Anda di halaman 1dari 11

4.

0 Teknik

yang digunakan oleh Teori Tingkah Laku (Behavioris ), Teori

Pemusatan Perorangan (Humanistik ) dan Teori Rational Emotif (Pendekatan


Kognitif )

4.1 Teknik yang digunakan oleh Teori Tingkah Laku (Behavioris)


Terdapat enam teknik yang digunakan oleh teori tingkah laku iaitu :
1. Peneguhan
Positif dan peneguhan Negatif
Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli
yang sesuai yang diberi sebaik saja wujudnya tingkah laku operan itu. Peneguhan
boleh berupa positif dan negatif.

Peneguhan Positif
Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu
mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan positif ialah stimulus atau
peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran ataupun perubahan
kelakuan positif. Peneguhan ini lazimnya menggembirakan dan dipanggil sebagai
ganjaran.
Menurut Skinner lagi, tingkah laku juga sebenarnya merujuk kepada langkahlangkah yang digunakan guru untuk melakukan peneguhan yang berkala. Cara
peneguhan yang diberi akan memberi kesan terhadap tingkah laku yang seterusnya.
Contohnya seorang guru ingin membantu salah seorang muridnya yang pemalu. Guru
tersebut perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala. Cara peneguhan yang
telah diberi oleh guru akan mempengaruhi tingkah lakunya selepas itu. Setiap kali murid
yang pemalu tersebut mengangkat tangan atau menjawab dengan betul guru mestiah
memberikan pujian dan sokongan kepada beliau. Hal ini kerana peneguhan ini akan

membuatkan murid tersebut menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk menjawab
soalan pada masa akan datang. Ia juga sekaligus dapat mengurangkan rasa malu
dalam dirinya.
Selain itu, guru yang ingin menggunakan model ini perlu menganalisa tingkah
laku setiap murid di dalam bilik darjah tersebut. Guru perlu menyenaraikan tingkah laku
yang diingini pada masa sekarang dan masa akan datang. Dalam konteks ini, guru
mesti mengkaji sesuatu tingkah laku itu dahulu sebelum melakukan peneguhan ke atas
seseorang murid tersebut. Guru juga perlu membuat pelan modifikasi tingkah laku
dengan menyenaraikan beberapa tingkah laku yang yang perlu diberi perkataan yang
khusus. Peraturan dan peneguhan tersebut juga perlu dikenalpasti agar guru lebih
mudah untuk melaksanakannya di dalam bilik darjah. Penggunaan peneguhan positif
sangat dititikberatkan dan perlu dilakukan sekerap mungkin apabila murid melakukan
tingkah laku yang diingini

Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini
berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.
Peneguhan negatif adalah stimulus atau peristiwa yang juga menyebabkan
kemajuan dalam suatu tingkah laku tetapi untuk mengelak daripada berlaku sesuatu
yang tidak dikehendaki. Contonya, seorang pemandu mematuhi arahan had laju
jalanraya kerana tidak mahu disaman. Saman di sini merupakan peneguhan negatif.
Antara jenis peneguhan, terdapat peneguhan utama dan peneguhan sekunder.
Peneguhan utama terdiri daripada benda ataupun peristiwa yang memberi kesan
langsung kepada kelakuan seseorang dan tidak bergantung pada pembelajaran bagi
kuasa peneguhan. Contohnya, gula-gula dan mainan. Sekiranya kanak-kanak diberikan
gula-gula apabila dia berkelakuan baik akan terus berkelakuan baik kerana mereka
tahu mereka akan mendapat ganjaran itu. Peneguhan utama ini diberikan kepada
pelajar kerana mereka belum tahu cara bertindak apabila mendapat peneguhan
sekunder. Peneguhan sekunder ialah stimulus atau peristiwa yang memperkukuhkan

sesuatu respons melalui pembelajaran. Peneguhan ini selalunya bersifat linguistik


ataupun sosial. Contohnya pujian daripada guru, perhatian guru, markah, senyuman
daripada guru ataupun apa-apa isyarat pengiktirafan daripada guru.
Selain itu, peneguhan negatif pula adalah tingkah laku diulangi kerana individu
hendak mengekalkan ataupun melepaskan diri daripada tindakan susulan yang tidak
menyeronokkan ataupun menyakitkan. Contohnya Ridhwan mengemaskan semula
mainannya kerana tidak mahu dimarahi oleh ibunya. Tingkah laku yang dikehendaki
adalah mengemaskan mainannya.

2. Dendaan dan Peneguhan


Tujuan mengenakan denda adalah semata-mata untuk menghentikan sesuatu
tingkah laku yang tidak diingini. Manakala, tujuan peneguhan positif atau peneguhan
negatif adalah menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku, sama
ada diingini atau tidak diingini dan bukan digunakan untuk menyekat atau
menghentikannya, seperti yang dilakukan dengan mengenakan denda terhadapnya.
Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam
tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya
diulangi lagi. Murid yang didenda, kerana tidak boleh menguasai setengah-tengah
kemahiran matematik, mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajaran
matematik.
Denda dilakukan untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang.
Dengan erti kata lain ialah menghentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik
daripada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila
individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut.
Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau
sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya

3. Reverse Psychology
Teknik modifikasi tingkah laku ini ialah menggunakan psikologi untuk
modifikasikan tingkah laku negative kepada yang positif. Teknik ini memerlukan
kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenalpasti
sikap, pandangan dan pemikiran dalamanya. Tujuan menggunakan reverse psychology
ini ialah menginsafkan murid itu agar melepaskan sikap negative dan memupuk sikap
positif demi membentuk tingkah laku yang diingini.
Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku
negatif kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku
negatif dan beralih kepada tingkah laku positif.

4. Shaping
Shaping adalah salah satu kaedah pengubahsuaian tingkah laku yang sangat
berguna. Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini atau
positif melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur, dan memberhentikan
tingkah laku yang tidak diingini atau yang negatif. Sebagai contoh, guru akan memberi
ganjaran secara berperingkat setiap kali murid hampir mencapai matlamat tingkah laku
yang ditetapkan oleh guru. Ganjaran menjadi semakin lumayan jika murid bergerak
hampir ke arah matlamat akhir.

5. Token Ekonomi
Sistem token ekonomi merupakan satu bentuk menggunakan pendekatan
peneguhan tingkah laku positif yang mudah dilaksanakan di sekolah terutamanya di
prasekolah. Dengan menggunakan sistem token ekonomi ini, tingkah laku positif muridmurid akan dipertingkatkan. Setiap kali murid berkenaan berkelakuan baik atau
menunjukkan tingkah laku positif, maka dia akan mendapat ganjaran seperti bintang,

pelekat, gambar, setem dan lain-lain Sekirannya murid berjaya mendapat jumlah token
tertentu, maka token-token tersebut boleh ditebus untuk sesuatu hadiah atau pun
sesuatu aktiviti yang digemarinya.
Secara tidak langsung, tingkah laku positif murid berkenaan akan diperkukuhkan
lagi sekiranya guru memberitahunya bahawa kenapa dia yang layak mendapatkan
token-token tersebut. Tindakan ini akan memotivasikan lagi murid berkenaan untuk
menunjukkan tingkah laku yang positif.

6. Kontrak (Lisan dan Bertulis)


Kontrak ini boleh dibuat secara lisan dan bertulis. Ia merupakan satu persetujuan
di antara guru dan murid setelah perbincangan dibuat berkaitan tingkah laku. ini adalah
satu perjanjian dibuat secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu
cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif.

4.2 Teknik yang digunakan Oleh Teori Pemusatan Perorangan (Humanistik)


Berikut merupakan teknik yang digunakan oleh Teori Pemusatan Perorangan dalam
kaunseling.

a) Kongruen
Kaunselor haruslah ikhlas, jujur dan mempunyai nilai kebolehpercayaan dalam
hubungan kaunseling. Untuk menjadi kongruen, kaunselor perlu menjadi dirinya yang
sebenar dan tidak berpura-pura. Ini kerana klien kebanyakan mengalami situasi yang
tidak kongruen, jadi kaunselor terbabit haruslah memastikan dirinya kongruen terlebih
dahulu dan terlibat dalam hubungan kaunseling.

b) Tidak mengarah (Non-Directive)


Hal ini bermaksud, seseorang kaunselor tidak menyoal atau memberi nasihat,
atau mentafsir pemikiran, perasaan dan tingkah laku klien sebaliknya beliau perlu
mendengar secara aktif dan memberi dorongan yang wajar sepanjang sesi kaunseling.
Kaunselor tidak boleh menghakimi keputusan klien dan membuat keputusan untuk
klien.

c) Penerimaan positif tanpa syarat


Seseorang kaunselor mestilah menerima klien mereka seadanya tanpa apa-apa syarat
yang dikenakan. Kaunselor harus menerima mereka sebagai seorang yang berpotensi
menjadi baik, bersifat rasional dan gemar kepada autonomi. Apabila sikap mesra dan
penerimaan wujud dalam kaunseling, klien akan sedia menerima bimbingan dan
mereka akan merasa lebih berkeyakinan untuk menangani masalah yang dihadapinya.

D ) Empati
Kaunselor yang baik akan cuba menyelami dunia klien untuk mengalami situasi
yang sedang dilalui oleh klien serta menghayati perasaan yang sedang dirasainya
ketika itu. Empati merupakan keupayaan kaunselor memahami kliennya ke peringkat

yang lebih mendalam. Ini merangkumi kemahiran mendengar.(lisan dan bukan lisan)
dalam setiap peringkat sesi kaunseling, termasuk imaginasi dan kefahaman kendiri
klien.

4.3 Teknik yang digunakan oleh Teori Rational Emotif (Pendekatan Kognitif )

Teori Emosi Rasional telah memberikan beberapa teknik kepada kaunselor iaitu
teknik kognitif, teknik emotif dan teknik behavioral.
a) Teknik Kognitif
Teknik kognitif iaitu menstrukturkan semula pemikiran dan kepercayaan tak rasional
melalui A-B-C-D-E. A bermaksud peristiwa yang menggerakkan, B pula sistem
kepercayaan manakala C bermaksud akibat seterusnya D

bermaksud

mencabar

kepercayaan tidak rasional dan E mempunyai maksud kesan. Contohnya, seorang


murid yang telah gagal dalam peperiksaan UPSR berasa amat kecewa (C) kerana dia
mempercayai (B) bahawa masa depannya sudah terjejas dan bukan kerana peristiwa
gagal dalam UPSR (A). Dalam hal ini kaunselor hendaklah membetulkan sistem
kepercayaan (B) yang tidak rasional itu iaitu dengan mengatakan masa hadapan tidak
terjejas selama-lamanya kerana dia boleh mengambil peperiksaan PMR dan mendapat
kecemerlangan jika berusaha. Kepercayaan baharu ini adalah lebih rasional dan situasi
ini dinamakan D. Setelah mencapai D (kepercayaan rasional) klien akan mengalami
perasaan E iaitu kesan di mana klien berasa tenang dan lega.
b) Teknik Emotif

Pertikaikan sehebat-hebatnya
Imageri emotif dan rational
Penerimaan tanpa syarat , peningkatan penghargaan kendiri
Penggunaan teknik humour atau kelucuan.
Main peranan.

c) Teknik Behaviorial

Tugasan untuk mencabar percayaan tak rasional yang degil.


Latihan menangani perasaan malu dan salah yang berkaitan rapat

dengan kebimbangan ego.


Latihan kemahiran bertingkah laku seperti latihan asertif, latihan berpidato
dan sebagainya.

5.0 Kekuatan dan kelemahan Teori Tingkah laku (Behavioris ), Teori Tingkah Laku
perorangan (Humanistik) dan Teori Emotif (Pendekatan kognitif)

1. Kekuatan dan kelemahan Teori Tingkah Laku (Behavioris)

Kekuatan Teori Tingkah Laku Behavioris

Menjelaskan kejadian dan tingkah laku manusia dan juga pemikiran.


Memahamkan perilaku manusia yang adaptif dan maladaptif.
Menghargai klien dan bersikap menerima
Memahami klien yang unik dan mempunyai tingkah laku berbeza
Kaunselor mendengar isi hati klien secara tepat.
Dari segi strategi pelbagai strategi boleh digunakan (role play, token,

peneguhan kendiri).
Tingkah laku semula kaunselor lebih faham tingkah laku klien dan klien

belajar tingkah laku baharu dalam keadaan yang selamat.


Klien akan faham dan dapat melihat dengan jelas bahawa tingkah laku
merupakan proses kematangan. Oleh itu, tingkah laku yang negatif boleh

diubah.
Mementingkan hubungan antara kaunselor dan klien.
Kaunselor benar-benar menjiwai keseluruhan pemikiran dan perasaan klien.

Kelemahan Teori Tingkah Laku


Teori ini mungkin akan mengubah tingkah laku tetapi tidak perasan
Mengetepikan faktor-faktor hubungan dalam terapi. Ini akan menyebabkan
hubungan antara kaunselor dan klien menjadi tidak mesra sekaligus akan

menyukarkan sesi kaunseling berlangsung.


Mengetepikan pengalaman-pengalaman silam yang mungkin mempengaruhi
tingkah laku semasa

2. Kekuatan dan kelemahan Teori Perorangan (Humanistik )

a) Kelebihan Teori Pemusatan Perorangan

Hubungan antara kaunselor dan klien lebih mesra dan membolehkan sesi

kaunseling dapat dijalankan dengan lancar dalam keadaan yang terapeutik.


Langkah-langkah kaunseling yang sistematik dan jelas
Kaunselor menggalakkan klien untuk berfikiran rasional dan positif.
Isu yang dihadapi oleh klien dapat diselesaikan satu persatu dengan teliti.

Klien dapat memajukan diri melalui cara berfikir yang positif.


Teori ini tidak bersikap menilai klien.
Memberikan kemahiran berfikir secara positif untuk berhadapan dengan masalah
yang akan mereka hadapi pada masa akan datang.

b)Kelemahan Teori Pemusatan Perorangan

Terlalu berpusatkan klien di mana guru perlu memenuhi kehendak klien seperti

keadaan yang kondusif dan ke arah perubahan tingkah laku.


Konsep kendiri pelajar tidak sepadan dengan pengalaman sebenar. Pelajar

tersebut akan memutarbelitkan realiti.


Memerlukan jangka masa yang agak panjang

3. Kekuatan dan kelemahan teknik Rasional Emotif (Pendekatan Kognitif)

Teori Rasional Emotif bermatlamat untuk mengajar klien berfikir dan bertingkah
laku secara rasional. Walau bagaimanapun, mereka bebas untuk memilih antara
tingkah laku negatif dan tingkah laku positif. Dengan kata lain mereka diajar untuk
bertanggungjawab atas pemikiran masing-masing dan konsekuen tingkah laku yang
berikutan. Secara amnya, dapat dilihat pendekatan ini cepat sampai kepada masalah
yang dihadapi oleh klien. Oleh itu, penyelesaian masalah juga dapat dilakukan dengan
segera. Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam
menghadapi gejala yang lain dan kebiasaannya klien akan merasakan diri mereka
mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara berfikir. Hal ini kerana
melalui Teori Rasional Emotif klien diajar untuk menerima diri sendiri. Khayalan rasional

emotif melatih klien untuk berfikir, berasa dan bertindak sama seperti dalam realiti
kehidupan masing-masing.
Walaupun Teori Rasional Emotif mempunyai banyak kekuatan, ia juga tetap
memiliki kelemahan yang tersendiri. Antaranya teori ini kurang sesuai bagi klien yang
tidak mampu melibatkan diri dalam proses kognitif seperti mereka yang mengalami
kerencatan akal, kecederaan otak, psikosis atau mania. Walau bagaimanapun terdapat
klien yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah, biarpun terdapat juga klien
yang tidak begitu sesuai untuk dibantu dengan kaedah yang sedemikian yang
berasaskan kepada logik kerana aras kognitif mereka yang rendah. Seperti sesetengah
kes pula, terdapat setengah klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk
membawanya ke alam nyata sukar sekali untuk dicapai. Klien juga ada yang terlalu
berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logik
dengan baik. Berbeza pula dengan setengah klien yang memang suka mengalami
gangguan emosi dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu
membuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup mereka.

Anda mungkin juga menyukai