Anda di halaman 1dari 28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN
AKTIVITI PELAJAR

1
KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 2

2.0 Definisi 3

3.0 Tujuan 4

4.0 Garis Panduan Umum 4-5

5.0 Carta Alir 6

6.0 Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti 7-15

7.0 Lampiran

Lampiran 1- Borang Pendaftaran Persatuan /Kelab


Lampiran 2- Contoh Perlembagaan
Lampiran 3-.Contoh Kertas Cadangan
Lampiran 4- Format Kertas Kerja
Lampiran 5- Borang Permohonan
Lampiran 6 Kriteria Aktiviti

2
1.0 PENGENALAN

Buku ini merupakan garis panduan kepada pelaksanaan program dan aktiviti
yang digunapakai oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru. Aktiviti ini
berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang dan merupakan suatu
program yang bermanfaat sama ada dalam atau di luar waktu pengajaran ke arah
pembentukan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar yang berkualiti di peringkat
Institut Pendidikan Guru. Penglibatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk
menambah, mengukuh dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran sebagai
pelengkap kepada pembangunan insaniah pelajar.

2.0 DEFINISI
2.1 “KPM” adalah Kementerian Pendidikan Malaysia
2.2 “Institut” adalah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
2.3 “Kampus” adalah sebuah institut pendidikan guru yang diketuai oleh
pengarah.
2.4 “Rektor” adalah seorang yang dilantik oleh menteri untuk mengetuai IPG.
2.5 “Pengarah” adalah seseorang yang mengetuai sesuatu IPG.
2.6 “SHEPHL” Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar
2.7 “JHEP” Jabatan Hal Ehwal Pelajar
2.8 “Penyelaras Insaniah” adalah yang dilantik oleh pengarah untuk menyelaras
aktiviti pelajar.
2.9 “Pensyarah/ Pegawai/ Penasihat/ Jurulatih” adalah yang mengetuai dan
melaksanakan aktiviti pelajar.
2.10 “Pengiring” adalah yang dilantik untuk mengiringi pelajar dalam sesuatu
aktiviti.
2.11 “Pelajar” adalah pelajar berdaftar yang menerima pelajaran, pengajaran atau
latihan daripada IPG.
2.12 “Akta 174” adalah Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976).
2.13 “Aktiviti’ adalah apa sahaja kegiatan yang dirancang dan dilaksanakan di
dalam dan luar interaksi kuliah.
2.14 “Aktiviti berisiko tinggi” adalah apa sahaja kegiatan yang mendatangkan
bahaya terhadap keselamatan dan nyawa pelajar.

3
3.0 TUJUAN

Garis Panduan Aktiviti Pelajar adalah bertujuan:


3.1 memaklumkan ketetapan IPG KPM tentang dasar dan ketetapan
pelaksanaan aktiviti pelajar diperingkat IPG KPM
3.2 menyediakan panduan pelaksanaan aktivit pelajar di peringkat IPG
KPM
3.3 menyediakan maklumat tentang perkara perkara berkaitan pelaksanaan
aktiviti pelajar IPG KPM

4.0 GARIS PANDUAN UMUM

4.1. “Aktiviti pelajar” bermaksud semua aktiviti yang dilaksanakan oleh pelajar
dalam bilik darjah atau luar yang berbentuk akademik dan bukan akademik.
4.2. “Aktiviti” bermaksud sebarang aktiviti IPG kampus, IPGM, KPM atau agensi-
agensi kerajaan dan bukan kerajaan sama ada dalam negara dan luar negara.
4.3. Semua aktiviti luar negara perlu mengikut prosedur berkaitan selaras dengan
Prosedur Pengurusan Hal Ehwal Pelajar IPG dan pekeliling sedia ada
dan hendaklah tidak bertentangan dengan semua dasar IPGM dan dasar KPM,
4.4. Semua aktiviti pelajar hendaklah mendapat kelulusan daripada Pengarah
atau Rektor dan kelulusan khas diperlukan sekiranya aktiviti melibatkan waktu
interaksi kuliah .
4.5. Aktiviti kurikulum perlu dijalankan mengikut kalendar akademik IPGM.
4.6. Sebarang perkara berkaitan sumbangan/tajaan hendaklah mengikut
prosedur dan mendapat kelulusan Pengarah / Rektor selagi tidak menjejaskan imej
KPM amnya dan IPGM khususnya.
4.7. Aktiviti yang melibatkan orang kenamaan, (Raja, Menteri Kabinet,Timbalan
Menteri, Menteri Besar, KSN, KSU, Ahli Parlimen,Wakil Rakyat dan Kerabat Raja
perlulah dirujuk dahulu kepada JHEP dan pengarah kampus sebelum sebarang
urusan dibuat secara rasmi.
4.8. Sebarang jemputan berkaitan dengan perkara 4.7, permohonan perlu
melalui SHEPHL IPGM sebulan sebelum program. Kelulusan adalah melalui
Rektor.

4
4.9. Aktiviti yang melibatkan temu bual, kenyataan dan sidang media, hendaklah
mengikut garis panduan dan surat pekeliling terkini yang dikeluarkan oleh KPM.
4.10. Laporan aktiviti pelajar hendaklah dihantar kepada JHEP dan salinan
4.11. Semua aktiviti IPG yang melibatkan pelajar hendaklah ditamatkan 2 minggu
sebelum peperiksaan kecuali yang tidak terlibat dengan peperiksaan.
4.12. Penyelaras setiap aktiviti pelajar dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas
perancangan, pelaksanaan, pengendalian, pemantauan, penilaian dan
penambahbaikan.
4.13. JHEP Kampus ,Unit Insaniah dan SHEPHL IPGM berhak mengetahui,
membuat tinjauan atau memantau segala kegiatan insaniah pelajar.
4.14. Sebarang keputusan aktiviti dan program tertakluk kepada :
a) Keputusan Mesyuarat Pengurusan Profesional &,Pentadbiran
Kampus
b) Tertakluk dengan pekeliling terkini IPGM dan KPM
4.15. Pihak IPGM berhak membatalkan dan membuat keputusan yang difikirkan
sesuai berkaitan aktiviti pelajar yang bercanggah dengan garis panduan atau
mana-mana yang difikirkan perlu oleh Rektor atau pegawai yang diturunkan
kuasa.

5
5.0 CARTA ALIR

ORANG ALIRAN KERJA PROSES KERJA


YANG
BERTANGGU
NGJAWAB
PELAJAR MULA
PENASIHAT
PELAJAR PELAJAR
HANTAR
BORANG
PENYELARAS TERIMA DAN
HEP SEMAK
SERAH KEPADA
KJ HEP KJHEP
Tidak Lengkap
KJ HEP / KJ KJHEP
BERKAITAN MENYEMAK ,
DAN
SOKONGAN

Tidak lulus/ perlu


dibawa ke Mesy.
lulus

Mesyuarat

KELULUSAN
PENGARAH
Lulus/
tidak
PELAJAR/ lulus
maklum
PENASIHAT pd KJ HEP
pelajar BAORANG
KELULUSAN
PENASIHAT/ PELAKSANAAN
PELAJAR Kemas
Kini
IPGM/KJ/ Rekodd PEMANTAUAN
LAPORAN
AKTIVITI
PELAJAR

Tamat
A

6
6.0.GARIS PANDUAN MENGADAKAN AKTIVITI

TERMA KETERANGAN

Had dan Batasan 1. Garis Panduan ini diguna pakai selagi tidak bercanggah
dengan pekeliling,memo atau surat bertulis yang dikeluarkan
oleh Pengarah, Rektor, KPM dan Menteri Pendidikan serta
pihak pihak yang berwajib.

Persatuan/Kelab 2. SEMUA persatuan perlu berdaftar dengan JHEP dan


Berdaftar
mendapat kelulusan daripada Pengarah

3.Aktiviti yang berkaitan dengan akademik adalah tertakluk


Pendaftaran
kepada keperluan dan prosedur Manual Kualiti masing-
Aktiviti Berkaitan
masing.
Akademik

Pendaftaran 4. Memastikan SEMUA persatuan/kelab yang bernaung


Persatuan/kelab dibawah NGO/GO telah berdaftar contohnya Persatuan
dengan Badan Pengakap, Bulan Sabit Merah perlu didaftarkan
kerajaan (GO) dan dahulu.Rujuk kepada prosedur NGO/GO sebelum kelulusan
bukan kerajaan diberi.
(NGO) Luar

5. Semua aktiviti persatuan yang berdaftar perlu mendapat


Kelulusan
sokongan JHEP dan mendapat kelulusan daripada
Pengarah termasuklah melibatkan agensi kerajaan dan
bukan kerajaan.

6. Kertas Kerja hendaklah dihantar ke JHEP sebulan


Perancangan
sebelum akiviti

7
7.Semua PERSATUAN yang didaftarkan di IPG yang bukan
Perlembagaan
akademik perlu mempunyai perlembagaan.
8. Persatuan yang berdaftar dengan NGO/GO luar perlu
mematuhi garis panduan dalam perlembagaan yang
diperuntukan persatuan masing-masing.

Permohonan rasmi 9. Permohonan bagi keperluan Para 2 hendaklah dilakukan


dengan mengisi lengkap borang seperti dilampiran 1
Permohonan juga perlu disertakan dengan perlembagaan dan
diserahkan kepada JHEP .

Permohonan perlu 10. Setiap permohonan aktiviti hendaklah mendapat sokongan


melalui penyelaras/ daripada penasihat / Unit / ketua Jabatan
penasihat

Tanggungjawab 11. Dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas semua


penyelaras perancangan, pelaksanaan, pengendalian, pemantauan,
penasihat penilaian dan penambahbaikan aktiviti atau program.

Permohonan dalam 12. Permohonan hendaklah dihantar sekurang-kurangnya


negara sebulan sebelum tarikh aktiviti dijalankan ke JHEP.

13. Permohonan hendaklah dihantar ke SHEPHL IPGM


Permohonan ke luar
negara sekurang- kurang 3 bulan sebelum tarikh program beserta
SATU salinan kertas kerja lengkap. Rujuk buku peraturan
pelajar edisi terkini & prosedur lawatan ke luar negara.

Permohonan 14. Permohonan sumbangan/tajaan luar hanya boleh dijalankan


sumbangan/ tajaan selepas mendapat kelulusan Pengarah atau Rektor.
dengan agensi luar Permohonan perlu dihantar 3 bulan sebelum tarikh program
beserta SATU salinan kertas kerja kepada SHEPHL IPGM.

8
15. Peruntukan bagi aktiviti pelajar adalah dimohon kepada
Permohonan
peruntukan aktiviti pengarah kampus. Pengarah berkuasa penuh menimbangkan
sama ada memberi kelulusan berdasarkan peruntukan sedia
ada.

16 Cadangan Kategori Aktiviti Persatuan/Kelab


Kategori aktiviti

16.1 Persatuan/ Kelab (Akademik)


 Kepimpinan
 Khidmat Masyarakat/Sosial
 Patriotisme
 Kreatif/Inovasi
 Persatuan Budaya
 Kesenian
 Keusahawanan
 Kesukarelawan
 Sukan Rekreasi
 Seni mempertahankan diri

16.2 Persatuan/kelab (Bukan Akademik)

***** Perlu mendapat kelulusan dari pihak Pengarah/Rektor


***** Persatuan/kelab yang tidak tersenarai perlu mendapat
kelulusan khas dari Pengarah / Rektor.

16.3 Kategori Sukan dan Permainan


 Bola Sepak
 Bola Jaring
 Badminton
 Bola Baling
 Hoki

9
 Tenis
 Renang
 Boling
 Sofbol
 Futsal
 Skuasy
 Renang
 Olahraga
 Bola keranjang
 Sepak Takraw
 Berbasikal
 Wall Climbing
 Ragbi
 Ping Pong
 Petanque

16.4 Unit Beruniform

 Pengakap
 Pandu Puteri
 Bulan Sabit Merah Malaysia
 Puteri Islam
 Kadet Remaja Sekolah
 Angkatan Pertahanan Awam

*** melibatkan 6 Unit sahaja


***Lain-lain aktiviti yang diluluskan oleh Pengarah

17. Sewaan bagi kemudahan yang tidak disediakan adalah atas


Sewaan kemudahan
luar pembiayaan sendiri . Permohonan boleh dibuat kepada kampus
untuk kelulusan.

10
18. Permohonan boleh dibuat kepada kampus
Kadar peruntukan
kewangan berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan
Kampus dan dan kelulusan adalah berdasarkan kepada
peruntukan kewangan semasa dan kelulusan pengarah.
Kriteria kelulusan 19.Kriteria kelulusan seperti berikut:
Program

a) Mematuhi tempuh masa permohonan


b) Tarikh aktiviti tidak bercanggah dengan kalendar akademik
c) Tidak bercanggah dengan dengan nilai agama, keselamatan,
dasar KPM dan kerajaan
d) Aktiviti tidak dijalankan dalam waktu kuliah
e) Sekiranya aktiviti dilaksanakan dalam waktu kuliah wajib
mendapat kebenaran khas dari pengarah
f) Pengisan Program dapat membangunkan nilai insaniah dan
sahsiah pelajar selaras dengan Visi dan Misi IPG.
g) Aktiviti tidak melibatkan kepentingan sesuatu organisasi yang
berdasarkan keuntungan atau membahayakan keselamatan
pelajar
h) Penyertaan aktiviti pelajar atas anjuran agensi luar adalah
dibiayai sepenuhnya oleh pihak penganjur program dan perlu
mendapat kelulusan dari pihak Pengarah kampus.
i) Sebaran aktiviti yang difirkansesuai dalam membangunkan
nilai insaniah pelajar

20.Dikeluarkan oleh IPG kampus bagi aktiviti dalaman dan


Surat Kelulusan
IPGM bagi aktiviti yang dianjurkan oleh IPGM

21.Semua penangguhan dan pembatalan hendaklah


Penangguhan/
pembatalan dimaklumkan kepada JHEP atau IPGM mengikut kesesuai dan
keperluan

11
Pemantauan
22.Jadual aktiviti yang telah diluluskan akan dikeluarkan supaya
program dapat dipantau oleh pegawai JHEP, Penyelaras
Program, Unit, Jabatan atau IPGM.

23.Setiap aktiviti pelajar mestilah diiringi oleh pensyarah


Pensyarah/Pegawai
/Jurulatih/ Pengiring pegawai/ jurulatih/ pengring atau staf yang dilantik oleh
Pengarah

24.Pegawai hendaklah dilantik oleh ketua Jabatan (bagi aktiviti


jabatan), Pengarah Kampus dan Rektor.
Nisbah pegawai adalah bergantung kepada jenis aktiviti,
bilangan peserta dan lokasi

Tanggungjawab
25.Pegawai Pengiring DIWAJIBKAN menaiki kenderaan
Pensyarah /
Pegawai /Jurulatih bersama-sama pelajar, sekurang-kurangnya sebuah bas
/Pengiring
seorang pengiring dari mula pergerakan sehinggalah tamat
program

Kepakaran
27.Jurulatih hendaklah dilantik oleh Ketua Jabatan (bagi aktiviti
Pegawai/Jurulatih
/Pengring jabatan),Pengarah Kampus atau Rektor.

28.Nisbah pegawai adalah bergantung kepada jenis aktiviti,


bilangan peserta dan lokasi

29.Nisbah pegawai dan pelajar


1:40 pelajar bagi aktiviti dan program biasa
Sekiranya terdapat pelajar wanita dan bermalam, WAJIB ada
pegawai wanita sebagai pengiring

12
30.Nisbah pegawai dan pelajar bagi aktiviti berisiko

1: 5 pelajar bagi aktiviti air


1:10 bagi aktiviti darat
Sekiranya terdapat pelajar wanita, WAJIB ada pegawai wanita

**Bagi aktiviti yang dijalankan dan dilaksanakan oleh


jurulatih dalaman / pensyarah

.31.1 Aktiviti Berisiko


. Jenis aktiviti:

I. Aktiviti Air (berkayak, berakit , scuba, snorkling dan lain-


lain)
II. Aktiviti Darat (Pengembaraan, Mendaki, Tali Aras Tinggi,
Abselling, Flying Fox dan lain-lain)
III. Aktiviti Seni Bela Diri (Silat, Taekwando, Karate,Tinju,
Judo dan lain-lain)
IV. Aktiviti Sukan /permainan (Menembak, memanah dan
lain-lain)
V. Lain lain aktiviti yang boleh membahayakan keselamatan
dan nyawa pelajar

31.2 Bagi aktiviti yang berisiko pegawai / pensyarah atau


jurulatih mestilah mempunyai kepakaran dalam aktiviti atau
bidang yang dilaksanakan :

31.3 Contoh Sijil Kepakaran


 Sijil kepakaran tali sekurang tahap 1 bagi aktiviti asas
 Sijil Tali Tahap 2 keatas bagi aktiviti Climbing, High Rope,
Abselling, Flying Fox
 Sijil Bantu Mula atau CPR

13
 Sijil Menyelamat Kelemasan (Bronze Madelion) bagi
aktiviti air
 Sijil Asas Orienteering
 Sijil Star One bagi aktiviti kayak
 Sijil Asas Renang
 Sijil Kejurulatihan dari Persatuan Seni Bela Diri

*** Lain lain sijil yang diperlukan mengikut kemahiran dan aktiviti

Pengangkutan
32.Pengangkutan untuk aktiviti pelajar akan diluluskan oleh
pihak pentadbiran berdasarkan kepada kemudahan sedia ada,
kepentingan aktiviti serta mendapat kelulusan Pengarah.

33. Jumlah pemandu bergantung kepada jarak perjalanan.


Pengunaan kenderaan membawa pelajar untuk melaksanakan
aktiviti adalah bergantung kepada peraturan dan pekeliling
yang sedang berkuat kuasa.

Penglibatan dengan
34. Perlu mendapat kelulusan Pengarah / Rektor
Agensi Luar

35. Penglibatan dengan agensi luar sama ada kerajaan atau


bukan perlulah mendapatkan kelulusan seperti prosedur yang
telah ditetapkan dalam garis panduan aktiviti pelajar

36. Penglibatan pelajar tersebut didaftarkan dengan pertubuhan


kebangsaan (Aktiviti Seni Mempertahankan Diri)
Sebagai contoh:
Persatuan silat Cekak Kampus mestilah berdaftar dengan
pertubuhan Silat Cekak kebangsaan dan seumpamanya

14
37. Memastikan jurulatih mempunyai sijil kejurulatihan/
kepegawaian serta tauliah diiktiraf dan sah dalam
mengendalikan aktiviti pelajar.

Penglibatan pelajar 38. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti peringkat negeri,
dengan agensi luar kebangsaan dan antarabangsa perlu mendapatkan kebenaran
(Individu/kumpulan) dan kelulusan Pengarah/Rektor.

Disiplin
39. Semua pelajar tertakluk kepada Buku Peraturan Pelajar IPG
dan Akta 174 .

Keselamatan
40. Program/aktiviti hendaklah dilaksanakan di tempat atau
premis yang telah disahkan selamat oleh pihak berkuasa yang
berkenaan.

41. Pihak-pihak berkuasa yang berkenaan seperti Polis Di Raja


Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Laut, Jabatan
Hutan, Shahbandar, PERHILITAN dan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) serta mana-mana yang difikirkan perlu
hendaklah dimaklumkan secara rasmi mengenai keseluruhan
program/aktiviti yang hendak dijalankan.

42. Semua langkah-langkah dan arahan-arahan keselamatan


yang telah dimaklumkan oleh semua pihak-pihak yang
berkenaan hendaklah dipatuhi sepanjang masa program/aktiviti.

43. Bagi aktiviti di luar bilik darjah, semua pensyarah,


pegawai pengiring, jurulatih, dan pegawai penganjur hendaklah
terdiri daripada mereka yang bertauliah dan terlatih dalam

15
bidang berkenaan dan dilantik oleh IPG Kampus atau IPGM

Tatacara mengambil 44. Tindakan tatatertib hendaklah merujuk kepada Akta 174
Tindakan
(Akta Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976) yang dibaca bersama
dengan Garis Panduan Aktiviti Pelajar, Buku Peraturan Pelajar
IPG dan pekeliling yang berkaitan.

16
LAMPIRAN

0
LAMPIRAN 1

CONTOH PERMOHONAN PENDAFTARAN KELAB

Kami seperti nama-nama tersebut di bawah ini memohon pihak IPG Kampus
…………………………. mendaftarkan kelab ini menurut perlembagaan kelab yang
ditetapkan/dipinda secara rasminya.

Tarikh:

______________ ______________ _______________


Pengerusi Setiausaha Bendahari
Nama: Nama: Nama:
Tahun: Tahun: Tahun:

Disokong oleh :

__________________________
Ketua Jabatan /Penasihat

------------------------------ UNTUK KEGUNAAN PEJABAT --------------------------------

1. Permohonan diterima: ____________________

2. Tarikh didaftarkan: ____________________

3. Kod Kelab: ____________________

_____________________________ _______________________

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Pengarah

1
LAMPIRAN 2

CONTOH PERLEMBAGAAN

1. NAMA KELAB

Nama kelab ini ialah _______________________________________

2. OBJEKTIF KELAB

2.1 Objektif kelab ini ialah

2.1.1 Menyatupadukan dan menjalinkan kemesraan antara ahli-ahli kelab.

2.1.2 Menyemaikan perasaan cinta terhadap institut, negeri dan negara


supaya wujud warganegara yang sihat.

2.1.3 Membolehkan ahli-ahli yang mempunyai minat yang sama,


mengembangkan bakat dan potensi dengan sedaya upaya mereka.

2.1.4 Perseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan


perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar.

2.1.5 Pengukuhan interaksi di kalangan pelajar di institut.

2.1.6 Peningkatan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam gerakerja


yang diceburi.

2.1.7 Pengukuhan dan pengkayaan perkara-perkara yang dipelajari dalam


bilik kuliah serta perluasan pengalaman pelajar dalam bidang
tertentu.

2.1.8 Pengisian masa lapang pelajar dengan berfaedah, memberi


kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kerjasama diri.

2.1.9 Peningkatan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan


nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukunegara.

2.1.10 Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan


mengembirakan pelajar.

2
2.1.11 Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala
dengan sekolah dan masyarakat setempat.

3. KEAHLIAN KELAB

3.1 Terdiri daripada pelajar institut ini yang masih belajar dalam tahun semasa.

3.2 Pelajar yang telah diterima dan didaftarkan. Ahli-ahli mestilah


menandatangani borang yang disahkan sebelum diterima masuk.

4. YURAN AHLI

4.1 Setiap ahli akan dikenakan bayaran yuran / sumbangan sebanyak

RM __________ tiap-tiap _______________.

5. PENTADBIRAN

5.1 Kelab ini akan dikelolakan oleh satu Jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli
seperti berikut:

5.1.1 Pengerusi
5.1.2 Naib Pengerusi
5.1.3 Setiausaha
5.1.4 Penolong Setiausaha
5.1.5 Bendahari
5.1.6 Ahli Jawatankuasa – 6 orang ( 2 orang mewakili setiap ambilan )
5.2 Pengerusi bertanggungjawab untuk menjalankan semua mesyuarat dan
mewakili kelab secara rasmi. Beliau akan dibantu oleh Naib Pengerusi.

5.3 Setiausaha dan penolongnya bertanggungjawab untuk menyimpan semua


rekod keahlian, kegiatan, minit mesyuarat, laporan tahunan/semester serta
semua jenis surat menyurat kelab, kedatangan dan penglibatan setiap ahli
secara kemaskini. Notis-notis di papan kenyataan yang dikhaskan
hendaklah dikemaskinikan selalu.

5.4 Bendahari akan menyimpan rekod keahlian, pemungut yuran serta


memperkemaskinikan penyata kewangan.

5.5 Ahli-ahli Jawatankuasa akan membantu Pengerusi mengaturkan kegiatan-


kegiatan kelab ini secara bersungguh-sungguh.

3
5.6 Pensyarah Penasihat hendaklah dihubungi oleh semua AJK berkenaan
untuk mentadbirkan kelab ini.

6. PERJUMPAAN/ LATIHAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI

6.1 Ahli-ahli kelab/kelab ini akan bertemu dua (2) kali sebulan seperti yang
ditentukan untuk menjalankan kegiatan-kegiatannya. Semua ahli adalah
wajib menghadiri kegiatan ini.

6.2 AJK akan bermesyuarat apabila diperlukan.

6.3 Masa pertemuan/latihan _______________ pada hari _______________


Dibilik/padang/gelanggang _____________________.

6.4 Masa, hari, serta tempat pertemuan boleh dipinda dengan kebenaran
Pensyarah Penasihat. Pembatalan perjumpaan/latihan juga boleh
dilakukan setelah mendapat kebenaran daripada Pensyarah Penasihat.

6.5 Kekerapan perjumpaan/latihan akan diperbanyakkan apabila ada


keperluan/projek/pertandingan dan sebagainya.

7. MESYUARAT AGUNG

7.1 Mesyuarat Agung kelab ini akan diadakan pada penghujung semester 2
setiap tahun untuk menerima laporan, penyata kewangan dan melantik AJK
baru yang akan bertugas pada awal tahun berikutnya.

7.2 Mesyuarat Agung boleh diadakan tidak lewat daripada bulan November
setiap tahun.

8. PENSYARAH PENASIHAT

8.1 Pensyarah Penasihat kelab akan ditentukan oleh Pihak Pengurusan dan
segala kegiatan kelab hendaklah dijalankan mengikut peraturan dan
nasihatnya yang
telah ditetapkan. Pensyarah Penasihat adalah wakil Pihak Pengurusan dan
bertanggungjawab tentang kemajuan kelabnya.

9. LARANGAN

9.1 Kegiatan yang tiada kaitan dengan objektif mahupun yang tidak diluluskan
oleh Pihak Pengurusan tidak boleh dijalankan.

4
9.2 Kelab ini boleh bergerak di luar kawasan institut dan setiap kegiatan yang
diadakan di luar hendaklah mendapat kelulusan Pihak Pengurusan terlebih
dahulu.

9.3 Kelab ini tidak boleh berhubung terus dengan mana-mana pihak luar tanpa
melalui dan dengan kebenaran Pihak Pengurusan.

9.4 Kegiatan yang melanggar peraturan-peraturan institut mahupun undang-


undang negara tidak boleh dijalankan.

9.5 Kegiatan tidak boleh dijalankan jika tiada Pensyarah Penasihat yang hadir
bersama.

9.6 Penceramah/pembantu dari luar boleh dijemput setelah mendapat


persetujuan dari Pihak Pengurusan.

9.7 Ahli-ahli yang ingin menyertai sebarang kegiatan di luar institut hendaklah
juga mendapat kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh pihak HEP.

10. RANCANGAN/TAKWIM KEGIATAN

10.1 AJK yang dipilih akan merancangkan kegiatan tahunan/semester/mingguan


dalam masa 2 minggu ia dilantik. Rancangan ini hendaklah dikemukakan
kepada Pihak Pengurusan untuk diluluskan sebelum ia dilaksanakan.

11. PAKAIAN DAN KETERTIBAN

11.1 Semua peraturan institut berkuat kuasa bagi semua kegiatan Kelab ini
dijalankan,

11.2 Jika pakaian seragam diluluskan bagi kegiatan ini, semua ahli wajib
memakainya.

12. KEWAJIPAN AHLI

12.1 Setiap ahli perlu menghadiri semua aktiviti yang dirancangkan.

12.2 Ahli-ahli yang melanggar peraturan kelab ini dan yang tidak hadir kegiatan
3 kali berturut-turut akan diberi surat peringatan.

13. PENILAIAN KEAHLIAN

13.1 AJK dengan bimbingan Pensyarah Penasihat akan menyediakan suatu


laporan lengkap mengenai segala aktiviti kelab sepanjang tahun, keadaan
kewangan serta sebarang pencapaian / kecermelangan yang didapati
sepanjang tahun.
5
13.2 Di sampng itu, pihak AJK dan Pensyarah Penasihat akan menyampaikan
suatu senarai pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam kegiatan kelab
pada akhir bulan Oktober setiap tahun kepada Penyelaras Ekstra
Kurikulum.

14. PENDAFTARAN KELAB

14.1 Kelab yang telah didaftarkan boleh ditarik balik oleh Pihak Pengurusan
sekiranya didapati tidak lagi bersesuaian dengan matlamat / kehendak
institut.

14.2 Pihak Pengurusan juga berhak untuk menambah/meminda mahupun


memansuhkan mana-mana peraturan dalam perlembagaan jika perlu.

.
15. HAL- HAL LAIN

15.1 Jika ada sebarang butiran lain khas bagi kelab hendaklah dikepilkan
bersama perlembagaan induk ini.

15.2 Satu senarai nama AJK kelab ini hendaklah diserahkan ke Pihak
Pengurusan semasa pendaftaran kelab ini.

15.3 Pendaftaran kelab ini hendaklah dihantarkan dalam dua salinan selewat-
lewatnya dalam masa dua minggu selepas Mesyuarat Agung setiap tahun.

6
LAMPIRAN 3

CONTOH KERTAS CADANGAN


TAJUK

TUJUAN
1...
LATAR BELAKANG
2...
ASAS PERTIMBANGAN
3…
STRATEGI PELAKSANAAN
4…
IMPLIKASI
5…
KESIMPULAN
6...
PELAN KOMUNIKASI .
7...
o Mesej Stategik:
o Jurucakap:
o Kumpulan sasaran:
o Medium:
o Aktiviti:
o Tempoh komunikasi:
o Nilai impak yang disasarkan:
SYOR
8..
*** Perincian perlu dilampirkan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1 OKTOBER 2018

7
LAMPIRAN 4

CONTOH FORMAT

KERTAS KERJA

Kandungan kertas kerja:

1. Tajuk

2. Pendahuluan

3. Tujuan lawatan / Objektif

4. Anjuran

5. Sasaran

6. Tarikh / tempoh lawatan

7. Tempat yang dilawati

8. Ahli jawatankuasa pelaksana

9. Tentatif program

10. Anggaran perbelanjaan

11. Penutup

12. Ulasan :
12.1 pensyarah penasihat
12.2 Ketua Jabatan yang berkaitan/ KJ Hal Ehwal Pelajar
12.3 Pengarah IPGK

8
LAMPIRAN 5

1
LAMPIRAN 1

ULASAN / MAKLUM BALAS

BIL GARIS PANDUAN ULASAN/ MAKLUM BALAS

1. PENGENALAN , Tandakan / pada ruangan yang berkenaan


DEFINISI,TUJUAN
Setuju

Tidak

Penambahbaikan

Ulasan:

Tandakan / pada ruangan yang berkenaan


2. GARIS PANDUAN
UMUM Setuju

Tidak

Penambahbaikan

Ulasan:

Tandakan / pada ruangan yang berkenaan


3 TERMA DAN
KETERANGAN Setuju

Tidak

Penambahbaikan

Ulasan:

2
KRETIRIA Tandakan / pada ruangan yang berkenaan
PEMARKAHAN
BERDASARKAN Setuju
4. AKTIVITI
Tidak

Penambahbaikan

Ulasan:

 Ulasan dan Semua maklumbalas hendak diserahkan pada atau sebelum


28 NOVEMBER 2018. Pegawai untuk dihubungi, En. Mohd Dahlan Bin
Abdul Kadir, Sektor Hal Ehwal Pelajar & Hubungan Luar (SHEPHL) IPGM
di talian 0178785048.

Anda mungkin juga menyukai