap manakah tugasan itu perlu disiapkan? Bagaimana tugasan itu dilaksanakan Berapa lama tugasan tersebut perlu disiapkan konsekuen yang diterima oleh pihak yang gagal memenuhi atau mematuhi kontrak yang telah dibuat (penolakan markah) Ditandatangani apabila kedua belah pihak bersetuju dengan kriteria / syarat yang disenaraikan. Terdapat kompromi dalam kriteria yang dikenakan Kriteria ditetapkan oleh guru Fungsi Kontrak Pembelajaran

1. 2. 3. 4.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Pelajar mengenal pasti & merekod Menetapkan objektif & matlamat pembelajaran kendiri Kenal pasti kaedah2 yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut Tetapkan jangka masa pelaksanaan & penghasilannya Pamerkan bukti yang menunjukkan objektif telah tercapai Tentukan bagaimana & pada tahap mana pencapaian matlamat/tugasan dinilai Beri peluang kpd pelajar untuk tentukan matlamat pembelajaran mengikut minat & keupayaan masing-masing 8. Hasilkan kerja yang terancang 9. Bantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses penyiapan tugasan

Kontrak pembelajaran digunakan dalam pelbagai cara mengikut tahap penglibatan pelajar dalam menentukan kaedah, objektif, dan penilaian tugasan yang diberi. Cara-cara

1. Penilaian objektif tugasan


Guru tentukan objektif, manakala pelajar tetapkan strategi pelaksanaan Guru sarankan beberapa set objektif, kemudia pelajar pilih mana-mana yang difikirkan paling sesuai Pelajar rangka beberapa objektif, kemudian guru persetujui mana2 yang paling sesuai

2. Hasil pembelajaran

Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dsb. Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu oleh guru

3. Penilaian

Pelajar nyatakan gred akademik yang diharapkan & sistem penggredan untuk keseluruhan dalam kontrak mereka Guru tentukan sistem penggredan & kaedah penilaian keseluruhan proses serta hasil tugasan Gred terakhir boleh dibincangkan. Kompromi di antara guru & pelajar berdasarkan syarat-syarat / kriteria tertentu Dibuat oleh individu berkenaan & rakan sebaya

4. Format / bentuk

Keperluan tugasan/kontrak boleh dibuat dalam mengikut bentuk keperluan tugasan/kontrak & pihak yang terlibat Sesetengah kontrak/tugasan berbentuk formal; prosedur dinyatakan dengan jelas & rapi Terdapat juga berbentuk tidak formal tetapi terancang & jelas Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, penggredan perlu dikawal oleh guru agar kesahannya tidak terjejas. Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan. Senarai semak mesti disusun bersama penghasilan dan penilaian tugasan ataupun ditetapkan oleh guru dan dibentangkan kepada pelajar semasa membuat negotiation sebelum mematrikan kontrak. Matlamat yang hendak dicapai semasa melalukan tugasan perlu difikirkan terlebih dahulu. kemudian ditentukan pula kaedah dan prosedur serta jangka waktu yang akan diambil untuk menyiapkan tugasan tersebut. Kontrak akan menjadi dokumen yang akan mengingatkannya tentang objektif / tujuan kerjanya, tahap kerja yang disempurnakan di samping memberi maklumat tentang apa yang patut dilakukan.

B. SOAL JAWAB

Guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dijalankan di dalam kelas. Guru dapat mengetahui kelemhan setiap murid dalam sesuatu topik yang diajarkan Guru dapat mencari penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid.

Jika ada di antara murid yang tidak faham tentang topik yang diajar, proses pembelajaran akan diulang semula. guru akan mengajar murid yang lemah itu dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi. Tujuannya supaya murid itu memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajar itu.

D. Kertas Kerja
FORUM

sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk. dijalankan secara formal. teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana : a) pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung b) meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

DEBAT

pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu. huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta. setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan. pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya. sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

PIDATO

huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton. pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan. hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

PANTUN

Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi. Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji. Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat. Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud umpama dan ibarat. Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang. Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

SAJAK

Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair. Rangap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad. Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak. Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

CERAMAH

Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar. Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton. Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.antara jenis-jenis ceramah ialah :-

i) Ceramah agama ii) Ceramah pendidikan iii) Ceramah kesihatan iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya SYARAHAN

Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :

(a) Kata alu-aluan/pendahuluan (b) Kata-kata penghadapan (c) Isi (d) Penutup

Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat bersertacontoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan. Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan Peringkat / Langkah Kemahiran :

1)Persediaan Memahami tajuk dan kehendak soalan. Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

2) Penulisan Menulis perenggan pendahuluan Mengembangkan isi-isi secara tersusun Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup 3)Penyemakan Menyemak ejaan dan tanda baca Menyemak tatabahasa Menyemak jumlah perkataan

C.PROJEK

Merupakan satu aktiviti yang dijalankan dalam satu tempoh masa tertentu. Melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Konteks kurikulum - AMALI Dilaksanakan secara kumpulan atau individu dan dalam tempoh masa yang munasabah. Penilaiannya dilakukan bermula dari tahap proses sehinggalah ke peringkat penghasilan. Mintegrasikan pengetahuan dgn aktiviti & Kolaborasi sgt ditekankan. Tujuan :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Menggalakkan kerjasama. Berpeluang menunjukkan kreativiti & inovasi. Berpeluang mgunakan bahan di luar kelas. Memotivasikan pelajar. Semangat kepimpinan dikalangan pelajar. Pelajar bpeluang bkerja berdasarkan minat/kebolehan/kemampuan. Mberi keyakinan kpd pelajar yg segan silu. Garis panduan laporan projek Tunjukkan kerumitan yg selengkapnya bg sesuatu topik. Tentukan kriteria penilaian. Elakkan perkara terlalu abstrak. Gunakan kosa kata yg sesuai bg topik. (Laras bahasa) Gunakan contoh yg sesuai. Hubungkaitkan topik & pengalaman Langkah menjalankan projek Langkah 1: Penentuan tajuk & skop projek. Langkah 2 : Penilaian awal projek Langkah 3: Perlaksanaan strategi. Langkah 4: Pemprosesan maklumat. Langkah 5:Penilaian hasil projek

1. 2. 3. 4. 5. 6.

1. 2. 3. 4. 5.

Menilai kemahiran mendengar Bertutur Penilaian Kemahiran Lisan


Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar =Kemahiran paling asas =Berlaku pada peringkat penerimaan =Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar. Kemahiran bertutur =Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi =Peringkat penglahiran =Perlu ditiru & diajuk =Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik. Tujuan kemahiran lisan :

1. 2. 3. 4.

Menyebut perkataan / ayat dgn betul Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain. Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll). Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak) 5. Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai, & perbendaharaan kata yg luas.

Kemahiran-kemahiran yang boleh

1. Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul 2. Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul. 3. Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan org lain. 4. Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul. 5. Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan. 6. Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:

1. bacaan kuat 2. syarahan 3. perbahasan 4. bercerita 5. perbincangan 6. hafazan 7. temu bual 8. soal jawab 9. nyanyian 10. deklamasi sajak 11. mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian lisan membolehkan guru :

1. mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis. 2. mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. 3. mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz. 4. mengesan kelancaran dalam sebutan. 5. mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Cth : PLBS menyediakan instrumen

1. soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami. 2. aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea. 3. pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir. 4. aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Peringkat susulan dan penilaian Aktiviti susulan dan penilaian perlu untuk mendapatkan maklum balas tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh murid. Contoh: mengadakan perbincangan dan kemudian guru memberikan maklum balas tentang prestasi dan pencapaian murid. Sebagai pengukuhan, guru digalakkan memberi kerja rumah uang berkaitan untuk aktiviti susulan. Dalam pengajaran/pembelajaran, elok dibentuk kumpulan-kumpulan kecil supaya sebahagian besar daripada murid dapat mengambil bahagian yang aktif dalam masa yang terhad. Pengajaran kemahiran bertutur harus digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain untuk melahirkan satu kesepaduan yang bermakna. Penggabungjalinan juga penting bagi mengukuhkan pembelajaran murid.

Penggunaan alat / bahan dalam kemahiran bertutur Pemilihan alat / bahan adalah berdasarkan kesesuaianya dengan objektif pelajaran dan keberkesanan penggunaan. Alat / bahan bantuan mengajar dalam kemahiran bertutur termasuklah: (a) Guru, murid dan bilik darjah: gerak laku guru dan murid boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran, misalnhya: i. Guru manaik dan menurunkan tangan bagi menunjukkan perbezaan intonasi dalam pengucapan. ii. Guru menunjukkan cara-cara membunyikan sesuatu sebutan. iii. Guru menggunakan papan tulis untuk mencatat frasa yang perlu digunakan oleh murid apabila bertutur. (b) Objek sebenar: objek yang biasa digunakan sehari-hari boleh dijadikan alat / bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membolehkan murid:

i. Mengaitkan konsep dengan bunyi, misalnya bunyi berbagai-bagai kenderaan, mergastua, pergerakan air, dsb dengan menggunakan pita rakaman. ii. Mengaitkan situasi dengan pertuturan sebenar yang sedang berlaku. Contoh: pertuturan sekumpulan orang di stesen bas berbeza dengan pertuturan di pasar. Contoh ini juga boleh diperdengarkan melalui pita rakaman atau tayangan filem/video. iii. Bahan-bahan sebenar seperti tiket bas, menu, butang baju pelbagai warna dan saiz, buku, majalah, kalendar dan borang adalah bahan-bahan yang diboleh digunakan secara kreatif sebagai bahan untuk bertutur. (c) Gambar: elok difailkan gambar-gambar yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bertutur. Gambar-gambar tunggal atau bersiri sesuai digunakan sebagai bahan rangsangan untuk aktiviti bercerita, berlakon, berpuisi, berdialog, dsb. (d) Grafik: pelbagai grafik sesuai digunakan sebagai bahan rangsangan untuk bertutur seperti: i. Carta pai palang; lingkaran; carta organisasi, dsb ii. Jadual jadual waktu; perjalanan; jadual tugas; dsb. iii. Pelan / peta arah perjalanan; kedudukan sesuatu tempat, dsb/ (e) Kad: i. kad perkataan ii. kad arahan / kad peranan. (f) Bahan nyanyian, puisi dan permainan: i. Mencipta senikata lagu berdasarkan irama popular ii. Meneka siapa saya iii. Kotak beracun iv. Teka-teki, dsb. (g) Alat / bahan yang dibeli: i. Makmal bahasa untuk latihan sebutan, intonasi, tekanan, nada, jeda, dsb. ii. Filem, slaid, video, tv, radio, perakam kaset, dsb. iii. Komputer.

Penilaian Kemahiran Membaca


Proses membaca dapat dirumuskan sebagai perlakuan yang kompleks. Hasil pembacaan ialah pemahaman apa yang dibaca daripada pengecaman daan penyebutan huruf, perkataan dan ayat.

Penilaian pengajaran kemahiran membaca antara lain ialah: (1)Membolehkan pelajar mengenal huruf, menyebut nama huruf, menyebut perkataan yang dibentuk daripada jalinan huruf-huruf. Dengan perkataan lain, murid dapat mengeja, menyebut perkataan dan membunyikan keseluruhan ayat yang lengkap. (2) Guru melatih pelajar membaca dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul berdasarkan teks yang dibaca. Hal ini dapat melahirkan pelajar menguasai bacaan dengan baik. (3) Guru melatih pelajar membaca senyap dan pantas untuk memahami bahan bacaan. Pelajar yang hanya membaca tanpa memahami isi kandungan yang dibaca sebenarnya tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik. Fungsi membaca ialah memahami isi kandungan yanag dibaca. Justru, pelajar messti tahu, faham dan dapat menaakul bahan bacaan. (4) Pelajar dapat memetik isi-isi penting bahan yang dibaca dengan cepat, pantas,tepat dan menyatakan semula isi bahan bacaan kepada orang lain dengan menggunakan ayat yang betul dan mudah difahami. (5) Guru juga perlu melatih pelajar membina kebiasaan menuturkann ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan bacaan. (6) Apabila pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik, guru dapat menanam minat membaca dalam kalangan pelajar. Pemupukan minat membaca memberi kuasa intelek kepada pelajar dengan pengetahuan baru sepanjang masa. (7) Melalui kemahiran membaca, kita boleh menilai peluasan perbendaharaan kata dalam pelbagai konteks. Keupayaan pelajar berkomunikasi tertakluk kepada banyak mana perbendaharaan kata ada dalam mindanya. (8) Penilaian daripada kemahiran membaca dapat merujuk kepada masa hadapan iaitu penyelesaian masalah sendiri dan masyarakat. Masyarakat banyak pada masa hadapan bergantung kepada individu yang berpengeetahuan tinggi. Pengetahuan tinggi dapaat dicapaai melalui bahan bacaannya. (9) Kita dapat mengenali dan menghayati keindahan bahasa dan keseniaan bahasa. Dalam konteks ini, pencapaian bahasa yang bermutu adalah melalui pembacaan inddividu. (10) Kemahiran membaca boleh mengujudkan suasana santai, hiburan, dan kelegaan daripada tekanan. Penilaian sebegini wajar dilihat secara umum, sebagai matlamat akhir tujuan membaca.

Penilaian Kemahiran Menulis

Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai : - karangan - laporan projek/kerja kursus/folio - latihan dan ujian bertulis - huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta. Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah : - kemahiran menulis - menyusun idea - perbendaharaan kata - mengaplikasi - mentafsir - menilai - mempertahan / menyokong hujah - menyebar idea / buat rumusan / cadangan

Penilaian Kemahiran Menulis

Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti Karangan Laporan projek/kerja kursus/folio Latihan dan ujian bertulis Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta. Instrument penilaian menulis. Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut : Kemahiran menulis Menyusun idea Penggunaan tanda baca Perbendaharaan kata Mengaplikasi Mentafsir Menilai Perlu diingat, dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira : Soalan menepati kemahiran yang hendak diuji Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Aras kesukaran soalan dipelbagaikan Skema pemarkahan disediakan Bentuk item

1. Bentuk Item Objektif 2. Bentuk Item Subjektif

Mengesan serta merta

-Tujuan mengesan penguasaan hasil pembelajaran dgn serta-merta semasa pengajaran harian -Contoh : Menilai kefahaman dan pengetahuan serta kemahiran berbahasa melalui hasil kerja murid. -Bagaimana ? (Dirancang jika perlu, individu @ kumpulan, tiada instrumen khusus ) -Merekod & Melapor : (Perlu direkod dan dilaporkan jika perlu ) -Tindakan Susulan : (Perlu tindakan serta-merta seperti; bimbingan, teguran, nasihat dan pujian)

mengesan kemajuan

-Tujuan mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran -Bagaimana? (Perlu dirancang, individu @ kumpulan, gunakan instrumen seperti -lembaran kerja dan ujian bertulis ) -Merekod & Melapor (perlu direkod dan dilaporkan jika perlu

-Tindakan Susulan (Perlu tindakan susulan ) -Contoh : menilai laporan bertulis dan menilai murid melalui ujian: objektif @ subjektif

mengesan pencapaian

-Tujuan mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran -Bagaimana? (Perlu dirancang, secara individu, gunakan ujian bertulis) -Contoh : Melalui ujian bertulis seperti ujian objektif dan subjektif -Tindakan susulan (Harus diambil jika perlu ) -Merekod & melapor (Perlu direkod dan dilapor )

Anda mungkin juga menyukai