ASPEK PERKEMBANGAN MENGIKUT PANDANGAN AHLI PSIKOLOGI
PERKEMBANGAN KOGNITIF Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati, perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktivtiti mental. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada seterusnya. TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIAGET Proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selapas lahir sehingga kita mencapai kematangan, ini menurut Jean Piaget. Beliau juga berpendapat bahawa setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Menurut Jean Piaget juga, pekembangan kognitif mempunyai dua proses penting dalam membina kefahaman tentang dunia persekitaran iaitu organisasi dan adaptasi. Contohnya, kebolehan kita memisahkan antara idea utama dengan idea yang kurang penting dan kebolehan kita untuk membandingkan satu idea degan idea yang lain. Selain itu, Jean Piaget menyatakan bahawa kita bukan sahaja mengorganisasikan segala pemerhatian dan pengalaman kita, tetapi juga mengadaptasikan pemikiran kita dengan memasukkan idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara. Piaget juga percaya proses adaptasi dilakukan melalui dua cara iaitu melalui proses asimilasi dan proses akomodasi. Piaget berpendapat bahawa kita melalui empat tahap perkembangan dalam proses memahami dunia persekitaran. Setiap tahap berkait rapat dengan umur dan mengandungi perbezaan cara berfikir seperti yang dipaparkan dalam jadual 1.0.
Jadual 1.0 : Peringkat perkembangan menurut Jean Piaget PERINGKAT UMUR Sensori Motor Lahir 2 Tahun Pra Operasi 2 7 Tahun Operasi Konkrit 7 11 Tahun Operasi Formal 11 Tahun ke atas
Peringkat Sensori Motor ( 0-2 Tahun) Berdasarkan Jean Piaget, pada peringkat ini merupakan peringkat permulaan dalam perkembangan kognitif. Pada peringkat ini bayi menggunakan deria dan pergerakkan fizikal untuk mempelajari keadaan persekitaranya. Semasa proses pembelajaran berjalan, skema-skema akan terbentuk. Skema-skema yang terbentuk adalah hasil dari interaksi fizikal bayi dengan persekitaran sekelilingnya. Sebagai contonya, bayi menggunakan koordinasi mata dan tangan untuk mencapai sesuatu objek di hadapanya. Pada peringkat akhir sensori motor, kanak-kanak akan mencapai peringkat pengekalan objek iaitu kebolehan untuk menggambarkan objek di dalam memori mereka. Ini membolehkan mereka mengingati sesuatu objek yang mereka lihat dan sentuh. Selain itu, kanak-kanak dalam peringkat ini juga menunjukkan permulaan permikiran logik. Sebagai contoh, kanak-kanak dalam peringkat ini telah dapat mengatur skema-skema yang mudah dan logic untuk mengeluarkan barang-barang dari sebuah bekas yang bertutup atau boleh menganggarkan jarak untuk mencapai sesuatu objek. Dalam tahap ini, kanak-kanak boleh mengulang semula proses ini ke asal. Misalnua memasukkan balik objek ke dalam bekas dan penutup.
Peringkat Pra Operasi (2-7 Tahun) Jean Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak mengalami peringkat pra operasi apabila mencapai umur 2 hingga 7 tahun. Kanak-kanak itu mendapat menggunakan simbol untuk mewakili pelbagai aspek persekitarannya tetapi belum berupaya untuk memanipulasinya secara mental. Contohnya, dia boleh menggunakan perkataan buku untuk mewakili buku yang sebenar walaupun tidak kelihatan. Kanak-kanak mula berbahasa tetapi pertuturanya bersifat egosentrik, iaitu dia bercakap tentang diri sendiri. Dia juga tidak berminat untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Pendapat serta pandangan orang lain juga tidak diterima oleh kanak-kanak ini. Selain itu, kanak-kanak ini tidak boleh melakukan proses kebalikan seperti 2+3=5 dan 5-3=2. Konsep pengekalan juga belum dikuasai. Kanak-kanak ini juga tidak boleh menggambarkan tranformasi. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak boleh menggambarkan dan merancang pergerakan/aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema-skema baru. Kanak-kanak pada peringkat ini menggunakan fungsi semiotik iaitu menggunakan simbol untuk mewakili sesuatu objek, pergerakkan atau fizikal. Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar, dan sebagainya.
Peringkat Operasi Konkrit (7-11 Tahun) Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logic walaupun pemikiran mereka masih terikat denga situasi yag konkrit. Mereka seharusnya masih proses keterbalikan, transformasi dan menaakul. Berdasarkan ujikaji duit syiling di atas, mereka sepatutya sudah menyatakan bilangan duit syiling adalah sama walaupun baris kedua dipanjangkan. Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan ( Conservation ). Berdasarkan konsep pemuliharaan ini, ia terbahagi kepada tiga iaitu prinsip identity, prinsip ganti rugi (compensation), prinsip keterbalikan. Selain itu juga, kanak-kanak ini seharusnya menguasai proses pengelasan. Di dalam kemahiran ini, pelajar dapat mengklasifikasikan objek ke dalam satu set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contohnya, sawi merupakan kategori sayur hijau. Proses pengelasan berkembang apabila pelajar mula mempelajari sesuatu objek yang dikelaskan kepada sesuatu ciri juga boleh tergolong dalam kumpulan yang lain juga. Proses penyusunan secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun juga merupakan satu pencapaian dalam peringkat ini. Penguasaan kemahiran seperti pemuliharaan, pengelasan dan penyusunan bersiri menunjukkan pelajar pada peringkat ini telah mencapai satu pencapaian yang logik. Walaubagaimanapun, sistem pemikiran ini masih terikat dengan situasi fizikal dimana pelajar boleh menyusun, mengelas, memanipulasi dalam situasiyang berbentuk konkrit. Pelajar-pelajar ada peringkat ini masih tidak boleh membuat hipotesis dan menyelesaikan soalan yang abstrak atau masalah yang melibatkan penggabungjalinan faktor-faktor yang kompleks.
Peringkat Operasi Formal (11 Tahun ke atas) Kanak-kanak dalam peringkat ini boleh mengkaji masalah-masalah yang abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut. Antara ciri-ciri pemikiran pelajar pada peringkat ini ialah berfikir secara abstrak, berfikir secara sistematik dan boleh membuat hipotesis. Selain dari ciri-ciri di atas, egosentrik remaja muncul dala peringkat ini. Ianya berlainan dengan egosentrik di eringkat pra operasi. Di sini, remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain.
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF LEV VYGOTSKY Lev Vygotsky (1896-1934) memberi alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Menurut Vygotsky, terdapat dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Selain itu, pemikiran kanak-kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Kanak-kanak mengikut Vygotsky belajar dari apa yang dipraktikkan. Bagi beliau, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu yang berada di persekitarannya seperti ibu bapa, guru, rakan dan sebagainya. Mereka ini akan bertindak memberi arahan, maklum balas dan membimbing komunikasi kanak-kanak.
Zon Perkembangan Proksimal Dalam zon ini, Vygotsky telah menggambarkan kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Ia adalah istilah yang digunakan oleh Vygotsky untuk menerangkan bagaiman kemahiran-kemahiran yang sukar oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.
HAD ATAS Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan orang lebih mahir ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL HAD BAWAH Kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak
Jadual di atas menunjukkan bahawa Vygotsky membahagikan perkembangan kanak- kanak kepada had bawah dan had atas. Had bawah merupakan kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak. Manakal had atas pula adalah kemahiran-kemahiran yang sukar dicapai sendiri dan memerlukan bantuan daripada individu yang lebih berkemahiran. Scaffolding Konsep ini berkait rapat dengan idea Zon Perkembangan Proksimal. Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan. Semasa proses pengajaran berlaku, individu yang lebih berkemahiran akan mengubahsuai tahap bantuan/bimbingan yang diberikan mengikut keupayaan pelajar. Apabila seseorang pelajar mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi bimbingan penuh tetapi apabila peljar sudah mula memahami bimbingan yang diberi dikurangkan shingga pelajar boh menguasai kemahiran tersebut (Santrock, 2007). Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses scaffolding. Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan bermakna dengan bantuan individu yang lebih mahir contohnya guru. Menurut Vygotsky, selain dari berkomunikasi dengan orang lain untuk mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanak-kanak juga berkomunikasi dengan diri mereka sendiri. Bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri. Vygotsky percaya kanak-kanak yang banyak bercakap sendiri mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding kanak- kanak yang kurang bercakap. Mereka yang bercakap sendiri didapati lebih tekun dan lebih cenderung memperbaiki kelemahan mereka berbanding dengan kanak-kanak yang kurang bercakap sendiri (Berk & Spuhl, 1995).
B. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ASPEK PERKEMBANGAN KOGNITIF Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkembangan kognitif kanak- kanak. Antaranya ialah faktor baka dan persekitaran. Jika dilihat dari aspek baka, antara sebabnya ialah pemakanan semasa ibu mengandung. Pemakanan seimbang adalah penting untuk ibu dan fetus. Akibat dari kekurangan zat yang diperlukan, saiz otak janin menjadi kecil dan menyebabkan perkembangan intelektualnya terbantut. Perkembangan intelektual yang terbantut akan menyebabkan perkembangan kognitifnya terganggu. Ini akan menyukarkannya untuk menyesuaikan diri dengan pembelajaran di sekolah. Kanak-kanak tersebut juga akan dikategorikan sebagai pelajar lembam jika didiagnosis mempunyai tahap IQ yang rendah berbanding dengan kanak-kanak normal dan di masukkan ke kelas khas. Selain itu, tabiat merokok juga akan menyebabkan kecacatan pada otak janin kerana janin mengalami kekurangan bekalan oksigen. Dari perseptif Islam juga tidak menggalakkan perkahwinan sesama sepupu agar perkembangan kognitifnya lebih berkembang. Namun, faktor persekitaran juga perlu dititik beratkan. Simbol status ialah imej yang melambangkan kemegahan dan kelebihan pada diri seseorang seperti dari segi pemakaian pakaian berjenama dan taraf pembelajaran. Selain itu, taraf pekerjaan ibu bapa juga boleh menaikkan taraf simbol status kanak-kanak. Taraf pekerjaan ibu bapa yang tinggi membolehkan mereka memiliki dan memenuhi segala keinginan mereka. Sikap dan keinginan tersebut boleh mempengaruhi perkembangan kognitif mereka sama ada ke arah positif atau negatif. Pengaruh media massa terutamanya televisyen dapat memberikan kesan yang buruk terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak melalui program-program yang telah disiarkan seperti cerita seram, siri jenayah, persembahan drama keluarga dan sebagainya. Keadaan ini telah dibuktikan dengan penyelidikan yang dijalankan di Institut Kesihatan Mental Kebangsaan Amerika yang mendapati pendedahan yang berlebihan pada televisyen boleh mengalakkan perkembangan sistem otak yang mengesan dan memindahkan tumpuan sehingga menjejaskan mereka yang memberikan tumpuan. Tambahan pula, pencapaian akademik jatuh bagi kanak-kanak yang menonton televisyen dalam tempoh yang lama kerana ia boleh menurunkan prestasi akademik terutamanya dalam keupayaan membaca. Menurut Piaget pula, terdapat 4 faktor yang mempengaruhi aspek perkembangan kognitif kanak-kanak. Salah satu daripadanya adalah kematangan biologi. Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/genetik.Selain itu, interaksi individu dengan persekitaran. Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.Di samping itu, pengalaman sosial. Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran: ibu bapa, adik-beradik, rakan dan sebagainya.
C. IMPLIKASI ASPEK PERKEMBANGAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU DALAM BILIK DARJAH. Implikasi Teori Jean Piaget Peringkat Pra Operasi (Kanak-kanak: 2-7 tahun) Arahan yang diberikan oleh guru harus pendek, ringkas dan mudah difahami. Ia juga harus disertakan contoh bagi membolehkan kanak-kanak ini mudah faham. Arahan untuk menjalankan sesuatu aktiviti perlu diberi dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas. Guru juga boleh melakukan demonstrasi sebelum menyuruh kanak-kanak untuk mencuba sesuatu.Selain itu, guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit. Guru perlu menggunakan bahan-bahan yang maujud semasa proses P&P. Hal ini dapat membantu pelajar untuk lebih memahami proses pembelajaran mereka.
Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun) Antara implikasi yang terdapat pada peringkat ini adalah, soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik perlu diperkenalkan.Di samping itu, pelajar perlu diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Sebagi contoh, guru akan membantu pelajar cuba menanam tumbuhan dan membuat pemerhatian terhadap proses pertumbuhannya.
Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas) Implikasi yang boleh kita lihat dalam peringkat ini, pelajar perlu diberi peluang beri untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan.Selain itu, guru juga perlu menekankan proses P&P dengan menggunakan konsep yang lebih umum dan luas, tidak hanya menekankan kepada fakta sahaja. Guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan mengkaji sendiri konsep tersebut.
Implikasi Teori Lev Vygotsky Implikasi yang boleh kita lihat dalam proses P&P dengan menggunakan teori Lev Vygotsky ini ialah guru perlu memberi latihan berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi. Guru harus peka kepada tahap kemampuan seseorang pelajar kerana setiap individu mempunyai tahap perkembangan dan pemikiran yang berbeza. Apabila menggunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam P&P, objektif had atas perlu ditetapkan untuk kanak-kanak ini capai. Objektif perlu pada tahap kesukaran yan lebih tinggidaripada pencapaian pelajar ketika itu. Guru juga harus banyak memberi galakan dan sokongan untuk kanak-kanak ini mencapai dan mengaplikasikan kemahiran supaya mencapai objektif. Kanak-kanak ini boleh mendapatkan bantuan dan sokongan dari rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang di ajar. Jadi, guru harus menggalakan mereka mendapat bantuan daripada rakan-rakan yang lebih mahir. Guru harus kawal dan galakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Kanak-kanak ini perlu dibimbing untuk memudahkan mereka merealisasikan idea apabila menyelesaikan sesuatu masalah. Ini amat penting dalam situasi apabila mereka perlu menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Arahan yang bermakna amat penting. Kaitan pengajaran dengan kehidupan harian akan memberi banyak makna dan pemahaman kepada pelajar. Guru harus menekankan aplikasi apa yang telah dipelajari ke dalam kehidupan dan mengurangkan aktiviti penghafalan.
Intelijen: Pengantar psikologi kecerdasan: apa itu kecerdasan, bagaimana cara kerjanya, bagaimana kecerdasan berkembang, dan bagaimana kecerdasan dapat memengaruhi kehidupan kita