Anda di halaman 1dari 8

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, saya
dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Perkembangan Kanak-Kanak (EDUP 3023) 2018
dengan jayanya. In shaa Allah kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada
saya dari segi peningkatan ilmu pengetahuan dan nilai kesantunan dalam diri saya di masa
hadapan.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah kursus ini iaitu Pn. Sarina binti Mohd Yassin dan Pn. Izzah binti Abu Bakar
kerana telah banyak membimbing saya dan memberi tunjuk ajar kepada saya tentang cara-
cara membuat kerja kursus mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik Zulikipli bin
Che Mamat dan Puan Siti Khatijah binti Ibrahim yang turut membantu dari segi kewangan,
buah fikiran dan motivasi untuk menyiapkan kerja ini. Tanpa bantuan dan sokongan dari
mereka, mungkin saya tidak dapat menghasilkan kerja kursus seperti ini.

Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam membantu
saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini. Selain itu,
ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Pihak Perpustakaan Puteri (PS Puteri) Institut
Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka kerana banyak membantu saya dari
segi peminjaman buku perpustakaan, majalah dan jurnal yang tersedia di perpustakaan.
Seterusnya, ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan saya di Institut
Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka kerana telah membantu saya dan
memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

1
ISI KANDUNGAN

Item Muka surat

Borang maklum balas kerja kursus i

Penghargaan 1

Isi kandungan 2

Tugasan 1
Berdasarkan kenyataan yang diberikan, terangkan konsep dan
prinsip asas perkembangan kanak-kanak dan buat analisis dengan
pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, peringkat-
peringkat perkembangan kanak-kanak hingga awal remaja dengan 3-7

merujuk teori perkembangan yang relevan melalui sumber rujukan


yang sahih

Rujukan 8

2
Tugasan 1: Penulisan Akademik

1.0 PENGENALAN

Kanak-kanak merupakan individu yang belum matang dan belum dewasa serta
memerlukan perhatian yang secukupnya daripada orang yang lebih dewasa
terutamanya ibu bapa. Menurut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), kanak-kanak
dikategorikan sebagai seseorang yang berumur bawah 18 tahun. Oleh itu, perhatian
yang secukupnya dari orang yang lebih dewasa amat penting kepada kanak-kanak
supaya perkembangan diri mereka berlaku secara normal. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2007), perkembangan bermaksud perihal (proses) berkembang (menjadi maju
atau tersebar, membiak, meluas dan sebagainya), pertumbuhan dan kemajuan. Menurut
Dr. Ragbir Kaur (2008), perkembangan ialah perubahan-perubahan sistematik yang
berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya dan perubahan
tersebut merupakan perubahan kualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri
seseorang. Secara umumnya, perkembangan merujuk kepada perubahan yang berlaku
dalam diri seseorang dalam pelbagai aspek seperti emosi, fizikal, mental dan
sebagainya. Perkembangan merupakan proses perubahan kualitatif dalam diri setiap
individu dan berlaku secara berterusan serta berkait rapat dengan proses kematangan
dan pembelajaran kanak-kanak. Oleh hal yang demikian, pembelajaran kanak-kanak
haruslah bersesuaian dan mampu memberi impak yang positif kepada mereka kerana ini
melibatkan proses kematangan kanak-kanak tersebut.

2.0 ANALISIS PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERDASARKAN


PERINGKAT PERKEMBANGAN DAN TEORI PERKEMBANGAN

Setiap perubahan fizikal, emosi, sosial dan kognitif yang berlaku pada diri kanak-
kanak perlu diambil perhatian kerana melibatkan proses perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku berdasarkan
prinsip asas yang tertentu dan terdapat enam jenis prinsip asas perkembangan kanak-
kanak yang mempunyai maksud dan makna yang tersendiri. Prinsip yang pertama ialah
proses perkembangan kanak-kanak berlaku secara tertib dan teratur. Prinsip teratur
adalah sama iaitu corak perkembangan bayi dan kanak-kanak adalah sama dari satu
peringkat ke peringkat yang lain. Misalnya, pada peringkat kanak-kanak iaitu antara
umur 2 hingga 6 tahun, kanak-kanak mula menggunakan simbol-simbol dalam pemikiran
mereka dan keupayaan pemikiran simbol bermaksud kanak-kanak sudah bersedia untuk
berkomunikasi. Hal ini dapat dikaitkan dengan Teori Jean Piaget di bawah peringkat

3
perkembangan praoperasi. Kanak-kanak pada peringkat ini mempunyai sikap ingin tahu
dan gemar bertanya. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu memberikan jawapan yang
bernas kepada setiap pertanyaan yang di utarakan oleh kanak-kanak supaya kanak-
kanak dapat faham dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pengetahuan kognitif
mereka.

Selain itu, prinsip perkembangan kanak-kanak ialah perkembangan kanak-kanak


bersifat menyeluruh iaitu dari umum kepada spesifik. Pada peringkat awal kanak-kanak,
otot-otot mereka masih belum mencapai tahap kematangan jika dibandingkan dengan
peringkat awal remaja. Contohnya ialah perkembangan otot kanak-kanak bermula
dengan otot-otot yang besar seterusnya beransur kepada otot-otot halus seperti
pergerakan memegang, menulis dan sebagainya. Perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh juga dapat dilihat dari aspek emosi mereka bersesuaian dengan Teori Erik
Erikson. Terdapat lapan peringkat perkembangan Teori Erik Erikson dan peringkat awal
kanak-kanak hingga awal remaja ialah peringkat inisiatif lawan rasa bersalah, peringkat
kecekapan lawan rasa rendah diri dan peringkat identiti lawan kekeliruan peranan .
Sebagai contoh, peringkat akhir kanak-kanak melibatkan lingkungan umur antara 7
hingga 12 tahun iaitu melibatkan peringkat kecekapan lawan rasa rendah diri. Pada
peringkat ini, kanak-kanak lebih cenderung untuk belajar dan membentuk kemahiran-
kemahiran fizikal, sosial dan bahasa. Hal ini kerana kanak-kanak lebih banyak
menghabiskan masa mereka dengan persekitaran luar seperti di tadika, sekolah dan
sebagainya. Sekiranya aktiviti-aktiviti yang berfaedah sentiasa dipupuk dalam diri kanak-
kanak peringkat ini, mereka lebih cenderung untuk bersikap positif dan sentiasa
berusaha untuk mempelajari kemahiran baru. Namun, sekiranya kanak-kanak gagal
dipupuk dengan aktiviti berfaedah dan tidak dapat mempelajari kemahiran baru, mereka
akan berasa rendah diri dan tidak yakin dengan diri mereka sendiri dan secara tidak
langsung, perkembangan secara menyeluruh mereka terganggu.

Seterusnya, perkembangan kanak-kanak merupakan satu proses yang berterusan


dan berperingkat juga merupakan antara prinsip asas perkembangan kanak-kanak.
Prinsip ini menerangkan bahawa proses perkembangan kanak-kanak berlaku secara
berterusan mengikut peringkat umur kanak-kanak. Hal ini kerana setiap perkembangan
yang berlaku pada satu peringkat akan mempengaruhi peringkat yang lain dan setiap
peringkat dapat dibezakan melalui sifat yang jelas. Teori Jean Piaget merupakan contoh
teori yang melibatkan prinsip ini iaitu peringkat pra operasi. Peringkat ini merupakan
sambungan daripada peringkat sensori motor yang melibatkan penggunaan deria
kemahiran motor kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur dua tahun

4
belajar untuk memegang sesuatu barang seperti pensel dan apabila mencapai umur
lima tahun, mereka menggunakan kemahiran memegang tersebut untuk belajar menulis.
Hal ini berbeza dengan Teori Chomsky iaitu kanak-kanak mampu menguasai bahasa
secara semula jadi dan mempunyai keinginan untuk memahami dunia. Oleh itu,
perkembangan motor kanak-kanak perlu sentiasa diberi keutamaan diiringi dengan
penguasaan bahasa mereka supaya tidak mengganggu urutan perkembangan mereka.

Di samping itu, prinsip asas perkembangan kanak-kanak ialah kadar kecepatan


perkembangan kanak-kanak adalah berbeza-beza. Prinsip ini menerangkan bahawa
walaupun corak perkembangan kanak-kanak teratur, namun setiap domain
perkembangan seperti kognitif dan psikomotor adalah berbeza-beza. Contohnya,
terdapat kanak-kanak yang berumur lima tahun mempunyai tahap perkembangan
kecerdasan yang tinggi berbanding dengan tahap kematangan fizikal dan emosi. Oleh
itu, kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar cerdas dan dapat
dikaitkan dengan Teori Jean Piaget di bawah peringkat praoperasi. Perkembangan
kanak-kanak yang normal pada peringkat ini ialah kanak-kanak mempunyai sikap ingin
tahu dan suka bertanya dengan menggunakan perkataan yang mudah tetapi kanak-
kanak yang mempunyai tahap perkembangan kecerdasan yang tinggi bukan sahaja
suka bertanya malah mereka akan melakukan sesuatu di luar jangkaan orang dewasa.
Pendapat Teori Jean Piaget berbeza dengan pendapat Teori Lev Vygotsky iaitu
perkembangan kognitif kanak-kanak akan meningkat melalui interaksi mereka dengan
individu yang lebih berkebolehan di sekeliling mereka. Sekiranya kanak-kanak kurang
berinteraksi dengan individu sekeliling mereka, perkembangan bahasa dan kognitif
mereka agak terganggu walaupun mencapai peringkat umur yang sepatutnya. Justeru,
orang yang lebih dewasa memainkan peranan yang penting dalam membantu proses
perkembangan kanak-kanak.

Prinsip asas yang kelima ialah perkembangan anggota badan saling mempengaruhi
dan saling berkaitan antara satu sama lain. Perkembangan ini dapat dilihat hasil
daripada tahap perkembangan fizikal, bahasa dan kognitif kanak-kanak. Sebagai contoh,
kanak-kanak mula menguasai kemahiran menulis dan ketika menulis, kanak-kanak
bukan sahaja menggerakkan tangan mereka malah mereka juga menyebut perkataan
yang ditulis seterusnya dapat melihat tahap perkembangan kognitif mereka.
Perkembangan bahasa yang berlaku mempunyai perkaitan dengan teori pemerolehan
bahasa interaksionalis berdasarkan Teori Chomsky. Teori ini menerangkan bahawa
bahasa merupakan alat interaksi yang melibatkan proses kognitif dan linguistik. Hal ini
bermaksud kanak-kanak yang berbahasa ketika menulis dapat meningkatkan

5
pengetahuan kognitif mereka kerana perkembangan kognitif mereka bergerak seiring
dengan perkembangan fizikal mereka.

Corak perkembangan kanak-kanak adalah berbeza-beza merupakan prinsip asas


perkembangan kanak-kanak yang terakhir. Setiap manusia mempunyai corak
perkembangan yang tersendiri dan walaupun berada pada peringkat umur yang sama,
tidak semua kanak-kanak mengalami perkembangan yang sama. Sebagai contoh, ada
sesetengah kanak-kanak sudah dapat berjalan apabila mencapai umur satu tahun tetapi
ada juga kanak-kanak masih tidak dapat berjalan walaupun umurnya sudah mencapai
satu tahun. Hal ini menunjukkan bahawa setiap kanak-kanak sememangnya mempunyai
corak perkembangan yang tersendiri dan tidak sama antara satu sama lain. Teori
perkembangan sosioemosi Erik Erikson antara contoh teori yang dapat dikaitkan dengan
prinsip ini iaitu peringkat inisiatif lawan bersalah. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula
untuk mencuba dan meneroka sesuatu yang baharu untuk memenuhi naluri ingin tahu
mereka. Jika ibu bapa sentiasa memberi dorongan dan galakan, kanak-kanak akan
mencuba benda yang baharu dan pada masa yang sama dapat meningkatkan
kemahiran dalam diri kanak-kanak. Namun begitu, lain kanak-kanak lain kemahiran yang
mereka ada bersesuaian dengan prinsip asas yang terakhir ini. Kelemahan peringkat
inisiatif lawan bersalah ini ialah sekiranya ibu bapa mengkritik terhadap penerokaan
kanak-kanak, ia akan menimbulkan rasa bersalah dalam diri kanak-kanak seterusnya
menghalang mereka untuk melakukan sesuatu yang baharu. Dengan itu, kemahiran
yang terdapat dalam diri kanak-kanak tidak dapat dicungkil.

3.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, setiap manusia mempunyai perkembangan kehidupan yang


tersendiri dan perkembangan yang berlaku merangkumi aspek fizikal, kognitif, emosi
dan sosial. Perkembangan yang berlaku pada diri kanak-kanak perlu sentiasa
diperhatikan oleh orang yang lebih dewasa terutamanya ibu bapa bagi memastikan
perkembangan kanak-kanak berlaku secara normal dan mengikut peringkat. Prinsip-
prinsip asas perkembangan kanak-kanak yang disediakan merupakan garis panduan
kepada orang dewasa untuk memastikan perkembangan kanak-kanak berlaku seperti
yang telah disebut dalam prinsip asas tersebut. Perkembangan dan pertumbuhan
merupakan dua aspek yang berbeza dan sebagai orang yang lebih dewasa, kita
seharusnya tahu untuk membezakan pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku
pada diri kanak-kanak. Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan sejak
lahir hingga ke akhir hayat dan berlaku secara berperingkat. Ibu bapa seharusnya tahu

6
setiap perkembangan yang berlaku pada setiap peringkat supaya kanak-kanak
membesar menjadi kanak-kanak yang normal. Oleh itu, perkembangan kanak-kanak
tidak seharusnya dipandang enteng oleh orang dewasa terutamanya ibu bapa kerana ia
sedikit sebanyak akan mempengaruhi kehidupan kanak-kanak apabila mereka dewasa
kelak.

7
RUJUKAN

Amira Farhanah. (2011). Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak. Dicapai pada 1


Ogos 2018 daripada http://amirafarhanah.blogspot.com/2011/01/konsep-asas-
perkembangan-kanak-kanak.html

Faiznur Fauzi. (2009). Teori Perkembangan Sosial Erik Erikson. Dicapai pada 8 Ogos
2018 daripada http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/teori-perkembangan-
sosial-erik-erikson.html

Fanera Jaffery. (2013). Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-Kanak. Dicapai pada
1 Ogos 2018 daripada https://www.slideshare.net/fanera91/konsep-dan-prinsip

Faridah Nazir. (2014). Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Multimedia Sdn.


Bhd.

Jas Laile & Suzana Jaafar. (2000). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jing Tian. (2011). Peringkat-Peringkat Perkembangan Kanak-Kanak Dan Teori-Teori


Perkembangan Yang Berkaitan. Dicapai pada 31 Julai 2018 daripada
https://www.academia.edu/22411940/Peringkat_Peringkat_Perkembangan_Kanak_K
anak_Dan_Teori_Teori_Perkembangan_Yang_Berkaitan

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Peringkat-Peringkat Perkembangan Kanak-


Kanak Dan Teori-Teori Perkembangan Yang Berkaitan. Dicapai pada 31 Julai 2018
daripada https://www.slideshare.net/syafie90/pringkat-pringkat-perkembangan-
kanakkanak-dan-teoriteori-perkembangan-yang-berkaitan

Leslie Wong. (2014). Prinsip-Prinsip Asas Perkembangan Kanak-Kanak. Dicapai pada 1


Ogos 2018 daripada http://lesliekuliahppismp.blogspot.com/2014/01/prinsip-prinsip-
asas-perkembangan-kanak.html

Nazurah Lausin. (2015). Teori Perkembangan Kanak-Kanak. Dicapai pada 31 Julai 2018
daripada http://nazurahlausin.blogspot.com/2015/11/teori-perkembangan-kanak-
kanak.html

Norhayati Amat. (2011). Prinsip Asas Perkembangan Kanak-Kanak. Dicapai pada 1


Ogos 2018 daripada http://papamamaclubhouse.blogspot.com/2011/11/prinsip-
asas- perkembangan-kanak-kanak.html

Suppiah Nachiappan., et. al. (2017). Perkembangan Kognisi Dalam Kanak-Kanak


Prasekolah Melalui Teknik Bermain. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 6, 33-44

Wong Kiet Wah., et. al. (2016). Perkembangan Kanak-Kanak Edisi Kedua. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai