Anda di halaman 1dari 21

TUGASAN

MEI 2015 SEMESTER 9

KOD KURSUS EEM 421

NAMA KURSUS PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR ASRY BIN NANTEH

NO. MATRIK E30209120795

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK JOUDICK MICKEY

PUSAT PEMBELAJARAN AEU RANAU


ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKASURAT

BAHAGIAN A 3-7

BAHAGIAN B 8-10

BAHAGIAN C 11-20

RUJUKAN 21

2
Bahagian A

a) Penjelasan penulis mengenai pendidikan etika, moral dan integriti.

Dalam pendahuluan artikel tersebut, penulis telah menerangkan mengenai ciri-ciri


yang perlu ada dalam diri seseorang individu dalam pentadbiran Negara. Seorang modal
insan yang berciri-ciri seperti berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan,
berkemahiran, rajin dan tekun dan sebagainya sangat diperlukan dalam meneruskan
kesinambungan pentadbiran Negara.

Dalam mencapai objektif tersebut, pendidikan etika, moral dan integriti amat
diperlukan. Hal ini kerana dalam sektor organisasi awam, disebabkan berlakunya
limpahan ahli anggota organisasi maka segelintir anggota organisasi awam telah
bertindak sambil lewa dalam menjalankan tanggungjawabnya. Sesetengah mereka juga
bertindak tidak berdisiplin dan tidak amanah.

Pendidikan etika, moral dan integrasi merupakan satu usaha untuk melahirkan ahli
organisasi yang lebih kompeten, amanah, teratur dan bertanggungjawab. Selain itu, ia
juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan modal insan dengan
ciri-ciri terbaik bagi meneruskan kesinambungan pentadbiran Negara.

3
b) Dapatan kajian.

Artikel Pendidikan Etika, Moral dan Integriti dalam Sektor Awam di Malaysia
merupakan satu artikel hasil daripada kajian yang dijalankan oleh Roslan Mahmood
dan Dr. Nik Rosnah Wan Abdullah dengan tujuan untuk melihat secara kritikal
mengenai pendidikan etika, moral dan integriti dalam organisasi sektor awam.
Kajian yang dijalankan ini merangkumi tiga komponen utama iaitu;
pembangunan rangka kerja pendidikan etika, moral dan integriti serta pelaksanaan
pendidikan etika, moral dan integriti dan prestasinya. Masalah berkenaan dengan
pelaksanaan pendidikan etika, moral dan integriti juga merupakan komponen yang
dilihat serta dibincangkan dalam kajian tersebut.
Dalam penulisan ini, penulis akan membincangkan mengenai komponen-
komponen tersebut. Komponen pertama menyentuh mengenai pembangunan rangka
kerja pendidikan etika, moral dan integriti dalam sektor awam kerajaan di Malaysia.
Dalam komponen ini, terdapat beberapa sub-komponen yang terlibat iaitu
perancangan strategik, penetapan matlamat penggubalan pelan operasi, penyediaan
garis panduan atau blue print serta penyaluran maklumat keada pengurus-pengurus
tentang pendekatan dan strategi pendidikan etika, moral dan integriti. Komponen yang
pertama ini menekankan tentang asas sebelum dan semasa bagi pelaksanaan
pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti. Ia disenaraikan pada tangga pertama
dalam kajian ini kerana ia melibakan pelaksanaan pada peringkat awal.
Komponen kedua menerangkan tentang pelaksanaan pendidikan etika, moral
dan integriti. Pada peringkat komponen ini, penulis artikel membincangkan mengenai
peranan pengurus dalam organisasi sektor tersebut. Hal ini dimulakan dengan amanat
oleh Pengurusan Atasan Agensi, diikuti dengan konsep kepimpinan memalui teladan
iaitu pengurus sebagai role model. Perbincangan di antara pengurus dengan
pengurus, pengurus dengan subordinat mengenai isu-isu yang berkaian dengan etika,
moral dan integriti serta penganjuran program latihan. Selain itu, komponen kedua ini
juga membincangkan mengenai pengetahuan pengurus tentang pendekatan dan
strategi pendidikan etika, moral dan integriti.
Komponen yang ketiga membincangkan mengenai masalh-masalh berkenaan
pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti. Komponen yang ketiga ini akan
dibincangkan dengan lebih lanjut lagi dalam soalan (c).

4
c) Masalah berkenaan pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti.

Dalam kajian ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenal pasti
berkenaan pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti. Kesemua masalah ini
berlegar dalam dua komponen yang telah dibincangkan di atas iaitu pembangunan
rangka kerja pendidikan etika, moral dan integriti serta pelaksanaan pendidikan etika,
moral dan integriti. Bagi memudahkan perbincangan penulisan ini, penulis telah
membahagikan masalah-masalah tersebut dalam dua bahagian iaitu masalah dalam
pembangunan rangka kerja serta pelaksanaan pendidikan etika, moral dan integriti.
Bagi masalah dalam pembahagian rangka, terdapat tiga masalah yang dapat
dikenal pasti. Pertama, garis panduan mengenai pengurusan pendidikan etika, moral
dan integriti tidak disediakan dengan jelas sebagai rujukan kepada pengurus-pengurus
dalam sesebuah sektor organisasi. Hal ini menyukarkan para pengurus untuk
melakukan pendekatan yang boleh digunakan bagi mempengaruhi tingkah laku dan
tindakan anggota organisasi.
Masalah kedua adalah pihak pengurusan agensi yang terlepas pandang dalam
menyalurkan rangka kerja pematuhan (peraturan dan perundangan) serta rangka kerja
normatif (nilai-nilai teras) kepada semua pengurus organisasi. Rangka kerja ini
merupakan rujukan dan panduan kepada para pengurus, dan apabila rangka kerja tidak
disediakan. Masalah yang seterusnnya melibatkan persaingan antara kursus-kursus
yang dianjurkan oleh pengurusan agensi. Dalam kebanyakan sektor awam di
Malaysia, kursus-kursus berbentuk teras, teknikal dan fungsional lebih diberi
perhatian berbanding dengan kursus berkenaan etika, moral dan integriti. Tambahan
pula, pihak pengurusan tidak menyediakan bajet perbelanjaan yang secukupnya untuk
melaksanakan kursus-kursus yang berkenaan.
Seterusnya, bagi masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan pendidikan
etika, moral dan integriti, masalah yang pertama berkaitan dengan pengetahuan para
pengurus yang kurang tentang pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti. Hal
ini telah menyebabkan proses penggubalan rangka kerja dan pelan operasi tidak
berupaya dilaksanakan. Selain itu, teknik pendidikan etika, moral dan integriti tidak
dapat diaplikasikan kerana pengurus tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi.
Masalah terakhir berkenaan pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti
adalah sambutan yang kurang memuaskan dari kalangan anggota organisasi terhadap
kursus-kursus yang dianjurkan. Ceramah-ceramah yang dianjurkan hanya dihadiri

5
oleh individu-individu yang sama hal ini telah menyebabkan berlakunya kesukaran
untuk menyampaikan maklumat terbaru mengenai pengurusan pendidikan etika,
moral dan integriti.

6
d) Implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran pendidikan moral di sekolah.

Pendidikan moral merupakan salah satu mata pelajaran yang kurang mendapat
perhatian di sekolah. Terdapat segelintir pelajar dan guru yang beranggapan bahawa
mata pelajaran pendidikan moral hanya untuk pelajar bukan Islam sahaja. Akibat
daripada hal ini, mata pelajaran pendidikan moral tidak mendapa perhatian yang
sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah.
Program-program berkaitan dengan mata pelajaran ini juga tidak dapat
dilaksanakan dengan baik kerana kekurangan bajet perbelanjaan. Oleh yang demikian,
dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Roslan Mahmood dan Dr Nik
Rosnah Wan Abdullah, diharapkan berlakunya peningkatan yang baik dalam
pengajaran pendidikan moral di sekolah.
Pengajaran pendidikan moral disekolah akan menjadi lebih berkesan jika
pembangunan rangka kerja serta pelaksanaannya dipertingkatkan lagi.

7
Bahagian B: Unsur-unsur Universal dalam Etika Keagamaan di Malaysia

Menurut kamus Great Dictionary of the English Language, unsur atau matter
merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Latin iaitu materia yang bermaksud ibu.
Maka, secara umumnya, unsur bermaksud sebab kepada sesuatu masalah. Unsur mempunyai
bberapa maksud yang lain namun bagi konteks perbincangan dalam penulisan ini, makna
yang telah diberikan adalah yang paling sesuai.

Universal merujuk kepada kamus yang sama merupakan satu perkataan adjektif yang
membawa maksud menyebabkan, atau dilakukan oleh semua manusia atau benda di dunia
atau dalam kelompok yang tertentu. Maka jika diteliti tajuk perbincangan dalam penulisan
ini, dapatlah kita simpulkan bahawa idea utama yang akan diketengahkan adalah sebab-sebab
universal yang ada di dalam etika keagamaan di Malaysia.

Malaysia merupakan sebuah Negara yang mana agama rasminya adalah agama Islam.
Namun begitu, agama-agama lain tidak dihalang daripada dianuti oleh rakyatnya. Seperti
yang kita ketahui, Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Tiga
bangsa utama di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India dan diikuti dengan ratusan etnik di
Borneo. Kesemua bangsa di Malaysia ini masing-masing mempunyai budaya dan agama
yang dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari.

Setiap agama yang dipraktikkan ada mengutarakan nilai-nilai etika serta moral yang
perlu diikuti oleh penganutnya. Sungguhpun begitu, nilai etika keagamaan ini tidak hanya
terhad kepada kelompok penganutnya tetapi ia juga bersifat universal. Kesemua rakyat
Malaysia boleh mempraktikkan etika keagamaan tersebut kerana sifatnya yang universal dan
tidak menyentuh sensitiviti agama lain. Dalam penulisan ini, penulis akan membincangkan
mengenai unsur-unsur universal etika keagamaan yang akan melibatkan tiga agama utama di
Malaysia iaitu Islam, Buddha dan Hindu.

Masyarakat Melayu di Malaysia sangat terkenal dengan sifat mereka yang berbudi
pekerti dan berbudi bahasa. Jati diri bagi masyaraka melayu adalah amalan berbudi dan hal
ini diutamakan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Masyarakat Islam Melayu membentuk
struktur kemasyarakatannya berdasarkan beberapa egen penting iaitu keluarga, masyarakat
dan juga kerajaan atau pemerintah.

8
Sistem kekeluargaan dalam kalangan orang Melayu merupakan sistem egen
sosialisasi utama dalam masyarakatnya. System ini memainkan peranan serta tanggung jawab
yang sangat berat dan besar dalam kelompok masyarakatnya. Hal ini kerana, keluarga
merupakan sebab utama berkembangnya sesebuah masyarakat itu. Jika anak-anak mereka
bermasalah dari segi sosial, keluarganya akan menjadi rujukan pertama untuk mengenal pasti
punca utama mengapa masalah sosial tersebut boleh berlaku. Dalam Islam, anak-anak yang
dilahirkan ibarat sehelai kain putih, dan ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mencorakkan
kain putih tersebut. Begitu besar sekali peranan keluarga dalam mendidik anak-anak mereka.
Keluarga juga merupakan satu factor utama yang diperlukan untuk mendidik dan mengajar
anak-anak mereka untuk menjadi anggota masyarakat yang berkeperibadian suci dan
terhindar daripada terlibat dengan gejala-gejala sosial yang tidak sihat.

Selepas keluarga, perkara kedua yang menjadi egen penting dalam masyarakat Islam
Melayu adalah masyarakat. Masyarakat terdiri daripada kelompok keluarga-keluarga yang
digabungkan menjadi sebuat komuniti yang besar. Disebabkan golongan yang tinggal dalam
masyarakat tersebut adalah dipengaruhi oleh keluarganya, maka adalah menjadi
tanggungjawab setiap anggota masyarakat untuk melaksanakan kawalan dari segi sosial.
Sikap mementingan diri sendiri seharusnya tida ada dalam diri anggota masyarakat.
Disamping itu, masyarakat perlulah mengamalkan sikap mengambil tahu tentang ahli
masyarakat yang lain bagi memastikan hubungan yang baik berterusan. Kawalan yang
diperlukan dalam masyarakat terdiri daripada kawalan primer dan sekunder. Kawalan primer
meliputi adat resam dan amalan bermasyarakat manakala kawalan sekunder pula meliputi
undang-undang yang melibatkan anggota polis, mahkamah dan sebagainya.

Kerajaan atau pemerintah mempengaruhi struktur kemasyarakatan Melayu kerana


egen ini merupakan pembentuk masyaraka yang bertamadun dan harmonis. Kerajaan
pemerintah yang memerintah sesebuah masyarakat itu dinilai melalui kepimpinan yang
ditunjukkan dalam melaksanakan tanggung jawab dengan bersih, cekap dan amanah.
Tuntasnya, unsur universal etika keagamaan dalam Islam dalam masyarakat Melayu dapat
dilihat bila mana ia menggabungkan unsur agama dan adat sebagai asas utama dalam proses
sosialisasi dan pembudayaan.

Masyarakat Cina merupakan bangsa kedua terbesar di Malaysia. Kebanyakan orang


Cina di Malaysia menganut agama Buddha dan juga Konfusius. Namun dalam penulisan ini,
penulis hanya akan menekankan etika keagamaan dalam agama Buddha sahaja. Masyarakat

9
Cina seperti yang diketahui oleh umum mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan
semestanya yang tersendiri. Mereka mempercayai bahawa adanya tian atau langit, iaitu
makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang dan memuja nenek moyang mereka.
Masyarakat Cina amat mementingkan aspek-aspek kepercayaan yang boleh memberikan
kesejahteraan, kemakmuran, kebahagiaan serta kekayaan kepada diri mereka. Mereka juga
mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat. Berbeza dengan
agama lain, masyarakat Cina lebih cenderung kepada pemahaman mengenai diri manusia
sendiri berbanding dengan konsep ketuhanan.

Buddhisme mengajar penganutnya dalam mengutamakan kesederhanaan dalam


kehidupan. Asas pengajaran ini ialah; penderitaan berpunca daripada hawa nafsu dan hawa
nafsu merupakan tunjang akar kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh manusia. Unsur
universal dalam etika keagamaan Buddha dapat dilihat apabila nilai etika yang diutarakan
dalam Lapan Jalan Yang Betul yang perlu diikuti bagi mengelakkan diri daripada melakukan
perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan.

Kebanyakan masyarakat India di Malaysia adalah beragama Hindu. Seperti


masyarakat Melayu Islam, masyarakat India mengangkat keluarga sebagai unit asas yang
terpenting dalam masyarakatnya. Perpaduan antara ahli keluarga amat ditekankan dalam
masyarakat India. Etika-etika keagamaan, kebudayaan serta kepercayaan diturunkan kepada
generasi muda. Tuntasnya, agama Hindu mepunyai unsur-unsur universal dalam etika
keagamaannya dimana ianya menitik beratkan kehidupan yang lebih baik berbanding
sebelumnya. Etika ini boleh diaplikasikan oleh setiap masyarakat yang ada di Malaysia.

Kesimpulannya, setiap agama di Malaysia mempunyai nilai-nilai etika dan moral


yang diutarakan kepada pengikutnya. Agama-agama ini juga mempunyai unsur-unsur
universal yang boleh diaplikasikan oeh masyarakat yang berlainan agama. Agama bukanlah
penghalang bagi seseorang itu untuk membuat kebaikan. Mana-mana etika yang tidak
bercanggah dengan keercayaan masing-masing atau lebih senang disebut sebagai universal
bolah diamalkan oleh manusia sejagat.

10
Bahagian C: Etika / Moral yang diutarakan oleh agama-agama berikut.

Hinduisme dan Buddhisme

Setiap agama serta kepercayaan yang ada di dunia masing-masing menginginkan agar
penganutnya hidup dengan penuh etika dan bermoral. Tidak ada agama di dunia ini yang
mahu melihat umatnya hidup dengan melakukan kerosakan dan perkara-perkara yang tidak
bermoral. Setiap ajaran yang diberikan kepada penganutnya tidak lepas daripada diterapkan
dengan nilai-nilai etika dan moral yang tinggi. Sungguhpun berlainan dari banyak perkara,
terdapat satu persamaan di antara setiap agama di dunia ini iaitu penerapan nilai moral serta
etika dalam diri setiap penganutnya. Etika atau moral yang diutarakan oleh setiap agama telah
di olah dan di gilap dengan baik sekali sehingga ianya boleh diguna pakai dan di aplikasi oleh
penganut agama lain. Kefleksibilitian ini terjadi hasil daripada keunikan bagaimana setiap
etika atau moral yang ada itu diutarakan sehingga setiap etika atau moral tersebut boleh
dijadikan etika atau moral sejagat untuk manusia. Dalam penulisan ini, satu perbincangan
tanpa perbandingan antara dua agama akan dibincangkan. Agama-agama yang terlibat dalam
perbincangan ini adalah Hinduisme dan Buddhisme.

Apabila kita membincangkan mengenai etika itu sendiri, terdapat banyak makna yang
boleh di temui samada dari rujukan internet mahupun melalui pembacaan buku-buku ilmiah.
Namun begitu, secara umumnya, etika membincangkan mengenai tingkah laku sesseorang
individu sendiri. Jika dikaji secara ilmiah, dengan membuat rujukan dari Great Dictionary of
the English Language, ethic ataupun etika merupakan satu perkataan yang telah dipinjam dari
bahasa lain. Dalam bahasa Latin, ianya disebut sebagai ethice dan h thik tekhn dalam
bahasa Greek. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama iaitu tunjang kepada
moral (ethos). Oleh yang demikian, etika bermaksud satu set prinsip moral.

Merujuk kepada kamus yang sama, moral diertikan pula sebagai satu standard bagi
perlakuan ataupun prinsip salah dan betul sesuatu perlakuan. Moral jika dikaji secara ilmiah
merupakan sinonim bagi perkataan etika. Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan definisi
tersebut ialah; etika dan moral mempunyai hubungan yang rapat dimana kedua-duanya
membincangkan mengenai perilaku seseorang individu. Maka, setelah mendapat pengertian
mengenai etika dan moral, pemahaman penulisan ini akan dapat ditingkatkan lagi.

11
Etika dan moral memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang manusia.
Kehidupan yang beretika dan bermoral mampu mencerminkan diri seseorang individu itu ke
arah yang baik. Sebaliknya, jika seseorang individu itu tidak menggunakan etika yang
sepatutnya dalam menjalani kehidupannya serta melakukan perkara-perkara yang tidak
bermoral, maka imej yang dipamerkan kepada masyarakat juga adalah sebaliknya. Dalam
kehidupan bermasyarakat, nilai etika dan moral yang tinggi amat diperlukan dalam setiap
individu bagi memastikan wujudnya hubungan yang baik dalam kalangan ahli masyarakat.
Kehidupan masyarakat akan menjadi lebih teratur jika setiap ahli masyarakatnya beretika dan
melakukan perkara-perkara yang bermoral. Hal tersebut berlaku kerana, jika seseorang
individu itu mengamalkan etika yang baik dalam kehidupan sehariannya, individu tersebut
ampu mendorong serta mengajak ahli-ahli masyarakat yang lain untuk turut bersikap kritis
dan rasional dalam melakukan sesuatu tindakan.

Agama Hindu atau Hinduisme merupakan salah satu daripada agama yang
mempunyai bangunan dasar agama yang sangat ketat. Hal ini berlaku kerana agama Hindu itu
sendiri mahu memberikan pedoman kepada para umatnya untuk menjalankan ibadah
syariatnya setiap hari. Kitab Suci Weda serta Kitab-kitab Suci Agama Hindu yang lain
merupakan sumber kepada semua ajaran yang diajarkan kepada umatnya. Berdasarkan kitab-
kitab tersebut, wujud satu kerangka dasar bagi agam Hindu yakni Tattwa (falsafah agama
Hindu), Susila (etika agama Hindu) dan Upacara (ritual agama Hindu).

Tattwa dalam erti kata yang lain merupakan inti bagi ajaran agama Hindu itu sndiri,
susila pula sebagai etika yang melaksanakan atau bertindak sebagai pelaksana ajaran dalam
kehidupan masyarakatnya setiap hari. Dalam konteks upacara pula, penganut agama Hindu
menzahirkan rasa syukur kepada Tuhan mereka iaitu Tuhan Ida Sanghyang Widi dengan
melakukan pengorbanan suci.

Dalam agama Hindu, etika bernaung dibawah kerangka yang kedua iaitu susila.
Perkataan susila itu sendiri boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su bermaksud baik
dan sila bermaksud tingkah laku perbuatan manusia terhadap perkara-perkara yang harus
dilakukan dan ditinggalkan. Jika dikaji pada dasarnya, etika dalam agama Hindu merupakan
rasa cinta kasih serta kasih sayang dalam diri seseorang individu terhadap masyarakat di
sekelilingnya dan dirinya sendiri dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Oleh yang
demikian, setiap penganut agama Hindu menggalas satu kewajipan untuk mendalami,
memahami serta menjalankan ketiga-tiga rangka dasar tersebut.

12
Seperti agama-agama yang lain agama Hindu menekankan kepentingan etika dalam
ajarannya. pada dasarnya, etika yang diajarkan dalam agama Hindu meliputi tingkah laku
yang baik dan mulia. Dalam penulisan ini, penulis akan membincangkan tentang etika-etika
yang terdapat dalam Tri Kaya Parisuda.

Tri Kaya Parisuda atau Tiga Tingkah Laku yang baik merangkumi tiga etika yang
baik dan perlu ada dalam diri seseorang individu. Dalam menjalani kehidupan sehari-hari,
seseorang individu itu perlu mempunyai tingkah laku seperti manacika, wacika dan kayika.

Manacika juga disebut sebagai berfikir yang baik dan suci merupakan tingkah laku
yang pertama disebut dalam Tri Kaya Parisuda. Etika yang diutarakan ini menekankan
kepentingan dalam menggunakan akal fikiran yang diberikan oleh Tuhan untuk berfikir
mengenai perkara-perkara yang baik dan suci sahaja. Dalam kehidupan hari ini yang
dipenuhi dengan pelbagai cabaran, adalah amat penting bagi seserang individu untuk menjaga
pemikirannya daripada dicemari pemikiran yang tidak baik. Hal ini kerana, jika seseoran
individu itu gagal mengawal pemikirannya, maka dikhuatiri semua keputusan yang dibuat
akan menghasilkan sesuatu yang kurang baik. Dalam Tri Kaya Parisuda, seseorang itu
dikatakan manacika apabila dia tidak menginginkan sesuatu yang tidak halal. Tidak halal
dalam konteks ini adalah sesuatu yang bukan miliknya. Mengambil harta anak yatim dan
menzalimi hak orang lain merupakan antara contoh bagi terma tidak halal dalam
perbincangan ini.

Manacika juga dikatakan telah dicapai jika seserang itu tidak berfikir buruk terhadap
sesama manusia atau makhluk lainnya. Salam kehidupan hari ini yang penuh mencabar
dengan manusia yang pelbagai ragam dan karenah. Sikap berprasangka buruk tidak dinafikan
telah menular dalam kalangan masyarakat setempat. Namun begitu, kita tidak sepatutnya
terikut-ikut dengan cara tersebut. Sebaliknya, kita harus sentiasa bersangka baik sesama
manusia dan makhluk lain. Jika hal ini dapat dilakukan, nescaya masyarakat akan hidup
dengan aman dan harmoni. Keyakinan serta kepercayaan terhadap hukum karma juga
merupakan antara ciri individu yang telah mencapai tahap manacika.

Tingkah laku yang kedua dalam Tri Kaya Parisuda adalah wacika yang bermaksud
berkata yang baik dan benar. Etika ini menekankan kepentingan seseorang individu itu untuk
menjaga tutur kata serta percakapannya terhadap orang lain. Abraham Lincoln pernah berkata
Lebih baik berdiam diri dan dianggap sebagai bodoh daripada berkata-kata dan
menyingkirkan semua keraguan. Pepatah ini membawa erti bahawa seseorang itu adalah

13
lebih baik jika dia kekal berdiam diri. Wacika akan dicapai apabila individu tersebut tiidak
mencaci maki dan berkata-kata kasar terhadap orang lain. Etika yang diutarakan disini
mmenjelaskan bahawa lidah seseorang manusia itu lebih berbisa daripada ular. Seperti
pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, kita tidak boleh memaki
atau bercakap kasar terhadap orang lain kerana kata-kata tersebut akn terus kekal dihati
mereka. Kita kini hidup dizaman yang mana finah ada dimana-mana. Untuk mencapai wacika
adalah dilarang sama sekali untuk memfitnah orang lain. Hal ini kerana fitnah boleh
mengakibatkan orang yang tidak bersalah dihukum atas kesalahan yang tidak dilakukannya.
Huraian wacika juga merangkumi bahagian yang memerlukan seseorang individu itu untuk
tidak mengingkari janji yang telah dibuat.

Etika ketiga dan terakhir dalam Tri Kaya Parisuda disebut sebagai kayika yang
bermaksud berbuat baik dan jujur. Etika ini menekankan kepada penganut agama Hindu
bahawa pentingnya seseorang individu itu untuk berbat baik dan jujur sesama manusia.
Antara lain contoh kayika adalah tidak menyeksa, menyakiti atau membunuh. Manusia itu
sendiri merupakan makhluk yang telah diciptakan oleh Tuhan dan kita tidak mempunyai hak
mahupun kuasa untuk menyakiti, menyeksa dan membunuh makhluk ciptaan Tuhan yang
lain.

Seseorang individu itu dikatakan telah mencapai kayika jika dia tidak berbuat curang,
mencuri atau merompak serta tidak berzina. Mencuri dan merompak sudah menjadi satu
norma dan sering terpammpang di dada-dada akhbar setiap hari. Perkara tersebut tidak akan
berlaku kepada individu yang mengikuti dan mengaplikasikan etika-etika yang dinyatakan
dalam Tri Kaya Parisuda.

Buddha Gautama dilahirkan dengan nama Siddhrtha Gautama, merupakan pengasas


kepada agama Buddha yang wujud sehingga kini. Dalam agama Buddha, nilai etika moral
adalah sangat dititik beratkan. Pada dasarnya, moral itu bermula dari dalam diri individu itu
sendiri. Hal yang sama dapat dilihat dari konteks etika.

Dalam agama Buddha, etika-etika yang diutarakan tidak dicipta untuk kegunaan
sendiri. Malah ianya juga tidak dicipta tanpa asas yang kukuh. Etika Buddha diciptakan
bukan berasaskan adat-adat sosial yang berubah-ubah pada seiap waktu. Etika-etika serta
moral yang dicipta adalah berdasarkan alam semulajadi yang tetap.

14
Matlamat akhir bagi penganut agama Buddha adalah untuk mencapai kebahagiaan
muktamad. Maka, nilai-nilai moral yang diutarakan dalam Buddhisme adalah bersifat
praktikal. Agama Buddha bukanlah satu agama yang diperoleh daripada Tuhan, maka etika
serta moral yang diutarakan adalah berdasarkan Buddha sendiri dan bukannya perintah dari
Tuhan. Etika dalam Buddhism adalah berdasarkan niat atau kehendak. Menurut Buddha,
kamma bermaksud kehendak dan yang membezakan samada sesuatu tindakan itu baik
ataupun jahat adalah niat si pelaku sewaktu mengerjakannya. Buddha juga ada mengatakan
bahawa seseorang individu yang melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral
sebenarnya masih belum bebas daripada ketidaksucian minda. Hal yang sama dapat dilihat
dalam diri seseorang individu yang mempunyai minda yang suci tanpa dicemari pemikiran
yang tidak bersih tidak akan berupaya untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak
bermoral.

Buddha mempunyai aturan morality yang dipanggil sebagai Panca Sila. Panca Sila di
ambil daripada bahasa Pali yang bermaksud Lima Dasar Moraliti. Sila yang pertama
disebutkan oleh Buddha adalah menghindari pembunuhan atau menyakiti segala bentuk
kehidupan. Buddha melihat dunia sebagai suatu kesatuan dimana setiap makhluk yang
mendiami dunia ini mempunyai fungsinya yang tersendiri. Ada kalanya kita terpaksa
membunuh makhluk yang lain seperti serangga pembawa penyakit dan haiwan berbisa.
Dalam konteks dunia sekarang, perbuatan tersebut dipanggil sebagai the act of self-defence
atau tindakan mempertahankan diri sendiri.

Namun demikian, dakah terlintas di fikiran kita bahawa makhluk yang dibunuh itu sama
seperti kita, ingin meneruskan kelangsungan kehidupan di dunia ini. Tindakan kita
membunuh makhluk-makhluk tersebut mungin bermanfaat bagi kita sendiri namun tidak bagi
makhluk tersebut. Manusia secara zahirnya mempunyai sikap yang merasakan bahawa apa
yang ada di tangan mereka tidak cukup. Oleh hal yang demikian, tanah-tanah hutan diteroka
dan tanpa sedar telah merosakkan habitat hidupan yang lain. Sebagai seorang manusia yang
dikurniakan akal fikiran yang panjang, kita seharusnya lebih menghargai kehidupan yang
lain. Penganut agama Buddha diajar untuk melatih dirri sebaik mungkin daripada menyakiti
makhluk lain.

Sila kedua yang telah diutarakan dalan Panca Sila adalah menghindarkan diri dari
mencuri atau mengambil barang yang tidak diberikan kepada kita. Mengambil sesuatu yang
bukan hak milik kita atau lebih senang sesuatu yang tidak diberikan kepada kita merupakan

15
satu tindakan yang tidak baik. Dalam erti kata yang lain, kita telah menzalimi orang tersebut
apabila kita engambil sesuatu yang tidak diberikan. Dalam kehidupan, setiap perkara yang
berlaku pasti ada sebab disebaliknya. Setiap barangan yang kita perolehi sehari-hari diberikan
atas sebab yang tertentu. Boleh jadi barang yang kita mahukan itu tidak akan mendatangkan
kebaikan kepada diri kita. Maka, apa yang boleh dilakukan adalah menerima dengan hati
yang terbuka terhadap setiap perkara yang berlaku. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan
janganlah mencuri atau mengambil sesuatu yang bukan diberikan kepada kia.

Seterusnya, penulis akan membincangkan mengenai sila ketiga iaitu menghindarkan


diri daripada penyelewengan seksual. Manusia diciptakan dengan hawa nafsu sama seperti
makhluk-makhluk yang lain. Namun demikian, manusia diberikan keistimewaan dimana
manusia diberikan akal fikiran untuk berfikir mengenai buruk baik sesuatu benda itu. Hawa
nafsu merupakan satu perasaan yang boleh dikawal jika seseorang individu itu mampu
mengawal akal fikirannya. Antara contoh terdekat penyelewengan sosial adalah berzina.
Setiap lelaki dan perempuan yang menjaga fikirannya pasti tidak akan melakukan perkara
seperti berzina. Etika ini lah yang diikuti oleh penganut agama Buddha.

Etika seterusnya yang telah diterapkan oleh Buddha dala Tri Kaya Parisuda
menyentuh mengenai seseorang individu itu perlu menghindarkan diri dari berbohong dan
berkata-kata mengenai sesuatu yang tidak benar. Kita kini hidup dalam keadaan masyarakat
sudah tidak peduli jika apa yang dikatakan itu betul ataupun tidak. Mereka hanya
mementingkan perasaan mereka sendiri tanpa memikirkan akan impak daripada perbuatan
mereka itu. Asalkan amarah di hati reda dan apa yang diinginkan tercapai, mereka sanggup
mengeluarkan kata-kata pembohongan. Malah ada juga yang berbangga degan pembohongan
yang dicipta sendiri. di zaman ini juga, nilai-nilai kesopanan dalam diri manusia sudah
semakin kurang. Kata-kata kasar dalam setiap perbualan itu sudah di anggap normal.
Perasaan insan lain sudah tidak singgah dalam pemikiran segelintir masyarakat. Fitnah juga
keluar dari mulut segelintir masyarakat bagai air yang mengalir di sungai.

Dalam berurus niaga, pasti kita semua terfikir bagaimana keuntungan boleh diperolehi
jika pembohongan dibuang dari senarai strategi bukan? Buddhisme mengaitkan tindakan
manusia dengan niat yang dilafazkan di dalam hati. Keuntungan boleh dicari dalam apa cara
sekalipun. Namun janganlah sampai ianya merugikan orang lain. Umat Buddha diajar untuk
melatih diri mereka untuk hidup lebih jujur dan berterus terang.

16
Fitnah atau frame-up menurut Great Dictionary of the English Language bermaksud
konspirasi untuk menuduh seseorang tanpa bukti yang kukuh. Perbuatan ini belh
menyebabkan seseorang itu dihukum bunuh ataupun dikenakan hukuman terhadap satu
kesalahan yang tidak dilakukannya. Buddha mengajar pengikutnya untuk menjauhkan diri
daripada sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan fitnah kepada orang lain.

Sila kelima dalam Tri Kaya Parisuda menyebut mengenai menjauhkan diri daripada
menggunakan bahan-bahan yang dapat menyebabkan seseorang itu lemah atau menjadi
kurang sedar serta boleh mengakibatkan ketagihan. Sila kelima ini secara dasarnya berkait
rapat dengan pengambilan minuman beralkohol.

Alcohol jika dilihat dari perspektif Barat merupakan sejenis minuman pemanas badan.
Pada zaman dahulu, peralatan elektrik seperti pemanas udara tidak wujud. Disebabkan
mereka teraksa mengharuni musim sejuk yang teruk, orang-orang Barat terpaksa mencari
alternative lain bagi melawan kejatuhan suhu yang terus sewaktu musim dingin. Namun
demikian, sungguhpun alkohol berfungsi untuk memanaskan badan, ianya juga boleh
mengakibatkan seseorang itu mabuk dan ketagih.

Apabila kita membincangkan mengenai mabuk, perkara pertama yang akan muncul
didalam mind kita adalah hilangny pertimbangan seseorang itu terhadap baik buruk
tindakannya. Dalam keadaan abuk minda kita sudah tidak mampu memberi rasional terhadap
sesuatu perkara. Inilah yang dikatakan sebagai hilang pertimbangan. Akal fikiran si pelaku
akan terjejas dan pada ketika itu, segala perbuatannya sudah tidak disedari. Buddha melihat
mabuk sebagai sesuatu yang tidak baik. Malah ketagihan terhadap minuman beralkohol juga
ditekankan kepada penganutnya.

Sewaktu seseorang itu berada dalam keadaan mabuk, terdapat banyak perkara buruk
yang boleh erjadi kepadanya. Boleh saja ketika dia mabuk, dia telah melakukan zina kerana
pada ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sedar. Pasti ramai yang berfikir bahawa tidak
mengapa untuk mengambil minuman beralkohol dalam kuantiti yang sedikit. Namun
demikian, dari kuantiti yang sedikit itulah ianya bertambah sehingga si pelaku tidak sedar dia
sudah mabuk. Ketika seseorang itu mabuk, segala ilmu yang ada dimindanya tidak akan
mampu untuk mengelakkannya daripada melakukan perbuatan yang merosakkan. Seseorang
yang mabuk itu juga akan dipandng hina oleh masyarakat.

17
Minuman beralkohol mengandungi bahan yang boleh mengakibatkan ketagihan.
Walaupun diambil dalam kuantiti yang sedikit, tetapi jika ianya diambil secara kerap, ia akan
tetap menyebabkan ketagihan. Ketagihan pula merupakan sesuatu yang amat sukar untuk
dikikis. Pada zaman ini, ramai sahaja individu yang mengatakan bahawa mereka mengambil
minuman beralkohol kerana mereka ingin melarikan diri daripada masalah yang dihadapi.
Namun demikian, pengambilan alkohol hanya akan menambahkan masalah pada masa akan
datang.

Mengambil alkohol dalam kuantiti yang sedikit sahaja pun sudah dikira sebagai
melanggar sila. Melanggar sila bermaksud melanggar etika dan moral yang telah ditetapkan
oleh Buddha. Sebagai seorang manusia, kita tidak akan pernah lari daripada ditimpa masalah.
Melarikan diri daripada masalah bukanlah langkah yang baik kerana di penghujungnya,
masalah itu pasti akan datang kembali kerana ia tidak diselesaikan dengan baik pada awalnya.
Jika masalah muncul di depan mata, langkah yang terbaik yang boleh di ambil ialah dengan
mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.

Jika hal ini tidak dapat dilakukan, maka ia membuktikan bahawa individu tersebut
tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang manusia. Is juga bererti
bahawa tekad serta semangatnya tidak kuat dalam menghadapi cabaram di dunia yang
sementara ini. Dalam usaha untuk mencapai kebahagiaan yang abadi, Buddha telah
meletakkan garis ukur iaitu Panca Sila sebagai panduan pengikutnya dalam menjalankan
kehidupan sehari-hari.

Berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan, penulis telah mendapati bahawa


kedua-dua agama yang dipilih menggunakan cara yang unik untuk mengutarakan nilai-nilai
etika dan moral yang boleh dijadikan etika atau moral sejagat untuk manusia. Nilai-nilai etika
atau moral yang ada dalam setiap agama tersebut telah diolah sehingga ianya menjadi
fleksibel dan tidak hanya boleh diamalkan oleh pengikut agama tersebut sahaja.

Dalam agama Hindu, kerangka agama Tri Kaya Parisuda digunakan untuk
mengutarakan nilai etika atau moral yang perlu ada dalam diri seorang individu. Keunikan
cara penyampaian isi kandungan kerangka tersebut dapat dilihat dari segi pemilihan subjek
untuk mewakili nilai etika atau moral yang ingin diutarakan. Dalam perbincangan ini, dapat
dilihat bahawa tingkah laku manusia dijadikan sebagai modal untuk menyalurkan etika serta
moral kepada manusia.

18
Dalam kerangka Tri Kaya Parisuda, tingkah laku manusia yang dijadikan modal ialah
pemikiran, kata-kata dan perbuatan yang baik dan jujur. Hasil daripda pemahaman penulis,
pemikiran, kata-kata dan perbuatan yang baik dan jujur merupakan antara etika yang perlu
ada dalam diri setiap individu. Ketiga-tiga tingkah laku ini sebenarnya jika diselami dengan
lebih mendalam akan memperlihatkan bahawa wujud satu hubung kait yang kuat diantara
ketiga-tiga tingkah laku ini.

Pemikiran merupakan perkara pertama yang disebut dalam kerangka agama tersebut. Pasti
ramai yang bertanya mengapa susunannya diatur sedemikian rupa. Pemikiran melangkaui
kata-kata dan perbuatan yang baik dan jujur. Hal ini kerana, akal pemikiranlah yang akan
mengawal setiap keputusan yang dibuat oleh manusia. Jika akal fikiran manusia tidak dijaga
dengan elok, ianya akan mempengaruhi tutur kata seseorang individu itu. Apabila kata-
katanya telah berubah menjadi tidak baik, perbuatannya tidak akan menjadi baik dan jujur
lagi.

Kata-kata menyusul di tempat yang kedua dalam kerangka Tri Kaya Parisuda. Pemikiran
adalah sesuatu yng tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Ia juga tida dapat didengari oleh
orang lain selain pemikirnya sendiri. berbeza dengan kata-kata, sungguhpun ianya bersifat
abstrak, ia boleh didengari oleh pihak kedua dan ketiga. Apabila kata-kata yang dikeluarkan
berbaur kemarahan dan kasar, si pelaku akan dipandang rendah oleh orang lain. Kata-kata itu
juga dikatakan sebagai senjata yang sangat bahaya. Kerana dengan kata-kata lah persahabatan
yang bertahun lamanya dibina musnah dalam sekelip mata sahaja. Pertuturan seseorang
indivdu itu menggambarkan pemikirannya sebagaimana pemikirannya mempengaruhi
percakapannya.

Tingkah laku yang terakhir adalah perbuatan yang baik dan jujur. Pemikiran mempengaruhi
percakapan, sebagaimana pemikiran dan percakapan mempengaruhi perbuatan. Perbuatan
berada di kedudukan yang ketiga kerana ianya adalah hasil daripada buah fikiran seseorang
serta tutur katanya. Selain kata-kata, perbuatan juga mencerminkan pemikiran serta peribadi
seseorang individu.

Dalam agama Buddha pula, keunikan nilai etika dan moral juga diutarakan dari segi tingkah
laku seseorang individu dan hal ini dibincangkan dalam kerangka agama Panca Sila. Menurut
Buddha, tujuan utama manusia hidup adalah untuk mencapai kebahagiaan abadi. Seperti yang
telah dibincangkan dalam penulisan di atas, agama Buddha bukanlah agama yang diturunkan
oleh Tuhan. Maka setiap nilai etika yang dibuat adalah dari Buddha sendiri. Nilai etika dan

19
moral dalam agama Buddha amat dititk beratkan dan adalah satu kewajipan bagi penganut
agama Buddha untuk memahami dan mendalami kerangka-kerangka agama tersebut yang
mana salah satunya adalah Panca Sila.

20
Rujukan

Bill, T. Angus, S. Catherine, S. dan Julia, E. (2001). Great dictionary of the English language
(1st ed). Readers Digest Association Limited. London

Juli Ahsani dan Abdurrohman. (Disember 14, 2011). Ajaran Hindu Dharma tentang etika.
Diperolehi Julai 24, 2015 dari http://dimas-sigit.blogspot.com/2011/12/ajaran-hindu-dharma-
tentang-etika.html

21

Anda mungkin juga menyukai