Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan

Pada era globalisasi ini,kita dapat lihat kurangnya nilai kesantunan

dalam diri seseorang remaja. Kita dapat lihat dari segi percakapan dan

perbuatan para remaja yang kurang kehalusannya. Ini dapat membawa

kepada isu-isu yang tidak sedap didengar atau dilihat dalam media

sosial,akhbar serta lain-lain. Kekurangan nilai kesantunan dalam diri

seseorang dapat menjebakkan diri dalam gejala sosial seperti gejala

rasuah,buli dan gejala yang negatif yang lain-lain. Perkara ini belaku

disebabkan beberapa faktor dan perlulah diambil berat dengan mengambil

langkah-langkah yang sepatutnya oleh semua pihak.

2.0 Isu Kesantunan

Menurut Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan

Bahasa Dan Pustaka (DBP), isu ialah persoalan , hal, topik serta masalah.

Kesantunan pula ialah santun, kesopanan, kehalusan sama ada budi bahasa

atau budi pekerti baik berbentuk bahasa lisan ataupun tulisan. Isu kesantunan

ialah masalah yang timbul melibatkan perbuatan atau bahasa seseorang itu.

Ini melibatkan peraturan bahasa iaitu

• Jarak sosial

• Konteks
• Tujuan
• Giliran cakap
• Mula dan akhiri cakap
• Memilih kata

1
3.0 Isu Pendidikan

Isu pendidikan ialah sesuatu kejadian yang berlaku di dalam bidang

pendidikan yang melibatkan pelajar sekolah serta IPT. Kes buli ini diterbitkan

oleh akhbar sinar secara online pada 22 Febuari 2016. Buli didefinisikan

sebagai perbuatan yang menyakitkan orang lain tanpa kerelaan seseorang itu

dari segi mental atau fizikal. Gejala buli ini berlaku kerana tidak

mengamalkan konsep kesantunan sepenuhnya.

Gejala buli boleh dikategorikan dalam kesantunan non verbal. Ini

dikaitkan dengan strategi bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri sendiri.

Pembuli tidak akan pernah berasa kasihan atau simpati kepada mangsa buli

dan tidak akan memikirkan kesan buruk kepada mereka dan orang dibuli.

2
Gejala buli disebabkan oleh tekanan dan sifat pelajar itu sendiri .

Tekanan yang dihadapi mungkin kerana tidak diberi kasih sayang yang cukup

oleh ibubapa, dikongkong, pelajaran dan lain-lain. Mereka melepaskan

tekanan mereka dan akan mendapat kepuasan apabila melihat seseorang

merasa kesakitan yang mereka hadapi.

Gejala buli ini memberi kesan kepada individu yang dibuli. Individu yang

dibuli akan tidak bersemangat dan lemah untuk dan akan memberi kesan

pengajaran dan pembelajarannya kerana mereka akan sentiasa memikirkan

nasib mereka dan perkara yang akan terjadi kepada mereka. Seperti artikel ini,

mereka juga telah diugut supaya tidak menceritakan hal tersebut kepada yang

lain jika tidak mereka menerima akibat yang buruk. Adakalanya mendorong

mereka untuk lari dari dibuli dengan memilih jalan untuk mendiamkan diri.

Cadangan saya untuk membanteras gejala ini dengan pihak sekolah

serta guru perlulah peka dengan keadaan pelajar-pelajar di sekolah. Pihak

sekolah perlulah mengambil tindakan yang keras terhadap pembuli-pembuli

ini. Ibu bapa juga perlu mengambil berat sepenuhnya terhadap emosi, fizikal

dan keadaan sekeliling anak-anak kerana mereka adalah individu yang

terdekat yang lebih mengenali anak-anak lebih mendalam.

3
4.0 Isu Gejala Sosial

Isu ini diterbitkan oleh akhbar Sinar secara online pada 19 Oktober

2013. Menceritakan seorang bapa dibelasah dan dimaki tanpa hormat hanya

kerana berebut harta pusaka selepas bapa tersebut berkahwin lain. Gejala

sosial adalah masalah sosial yang mempengaruhi dan dipengaruhi oleh sikap

manusia dalam kehidupan. Bagi isu ini saya ingin membincangkan mengenai

penderhakaan anak kepada ibubapa..

Isu penderhakaan anak ini bukan isu yang baru. Jika anak-anak

menyakitkan hati ibubapa dan meninggikan suara kepada mereka juga dikira

sebagai penderhaka. .Bahkan ada anak-anak membuang ibubapa sendiri.

Anak-anak yang derhaka ini langsung tidak mempeduli akan perasaan ibubapa

4
membesarkan mereka bagai “kacang lupakan kulit”. Sikap anak-anak ini tidak

ubah umpama Si Tanggang.

Isu ini melibatkan konsep kesantunan verbal dan non verbal. Isu ini

berlaku kerana tidak menggunakan strategi bersopan santun , toleransi ,

bertimbang rasa merendah diri dan ramah mesra. Cara percakapan anak-anak

kepada ibu bapa tiada kata-kata yang halus serta menyakitkan hati mereka.

Mereka tidak menggunakan peraturan bahasa secara tepat. Mereka tidak

mempunyai kesantunan dalam diri mereka.

Punca berlakunya isu penderhakaan anak disebabkan kurangnya

didikan agama atau penghayatan agama. Seseorang yang mengamalkan

agamanya secara tepat semestinya mempunyai nilai murni yang tinggi dalam

diri dan tidak akan mempunyai masalah untuk menyayangi ibu bapa. Sikap ibu

bapa yang kurang memberikan kasih sayang kerana sibuk berkerja

menyebabkan anak-anak anak-anak ini membesar menjadi anak yang mudah

memberontak, melawan cakap dan berdendam.

Kesan kepada isu ini ialah anak-anak yang tidak bertanggungjawab

akan dipandang hina oleh masyarakat kerana sikap mereka. Jika kita tidak

menghormati atau sayang kepada mereka akan memakan diri mereka sediri.

Hidup mereka akan menjadi susah kerana sikap mereka sendiri. Ini telah

dibuktikan dalam Hadis Nabi.

Dari Abdullah ban Amru r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang

bermaksud,“Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan

Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

5
Cadangan bagi membanteras isu ini ialah mengadakan

kempen,ceramah atau forum bagi muhasabahkan diri anak-anak betapa

pentingnya dan istimewa mengenai kasih sayang terhadap ibu bapa. Ibu bapa

perlulah mengisi rohani anak-anak dengan perkara yang mempunyai nilai-nilai

murni serta memberikan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak.

6
5.0 Isu Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Isu ini diterbitkan oleh Berita Harian pada 30 Julai 2014. Isu

penggunaan Bahasa rojak di laman sosial secara melampau adalah satu isu

yang saya ingin kupaskan . Banyak laman sosial yang telah dicipta bagi

memudahhkan komunikasi seperti Facebook , Twitter ,Instagram dan lain-lain.

Penggunaan bahasa dan perkataan yang kesat dan tidak berlapik semakin

meluas. Kebanyakkannnya dari kalangan remaja.

7
Melihat contoh daripada satu status di facebook, punca bagi isu ini ialah

para pengguna laman sosial menganggap laman sosial tempat melepaskan

tekanan. Mereka menulis status yang tidak mempunyai maksud dan tidak

memberi manfaaat kepada orang lain. Mereka menggunakan bahasa yang

bercampur dan kesat secara terang-terangan sebagai melepas geram kepada

orang lain.

Isu ini menggunakan konsep kesantunan non verbal. Strategi yang

tidak digunakan ialah strategi bertimbang rasa dan strategi bersopan santun.

Mereka mengabaikan peraturan linguistik, peraturan sosiolistik dan peraturan

pragmatik.

8
Kesan isu ini ialah laman sosial boleh memberi kesan kepada

kedaulatan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu tercemar dengan bahasa rojak

serta bahasa singkatan dan boleh menimbulkan fitnah. Penggunaan bahasa

rojak yang luas dapat menghakis nilai estika Bahasa Melayu. Jelaslah

penggunaan teknologi mencemarkan kedaulatan bahasa seperti ditelan mati

emak , diluah mati bapak.

Cadangan saya terhadap isu ini, pihak berkuasa perlulah mengadakan

kempen bagi meningkatkan lagi kesedaran anak muda tentang penggunaan

laman sosial dengan betul. Kesedaran anak muda perlulah dipertingkatkan lagi

supaya hal ini tidak terus berlaku.

6.0 Penutup

Kesimpulannya, isu-isu yang berlaku disebabkan banyak faktor dan

kesan kepada individu, masyarakat dan lain-lain. Harapan saya agar rakyat

Malaysia sedar akan pentingnnya isu ini. Semua pihak perlu bersinergi bagai

aur dengan tebing untuk untuk memupuk amalan murni dalam setiap jiwa

rakyat Malaysia. Konsep kesantunan dan strategi kesantunan perlulah

diamalkan dengan bersungguh-sungguh masyarakat kita dapat hidup dengan

aman dan harmoni.

Anda mungkin juga menyukai