Anda di halaman 1dari 29

TUGASAN

SEMESTER JANUARI 2018

KOD KURSUS ECG 222

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KANAK-


NAMA KURSUS KANAK

SARJANA MUDA PENDIDIKAN


PROGRAM

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT
PEMBELAJARAN
BAHAGIAN A

 Pendahuluan

Perkembangan dan pertumbuhan seseorang individu akan sentiasa berlaku dan juga
secara berterusan. Tetapi, setiap individu mempunyai proses perkembangan yang berbeza-beza
mengikut umur dan juga aspek lain seperti genetik, persekitaran dan sebagainya. Dalam
pendidikan awal kanak-kanak, komponen atau aspek yang menjadi tumpuan dalam
perkembangan kanak-kanak ialah keupayaan kognitif kanak-kanak. Hal ini kerana tahap dan
keupayaan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi aktiviti-aktiviti pembelajaran mereka
pada usia awal kanak-kanak.

Menurut Prof. Madya Dr Rohani Bin Abdullah (2003) berdasar buku beliau yang
berjudul “Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah”, kognitif merujuk pada intelek atau
pemikiran individu. Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar
dan memproses maklumat. Hal ini bermaksud, ia adalah suatu proses memperkembangkan
daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak. Kemahiran kognitif ini penting untuk
kelangsungan hidup seseorang individu.

Penguasaan asas terhadap kemahiran kognitif akan menyebabkan kanak-kanak dapat


menguasai dan memahami suatu konsep isi pembelajaran dengan lebih baik. Selain itu, ianya
juga dapat memupuk sifat positif seperti rasa ingin tahu dan ingin belajar. Kemahiran kognitif
merangkumi daripada kemahiran pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan
cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kemahiran penyelesaian masalah merupakan
kemahiran paling tinggi di dalam kemahiran kognitif.

Penguasaan terhadap kemahiran-kemahiran ini adalah juga bergantung pada keputusan


berasaskan naluri dan sebab yang dapat diterima dan menilai keputusan yang seharusnya
diambil oleh kanak-kanak. Oleh kerana kanak-kanak sedang mengalami proses perkembangan,
penguasaan kemahiran kognitif adalah lebih berkesan dengan melalui interaksi sebenar dengan
menggunakan bahan maujud atau konkrit yang mudah didapati di sekeliling mereka serta
mampu memahami dan menimba pengalaman dalam pembelajaran.

Hal ini sama seperti yang dinyatakan oleh Vygotski, iaitu pemikiran kanak-kanak
berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna
ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya.
Menurut Vygotsky lagi, kanak-kanak mengikut belajar dari apa yang dipraktikkan. Bagi
Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Ia
harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di sekelilingnya.

Individu-individu tersebut ialah seperti ibu bapa, guru, adik beradik, keluarga terdekat
dan rakan sebaya. Individu-individu ini akan bertindak memberi arahan, maklum balas dan
membimbing komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak seterusnya akan menggunakan
maklumat-maklumat ini di dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain
atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama pada masa yang akan datang.

Lev Vygotsky (1896-1934) merupakan individu yang memberi alternatif kepada idea
Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan sosial
dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Di dalam teori perkembangan kognitif
Jean Piaget, beliau mendapati bahawa keupayaan kognitf berbeza-beza dan mengikut tahap
tertentu sepanjang proses perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan tahap
perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut umur.

Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah tahap sensori motor dan deria motor yang
bermula dari lahir sehingga berusia 2 tahun. Tahap yang kedua ialah tahap pra operasi, bermula
dari umur 2 tahun sehingga 7 tahun.tahap yang ketiga ialah tahap operasi konkrit, bermula dari
usia 7 tahun hingga 11 tahun, dan terakhir ialah tahap operasi formal, bermula dari usia 11
tahun hingga 15 tahun. Menurut Piaget, tahap keupayaan berfikir dan kognitf setiap individu
adalah pada tahap yang sama tetapi berbeza mengikut umur mereka.

Teori perkembangan kognitif Piaget ini yang berbeza mengikut tahap umur telah
dibuktikan lagi dengan ujikaji konservasi Piaget yang melibatkan ujian konservasi ruang,
nombor, jisim dan panjang. Ujikaji ini telah dilaksanakan untuk melihat sejauh mana kebenaran
terhadap perbezaan pemikiran individu berbeza mengikut tahap umur.

Pengetahuan terhadap teori ini adalah memainkan peranan penting kepada guru-guru
dalam membantu mereka untuk memahami bagaimana cara kanak-kanak berfikir mengikut
usia mereka dan secara tidak langsung membantu guru-guru menggunakan kaedah pengajaran
yang bersesuaian untuk merangsang kemahiran kognitif murid mereka. Justeru, tugasan ini
akan membantu saya sebagai seorang guru untuk membuktikan bahawa murid mempunyai
tahap perkembangan kognitif yang berbeza-beza mengikut usia mereka dengan menjalankan
ujian konservasi Piaget.
 Subjek Kajian

Untuk lebih mengenali subjek kajian, untuk tugasan uji kaji konservasi Piaget, pengkaji
telah membuat satu soal selidik ringkas untuk ibu bapa isi berkaitan dengan anak mereka. Ini
adalah untuk pengkaji mendapatkan maklumat tentang subjek kajian dan untuk mengenali
dengan lebih baik kanak-kanak tersebut. Ia juga akan memudahkan pengkaji apabila ujian
konservasi dilaksanakan terhadap kedua-dua subjek kajian. Berikut disenaraikan maklumat
kanak-kanak berdasarkan borang soal selidik yang diberikan kepada ibu bapa subjek kajian.

Maklumat Murid A

 Nama Penuh : Azrul Bin Ahmad


 Umur : 7 Tahun 7 Bulan
 Jantina : Lelaki
 Tahap Pendidikan : Tahun 2
 Adakah anak anda mempunyai masalah kesihatan atau fizikal?
Tiada
 Apakah aktiviti masa lapang yang anak anda suka lakukan?
Berbasikal
 Apa yang anda anggap sebagai kekuatan anak anda?
Patuh kepada arahan ibu bapa
 Apa yang anda anggap sebagai kelemahan anak anda?
Suka menonton televisyen dan memakan makanan manis
 Bagaimanakah sikap anak anda terhadap sekolah?
Dia sangat suka untuk pergi ke sekolah
Maklumat Murid A

 Nama Penuh : Rujivianah James


 Umur : 5 Tahun 6 Bulan
 Jantina : Perempuan
 Tahap Pendidikan : Prasekolah
 Adakah anak anda mempunyai masalah kesihatan atau fizikal?
Tiada
 Apakah aktiviti masa lapang yang anak anda suka lakukan?
Melukis
 Apa yang anda anggap sebagai kekuatan anak anda?
Rajin membantu ibu membuat kerja rumah
 Apa yang anda anggap sebagai kelemahan anak anda?
Pendiam dan pemalu
 Bagaimanakah sikap anak anda terhadap sekolah?
Dia sangat suka untuk pergi ke sekolah

 Peringkat Persediaan Kajian

Sebelum ujian konservasi dijalankan untuk, pengkaji terlebih dahulu membuat bacaan
tentang peringkat atau tahap umur yang diterangkan di dalam teori Paiget iaitu peringkat pra
operasi dan juga peringkat operasi konkrit dan juga bacaan tentang ujian konservasi Piaget dan
cara-cara melaksanakannya. Ini kerana kajian ini dijalankan untuk membandingkan keupayaan
berfikir kanak-kanak pada peringkat pra operasi dan juga peringkat operasi konkrit. Berikut
merupakan maklumat ringkas tentang hal tersebut:
Tahap Pra Operasi (2 tahun hingga 7 tahun)

Menurut Piaget, pada peringkat pra operasi bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga
7 tahun, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk mengambarkan sesuatu
konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan
melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat.
Seterusnya, mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa
dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka,
boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.

Tahap Operasi Konkrit (7 tahun hingga 11 tahun)

Tahap Piaget ketiga ialah peringkat operasi konkrit. Menurut Mok Soon Sang (2001),
tahap ini berlaku semasa kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 11 tahun. Pada peringkat ini,
kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik. Tetapi hanya dapat berjaya
melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud. Satu sifat
yang ada pada kanak-kanak pada peringkat ini ialah konsep keabadian atas kuantiti sesuatu
bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara. Mereka sudah pandai melakukan
operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti ‟lebih berat‟, ‟lebih
tinggi‟ dan sebagainya.

Tambahan pula, mereka juga boleh memberikan perhatian kepada beberapa perkara
serentak. Pada masa yang sama, ingatan mereka semakin bertambah. Walaubagaimanapun,
pada tahap ini kanak-kanak masih belum boleh mentafsir perkara-perkara yang abstrak
umpamanya konsep ketuhanan, syurga dan neraka. Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu
menguasai tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip
keterbalikan.

Pertamanya, prinsip identiti menunjukkan bahawa mereka tahu sekiranya tiada


bilangan yang ditambah atau dikurangkan, amaun atau bilangan objek adalah sama walaupun
bentuknya berubah. Prinsip ganti rugi yang dikenali sebagai ‘compensation’, menunjukkan
bahawa mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu
aspek yang lain manakala pada prinsip keterbalikan pula kanak-kanak boleh mengulang proses
yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula
Teori Konservasi Piaget

Pemuliharaan ataupun konservasi adalah kesedaran bahawa kuantiti atau kuantiti tidak
berubah apabila sesuatu telah ditambah atau diambil dari objek atau koleksi objek, walaupun
perubahan bentuk atau jarak (Pulaski, 1980). Keupayaan untuk mengekalkan adalah aspek
penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.

Percubaan pemuliharaan adalah kunci kepada teori Piaget. Piaget menganggap kanak-
kanak pada tahap ini tidak mampu memahami segala-galanya. Berikut ialah ujian konservasi
yang dilakukan oleh Piaget:

Gambarajah 1: Ujian Konservasi Piaget

Berdasarkan gambarajah 1, terdapat empat jenis ujian konservasi iaitu konservasi


cecair, nombor, jisim dan juga panjang. Untuk kajian ini, pengkaji hanya akan melaksanakan
tiga jenis ujian konservasi iaitu cecair, nombor dan juga panjang.
 Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan di antara tahap
kognitif kanak-kanak pada tahap pra operasi dan juga tahap operasi konkrit.

 Soalan Kajian

Adakah terdapat perbezaan keupayaan negatif kanak pada peringkat pra operasi dan
juga peringkat operasi konkrit?

 Pengumpulan Data

Konservasi Nombor

1. Murid A

Gambar 1: Kedudukan Asal

Gambar 2: Kedudukan selepas Transformasi


Berdasarkan gambar 1, pengkaji bertanya kepada Murid A jika bilangan tutup botol
hitam sama dengan bilangan tutup botol putih. Murid A menjawab bilangan penutup botol
sama. Guru kemudiannya menyusun semula tutup botol putih agar bentuknya menjadi lebih
panjang daripada tutup botol hitam seperti pada gambar 2. Pengkaji kemudian bertanya
semula samada bilangan penutup botol masih sama atau tidak. Murid A menjawab bilangan
adalah masih sama. Pengkaji bertanyakan sebab kepada Murid A. Murid A menjawab
bilangan masih sama iaitu 10 penutup hitam dan juga 10 penutup putih. Pengkaji
mencatatkan jawapan yang diberikan.

2. Murid B

Gambar 3: Kedudukan Asal

Gambar 4: Kedudukan selepas Transformasi


Murid B juga turut diberikan situasi yang sama. Pengkaji kemudiannya bertanyakan
samada bilangan tutup botol hitam adalah sama seperti tutup botol puti seperti yang
ditunjukkan pada gambar 3. Murid B memberi jawapan bahawa bilangan tutup botol
tersebut adalah sama. Pengkaji kemudian mengubah kedudukan tutup botol putih seperti
gambar 4. Pengkaji kemudian bertanya semula kepada Murid B adakah bilangannya masih
sama dan Murid B menjawab bilangan tutup putih lebih banyak. Guru bertanya sebab murid
berkata begitu. Murid B menjawab sebab bentuknya yang panjang dari susunan tutup botol
hitam. Pengkaji mencatatkan jawapan yang diberikan.

Konservasi Cecair

1. Murid A

Gambar 5: Keadaan Asal

Gambar 6: Keadaan selepas Transformasi


Pengkaji memberikan dua bekas yang sama yang mempunyai isipadu cecair yang sama
seperti gambar 5. Pengkaji bertanyakan kepada murid A samada kandungan air pada kedua-
dua bekas adalah sama. Murid A menjawab bahawa isipadu cecair pada kedua-dua bekas
adalah sama. Setelah itu, pengkaji menuangkan isipadu cecair pada salah satu bekas ke
dalam bekas lain seperti yang ditunjukkan dalam gambar 6. Pengkaji kemudiannya bertanya
kepada murid samada isipadu air adalah sama. Murid A menjawab isipadu air adalah sama.
Pengkaji bertanyakan sebab dan Murid A menjawab bahawa pengkaji hanya menukar bekas
sahaja. Jawapan murid dicatatkan oleh pengkaji.

2. Murid B

Gambar 7: Keadaan Asal

Gambar 8: Keadaan selepas Transformasi


Pengkaji memberikan situasi yang sama kepada Murid B seperti dalam gambar 7.
Pengkaji bertanyakan samada isipadu cecair pada kedua-dua bekas adalah sama. Murid B
menjawab bahawa isipadu cecair di dalam kedua-dua bekas adalah sama. Pengkaji
kemudiannya mengubah keadaan tersebut seperti yang ditunjukkan dalam gambar 8.
Pengkaji menuangkan salah isipadu cecair pada bekas ke dalam botol. Pengkaji kemudian
bertanya samada isipadu cecair adalah sama. Murid B menjawab tidak sama dan menunjuk
ke arah botol dan menyatakan air pada botol lebih banyak berbanding air di dalam bekas.
Jawapan murid dicatatkan.

Konservasi Panjang

1. Murid A

Gambar 9: Keadaan Asal

Gambar 10: Keadaan selepas Transformasi


Pengkaji memberikan dua riben yang sama panjang seperti gambar 9. Pengkaji
bertanyakan kepada murid A samada panjang kedua-dua riben adalah sama. Murid A
menjawab bahawa panjang kedua-dua riben adalah sama. Setelah itu, pengkaji mengubah
kedudukan salah satu riben tersebut seperti yang ditunjukkan dalam gambar 6. Pengkaji
kemudiannya bertanya kepada murid samada panjang riben adalah sama. Murid A
menjawab panjang riben adalah sama. Pengkaji bertanyakan sebab dan Murid A menjawab
bahawa pengkaji hanya menukar kedudukan riben sahaja. Jawapan murid dicatatkan oleh
pengkaji.

2. Murid B

Gambar 11: Keadaan Asal

Gambar 12: Keadaan selepas Transformasi


Pengkaji memberikan situasi yang sama kepada Murid B seperti dalam gambar 11.
Pengkaji bertanyakan samada panjang pada kedua-dua riben adalah sama. Murid B
menjawab bahawa panjang kedua-dua riben adalah sama. Pengkaji kemudiannya mengubah
keadaan tersebut seperti yang ditunjukkan dalam gambar 12. Pengkaji kemudian bertanya
samada panjang riben adalah sama. Murid B menjawab tidak sama. Guru bertanyakan sebab
dan murid hanya menunjukkan riben yang diubah kedudukan adalah lebih panjang. Jawapan
murid dicatatkan.

 Interpretasi Data

Konservasi Nombor

Berdasarkan ujian konservasi nombor yang dijalankan ke atas kedua-dua subjek kajian,
Murid A dan Murid B memberi jawapan yang berbeza apabila keadaan asal objek diubah
bentuknya. Murid A menjawab bahawa bilangan tutup botol adalah sama. Hal ini kerana
Murid A mengira semula kedua-dua set tutup botol walaupun keadaan asal telah diubah.
Jelas menunjukkan bahawa Murid A mungkin telah menunjukkan kematangan dalam tahap
kognitifnya dan bukan hanya memberikan jawapan berdasarkan presepsinya semata-mata.

Perkara ini turut membuktikan bahawa tahap kognitif Murid A adalah sejajar dengan
umurnya seperti yang dinyatakan dalam tahap operasi konkrit oleh Piaget. Pada tahap
operasi konkrit, kanak-kanak telah sedikit sebanyak menguasai konsep keabadian atas
kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara. Mereka sudah
pandai melakukan operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti
‟lebih berat‟, ‟lebih tinggi‟ dan sebagainya.

Manakala untuk ujian ini, setelah keadaan asal diubah, Murid B mengatakan bahawa
bilangan tutup putih dan tutup hitam adalah tidak sama. Murid B menunjukkan bahawa tutup
putih lebih banyak kerana ianya lebih panjang berbanding dengan tutup botol hitam.
Berdasarkan jawapan murid, jelas menunjukkan bahawa Murid B masih belum
menunjukkan kematangan dalam kemahiran kognitifnya. Namun, berdasarkan usia Murid
B hal ini dilihat biasa beradasarkan tahap kognitif Piaget iaitu masih pada tahap pra operasi.

Menurut Piaget, kanak-kanak pada tahap pra operasi sudah mula berupaya memberi
sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri
tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan. Namun Murid B masih tidak dapat
menguasai keabdian bilangan. Ini jelas menunjukkan bahawa tahap kognitif Murid B masih
di aras yang rendah dan hanya memberikan jawapan berdasarkan persepsi sahaja.

Konservasi Cecair

Berdasarkan ujian konservasi cecair yang dijalankan ke atas kedua-dua subjek kajian,
Murid A dan Murid B juga memberikan jawapan yang berbeza apabila keadaan asal objek
diubah bentuknya. Murid A menjawab bahawa isipadu air dalam bekas dan juga di dalam
botol adalah sama. Hal ini kerana melalui pemerhatian pengkaji dilihat berfikir terlebih
dahulu sebelum memberi jawapan. Selain itu, Murid A memberi sebab kepada jawapannya
iaitu pengkaji hanya menuang isipadu cecair ke dalam botol tanpa menambah isi
kandungannya.

Jelas menunjukkan bahawa Murid A mungkin telah berada pada tahap kematangan
berfikir yang sesuai dengan usianya. Jean Piaget mengatakan bahawa kanak-kanak pada
tahap operasi konkrit mereka telah menguasai tiga prinsip asas dalam kemahiran kognitif
iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan juga prinsip keterbalikan selain daripada daya
ingatan mereka yang semakin bertambah. Tiga prinsip tersebut menyimpulkan bahawa tiada
perubahan yang berlaku kepada nombor, cecair dan juga panjang walaupun keadaan objek
tersebut tidak ditambah atau dikurangkan.

Seperti juga ujian konservasi nombor, Murid B juga memberi jawapan bahawa isipadu
air yang diubah adalah tidak sama banyak. Murid B menyatakan bahawa air yang dituang
ke dalam botol adalah banyak berbanding air pada bekas. Hal ini kerana menurutnya aras
air pada botol lebih tinggi dan mengikut logik Murid B air itulah yang lebih banyak. Sekali
lagi dalam konservasi cecair, tahap kognitif murid B masih lagi pada tahap pra operasi.

Konservasi Panjang

Berdasarkan ujian konservasi panjang, Murid A menjawab panjang riben masih sama
walaupun keadaan asal telah diubah. Manakala B menjawab panjang riben adalah tidak
sama. Murid A dapat memberikan sebab iaitu pengkaji tidak menambah panjang mana-
mana riben. Murid B pula hanya diam dan tidak memberikan sebab kepada jawapannya.
Sekali lagi jelas menunjukkan bahawa Murid A telah menguasai tahap kognitif operasi
konkrit seperti yang dinyatakan oleh teori Piaget. Begitu juga dengan tahap kognitif Murid
B yang sama seperti pada tahap pra operasi.
 Kesimpulan

Berdasarkan hasil dapatan daripada ketiga-tiga ujian konservasi, dapat disimpulkan bahawa
terdapat perbezaan di antara perkembangan kognitif kanak-kanak dan usia mereka. Hal ini
kerana, Murid A yang lebih berusia dari Murid B dapat menguasai konsep asas dalam kognitif
seperti keabadian nombor, cecair dan juga panjang jika dibandingkan dengan Murid B. Justeru,
perkara ini sama seperti yang diutarakan oleh Piaget berkaitan dengan tahap kognitif kanak-
kanak yang berbeza pada setiap lingkungan kumpulan umur. Oleh itu, melalui pengalaman ini,
ianya secara tidak langsung dapat membantu pengkaji sebagai guru untuk menggunakan
kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan peringkat umur setiap murid seperti menggunakan
teknik scaffolding dan juga penggunaan bahan bantu mengajar di dalam pengajaran.
Bahagian B

“How GADGETS Affects Your Child”, by Sundus M.

 Kenal pasti 5 (LIMA) kesan negatif. Terangkan.

Lima kesan negatif penggunaan gajet seperti yang dinyatakan di dalam artikel yang ditulis
oleh Sundus M. ialah masalah lambat dalm bertutur dan berbahasa, masalah kurang tumpuan,
boleh menyebabkan masalah pembelajaran, menimbulkan anxiety atau kebimbangan dan juga
turut menyumbang kepada masalah depresi dalam kalangan kanak-kanak.

Dalam memahami tentang kelambatan pertuturan dan bahasa dalam kalangan kanak-kanak,
terlebih dahulu kita perlu tahu tentang perbezaan di antara pertuturan dan juga bahasa.
Pertuturan dirujuk sebagai komunikasi dalam bentuk verbal yang digunakan oleh manusia.
Bahasa pula didefinisikan sebagai keseluruhan sistem berkomunikasi merangkumi percakapan
atau penulisan, serta komunikasi verbal dan bukan verbal.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah lambat dalam percakapan (speech delay) mungkin
dapat menyebut perkataan dengan betul tetapi hanya mampu untuk menyebut satu atau dua
perkataan pada satu masa. Kanak-kanak yang mempunyai masalah speech delay juga boleh
menggunakan perkataan atau frasa untuk menyampaikan idea mereka tetapi ianya mungkin
sukar difahami.

Masalah lambat bercakap juga dikenali sebagai alalia dan masalah ini saling bertindan
antara satu sama lain. Ini berdasarkan kajian dan teori oleh ramai pengkaji yang mengkaji
berkaitan dua masalah ini.

Berdasarkan dapatan daripada beberapa orang pengkaji, mereka menyatakan bahawa lebih
banyak masa menggunakan gajet seperti telefon pintar, tablet dan permainan elektronik oleh
kanak-kanak maka lebih besar atau tinggi lagi risiko seseorang kanak-kanak itu untuk
menghadapi masalah lambat dalam menguasai percakapan dan bahasa.

Secara teorinya, kanak-kanak belajar untuk bercakap dan menguasai bahasa ialah melalui
interaksi komunikasi dengan orang disekelilingnya.

Justeru, jika terdapat komunikasi maka kanak-kanak akan belajar untuk menguasai
pertuturan dan begitu juga sebaliknya. Jika mereka tidak atau kurang berkomunikasi, ini yang
menyebabkan kanak-kanak memiliki masalah lambat bercakap dan juga menguasai bahasa.
Setiap minit yang kanak-kanak habiskan untuk melihat skrin samada TV atau gajet, setiap minit
itu jugalah komunikasi tidak berlaku dan pembelajaran bertutur dan berbahasa juga tidak akan
terjadi.

Sebagai contoh, sekiranya kanak-kanak menggunakan gajet, ibu bapa secara tidak langsung
tidak akan mengganggu tumpuan mereka dan ini meneybabkan tiada komunikasi yang akan
berlaku. Namun, sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai gajet di tangan, mereka akan mula
berkomunikasi dengan cara bermain dengan oerang di sekeliling mereka.

Menurut Sundus, kajian juga mendapati bahawa dalam setiap 30 minit kanak-kanak
menghabiskan masa menggunakan gajet, peratus kanak-kanak untuk mengalami masalah
lambat bertutur dan menguasai bahasa ialah sebanyak 49 peratus. Kajian juga menunjukkan
kanak-kanak yang berusia 6 bulan sehingga 2 tahun yang meluangkan masa lebih banyak
dengan gajet adalah besar kemungkinan untuk menghadapi masalah lambat bertutur dan bahasa
kelak.

Kesan negatif yang seterusnya ialah akan menyebabkan masalah mental seperti ADHD
iaitu Hyperactive Disorder. Masalah ini merujuk kepada masalah untuk mengekalkan tumpuan,
kanak-kanak menjadi terlalu aktif sehinggakan sukar untuk mengawal tingkah laku mereka.

Masalah ini boleh terjadi kepada kanak-kanak yang menyebakan kanak-kanak tidak dapat
duduk diam, sukar untuk memberikan tumpuan dan mudah terganggu oleh persekitarannya.
Perubahan tingkah laku secara mendadak kerana terlalu aktif akhirnya akan menyebabkan
masalah di rumah dan juga di sekolah serta kemungkinan besar untuk kanak-kanak cedera
adaah tinggi.

Seterusnya, penggunaan gajet yang berlebihan akan menyebabkan masalah pembelajaran.


Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pembelajaran dalam diri kanak-kanak terutamanya
di usia awal ialah melalui interkasi dan komunikasi dengan manusia dan persekitarannya.
Sekiranya kanak-kanak terlalu menghabiskan masa dengan gajet, ianya mengurangkan masa
mereka untuk berkomunikasi dengan ibu bapa dan orang disekelilingnya.

Kanak-kanak memerlukan masa yang mencukupi dan yang sesuai untuk berkomunikasi
secara berkesan untuk mempelajari perkataan baharu dan juga cara berkomunikasi dengan
betul. Pendedahan gajet yang melampau juga memberi kesan kepada kognitif dan cara belajar
kanak-kanak. Penyelidik di Universiti of Washington turut mendedahkan bahawa penggunaan
gajet tidak membantu dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.

Kesan negatif penggunaan gajet yang seterusnya ialah masalah anxiety atau kebimbangan
dalam diri kanak-kanak. Perasaan bimbang ini merujuk kepada rasa takut tentang perkara yang
akan datang dan masa sekarang. Fasa kebimbangan ini selalunya bersifat sementara dan tidak
berbahaya. Perasaan kebimbangan ini hanya akan muncul apabila kanak-kanak tidak
menggunakan gajet dan akan hilang sekiranya di tangan mereka sudah memegang gajet
mereka.

Terdapat juga pakar yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang menghadapi masalah ini
akan menjadi cepat marah akibat perkara kecil. Tambahnya lagi, ia adalah normal jika kanak-
kanak merasa sedih sekiranya tidak menggunakan gajet, tetapi sekiranya mereka berterusan
menunjukkan perasaan marah atau merasa tertekan adalah penting untuk ibu bapa mula
menasihati kanak-kanak tersebut.

Kesan negatif yang lainnya ialah boleh menyebabkan depresi atau tekanan perasaan dalam
kalangan kanak-kanak. Depresi dalam kanak-kanak adalah biasa dan merupakan penyakit yang
berbahaya yang meninggalkan kesan negatif terhadap tingkah laku kanak-kanak samada dari
cara bercakap atau berfikir.

Penggunaan gajet secara berlebihan pada satu tahap umur dalam kalangan kanak-kanak
boleh menyumbang kepada depresi. Sekiranya dibiarkan secara berterusan ianya mampu
membawa kepada masalah kesihatan mental dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa.

 Kenal pasti dan terangkan cara penggunaan gajet yang sesuai.

Selain membincangkan tentang kesan negatif penggunaan gajet, Sundus dalam jurnalnya
juga turut membincangkan tentang cara-cara menggunakan gajet yang sesuai dalam kalangan
kanak-kanak. Antara cara-cara penggunaan gajet yang disyorkan terutamanya untuk perhatian
ibu bapa ialah menetapkan satu tempoh masa untuk anak-anak menggunakan gajet.

Sebagai contoh, memperuntukkan masa bermain gajet hanya sejam untuk anak-anak yang
tidak bersekolah dan dua jam untuk anak-anak yang bersekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlu
menghadkan masa anak-anak untuk menonton teleisyen.
Bagi memastikan masa kanak-kanak tidak banyak diluangkan untuk menghadap skrin
gajet, ibu bapa boleh cuba menggalakkan kanak-kanak untuk bermain di luar. Ibu bapa boleh
menggalakkan agar anak-anak untuk bermain di luar kawasan rumah seperti di taman
permainan dengan rakan-rakan atau adik beradik mereka dengan pemantauan.

Dengan cara ini kanak-kanak akan mempunyai banyak masa untuk berinteraksi dengan
kanak-kanak lain. Ianya juga membantu kanak-kanak untuk mengatasi masalah rabun jauh dan
rabun dekat akibat terlalu melihat skrin gajet.

Cara yang kedua ialah dengan menggantikan gajet dengan objek interaktif atau aktiviti lain
sekiranya ingin menarik perhatian kanak-kanak sekiranya anda sibuk dan ingin melakukan
kerja dengan tenang. Antaranya ialah menggantikan gajet dengan permainan kreatif sperti blok,
lego, buku cerita, buku mewarna, puzzle dan sebagainya.

Dengan cara ini, ianya dapat membangunkan lagi dan merangsang pelbagai deria dan
membantu mengembangkan motor kasar dan motor halus kanak-kanak jika dibandingkan
dengan hanya melihat skrin semata-mata. Melalui permainan kreatif juga, imaginasi dan tahap
kognitif anak-anak dapat ditingkatkan berbanding bermain menggunakan gajet.

Sebagai contoh, permainan blok dan lego membantu deria sentuhan dan mengembangkan
kognitif serta imaginasi kanak-kanak secara kreatif apabila membina sesuatu daripada blok
atau lego. Berbanding jika bermain gajet, kanak-kanak hanya mengerakkan jari sahaja dan
pergerakan mata terhad ke kiri dan ke kanan sahaja.

Selain itu, ibu bapa juga perlu memastikan kanak-kanak mempunyai masa tidur yang
cukup. Kanak-kanak memerlukan masa tidur yang mencukupi iaitu selama lebih kurang 10 jam
sehari. Tidur yang mencukupi akan membantu memulihkan tekanan pada mata akibat terlalu
menghadap skrin pada gajet dan membantu meningkatkan semula fungsi otak. Tidur yang
cukup juga penting untuk memastikan tahap kesihatan kanak-kanak pada tahap yang sentiasa
baik.

 Isu-isu lain yang berkaitan.

Antara isu-isu lain yang berkaitan dengan penggunaan gajet yang perlu di ambil perhatian
ialah isu untuk mengekalkan privasi semasa menggunakan gajet terutama sekali dalam
melayari internet yang melibatkan aplikasi sosial seperti Facebook, Instagram, Wechat, Twitter
dan sebagainya.

Adalah penting untuk ibu bapa mengajar anak-anak mereka tentang cara melakukan tetapan
privasi pada aplikasi sosial mereka. Ini untuk memastikan anak-anak tidak terdedah dengan
orang yang berniat jahat di laman maya. Kanak-kanak juga perlu diberi pendedahan awal
tentang bahaya yang terdapat di laman sosial.

Ini kerana adalah mustahil untuk kanak-kanak pada masa kini tidak terdedah kepada
penggunaan gajet. Justeru, cara yang paling terbaik ialah mengawasi dan memberikan
pendedahan awal tentang bahaya penggunaan gajet yang berlebihan dan sosial media. Selain
bahaya media sosial, ibu bapa juga perlu memantau setiap aplikasi yang dimuat turun serta
laman sesawang yang dilayari oleh kanak-kanak.

Kesimpulannya, anak-anak perlu diajar tentang kepenting bersederhana. Pastikan juga


kanak-kanak dipuji sekiranya menunjukkan tingkah laku positif terhadap penggunaan gajet
seperti yang telah ditetapkan selain menetapkan hukuman sekiranya anak-anak tidak mematuhi
peraturan penggunaan gajet oleh ibu bapa mereka.
Bahagian C

“Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-Kanak”

Pendahuluan

Hussin Sarju, Rohana Hamzah dan Amirmudin Udin (2010) menyatakan bahawa
pendidikan merupakan satu proses menimba ilmu yang sangat penting dalam kehidupan
manusia. Proses pendidikan akan berlaku di sepanjang hayat manusia. Ianya bermula dari
kandungan ibu sehingga ke akhir hayat. Setiap fasa pendidikan tersebt akan berlangsung dalam
kehidupan setiap manusia samada secara formal atau tidak formal. Oleh yang demikian,
pendidikan awal kanak-kanak merupakan salah satu fasa penting dalam pembelajaran
sepanjang hayat manusia.

Menurut Kamus Dewan (2010), pendidikan bermaksud perihal mendidik. Awal pula
didefinisikan sebagai bahagian yang mula-mula atau permulaan. Kanak-Kanak pula
didefinisikan sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun seperti yang termaktub dalam
Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurut M. C. & Waller T. (2007), kanak-kanak juga didefinisikan sebagai seorang


individu yang mula mendapatkan pendidikan di pusat jagaan, memulakan zaman sekolah, atau
beralih ke tempat jagaan kanak-kanak dari dua hingga empat tahun. Justeru, pendidikan awal
kanak-kanak dapat dirumuskan sebagai mendidik anak-anak bermula pada usia yang lebih
muda.

Menurut Azizah Lebai Nordin (2004), pendidikan awal ialah juga pendidikan yang
termasuk program-program untuk bayi, kanak-kanak yang baru bertatih, dan program-program
prasekolah yang termasuk sekolah asuhan kanak-kanak seperti TASKA dan TABIKA dan juga
pendidikan pada peringkat awal sekolah rendah.

Sanders et al. (2005) pula menyatakan bahawa kanak-kanak beralih dari tahun
Reception (4 hingga 5 tahun) ke darjah satu (5 hingga 6 tahun) memerlukan lebih tumpuan
terhadap perkembangan dan keperluan mereka dari aspek fizikal, kognitif, emosi dan juga
sosial. Oleh itu, pendidikan awal amat penting dan harus dimulakan sejak dari kecil lagi.
Pendidikan awal di peringkat kanak-kanak juga merangkumi segala pengalaman yang
diperolehi daripada kehidupan harian serta persekitarannya samada di pusat asuhan, di rumah
atau di luar rumah.

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas utama kepada pembinaan kekukuhan


sesuatu bangsa dan menjadi pemangkin kepada visi dan wawasan hala tuju negara. Hal ini
kerana kanak-kanak merupakan modal insan yang akan mewarisi kepimpinan negara pada
masa akan datang.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia

Pendidikan Awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-


kanak. Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak sejak
lahir hingga ke tahap umur lapan tahun. Oleh itu, pendidikan awal merupakan program tidak
formal yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur empat hingga
enam tahun selama setahun atau lebih sebelum dimasukkan ke Tahun Satu di sistem
persekolahan formal.

Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) di Malaysia terbahagi kepada dua peringkat


berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat pertama pendidikan awal kanak-kanak di
Malaysia dikenali sebagai Taska. Ianya khas untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun
sahaja. Manakala, peringkat kedua ialah peringkat Prasekolah atau Tadika. Peringkat ini hanya
untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Kanak-kanak di bawah umur empat
tahun (Taska) adalah tertakluk kepada Akta Taman Asuhan 1984 (308) dan kanak-kanak di
bawah umur enam tahun pula (Tadika) tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 (550).

i. TASKA

Taska bermaksud Taman Asuhan Kanak-Kanak yang menerima pendaftaran 10 orang


atau lebih kanak-kanak yang berumur di bawah empat tahun. Perkhidmatan ini boleh
dilaksanakan mengikut kadar jam, separuh hari dan sepanjang hari bergantung kepada
kesesuaian waktu ibu bapa bekerja dan masyarakat setempat.

Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang di integrasiakan


dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia digunakan
sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran. Antara kompenan pembelajaran tersebut ialah
Bahasa dan Komunikasi, Pendidikan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Kognitif,
Perkembangan Sosioemosi, Perkembangan Fizikal serta Kreativiti dan Estetika.

Setiap taska mempunyai pelbagai jenis aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat
umur kanak-kanak untuk menggalakkan tumbesaran otak cerdas serta badan cergas. Oleh itu,
makanan yang seimbang juga akan diberikan kepada kanak-kanak sepanjang mereka berada di
taska supaya mereka memperolehi khasiat yang secukupnya.

Objektif Taska:

I. Menyediakan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat,


ceria dan selesa.

II. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh,


seimbang dan bersepadu.

III. Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat serta mengamalkan gaya hidup sihat.

IV. Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkan
sejak kecil.

V. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan


dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.

ii. TADIKA/TABIKA

Tadika membawa maksud Taman Didikan Kanak-Kanak yang beroperasi berpandukan


Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kanak-kanak yang mendaftar kebiasaannya berumur
antara empat hingga enam tahun dan berjumlah seramai 25 orang dalam sesebuah tadika.
Tempoh pengajaran dan pembelajaran tidak kurang daripada tiga jam sehari dalam lima hari
seminggu.

Manakala Tabika pula bermaksud Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) iaitu


program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur empat
hingga enam tahun. Konsep yang digunakan ialah ‘Belajar Melalui Bermain’ yang sering
diselaraskan dengan sifat semula jadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba.
Konsep ini telah dikembangkan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis,
Mengira dan Menaakul) yang bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-
kanak untuk menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka
menerima pendidikan formal di sekolah rendah di masa hadapan.

Objektif Tabika:

I. Menggalakkan perkembangan Sosial, Emosi, Fizikal, Intelek dan Rohani (SEFIR)


kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi.

II. Menyediakan dan mengembangkan kemahiran asas 4M (Membaca, Menulis, Mengira


dan Menaakul) sebagai persediaan ke alam persekolahan.

III. Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu melalui
pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat umur,
kemampuan, kebolehan dan minat.

IV. Membentul sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi
warganegara yang patriotik.

V. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan
mengembangkan sifat ingin tahu.

VI. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersiahan
dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal
dan rutin harian.

Selain daripada Taska, Tadika dan juga Tabika sebagai platform awal kepada
pendidikan awal secara formal untuk kanak-kanak di Malaysia, terdapat juga banyak program
pembelajaran awal kanak-kanak yang disediakan samada oleh badan kerajaan mahupun
swasta. Berikut merupakan antara program-program pendidikan awal kanak-kanak di
Malaysia:

 Tabika Perpaduan

Program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak


berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan lima hingga enam tahun. Tabika Perpaduan
selalunya banyak dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya
di kawasan yang mempunyai Skim Rukun Tetangga bertujuan untuk menyemai nilai-nilai
perpaduan sejak dari awal lagi.

Selain itu, Tabika Perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu
bapa kanak-kanak daripada pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi
kesefahaman di antara mereka.

 PraSekolah PASTI

PASTI ialah institusi pendidikan yang ditubuhkan sebagai pilihan kepada masyarakat
yang mencintai pendidikan Islam. Justeru itu, memainkan peranan yang penting dalam
memberi alternatif pendidikan Islam kepada masyarakat. PASTI mempunyai visinya yang
tersendiri, iaitu melahirkan insan yang beriman dan beramal soleh. Kurikulum PASTI juga
dibangunkan untuk mencapai matlamat 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan
mengamalkan ilmu yang dipelajari.

 Program PERMATA

Tujuan PERMATA ditubuhkan ialah bagi mengembangkan potensi setiap anak


permata negara secara holistiknya untuk mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Program Asuhan dan Didikan Awal
Kanak-kanak PERMATA memberikan peluang kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun
untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal
untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria diantaranya berumur satu hingga empat tahun,
menetap di pinggir atau luar bandar, keluarga berpendapatan rendah dan akhir sekali ialah
berbilang kaum dan agama.

 Program Pendidikan Awal oleh Badan Swasta

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis program asuhan yang sentiasa sedia
memberikan khidmat asuhan kepada ibu bapa yang berhasrat memberikan pendidikan awal
yang terbaik untuk anak-anak mereka. Oleh itu, wujudnya tadika swasta yang mengenakan
bayaran bersesuaian dengan kemampuan ibu bapa. Antara tadika swasta yang menjadi pilihan
ramai ibu bapa ialah, tadika Smart Reader Kids yang terkenal dengan sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.
Selain itu, terdapat juga tadika swasta yang menggunakan ajaran-ajaran Islam sebagai
satu pendekatan dalam mendidik anak-anak sepert The Little Caliphs program. Dikenali
sebagai tadika islamik, The little Chaliphs merupakan salah satu jalan penyelesaian ibu bapa
muslim yang risau akan anak-anak mereka membesar dalam keadaan serba moden kini.

Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Berdasarkan terdapatnya program-program pendidikan awal kanak-kanak yang


terdapat di negara ini, jelas menunjukkan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. Antara
kepentingan pendidikan awal kanak-kanak ialah sebagai tempat persediaan kepada kanak-
kanak ke arah pendidikan yang lebih formal dan menyediakan kanak-kanak ke aras
pembelajaran yang semakin tinggi.

Ini kerana pada pendidikan awal, kanak-kanak diberikan atau didedahkan dengan
permainan berbentuk pendidikan yang dapat membantu merangsang motor kasar dan motor
halus mereka. Contohnya, bermain dengan warna, plastisin, aktiviti bermain pasir dan
sebagainya yang akan membantu menguatkan otot tangan yang digunakan oleh kanak-kanak
dalam aktiviti menulis kelak. Begitu juga aktiviti ini turut merangsang koordinasi mata yang
penting dalam proses membaca dan sebagainya.

Pendidikan awal kanak-kanak juga menjadi medium pengenalan kepada interaksi sosial
pertama kanak-kanak. Hal ini kerana, pada tahap ini akan mengenali individu-individu lain
selain daripada ibu bapa, adik beradik atau lingkungan keluarganya. Semakin banyak interaksi
sosial yang berlaku, maka semakin banyak jugalah pembelajaran yang akan berlaku kepada
seorang kanak-kanak tersebut. Dan kemahiran serta pengalaman ini akan mereka gunakan pada
peringkat pembelajaran yang seterusnya.

Melalui program-program awal pendidikan awal kanak-kanak, banyak diperkenalkan


kurikulum serta strategi yang dapat merangsang pembelajaran dan perkembangan kanak-
kanak. Justeru, melalui hal tersebut kanak-kanak akan sentiasa mempelajari sesuatu yang
baharu pada setiap hari. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan minat kanak-kanak
dalam mempelajari sesuatu dan apabila mereka sudah bersekolah di peringkat tertinggi ianya
akan membantu mereka untuk menyesuaikan diri dengan mudah dengan suasana pembelajaran
yang baharu.

Kesimpulan
Kesimpulannya ialah pendidikan awal kanak-kanak merupakan salah satu proses
pembelajaran terpenting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat seorang manusia. Ini
keran masa sebagai kanak-kanak ialah masa yang sekejap sahaja dan disebut sebagai masa
yang kritikal. Ini kerana pada masa kanak-kanaklah pembelajaran cepat diserap dan kemahiran-
kemahiran lain untuk dikuasai. Justeru, melihat kepada kepentingan pendidikan awal kanak-
kanak, banyak program pendidikan awal yang telah disediakan samada oleh kerajaan mahupun
pihak swasta. Oleh itu, terpulang kepada ibu bapa untuk memilih pendidikan awal kanak-kanak
yang bersesuaian dengan cara mereka ingin mendidik atau mencorak anak mereka untuk
menjadi insan yang berguna yang dapat berbakti bukan sahaja kepada mereka tetapi juga
kepada keluarga, bangsa, agama dan negara kelak.
Rujukan

Fatimah S., Khadijah Z., dan Zurida I. (1993). Kurikulum Pendidikan Awal: Ke Arah
Pendidikan Holistik. Jurnal Pendidikan dan Pendidikan. Jld. 12, 1993/1994

Hussin Sarju, Rohana Hamzah dan Amirmudin Udin. (2010). Pendidikan: Matlamat dan
Fungsinya. Diperolehi daripada http://eprints.utm.my/14919/Pendidikan_-_eprint4.pdf,
h. 1-2, pada 20 Mac 2018

Kamus Dewan: Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kurikulum Permata Negara. (2013). Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak 0-4 tahun.
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA).Jabatan Perdana Menteri.

Nor Fauzian Kassim. (2015). Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dan Modul
Pendidikan Akhlak: Isu Dan Cabaran Masa Kini. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mehler, J., & Bever, T. G. (1968). Quantification, conservation and nativism, Science
Magazine, 162, 979-981

Piaget, J. (1968). Quantification, conservation and nativism, Science Magazine, 162, 976-979

Sundus M. (2018). The Impact of using Gadgets on Children. Journal of Depression and
Anxiety 7: 296.

Wan Zurianti Wan Abdullah. (2010). Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Pendidikan Awal Kanak-
Kanak Di Peringkat Tadika Atau Pra Sekolah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai