Anda di halaman 1dari 34

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak

dan kemampuan menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. Dalam konteks ini, kita tidak boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget. Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau skipping, berenang, menunggang basikal dan meluncur (skating). Misalnya,kanakkanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun menunjukkan kemahiran manipulatif yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik. Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.

Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak, Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP) meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanakkanak. Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada peringkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain. Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol. Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran.[1] Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami.

Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau terganggu. Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap ini juga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak dan pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain.

PENGENALAN Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang awal. Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Jadi, perkembangan terbahagi kepada banyak bahagian, iaitu fizikal, kognitif, bahasa, sosio emosi, dan kendiri. Fokus saya pada kali ini ialah terhadap perkembangan kognitif. Dua teori utama dalam perkembangan kognitif yang menjadi fokus saya ialah teori ahli psikologi Switzerland iaitu Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia iaitu Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah memainkan peranan penting dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya untuk membantu murid mencapai perkembangan kognitif yang optimum.

KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008), kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup bagi seseorang individu. Pembinaan pemikiran kanak-kanak diberi penekanan untuk perkembangan kognitif kanak-kanak ini. Ia tertumpu kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada seterusnya. Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan,. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget juga telah mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu kematangan biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan.

Kematangan biologi merupakan proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka ataupun genetik. Kemudian, interaksi individu dengan persekitaran pula merupakan komunikasi atau interaksi antara individu dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang diperolehi. Seterusnya ialah pengalaman sosial iaitu pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran seperti ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya. Faktor terakhir ialah keseimbangan yang merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami. Menurut Vygotsky pula, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat iaitu, peringkat sosial dan peringkat individu. Pada peringkat sosial, maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada di persekitaran seperti ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, keluarga terdekat dan jiran. Peringkat individu pula ialah kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu. Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar skemata individu.

CIRI-CIRI PERUBAHAN KOGNITIF KANAK-KANAK Terdapat empat peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu peringkat Sensorimotor, peringkat Pra Operasi, peringkat Operasi Konkrit, dan peringkat Operasi Formal, menurut Piaget. Pada peringkat Sensorimotor iaitu bayi berumur bawah 2 tahun, bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Pada peringkat ini, bayi akan menggunakan mulut untuk merasa sesuatu objek dan mengkoordinasi mata dan tangan bagi mencapai sesuatu objek. Sebagai contoh, bayi akan memasukkan jari dan merasa puas apabila dapat merasa dan menghisap jarinya. Kepuasan ini akan menyebabkan mereka melakukan perbuatan ini berulang kali. Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini akan mula menunjukkan permulaan pemikiran logik. Sebagai contoh, kanak-kanak ini akan dapat mengatur skema-skema yang mudah dan logik seperti mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas yang bertutup, atau boleh mengambil barang yang jauh. Seterusnya, pada peringkat Pra operasi iaitu kanak-kanak berumur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak telah mula menggunakan minda bagi membentuk skema-skema baru. Kanak-kanak telah menggambarkan dan merancang pergerakan ataupun aktiviti mereka dengan menggunakan minda untuk membentuk skema. Perubahan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam peringkat ini ialah mereka dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental iaitu bahasa, isyarat, gambar dan sebagainya. Kanak-kanak menggunakan simbol ini untuk menyatakan sesuatu objek, orang atau peristiwa yang dialami oleh mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak mewakili imej sebenar buku dengan perkataan `buku ataupun dengan menggunakan gambar. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak berumur 2-3 tahun boleh menceritakan pengalamannya ataupun peristiwa yang telah berlaku. Pemikiran kanak-kanak pada peringkat Pra operasi juga bersifat intuitif iaitu pemahaman mereka tentang objek bergantung pada ciri-ciri yang bersifat nyata. Mereka tidak mampu lagi untuk berfikir secara logik dan rasional. Sebagai contoh, sepuluh keping kad sama saiz diletakkan secara dua baris, iaitu lima keping kad setiap baris, dan satu baris dipanjangkan. Kanak-kanak akan mengatakan baris yang lebih panjang tersebut mempunyai lebih kad daripada baris yang pendek, walaupun keduadua baris tersebut mempunyai bilangan kad yang serupa.

Pada peringkat ini juga, kanak-kanak telah menunjukkan sifat egosentrik di mana mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif mereka sendiri. Kanakkanak menyangka semua orang mempunyai minat, perspektif, perasaan dan reaksi yang sama dengan mereka, contohnya seorang kanak-kanak yang suka dengan sesuatu siri kartun, mereka akan beranggapan orang lain juga suka dengan siri kartun berkenaan. Pada peringkat Operasi Konkrit iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun, kanak-kanak ini telah boleh berfikir secara logik walaupun masih terikat dengan situasi konkrit. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak sudah boleh menguasai konsep pengekalan. Prinsip asas konsep ini adalah prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Prinsip identiti adalah mereka sudah tahu jika tiada penambahan atau pengurangan bilangan objek, maka bilangannya tetap sama walaupun bentuknya berubah. Prinsip ganti rugi pula adalah mereka tahu perubahan dari satu segi akan ditukar oleh perubahan dalam satu aspek yang lain. Manakala, prinsip keterbalikan pula mereka boleh mengulang proses yang berlaku kepada keadaan yang asal kembali. Contohnya, jika air di dalam cawan, dituang ke dalam gelas yang lebih tinggi dan tirus, mereka dapat tahu bahawa kuantiti air tersebut masih sama. Selain itu, kanak-kanak dalam peringkat ini juga dapat mengkategorikan objek mengikut kumpulan masing-masing. Contohnya, mereka mengelaskan objek mengikut warna, saiz dan sebagainya. Mereka juga boleh melakukan proses menyusun secara bersiri, iaitu susunan secara menaik dan menurun. Sebagai contoh, mereka boleh membuat susunan logik seperti 1<2<3,>2>1. Seterusnya ialah peringkat Operasi Formal iaitu kanak-kanak berumur 11 tahun ke atas. Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan andaian dan jangkaan berdasarkan fakta. Pemikiran mereka juga tidak lagi bertumpu kepada objek konkrit semata-mata, namun boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis. Sebagai contoh, mereka boleh memberi idea kepada punca kemalangan jalanraya. Selain itu, kanak-kanak sudah boleh berfikir secara abstrak, iaitu menyelesaikan masalah matematik di mana melibatkan perwakilan abstrak. Contohnya, 2y + 3y = 20. apakah nilai y? Mereka juga boleh berfikir secara sistematik, iaitu memberi beberapa kemungkinan penyelesaian. Contohnya, sekiranya anda pergi ke perkhemahan, anda membawa 4 helai t-shirt, 4 helai seluar track dan 4 helai jaket, berapa kombinasi pakaian yang akan anda perolehi? Selain itu, kanak-kanak juga telah berupaya untuk melakukan hipotesis dan mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah. Mereka sudah boleh menaakul secara induktif dan deduktif. Pemikiran secara induktif merupakan berfikir aspek yang khusus kepada yang lebih umum. Contohnya, mereka dapat memberikan kesan pencemaran sungai pada masa akan datang berdasarkan pencemaran sungai yang ada pada masa sekarang.

CARA-CARA GURU MEMBANTU MURID MENCAPAI PERKEMBANGAN KOGNITIF YANG OPTIMUM Sebagai seorang guru, kita mestilah membantu murid agar dapat mencapai perkembangan kognitif yang optimum.Jadi, guru mestilah merancang pengajarannya agar dapat merealisasikan hasrat ini. Guru mestilah menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit untuk memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, jika murid diajar kemahiran menambah dan menolak, guru boleh menggunakan bahan-bahan konkrit yang berada di sekelilingnya seperti ranting kayu, batu, daun, dan lain-lain. Pendekatan ini sesuai untuk kanak-kanak pada peringkat Pra operasi, iaitu berumur 2 hingga 7 tahun. Selain itu, guru boleh menggunakan bahan konkrit sebagai bahan bantu mengajar dalam mempelajari kemahiran yang baru. Bahan-bahan ini mestilah menarik dan bersesuaian dengan pelajaran yang ingin diajarkan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan model-model tiga dimensi seperti haiwan, tumbuhan mainan untuk mewakili objek yang dipelajari oleh mereka. Pendekatan ini boleh dipraktikkan untuk kanak-kanak di peringkat operasi konkrit, iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun. Seterusnya, guru harus memberi arahan dengan menggunakan ayat yang pendek dan disertai dengan contoh agar mudah difahami oleh murid. Contohnya, arahan untuk murid mengutip sampah yang berada disekeliling mereka, diberi dengan menggunakan ayat mudah dan jelas. Arahan yang pendek serta jelas ini akan memudahkan murid untuk menuruti dan mengikuti kehendak guru. Selain itu, guru juga patut memberi peluang kepada murid melakukan `hands-on terhadap sesuatu kemahiran. Sebagai contoh, murid diberi peluang untuk membentuk perkataan daripada potongan-potongan huruf. Dengan kaedah atau cara ini, murid akan dapat meningkatkan lagi keyakinan terhadap diri mereka. Guru juga boleh menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kanakkanak tidak semestinya belajar dalam bilik darjah sahaja. Berikan mereka peluang untuk merasa sendiri pengalaman di luar bilik darjah untuk memperkaya ingatan dan fikiran mereka kepada flora dan fauna. Contohnya, guru membuat lawatan ke Zoo Negara, taman yang berada di sekolah, dan sebagainya. Menerusi pengalaman ini, mereka akan dapat membuka minda mereka dan dapat menikmati sendiri pengalaman tersebut.

Selain itu, murid-murid akan lebih menumpukan perhatian kepada pengajaran guru jika dikaitkan dengan pengalaman mereka sendiri. Jadi, guru boleh mengaitkan pengalaman mereka seperti pengalaman bercuti di kampung dengan pengajaran. Pengalaman ini amat membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih kompleks. Ini bertepatan dengan teori Lev Vygotsky iaitu kaitkan pengajaran dan kehidupan seharian kanak-kanak serta pengaplikasian pengetahuan kanak-kanak kepada pengalaman mereka yang sebenar. Guru juga seharusnya memberi peluang kepada murid-murid agar dapat memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajarkan kepadanya. Berilah mereka peluang untuk mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari agar mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif di bawah bimbingan guru. Contohnya, membuat eksperimen dalam subjek sains tentang keperluan cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis tumbuhan. Dengan memberi mereka peluang untuk melakukan eksperimen, murid-murid akan lebih faham dengan apa yang dipelajarinya dan lebih mengetahui perkara tersebut berdasarkan pengalamannya tadi. Seterusnya, murid-murid juga seharusnya diberi pembacaan dan pembentangan yang ringkas dan tersusun. Pembacaan dan pembentangan ini akan meningkatkan keupayaan berbahasa mereka ke arah yang lebih baik. Guru juga mesti memberi peluang kepada murid-murid untuk melahirkankan ideanya sendiri. Contohnya, berikan mereka buku-buku yang mudah untuk dibaca, iaitu buku yang mempunyai ayat-ayat mudah, kemudian beransur kepada yang lebih kompleks. Kanak-kanak juga bebas untuk memberikan pandangannya sendiri. Kemudian, guru membimbing kanak-kanak untuk membentangkan idea-idea mereka dengan langkah-langkah mudah. Guru boleh menggunakan bahan yang konkrit untuk menggambarkan sesuatu konsep yang lebih kompleks untuk kanak-kanak pada peringkat operasi formal. Contohnya, penggunaan bahan tiga dimensi, carta, rajah, gambar, jadual, dan pengalaman murid sendiri sebagai alternatif untuk mengajar sesuatu yang lebih sukar. Dengan penggunaan bahan-bahan tersebut, murid-murid dapat membayangkan perkara yang diajar oleh guru serta dapat memahami perkara yang kompleks dengan lebih mudah. Selain itu, guru mestilah memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mencari alternatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka juga boleh membuat hipotesis daripada hasil pembelajaran mereka tersebut. Guru juga mesti membimbing mereka untuk mencari jalan penyelesaian, agar mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif.

Guru juga boleh mengemukakan konsep yang luas. Bimbing pelajar untuk meneroka serta mengkaji konsep tersebut. Guru mesti menerima pendapat pelajar dan bimbing mereka agar menerima pandangan orang lain. Dengan cara ini, pemikiran pelajar akan lebih terbuka dan tidak hanya bertumpu kepada fakta semata-mata. Mereka juga dapat mempelajari menerima pandangan orang lain jika pendapat orang tersebut adalah benar. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak dalam mencapai perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah merancang aktiviti untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana yang telah disarankan. Selain itu, guru perlulah membimbing murid-murid dengan sebaiknya untuk mencapai perkembangan kognitif ini. Tahap pemikiran murid mungkin berbeza-beza, jadi guru perlulah cakna dengan perkembangan kognitif murid untuk merealisasikan hasrat ini.

PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK

1.0.

Perkembangan Bahasa Kanak-kanak

Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak dari bayi. Pada peringkat bayi kanak-kanak tidak dapat berkomunikasi dengan jelas. Namun, isyarat nangis boleh menyatakan yang dia lapar, lampin basah, tidak selesa, tidak lena tidur dan sebagainya. Di sini dinyatakan peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut umurnya.

1.1.

Umur 0 hingga 2 tahun

Bayi tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan orang lain. Bayi hanya boleh menangis semata-mata meluahkan perasaan dan kehendaknya. Sehingga usia sebulan, bunyi yang terkeluar daripada mulut bayi(boleh dianggap pertuturan) Cuma terhad dalam bentuk tangisan. Nadanya menangis juga berbeza dari segi kenyaringan, kuat dan perlahan. Meningkat umur satu setengah bulan sehingga tiga setengah bulan, ia mengelurakan satu bunyi kukur. Bunyi tersebut seperti konsonan c,k dab g. Pada waktu ini, mereka boleh bertindak terhadap sesuatu bunyi. Sebagai contoh, dia akan kepalanya akan menoleh dan matanya akan melihat ke arah bunyi ibunya memanggilnya. Umur enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula menyebut perkataan yang bunyinya mambawa maksud tertentu. Seperti mama, baba, dan dada. Perkembangan pada perigkat ini merupakan peringhkat asas untuk bercakap ke peringkat seterusnya. Latihan ini akan menolong mempercepatkan proses pembelajaran dengan melengkapkan kemahiran asas yang perlu bagi mengawal mekanisme percakapan yang lebih rumit.

Usia 12 bulan hingga 18 bulan, pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat menuturkan perkataan. Oleh itu, bayi hendaklah diberi peluang untuk bercakap agar emosinya tidak terganggu. Tetapi pada masa ini juga mereka sudah mula belajar berjalan. Jadi, mereka lebih menumpukan perhatian kepada berjalan dan melupakan bahasa dalam seketika. Apabila, sudah dapat berjalan, mereka akan memberi tumpuan semula kepada perkembangan bahasanya. Namun hanya sedikit perkataan yang dipelajari sehinggalah umur 18 bulan, mereka sudah boleh menggunakan perkataan ketika bermain atau bersendirian. Jadi pada waktu ini mereka sudah boleh melakukan arahan yang mudah.

1.2.

Umur 2 hingga 3 tahun

Pada peringkat usia ini, mereka akan megurangkan penggunaan perkataan yang kurang difahami. Ayat yang rinhkas jarang digunakan tetapi masih boleh didengar pada usia awal 2 tahun. Dia akan bercerita tentang apa yang dialaminya kepada orang dewasa. Pada masa inlah mereka belajar bercakap dan orang dewasa khususnya ibu bapa harus mengawasi anak agar menggunakan ayat yang betul dan baik. Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan memainkan peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan, kejadian, penyesuaian dan reaksi sosial setiap kanak-kanak. Kelakukan dan emosinya amat nyata. Susunan bahasa masih belum sempurna. Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan bahasa , perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu. Pengaruh sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf rendah. Ini mungkin ibu bapanya yang menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan masyarakat luas.

1.3.

Umur 4 hingga 5 tahun

Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanakkanak yang berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan dan suasana tertentu. Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat. Cara mereka menjawab pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada seseorang. Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka dengan masyarakat luar seperti bermain bersama-sama rakan sebaya di luar. Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan betul. kanak-kanak mula belajar membaca. Kajian telah dibuat bahawa kanak-kanak pada usia ini telah ada kebolehan membaca. Hasil kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak yang mendapat kelas pertama adalah mempunyai ciri-ciri berikut: Penglihatan yang baik. Pendengaran yang baik. Kecerdasan yang normal. Mempunyai sahsiah yang matang. Aktif dan cergas. Faham dan pandai menggunakan perbendaharaan kata Berminat dan berkebolehan untuk belajar dan mendengar cerita. Memberi penuh tumpuan terhadap sesuatu kerja. Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

1.4. Faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa adalah seperti berikut: 1.4.1. Umur Perbendaharaan kata kanaka-kanak akan bertambhan apabila meningkat usia. Hal ini disebabkan adanya hubungan rapat antara umur dan kematangan terutama sekali alat suara dan akal. Kanak-kanak tidak bercakap selagi belum matang.

1.4.2. Kesihatan Perkembangan bahasa kanak-kanak akan terganggu jika kesihatannya terganggu terutamanya dalam masa 2 tahun pertama. Ini kerana kanak-kanak yang sakit kurang aktif dan letih serta letih. Jadi mereka kurang mendapat ransangan alam sekitar dan kelancaran pertuturan terganggu.

1.4.3. Jantina Secara amnya, kanak-kanak perempaun lebih cepat bercakap dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan perkembangan dan pertumbuhan kanakkanak perempuan lebih cepat berbanding lelaki. Oleh itu alat suara kanak-kanak perempuan lebih cepat matang. Sebab itulah percakapan kanak-kanak perempuan lebih mudah difahami. Selain itu mereka lebih banyak perbendahaaan kata. Kesannya kanak-kanak perempuan lebih banyak bercakap dan lebih cepat membaca. Namun bagi sesetengahnya kanak-kanak perempuan ada juga yang lambat mengalami perkembangan bahasa.

1.4.4. Kecerdasan Kecerdasan dan kebolehan bahasa seseorang amat berkait rapat. Jika dilihat pada kanak-kanak yang cerdas, mereka lebih cepat bercakap dibandingkan kanakkanak yang lemah. Namun, tidak bermakna kanak-kanak yang lambat bercakap tidak cerdas akalnya. Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya lebih tinggi mempunyai sifat istimewa kerana dapat memerhati dan memahami erti perkataan dan percakapan.

1.4.5. Keadaan keluarga. Secara amnya, perkembangan bahasa kanak-kanak berstatus tinggi dan sederhana akan lebih cepat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak berstatus rendah. Selain daripada itu, perbendaharaan kata mereka juga lebih tinggi. Saiz sesebuah keluarga juga mempengaruhi. Andai kata jika kanak-kanak itu anak tunggal maka lebih cepat bercakap dan lebih banyak berinteraksi dengan ibu bapa serta mandapat layanan yang cukup. Manakala anak yang ramai adik-beradik akan lebih kerap bercakap sesama sendiri maka perbendaharaan katanya sedikit.

1.4.6. Alam sekitar Faktor alam sekitar berkait dapat dengan keadaan keluarga. Kanak-kanak yang membesar dalam linkungan alam sekitar yang sihat akan mendapat segala kemudahan. Kesannya mereka perkembangan bahasa mereka lebih cepat. Jika persekitaran kanakkanak dikelilingi dengan orang pandai maka mereka terbiasa dengan percakapan orang bijaksana serta perbendaharaan kata yang betul dan banyak.

1.5.

Penguasaan bahasa pertama dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah

Dalam Bahasa melayu terdapat lima sistem bahasa yang terdiri daripada fonologi, morfologi, sintaksis, semantk dan pragmatik. Fonologi Fonologi adalah kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat. Semua kanakkanak secara umumnya mempunyai corak perkembangan fonologi tidak kira bahasa apa yang dituturkan. Kanak-kanak juga menghasilkan bunyi secara rambang. Ini berlaku pada peringkat agahan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan perbezaan fitur yang ketara. Tetapi ia akan beransur maju kepada fonem-fonem yang halus dan jelas kedengaran. Antara bunyi yang dihasilkan oleh kanak-kanak mengikut peringkat adalah seperti berikut: Semasa kanak-kanak membesar, mereka mempelajari perkataan baru melalui proses fast-mapping, iaitu secara membandingkan perkataan baru dengan perkataan lama yang sudah diketahui. Perkembangan fonologi kanak-kanak adalah seperti berikut:

Umur Baru lahir 2 bulan

Perkembangan bahasa Menangis dan senyum Lebih suka kepada suara manusia

2 4 bulan

Mendekut( bermain dengan bunyi vokal seperti aa-aa-aa-aa ataupun oooo-oo-oo Mencantum bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk menghasilkan suku kata sepert ma-ma-ma atau baba-ba Mula menunjukkan gerak tangan

6 9 bulan

9 12 bulan

Mencantukan suku kata dan menghasilkan perkataan pertama Menyebut perkataan ( mengenal nama benda atau orang) Menyebut gabungan 2 perkataan ayat mudah melalui bahasa telegrafi(perkataan yang penting sahaja). Seperti ti-kar untuk mak, saya nak roti bakar Menyebut gabungan 3 perkataan Menggunakan strategi sebutan untuk perktaan rumit (seperti didi untuk tv atau alan untuk jalan)

1-

1 tahun

1 - 2 tahun

2 4 tahun

4 6 tahun

Menghasilkan gabungan 4-5 perkataan Sebutan bertambah baik. Mengulang dan dapat mengubahsuai seni kata lagu ataupun pantun mudah.

Morfologi Pada peringkat morfologi, kanak-kanak akan mempelajari perkataan baru apabila memahami bahawa gabungan bunyi membawa makna tertentu. Mereka akan mempelajari perkataan baru pada umur 18 bulan. Pada umur ini, mereka sudah dapat menguasai 20 hingga 50 perkataan dan apabila mencapai peringkat 4 tahun akan menambah perkataan sebanyak lebih 2000 patah perkataan. Ada juga kanak-kanak pada waktu ini telah dapat memahami konsep majmuk dan perkara lepas. Perkembangan morfologi kanak-kanak adalah seperti: Umur 1-2 tahun Perkembangan morfologi Menyebut ayat mudah melalui gabungan 2 perkataaan seperti roti sedapuntuk sedapnya roti ini Membentuk ayat gabungan 3 perkataan seperti:Adik nak makan Berupaya menggunakan sifat nama, kata bilangan dan kata tenpat dalam membentuk ayat. 4-6 tahun Mengahsil ayat gabungan 3-6 perkataan seperti: Roti coklat itu makanan kegemaran adik. menggunakan kata sambung (kerana, sambil) ayat berlapis(topi saya cantik ayat pasif (roti dimakan oleh emak.

2-3 tahun

Dapat menghasilkan cerita pendek.

Sintaksis Sintaksis adalah bidang kajian yang mengkaji tentang ayat. Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu perkataan semasa umur satu tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan semasa berumur dua tahun. Setiap ujaran merujuk kepada beberapa makna mengikut susunan kata ataupun konteks bagi menafikan pertanyaan dan sebagainya. Ayat-ayatnya padat dan ringkas bayak menggunakan kata kerja dan kurang ataupun tiada langsung kata kerja. Selepas lima tahun, barulah kanak-kanak menyamai bahasa orang dewasa. Selepas umur lima tahun, kanak-kanak berupaya menghasilkan ayat pasif atau yang lebih kompleks serta dapat mengenal struktur dalaman dan hubungannya dengan struktur luar. Kanak-kanak umur satu setengah tahun dapat melakukan arah dengan mudah dengan tepat seperti: Ambilkan buku mak. Mana roti adik.? Kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah dapat menggunakan perkataan dengan intonasi yang berbeza. Pada umur 18 bulan, ayat dengan dua perkataan mula digunakan seperti: Ayat penyata: Saya minum., Kunci kakak., Nenek balik. Ayat negatif: Ibu belum masak. Ayat perintah: Jangan tutup radio.

Semantik Semantik adalah kajian yang berkaitan dengan makna. Ini bermaksud kanakkanak berkebolehan memahami percakapan yang didengari. Kanak-kanak menyerap bunyi bahasa ketika masih dalam kandungan sehinggalah 10 bulan selepas kelahiran. Pada peringkat kanak-kanak mula menguasai beberapa patah perkataan dan kemudian memperluaskan perbendahaan kata dengan agak cepat. Pada peringkat permulaan, kanak-kanak hanya memahami beberapa makna perkataan. Tetapi hasil interaksi dengan alam sekitar dalam pelbagai konsep, mererka telah dapat memperkayakan perkataan dan maknanya. Pada usia 2 tahun, ,mereka Dalam peringkat ini juga, mereka mempelajari daripada konsep konkrit kepada konsep abstrak. Dan seterusnya dapat menyusun makna perkataan mengikut tatabahasa. Secara umumnya, kanak-kanak pada masa ini banyak melakukan kesilapan dalam berbahasa. Orang dewasa harus memberi bimbingan untuk memperbaiki bahasa mereka. Mengikut Piaget, perkembangan bahasa berkait rapat dengan perkembangan intelek iaitu sensori motor, praoperasi dan operasi konkrit.

Peringkat sensori motor Kanak-kanak sering menggunakan ayat dengan satu perkataan seperti: Apabila dia sedang lapar. Dia akan kata mamam. Apabila dia tunjuk roti yang dijual di kedai dan berkata mamam bermaksud dia nak makan roti itu. Apabila dia melihat tiada makanan dalam bekas makanan dan menggelebgkan kepala bermaksud makanan sudah abis. Peringkat Praoperasi Pada peringkat umur dua hingga tujuh tahun, kanak-kanakmula memahami ada perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna. Namun mereka masih dalam peringkat konkrit dan tidak memahami perkataan abstrak. Peringkat operasi konkrit Peringkat operasi konkrit berlaku pada umur tujuh hingga 11 tahun di mana kebolehan kanak-kanak berkembang bagi mengecam dan membezakan makna. Namun pada masa yang sama mereka masih bergantung kepada proses sedia ada dan pengalaman terus. Sebagai contoh, mereka memahami fungsi rumah, ruang tempat tidur, tempat makan dan sebagainya.

Perkembangan semantic kanak-kanak adalah seperti berikut: Umur 6-12 tahun Kebolehan semantik Dapat memahami perkataan serta menunjukkan onjek yang dinamakan. Perbendaharaan kata bertambah 1 hingga 3 perkataan sebulan pada usia 1 tahun. Perbendaharaan kata terdiri daripada nama orang (mama, abah) dan benda maujud (kasut, roti, buku) 2-3 tahun Perkembangan perbendaharaan kata diiringi dengan menyifatkan objek Dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan suka dan sedih. Lebih banyak perbendaharaan kata (1000 kata) Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikannya. 4-6 tahun Berlaku percetusan perbenadaharaan bahasa (10000 perkataan sehingga mencecah hujung prasekolah) Memahami metafora lawak jenaka dan

1-1 tahun

Memahami cerita lisan yang dibaca di dalam buku.

ataupun

Memahami dan menghafal seni kata lagu atau puisi.

Pragmatik Pragmatik adalah penggunaan bahasa yang peka pada konteks iaitu cara seseorang menyesuaikan bentuk ucapan ataupun perkataan mengikut konteks sosial yang berbeza. Ini bermakna kanak-kanak perlu mempelajari bahasa mengikut peraturan budaya setika berkomunikasi. Sebagai contoh, jangan menyampuk secara tiba-tiba apabila orang dewasa bercakap. Ini adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dalam masyarakat Melayu. Apabila ada perkara yang penting untuk dibertiahu, hendaklah ia bijak mencelah dan bersopan seperti menggunakan maaf saya mencelah, memberi salam dan sebagainya. Mereka juga harus mengetahui bahasa badan, isyarat dan tajuk yang diperbualkan jika ingin memberi respon dalam satu perbualan. Namun begitu, perkembangan pragmatik bergantung kepada budaya masyarakat(tempat mereka membesar). Kemahiran kanak-kanak menggunakan bahasa secara pragmatik berkembang seperti berikut: Unsur 1 -2 tahun Kebolehan o Mula mengambil giliran dalam perbualan o Dapat menggunakan daftar bahasa yang mudah, seperti bye bye 3 4 tahun o Dapat mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan kecil ketika bermain atau aktiviti kelas. o Berbual dengan rakan sebaya semasa aktiviti harian. o Dapat menggunakan daftar bahasa , seperti selamat pagi. 5 6 tahun o Dapat mengambil kumpulan besar. bahagian dalam perbualan

o Dapat menggunakan daftar bahasa dapat menggunakan daftar kata seperti apa khabar, dan selamat pagi o Mula memberi komen dan tindak balas. o Dapat menyanya balik apabila disoalkan.

KEPENTINGAN MEMAHAMI PERKEMBANGAN BAHASA Memahami kepentingan bahasa adalah penting kerana : Bahasa sebagai pemangkin perkembangan kanak-kanak. Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara-perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Perkembangan bahasa memudahkan proses pengajaran dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Dengan meningkatkan bahasa, ia akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep abstrak. Kemahiran bahasa menjadi alat kepada perkembangan kendiri dan sosial.

SIFAT BAHASA Bahasa adalah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan artikulator-artikulator lain. Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan bersistem. Tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Setiap pertuturan dalam bahasa mempunyai makna bagi penutur dan pendengar. Bahasa berubah dan berkembang selagi wujudnya interaksi antara penutur. bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu (satu lambang mewakili satu bunyi) oleh pergerakan alat-alat sebutan secara linear. bahasa adalah kreatif, iaitu sebagai contoh dalam bahasa Melayu terdapat 28 huruf yang dapat membentuk beribu-ribu perkataan. Dengan penyingkiran masa dan tempat, manusia boleh menggunakan bahasanya untuk bercakap tentang sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku pada masa yang sama, sebelum atau selepasnya. Wujud dua pola dalam bahasa, iaitu sebagai contoh dalam bahasa Melayu ada vokal dan konsonan.Bahasa boleh dipelajari dalam konteks budaya dan kebudayaan .

TEORI DALAM KEMAHIRAN BAHASA Teori dalam kemahiran bahasa dijelaskan dalam tiga perspektif iaitu : Perspektif Behavioris Mengikut mazhab behavioris, peneguhan penting dalam perkembangan bahasa. Menurut Skinner (1957), ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menyediakan perbendaharaan kata yang betul kepada anak-anak. Ibu bapa atau penjaga boleh membantu perkembangan bahasa kanak-kanak dengan memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat dengan betul dan mudah difahami. Peringkat permulaan, ibu bapa meneguhkan perkataan-perkataan yang hampir dengan sebutan yang betul. Sebagai contoh anak berkata kepada ibu nak mamam . Ibu perlu meneguhkan apa yang dikatakan iaitu Ani nak makan ya ? lalu memberi makanan kepada anak. Kemudian secara berperingkat ibu bapa lebih meneguhkan perkataan yang disebut dengan betul oleh oleh kanak-kanak sehingga dapat menyebutnya dengan baik. Selain itu, setiap gerakbalas atau tingkahlaku yang menggunakan bahasa diteguhkan. Apabila anak bercakap untuk meminta sesuatu, ibu bapa bertindak balas dengan apa yang diinginkan oleh anak. Tindakbalas ibu hasil daripada perkataan anaknya memberi maklumbalas kepada anak bahawa bahasa yang digunakan adalah betul. Jadi, kanak-kanak akan lebih gemar bercakap apabila ibu bapanya seringkali memuji dan meneguhkan percakapan beliau. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan menggunakan laras bahasa yang betul. Perspektif Kognitif Perkembangan kognitif dan bahasa anak-anak tidak berkembang dalam suatu situasi sosial yang hampa. Lev Vygotsky (1896-1934), seorang psikolog berkebangsaan Rusia, mengenal poin penting tentang pikiran anak ini lebih dari setengah abad yang lalu. Teori Vygotsky mendapat perhatian yang makin besar ketika memasuki akhir abad ke-20. ( Valmband, ( 2008 ), http://Valmband.multiply.com. ) Teori kognitif oleh Vygotosky ini menekankan tentang peranan pemodelan.Contohnya kanak-kanak meniru percakapan, maklumbalas dan gaya bahasa orang dewasa. kanak-kanak mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila melihat dan mendengar percakapan orang lain. Mereka akan meniru dan mengulangi apa yang diteguhkan.

Vygotosky (1896), memandang bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu. Kanak-kanak mempelajari bahasa secara interaksi setiap hari dengan orang-orang di sekeliling. Orang-orang dewasa akan mengubahsuai pertuturan mereka agar sesuai dengan kefahaman kanakkanak. Percakapan seperti bayi dan kanak-kanak kecil dengan ayat-ayat mudah dan pendek disertai dengan intonasi yang pelbagai memberi bantuan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa. Kanak-kanak menggunakan bahasa untuk meluahkan kehendak keperluan. Orang dewasa perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan kanakkanak dan tahapnya akan semakin meningkat daripada yang susah kepada yang kompleks. Guru dan orang dewasa boleh meluaskan penggunaan dan kemahiran berbahasa di kalangan kanak-kanak melalui interaksi dan maklumbalas yang membantu mereka membetulkan, mencantum dan meluaskan penggunaan bahasa tersebut. Perspektif Nativis Perspektif Nativis berdasarkan kepada perkembangan otak yang lebih cenderung melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwarisi. Teori ini dipelopri oleh Noam Chomsky (1950- an) yang menyatakan proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih kompleks daripada peneguhan kepada gerakbalas yang betul oleh Perspektif Behavioris.Beliau mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah merupakan proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri. Maksudnya, individu dilahirkan dengan keupayaan berbahasa yang tersendiri yang dilabelkan sebagai Tatabahasa Universal . Ini adalah asas kepada semua bahasa yang ada. ( Haliza Hamzah; Joy N. Samuel, ( 2008), Perkembangan Kanak-kanak ) Kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan menggunakan tatabahasa universal ini. Mereka akan memerhati dan memadam cara-cara penyusunan ayat dengan bahasa yang digunakan di persekitaran mereka. Kemudian mereka akan menyesuaikan pembentukan ayat tadi dengan gaya bahasa yang terdapat di persekitaran mereka. Kemahiran ini tidak dipelajari secara langsung daripada rang-orang dewasa di sekitar kanak-kanak tetapi dikuasai secara tidak langsung . Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky sebagai satu alat pembelajaran bahasa yang ada pada setiap individu semenjak dilahirkan. Ia bersifat semulajadi dan diwarisi. Alat ini dikenali sebnagai Alat Penguasaan Bahasa ( Language Acquisition device ).

KAEDAH SUMBANGAN IBU BAPA DALAM PERKEMBANGAN BAHASA KANAK KANAK. Ibu bapa merupakan individu penting dan rapat di sisi kanak kanak. Oleh yang demikian , ibu bapa dan penjaga dapat menyumbang kepada perkembangan bahasa kanak kanak sejak mereka lahir lagi. Misalnya berbual dengan bayi melalui rangsngan bunyi bunyian. Sewaktu peringkat bayi , mereka dapat memahami apa yang di tutur sekiranya ibu bapa dan penjaga menggunakan bahasa yang ringkas tetapi jelas dan betul gaya bahasa. Contohnya mimik muka dan emosi yang sesuai dengan situasi. Bayi tidak akan mengalami kesukaran memahami pertuturan yang di ujarkan setelah mereka mencapai tahap kematangan sedikit demi sedikit. Meniti tahap perkembangan kanak kanak sekitar 2 14 tahun ibu bapa dapat merangsang kanak kanak dengan mneeruskan aktiviti perbualan untuk membentuk perbendaharaan kata dan pengalaman berbahasa kanak kanak tersebut. Selain itu , luangkan masa untuk mendengar percakapan dan idea kanak kanak dengan memberi rangsangan positif agar diri mereka rasa dihargai dalam perbualan harian. Ibu bapa perlu menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami seloain memandu kanak kanak menggunakan sistem bahasa yang tepat dan betul. Akhir sekali , ibu bapa hendaklah mengelakkan daripada membanding banding kanak kanak ini dengan kanak kanak lain agar tidak menghilangkan keyakinan diri mereka untuk berinteraksi dengan masyarakat di sekeliling.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAHASA Perkembangan bahasa adalah sebuah proses yang bermula awal dalam kehidupan manusia ketika seseorang mulai menguasai bahasa dengan proses belajar. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula dari yang sederhana sampai kepada yang lebih kompleks. Biasanya, bahasa bermula daripada mengingati kata-kata sederhana yang berkaitan tanpa makna, tapi sebagai kanak-kanak yang membesar, kata-kata yang memperoleh makna dengan hubungan antara kata-kata yang terbentuk. Pada waktunya, ayat bermula dari kata-kata yang bergabung bersama untuk mencipta makna yang logik. Apabila meningkat usia seseorang, makna-makna baru dan persatuan-persatuan baru dicipta dan kosa kata meningkat dengan lebih berdasarkan perkataan dipelajari. Lantaran itu, terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak iaitu faktor biologi dan persekitaran. BIOLOGI Ahli Bahasa tidak bersetuju tentang faktor biologi yang menyumbang kepada perkembangan bahasa, namun sebahagian besar bersetuju bahawa kemampuan untuk mendapatkan sistem yang rumit seperti itu adalah unik untuk spesies manusia. Selain itu, banyak yang percaya bahawa kemampuan kita untuk mempelajari bahasa lisan mungkin telah dikembangkan melalui proses evolusi dan dasar untuk berbahasa mungkin diturunkan secara genetik. Kemampuan untuk bercakap dan memahami bahasa manusia memerlukan vokal tertentu serta sistem saraf dengan kemampuan tertentu. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel (Noam Chomsky,1957), beliau menegaskan bahawa seseorang individu telah diprogramkan secara genetik untuk menguasai bahasa. Malah, beliau juga menyatakan kanak-kanak yang dilahirkan dengan alat penguasaan bahasa atau LAD (Language Acquisition Device) iaitu suatu mekanisme penguasaan bahasa yang membolehkan mereka mengesan ciri-ciri dan peraturan dalam penguasaan bahasa yang digunakan di sekeliling mereka. Kanak-kanak secara semulajadinya mempunyai kebolehan untuk mengesan tatabahasa dan cara penggunaan bahasa tersebut misalnya, penggunaan kata tanya dalam berbahasa yang diperolehi melalui perbualan harian antara ibu bapa dan kanak-kanak tersebut. Selain itu, menurut kajian Santrock (2007), jika berlaku kecederaan pada bahagian otak terutama pada bahagian Broca dan Wernicke yang kedua-duanya terletak dibahagian hemisfrera kiri otak boleh menyebabkan seseorang individu itu hilang keupayaannya untuk berbahasa. Ini kerana kawasan Bronca dalam otak yang mengawal pergerakan otot adalah alat yang menghasilkan pertuturan untuk kanakkanak itu berkomunikasi dan kawasan Wernicke pula adalah bahagian yang terlibat

untuk memproses kefahaman berbahasa. Justeru, jika kanak-kanak tersebut mempunyai kecederaan di bahagian ini mereka masih lagi boleh bercakap akan tetapi percakapan yang sukar untuk difahami dan kanak-kanak tersebut juga mempunyai kesulitan untuk memahami percakapan orang lain. PERSEKITARAN Perilaku melihat perkembangan bahasa tidak lagi dianggap sebagai penjelasan yang layak tentang bagaimana anak memperoleh bahasa, namun banyak kajian menggambarkan persekitaran mempengaruhi kemampuan bahasa kanak - kanak. Michael Tomasello (2003, 2006; Tomasello & Carpenter, 2007) menekankan bahawa anak-anak muda sangat tertarik dalam dunia sosial mereka dan pada awal perkembangan, mereka dapat memahami bahasa melalui persekitaran. Dalam konteks ini, keluarga dan persekitaran mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kemahiran berbahasa, malah sokongan padu daripada ibu bapa dan guru adalah penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Misalnya, di rumah aspek perkembangan bahasa berlaku secara tidak langsung melalui perbualan harian antara keluarga dan rakan sebaya menerusi ajukan percakapan serta peniruan bahasa. Di sekolah, pemerolehan bahasa diperolehi melalui komunikasi antara guru dan rakanrakan sekolah serta pembelajaran bahasa dalam mata pelajaran contohnya Bahasa Melayu. Namun demikian, kajian mengenai masa interaksi antara ibu bapa dan kanakkanak serta status sosioekonomi ibu bapa tersebut juga antara yang mempengaruhi pemerolehan perbendaharaan kata kanak-kanak. Menurut Betty Hart dan Todd Risley (Santrock,2007) mendapati ibu bapa daripada golongan profesional menyediakan suasana persekitaran yang lebih baik untuk perkembangan bahasa kanak-kanak berbanding dengan golongan bukan profesional contohnya menyediakan perpustakaan mini dan penggunaan teknologi seperti komputer di rumah membolehkan kanak-kanak itu meneroka menerusi aktiviti pembacaan dan penerokaan maklumat, berbanding kalangan golongan bukan profesional yang hanya bergantung kepada pembelajaran bahasa di sekolah sahaja. Tambahan lagi, sebahagian golongan bukan profesional juga kurang berinteraksi dan susah untuk menerangkan sesuatu perkara dengan lebih lanjut kepada anak-anak mereka. Malah dalam kajian lain menyatakan kanak-kanak yang banyak berkomunikasi dengan ibu bapa mereka mempunyai empat kali ganda lebih perbendaharaan kata berbanding kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang pendiam.

Kajian di sebuah prasekolah di Amerika (1998-1999), mendapati ibu bapa yang membaca buku kepada anak-anak mereka yakni tiga hingga empat kali seminggu akan menyebabkan anak-anak ini mempunyai kemahiran berbahasa lebih baik berbanding ibu bapa yang tidak berbuat sedemikian. Justeru itu, aspek perkembangan bahasa melalui persekitaran adalah penting dalam pembentukkan kemahiran berbahasa kanakkanak samada di sekolah mahupun di rumah.

MASALAH PERKEMBANGAN BAHASA Dalam memperoleh perkembangan bahasa yang baik, Halliday (1975) berpendapat bahawa kanakkanak memperolehi bahasa kerana mereka memperoleh keperluan untuk berinteraksi dengan masyarakat. Namun demikian, masih ada kanakkanak yang belum mampu untuk menguasai bahasa disebabkan oleh kekangan yang dihadapi kanak-kanak tersebut. Antaranya adalah mungkin disebabkan kanak-kanak menghidap autisme atau pervasive developmental disorders (PDD) iaitu kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri dan mengasingkan diri daripada dunia luar, (Leo Kanner). Dalam hal ini, kanak-kanak autisme mempunyai perkembangan bahasa yang lambat atau pun tidak mempunyai perkembangan bahasa langsung kerana kanakkanak ini jarang berbahasa dan sukar untuk diajak berbual. Malah, kadang kala dapat menuturkan sesuatu namun hanya untuk seketika sahaja dan menggunakan bahasa yang ganjil dan sukar difahami menyebabkan interaksi kana-kanak autisme berbanding kanak-kanak normal adalah sukar. Tambahan lagi, kanak-kanak ini suka bersendirian dan tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan dengan orang lain. Namun demikian, bagi kanak-kanak yang boleh bertutur dan berbahasa, mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan daripada menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif. Berbanding pula perkembangan bahasa kanak-kanak yang boleh dikategorikan sebagai lewat bercakap. Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan menjadi lambat. Perkembangan bahasa kanak-kanak ini tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat, tulisan dan kemahiran visual. Kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.

Kanak-kanak ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap percakapan orang lain, kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke arah bunyi), mematuhi arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan perbuatan oleh orang yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan atau objek yang disebut walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan reseptif. Lantaran itu, jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan) kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah. Justeru, sebagai seorang guru kita seharusnya peka mengenai aspek perkembangan bahasa dan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan peringkat kanak-kanak tersebut terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, mengajar kanakkanak yang mengalami masalah di atas guru tersebut perlulah menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai seperti menunjukkan bahan bergambar dan berwarna untuk merangsang penumpuan dan ingatan murid, berinteraksi dengan murid melalui penceritaan dan perbualan dan sebagainya dengan menggunakan pendekatan dan kaedah yang berbeza.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) PENGENALAN Perkembangan bahasa kanak-kanak memberi implikasi yang positif terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).Sebagai bakal guru, pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan bahasa membawa banyak faedah kepada kita.Setiap sesi P&P akan mencapai matlamat yang seiring dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan. Seseorang guru dapat mengaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman yang konkrit.Sebagai contoh, apabila kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti,kita boleh meminta mereka menceritakan bagaimana mereka melakukan aktiviti tersebut. Semasa sesi membaca,guru haruslah memberi tumpuan kepada perkataan yang susah dan menerangkan makna perkataan dengan ayat yang mudah difahami. Seterusnya seseorang guru dapat menggunakan strategi pengajaran yang pelbagai seperti strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid, ataupun strategi berpusatkan masalah bagi memperkembangkan bahasa dalam kalangan murid semasa P&P yang dikendalikan.Dalam pengajaran bahasa kedua contohnya,guru boleh memasangkan kanak-kanak dengan rakan sebaya yang lebih mahir dalam kedua-dua bahasa (bahasaibunda dan bahasa kedua) kemudian menggunakan kaedah bercerita, teknik simulasi,teknik sumbangsaran dan pendekatan pembelajaran koperatif yang menonjolkan kemahiran berbahasa dalam sesi P&P tersebut. Sebagai seorang guru, kita perlu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan bahasa. Contohnya dalam aktiviti koperatif, setiap ahli diberi peluang untuk menceritakan hasil kerja masing-masing. Kita perlu menggalakkan pembentangan di dalam kelas dan memberi peluang kepada mereka untuk memberi maklum balas terhadap aktiviti yang dilakukan. Semua aktiviti ini mampu menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan bahasa mereka. Apabila kanak-kanak menguasai bahasa, mereka akan lebih yakin untuk berdepan dengan masyarakat untuk berkomunikasi dan hasilnya mereka tidak akan menjadi seseorang yang terlalu pendiam, jadi ibu bapa tidak harus memarahi anak mereka semasa proses perkembangan bahasa berlaku supaya kanak-kanak tidak akan rasa rendah diri dan malu dengan diri mereka sendiri. Kenyataan ini dinyatakan oleh Sigmund Freud.

Kemahiran komunikasi adalah diperlukan apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan kerana apabila kanak-kanak mempunyai kemahiran ini, mereka akan mudah memahami dan menerima segala isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru mereka di sekolah.Kanak-kanak akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan mereka yang baru.Isu-isu di persekitaran mereka yang sedang berlaku akan diambil tahu oleh kanak-kanak kerana mereka dapat mengetahui dan memahami apa yang sedang diperkatakan.Mereka akan dapat membantah sekiranya terdapat perkara yang tidak adil berlaku ke atas diri mereka dan boleh memberi alasan untuk keadilan bagi diri mereka. Keyakinan yang diperolehi boleh menjadi pemangkin kepada kanak-kanak untuk menempa kejayaan dalam hidup mereka.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DARI ASPEK PENYEDIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) Antara faedah yang dapat membantu dan membentuk P&P adalah menyediakan isi pengajaran yang sejajar dengan keupayaan mental murid-murid. Kandungan isi perlu dirancang terlebih dahulu dan dikaji keberkesanannya agar mencapai matlamatnya. Guru juga perlulah menyediakan objektif P&P yang sesuai arasnya, mengikut tahap individu murid dan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang membantu kepada perkembangan bahasa murid. Seterusnya, guru juga perlu menyediakan P&P yang bermakna dan menyeronokkan.Ini dapat membantu penglibatan setiap individu murid dalam aktiviti yang dirancang.Aktiviti yang dirancang perlulah sesuai dengan perkembangan bahasa individu murid. Di samping itu, guru juga mesti menyusun dan mempertingkatkan isi pelajaran dalam P&P agar mudah difahami oleh murid. Dalam aspek bahasa, guru perlu menyusun dan menggunakan bahasa-bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Hal ini demikian kerana, setiap murid mempunyai tahap perkembangan bahasa masingmasing. Kefahaman yang berkesan terhadap sesi (P&P) sangat penting agar murid bersedia untuk melangkah dan menghadapi masa akan datang. Selain itu, guru haruslah menyediakan sumber (P&P) yang menarik minat dan perhatian murid. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan sumber-sumber daripada internet dan media massa seperti televisyen di dalam sesi p&p. Dengan ini, murid akan berasa seronok dengan setiap aktiviti yang dilakukan. Penyediaan P&P yang senang kepada yang susah, yang konkrit kepada abstrak, dan yang umum kepada khusus mampu menjadikan sesi P&P berjalan dengan lancar dan mencapai objektif. Bagi p&p bahasa, guru boleh menjalankan proses pelajaran secara berperingkat-peringkat mengikut setiap bab subjek yang akan diajar. Contohnya, sebelum mengajar murid membaca, guru boleh mengajar murid mengenal huruf, membatangkan suku kata dan kemudiannya barulah membaca ayat-ayat pendek dan seterusnya karangan yang lebih panjang. Ini dapat membantu kepada kefahaman, penghayatan, penghafalan, dan pengalaman murid terhadap kemahiran berbahasa dalam kehidupan seharian mereka.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DARI ASPEK ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) Implikasi perkembangan bahasa terhadap P&P juga boleh dilihat dari aspek ABM. Salah satunya ialah melalui penggunaan buku-buku cerita. Aktiviti bercerita menggunakan buku besar dan pelbagai lagi merupakan aktiviti pembelajaran yang berguna kepada kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak dapat meningkatkan lagi perkembangan bahasa mereka melalui pembacaan.Justeru sebagai seorang guru, teknik bercerita sudah tentu boleh diaplikasikan dalam p&p. Dengan menggunakan teknik ini, murid bukan sahaja akan berminat untuk meneruskan sesi pembelajaran malah dapat mempelajari intonasi bercerita yang betul serta mampu menonjolkan bakat mereka di dalam kelas. Seterusnya, melalui penggunaan alat rakaman. Alat rakaman dapat digunakan dalam menjalankan aktiviti lisan seperti mendengar. Melalui aktiviti tersebut kanakkanak akan boleh membezakan bunyi dan boleh memahami apa yang didengar. Kanakkanak juga dapat menguasai kemahiran bertutur dengan lebih cepat kerana mendengar perkataan-perkataan baru yang diperolehi. Oleh itu, kanak-kanak akan dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta dapat menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila.Secara tidak langsung ianya dapat memperkembangkan kemahiran berbahasa mereka. Di samping itu, implikasi perkembangan bahasa terhadap P&P juga dapat dilihat melalui penggunaan cakera padat pembelajaran. Cakera padat-cakera padat pembelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah dapat digunakan oleh guru dalam sesi p&p. Oleh itu, melalui aktiviti pembelajaran menggunakan cakera padat pembelajaran membolehkan kanak-kanak dapat belajar dan mengingati dengan jelas tentang apa yang dipelajarinya. Melalui animasi dan audio yang ditunjukkan di skrin komputer dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk terus mengikuti apa yang bakal diajar seterusnya.Hal ini kerana kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yangsangat tinggi kerana secara lumrahnya kanak-kanak suka bertanya dan ingin mengetahui semua pekara disekeliling mereka.Secara tidak langsung aktiviti pembelajaran tersebut dapat memperkembangkan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak. Ini demikian kerana, mereka dapat membaiki penggunaan kosa kata mereka pada masa yang sama dapat meningkatkan kemahiran berbahasa mereka.

RUMUSAN Bahasa adalah suatu medium komunikasi global yang penting pada masa ini. Manusia menggunakan pertuturan khususnya sebagai alat termudah untuk menyampaikan maklumat dan perasaan agar berlaku kitaran hidup yang seimbang dan sempurna. Penting untuk kita sebagai individu pendidik agar memahami perkembangan bahasa dalam kalangan kanakkanak supaya tumbesaran mereka dapat menyumbang kepada kemodenan negara kelak. Perkembangan bahasa dapat dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif behaviorisme, perspektif kognitif dan perspektif nativis serta berkembang dalam tiga peringkat seperti peringkat bayi , peringkat kanak kanak dan peringkat remaja. Melihat dalam konteks fahaman Skinner (1957) , ibu bapa merupakan guru pertama kanakkanak seawal usia bayi dalam menyediakan sejumlah perbendaharaan kata dan peneguhan yang betul dan mudah difahami. Hal ini disokong apabila melihat sifat bayi yang lembut dan bergantung kepada individu lain dalam mengharapkan percambahan bahasanya sendiri. Justeru , dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan bahasa individu amat bergantung kepada usaha dan persekitarannya dalam membentuk kemahiran berbahasa yang baik dan sempurna. Individu yang dipengaruhi oleh pengaruh yang lemah dan salah pendekatan berbahasanya akan membesar dengan situasi yang sama. Misalnya , kanak kanak menjadi bisu meskipun tidak bisu apabila membesar bersama ibu bapa yang bisu dan tidak terdedah dengan persekitaran luar yang normal. Oleh itu , ibu bapa dan guru hendaklah memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak dalam mencorakkan perwatakan kanak-kanak tersebut ke arah pembentukkan keperibadian yang unggul dalam arus globalisasi kini.

Anda mungkin juga menyukai