Anda di halaman 1dari 15

Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap Bidang Kegiatan mengikut Tahap 1 dan 2

Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak

Cara yang boleh merangsang imaginasi dan ekspresi murid-murid dalam menghasilkan aktiviti untuk setiap bidang kegiatan tahap 1 dan tahap 2 adalah seperti berikut: Pengalaman melalui ABM - menggunakan ABM seperti gambar foto, keratan akhbar , fotografi tentang produk seni visual. Pengalaman secara langsung (direct observation) -dilakukan secara terperinci dengan bimbingan dan pemerhatian secara khusus seperti melihat contoh produk seni visual yang ada perkaitan dengan menyatakan ciri-ciri/sifat produk dan perkaitan dengan sumber idea.

Pengalaman deria penggunaan lima deria. Galakkan murid-murid menggunakan 5 deria seperti merasai, menghidu, menyentuh produk seni visual tersebut.

Pengalaman dengan alatan dan bahan. Guru perlu merancang dan memilih bahan seni yang sesuai dengan tajuk produk dan tahap perkembangan kanak-kanak.
Penerokaan / Penggunaan ICT. Galakkan kanak-kanak meneroka dan memanipulasikan bahan-bahan yang sesuai.

Penghasilan karya terutama lukisan kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanakkanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekpresif (Lowenfeld, 1975)

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar.

Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek imaginasi mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.

d. Aspek Persepsi Melalui mata pelajaran seni visual, murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Pendidikan seni visual menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

Bidang kegiatan Tahap 1

Bidang kegiatan Tahap 2

5P KBSR
Penggabungjalinan Aktiviti membuat binaan dapat memperkembangkan pelbagai kemahiran (berfikir, belajar, psikomotor ,sosial) dan penggabungjalinan dengan mata pelajaran yang lain.

Penerapan nilai Penerapan nilai-nilai murni boleh disemai dan dipupuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam aktiviti menghasilkan karya/produk. Penerapan nila-nilai boleh ilakukan secara pertuturan, perlakuan dsbnya.

Pemulihan Pengesanan kemajuan murid dijalankan selepas guru mengajar beberapa kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran. Aktiviti pemulihan perlu dilakukan agar kelemahan murid tidak terkumpul.

Penyerapan pengetahuan Aktiviti membentuk dan membina dapat memperkembangkan pengetahuan dan kemahirankemahiran belajar, psikomotor dan sosial .

Pengayaan Murid yang telah menguasai sesuatu konsep untuk menghasilkan robot yang bermotifkan kucing perlu diberi pengayaan untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang dikuasai oleh pelajar

Anda mungkin juga menyukai