Anda di halaman 1dari 2

Laporan Refleksi Individu

SITI NAJWA BINTI ZULKIFLI ( G6.6 )


Syukur ke hadrat Illahi kerana dapat menyiapkan dan melengkapkan tugasan
kokurikulum bagi persatuan senamrobik ini. Kerjasama dari setiap ahli kumpulan yang telah
diberikan memudahkan lagi proses menyiapkan dan melengkapkan tugasan ini. Setelah
berbincang dan merancang tentang tugasan yang diberikan ini, saya bersama ahli kumpulan
yang lain iaitu Muhammad Hafizuddin, Chee Yee Wah dan Pannuperiyaa mula melakukan
tugas masing-masing yang telah diberikan.
Tugasan kali ini mengkehendaki kami untuk merancang, menyediakan kertas kerja
tentang satu persembahan senamrobik yang mana dikira sebagai ujian amali seterusnya
melaksanakan apa yang telah dirancang. Bagi semester ini, persatuan senamrobik telah
menekankan bagaimana untuk menjadi seorang jurulatih atau instruktor senamrobik dengan
betul dan beretika.
Kelebihan
Selepas segala perancangan diputuskan, kami mula menyiapkan kertas kerja tentang
persembahan senamrobik yang akan dilakukan bagi ujian amali persatuan senamrobik ini.
Disebabkan saya pernah menghadiri kursus jurulatih senamrobik sebelum ini, saya
mempunyai pengetahuan dan pengalaman lain berbanding ahli kumpulan saya. Oleh sebab
itu, saya telah meggunakan kelebihan yang ada untuk membantu ahli kumpulan saya
berlatih bagi menjadi jurulatih senamrobik bagi menghadapi ujian amali nanti.
Selain itu, salah seorang ahli kumpulan saya merupakan pelajar jurusan muzik. Ini
memudahkan dan memberi kelebihan kepada kumpulan kami terutamanya semasa belajar
tentang muzik, bagaimana untuk mengira bit dalam lagu yang digunakan untuk senamrobik.
Disamping itu, dengan pengalaman saya sendiri sebelum ini yang mana sering
menjadi jurulatih senamrobik di institut telah memberikan saya satu kelebihan ketika
melakukan ujian amali tersebut. Disebabkan saya sudah biasa dengan keadaan dan situasi
ini, saya berasa yakin dan tidak gementar semasa melakukan ujian amali tersebut. Saya
yakin dapat melakukan persembahan ujian amali tersebut dengan baik.
Kekurangan
Antara kekurangan yang telah dikenalpasti ialah persediaan alatan untuk sistem
suara semasa hari persembahan tersebut yang mana sedikit kelam kabut kerana tiada ahli
jawatankuasa yang melakukan tugas untuk menyediakan sistem suara dan tidak mengumpul
semua lagu bagi setiap kumpulan yang hendak digunakan. Hal ini telah menyebabkan
proses semasa hari tersebut sedikit terganggu apabila seorang demi seorang tampil ke
hadapan dan baru hendak menyerahkan lagu yang hendak digunakan semasa
persembahan senamrobik kumpulan masing-masing.
Penambahbaikan
Bagi mengatasi masalah tersebut pada masa akan datang, ahli jawatankuasa yang
telah dilantik perlulah tahu skop tugas masing-masing supaya tidak berlaku hal seperti ini.
Jika setiap ahli jawatankuasa tau akan skop tugas masing-masing, ahli jawatankuasa yang
berkenaan akan lebih bersedia dengan sistem suara yang sesuai dan baik serta telah
mengumpulkan senarai lagu yang hendak digunakan oleh setiap kumpulan sehari sebelum
hari persembahan. Hal ini akan membantu proses ujian amali ini berjalan dengan lancar
tanpa gangguan yang boleh dielak.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan saya
kerana telah sama-sama berusaha dan saling membantu sepanjang menyiapkan dan
melengkapkan tugasan ini. Tugasan ini memberi saya satu pengalaman baru bagaimana
untuk merancang dan menjalankan satu persembahan ataupun ujian amali senamrobik. Di
samping itu, sepanjang bersama persatuan senamrobik ini telah meningkatkan pengetahuan
saya tentang bagaimana untuk menjadi instruktor senamrobik yang lebih baik dan beretika
pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai