Anda di halaman 1dari 27

PENGENALAN

Personaliti diri merupakan natijah daripada proses pembentukan imej kendiri


yang berlaku dalam diri setiap individu. Ianya ibarat cerminan diri seseorang
dalam bersosial dengan mereka yang berada dalam ruang lingkup kehidupannya
dan menjadi satu elemen penting pemacu kepada kejayaan hidup seseorang.
Personaliti diri ini merupakan organisasi dinamik sistem psikofizikal dalam diri
seseorang

yang

membentuk

tingkah

laku

dan

pemikirannya.

Personaliti

seseorang dilihat dari dua sistem iaitu psikofizikal dan psikologikal. (Wong Kiet
Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd Rashid, Azlina
Ahmad, 2013) Umumnya, personaliti ialah sesuatu yang terhasil dari dalam diri
seseorang individu yang dipersembahkan kepada khalayak ramai yang meliputi
aspek pola pemikiran, nilai, sikap perlakuan dan emosi.
Oleh hal yang demikian, Haliza (2009) melihat kejayaan atau kegagalan
mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa
akibat kepada pembentukan imej kendiri seseorang individu. Hal ini kerana,
manusia yang normal sinonimnya terlibat dengan perubahan dan perkembangan
baik dari aspek fizikal, sosial, kognitif mahupun emosi. Perkembangan ini
bermula sejak dari detik kelahiran seseorang sehinggalah seseorang itu
menjangkau

usia

tuanya.

Perkembangan

adalah

melibatkan

perubahan

kuanlitatif yang bermaksud proses perubahan yang dapat diperhatikan tetapi


sukar ditentukan dari tahap ke satu tahap yang lain. (Wong Kiet Wah, Khairuddin
Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd Rashid, Azlina Ahmad, 2013)
Perkembangan merupakan satu skop yang sangat luas. Oleh itu, dalam
membincangkan pembentukan imej kendiri yang terbentuk ini kita akan melihat
kepada perkembangan psikososial. Psikososial ialah bidang saintifik yang cuba
memahami sifat dan sebab manusia bertingkah laku dalam situasi sosial. (Musa,
2001) Ianya bertunjangkan kepada dua elemen utama iaitu psikologi dan
sosial

yang

merupakan

sebahagian

daripada

bidang

psikologi

yang

menumpukan perhatian kepada tingkah laku sosial manusia. Tumpuan utama


bagi psikososial adalah untuk menjawab dua persoalan iaitu mengapa dan
bagaimana manusia bertingkah laku, berfikir dan merasa di dalam situasi
situasi yang melibatkan kehadiran orang lain sama ada secara nyata atau secara
simbolik. Perkembangan psikosoial ini juga berkait rapat dengan perubahan

perubahan perasaan atau emosi dan keperibadian seseorang individu yang


seterusnya berkait rapat dengan personaliti individu tersebut.
Lantaran itu, pembentukan imej kendiri ini dilihat sangat berkait rapat
dengan teori perkembangan psikososial yang dibuat oleh Erik H. Erikson. Ini
kerana teori tersebut menunujukkan kepada keperluan seseorang berhadapan
dengan krisis kehidupan yang berlaku dalam memastikan pola imej kendiri yang
terbentuk. Ianya jelas selari dengan kenyataan Haliza (2009) yang menyentuh
bahawa pembentukan imej kendiri bermula dengan kejayaan dan kegagalan
seseorang dalam mengahdapi krisis kehidupannya. Teori ini juga menjelaskan
bahawa

pembentukan

imej

kendiri

seseorang

individu

pada

hakikatnya

dipengaruhi oleh pengalaman sosial yang yang dihadapi oleh individu terbabit
sepanjang hidupnya. Dalam bukunya Childhood and Society (1963), Erik H.
Erikson telah menjelaskan bahawa perkembangan individu menerusi pembukaan
lipatan personaliti yang telah ditentukan melalui lapan peringkat.
Setiap peringkat ini mempunyai cabaran psikososial tersendiri yang perlu
diselesaikan sebelum bergerak ke peringkat yang seterusnya. Cabaran cabaran
yang berlaku ini dinamakan sebagai krisis yang berasaskan kepada prinsip
epigenetic

principle.

Prinsip

ini

menjelaskan

bahawa

setiap

peringkat

perkembangan psikososial yang berlaku mempunyai keserasian dari peringkat ke


peringkat

yang

seterusnya.

Demikian

itu,

proses

perkembangan

akan

mengalami kemajuan sekiranya manusia berjaya menghadapi krisis psikologi


yang dialami dalam kelapan lapan peringkat perkembangan psikososial
tersebut. Kegagalan dalam menyelesaikan krisis pada sesuatu peringkat ini akan
mempengaruhi kepada pembentukan imej kendiri seseorang individu. (Ahmad,
2004). Kejayaan dan kegagalan inilah tonggak kepada pembentukan imej kendiri
positif dan negatif seseorang individu.
Oleh hal yang demikian, sebagai bakal guru pada masa hadapan menjadi
keperluan kepada saya khususnya untuk mengetahui perkembangan psikososial
yang

berlaku

dalam

diri

seseorang

terutamanya

pada

kanak

kanak.

Pemahaman seorang pendidik terhadap perkembangan psikososial pelajarnya


dan personaliti diri mereka akan menyumbang kepada pembentukan interaksi
kelas yang interaktif dan proaktif. Maka kesan daripada

pembentukan imej

kendiri individu yang dipengaruhi oleh perkembangan psikososialnya akan


mempengaruhi tindakan seseorang guru dalam mengendalikan sesebuah proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini kerana masa pengajaran dan
2

pembelajaran yang terhad patut diguna sebaiknya oleh para guru bukan sahaja
mengajar bahkan mendidik para pelajarnya.
Konklusinya, teori ini juga lebih menjadi rujukan berbanding teori lain dek
kerana penekanan yang dibuat oleh Erik Erikson meliputi semua peringkat
kehidupan dengan memberi penekanan kepada perkembangan psikososial
berbanding psikoseksual yang lebih diketengahkan dalam teori Freud. Bahkan
Erik Erikson sendiri merupakan salah seorang ahli psikologi yang terkenal dalam
teori psikososial. (Wah, Azis, & Ruhani, 2016) Justeru itu, pembentukan imej
kendiri ini lebih mudah diperhatikan dengan dihubung kaitkan antara kejayaan
dan kegagalan dalam menghadapi sesuatu krisis kehidupan yang berlaku.
1.0 PERSONALITI YANG DIHASILKAN DARIPADA PERINGKAT PERINGKAT
PERKEMBANGAN KANAK - KANAK
Kepercayaan lawan Ketidakpercayaan (Lahir Hingga 18 Bulan)
Peringkat pertama dimulai dengan kelahiran seseorang bayi hinggalah
berumur 18 bulan. Pada peringkat ini, krisis yang dialami ialah kepercayaan
lawan kecurigaan. Di mana pada usia ini, bayi lebih cenderung untuk
mempercayai kepada persekitaran dan mereka yang terhampir dengannya. Ibu
bapa dan pengasuh merupakan mereka yang terhampir dalam kehidupan bayi
pada tempoh ini. (Musa, 2001) Oleh itu, sekiranya mereka berjaya mewujudkan
persekitaran dan perhubungangan yang baik dengan bayi pada masa ini, bayi
tersebut akan berasa percaya dan selesa dengan persekitarannya. Interaksi oral
yang terbentuk ketika ini merupakan hubungan dua hala antara bayi dan ibu
bapanya mahupun pengasuhnya. Pendengan bayi dapat menangkap kemesraan
dan kehangatan belaian kedua ibu bapanya yang akan menyebabkan bayi
merasa selesa dengan kewujudan mereka.
Hal ini kerana, dalam peringkat ini bayi masih dalam tempoh berusaha untuk
mendapatkan kepercayaan dan kasih sayang dari mereka yang terhampir
dengannya. Oleh itu, jika ibu bapa mahupun pengasuh berhasil memenuhi
keperluan bayi ini, maka bayi ini dapat melewati krisisnya dengan baik. Maka
pembentukan personaliti positif akan terbentuk dalam diri bayi ini. Di mana bayi
akan mempercayai dan menagih harapan (hope) kepada orang di sekelilingnya.
(Wah, Azis, & Ruhani, 2016) Selain itu, personaliti positif ini juha mendorong bayi
untuk membesar dalam keadaan yang ceria dan riang dalam interaksi sosialnya
3

dengan ahli keluarganya mahupun mereka yang di sekeliling. Selain itu, bayi ini
juga mampu menunjukkan ekspresi badan dan emosi yang baik. Bayi ini mudah
untuk ketawa dan selesa untuk didukung oleh mereka di sekelilingnya.
Tambahan menurut Dr. Lihanna Borhan, Pensyarah Kanak Jabatan Psikologi
Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya, pendekatan keibubapaan yang
konsisten sangat penting dalam memastikan kelangsungan personaliti positif
anak anak. Sebaliknya, jika mereka yang terhampir dengan bayi ini gagal
memberikan kasih sayang dan jagaan yang sewajarnya, maka bayi akan gagal
dalam

mengharungi

krisis

perkembangan

semasanya.

Hal

ini

akan

mengwujudkan rasa ketidakpercayaan dalam bayi ini. Oleh hal yang demikian,
pesonaliti negatif akan terbentuk dalam diri bayi ini. Di mana ia akan membesar
dengan perasaan curiga dan tidak mempercayai orang lain. Perasaan curiga
inilah yang akan menyebabkan kepercayaan bayi terhadap dunia sekelilingnya
terjejas. Bayi ini tidak akan mudah mesra dengan orang yang di sekelilingnya.
Bahkan, perasaan takut akan menguasai dirinya ketika mereka yang terhampir
cuba untuk mendekatinya. Hal ini juga akan mengurangkan dan melemahkan
ekspresi badan dan emosi bayi.
Perkara ini adalah mengikut salah satu daripada teori The Big Five
Personality yang digariskan oleh McCrae dan Costa (2004) iaitu extraversion
yang diaplikasi dalam mengukur tahap pergaulan sosial seseorang. Di mana
hasilnya dapat dilihat melalui ekspresi badan dan emosi. Di malaysia, isu
penderaan bayi masih lagi berleluasa.

Pada 13 Januari 2016 yang lalu, kita

digemparkan dengan berita penderaan bayi yang didera oleh pengasuhnya yang
berlaku di Jitra, Kedah. Hal ini menyebabkan bayi tersebut mengalami
pendarahan

di

bahagian

selaput

otak.

Perkara

demikianlah

yang

akan

menjejaskan perkembangan psikososial bayi tersebut dan seterusnya akan


menyebabkan personaliti negatif yang akan terbentuk dalam diri seseorang bayi.
Tuntasnya, dalam menghasilkan personaliti bayi yang positif, bayi tersebut
perlulah menghadapi krisis kepercayaannya. Ibu bapa merupakan tunjang utama
pada

peringkat

ini

dalam

memastikan

kejayaan

seseorang

bayi

dalam

mendapatkan kepercayaan dan keyakinannya terhadap dunia sekeliling. Belain


dan kasih sayang serta sikap keibubapaan yang konsisten akan menyumbang
kepada pembentukan personaliti positif ini. Sebaliknya pula jika ibu bapa gagal,
bayi pada masa ini akan menghadapi krisis ketidakpercayaan dan seterusnya
menyebabkan kepada pembentukan personaliti negatif dalam dirinya.
4

PERINGKA
T

ASPEK

NILAI

PERSONALITI

PERSONALITI

DAN

PSIKOSOSIAL

ASAS

POSITIF

NEGATIF

UMUR
Percaya
Mudah menerima

PERTAMA
0 12
BULAN

orang lain
Selesa dengan

Kepercayaan
lawan

Harapa

ketidakpercaya

an

semua orang
Riang dan
gembira
Interaksi dan

Tidak mudah
percaya
Curiga dengan
orang
Tidak selesa
dengan orang
Muram dan sunyi
Interaksi dan

bahasa badan

bahasa badan yang

yang baik

lemah

Jadual 1: Personaliti yang terbentuk pada peringkat pertama


Autonomi lawan Ragu/Malu (18 Bulan Hingga 3 Tahun)
Peringkat kedua pula berlaku pada tingkat umur 2 tahun hingga 3 tahun di
mana kanak kanak akan berhadapan dengan krisis autonomi lawan curiga.
Autonomi ialah keupayaan kanak kanak untuk bertindak dengan sendiri. (Wah,
Azis, & Ruhani, 2016) Pada peringkat ini, kanak kanak kebiasaannya sudah
mula untuk berdiri sendiri, belajar berjalan dan melakukan beberapa aktiviti lain
sendiri tanpa ditolong oleh ibu bapa mahupun pengasuhnya. Kanak kanak mula
merasakan keinginan untuk bergerak bebas dan melakukan sesuatu tanpa
bergantung harap kepada orang lain. Proses self government freedom to act
akan berlaku dalam kalangan kanak kanak ketika menjangkau tahap ini
disebabkan oleh anal-mascular stages yang sedang berlaku dalam diri mereka.
Kanak kanak akan berasa bebas untuk mencuba sesuatu benda yang baru.
Demikian, faktor persekitaran perlu menyokong dan mendukung kepada
tindakan kanak kanak ini. Ibu bapa perlu memberi peluang dan kebebasan
kepada anak anak untuk meneroka sesuatu yang baru supaya mereka dapat
menganalisis persekitaran mereka. (Haliza & Joy, 2008) Ironinya, perasaan yakin
akan wujud dalam diri kanak kanak ini kerana diberi peluang untuk mencuba
sesuatu yang baru. Maka, personaliti positif akan terbentuk dalam diri kanak
kanak ini kerana krisis autonominya dapat dilalui dengan baik. Dia diberi
kebebasan untuk bertindak dan belajar melakukan sesuatu. Oleh itu, kanak
kanak yang berpersonaliti positif ini menunjukkan sikap berdikari yang tinggi. Di
mana dia dapat melakukan sesuatu dengan usaha sendiri tanpa mengharapkan
bantuan ibu bapanya.
5

Selain itu, kanak kanak ini juga dapat menunjukkan ciri kepimpinan yang
baik. Di mana dia boleh mengetuai di hadapan apabila berlakunya interaksi
sosial dalam kalangan mereka yang seusia dengannya. Kanak kanak ini juga
mudah untuk berkawan walau dengan mereka yang baru dikenalinya. Bahkan dia
juga dapat dan mudah untuk bekerjasama dengan orang di sekeliling. Walau
bagaimanapun, sekiranya ibu bapa terlalu mengongkong dan membataskan
pergerakan kanak kanak, ini akan menyebabkan kanak kanak membesar ke
arah personaliti negatif. Hal ini akan menyebabkan kanak kanak ini menyerah
kalah dan beranggapan diri mereka tidak mampu dan tidak seharusnya
bertindak sendirian. Mereka tidak dapat berdikari dengan baik dek kerana
perasaan ragu ragu dan malu yang wujud dalam dirinya. (Wong Kiet Wah,
Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd Rashid, Azlina Ahmad,
2013)
Oleh hal yang demikian, tindakan dan minat mereka akan terbantut untuk
mencuba dan menerokai sesuatu yang baru. Walau bagaimanapun, pada
peringkat

ini

ibu

bapa

sebagai

pengawal

seharusnya

bijak

mengawasi

pergerakan anak anak. (Daud, 1996) Hal ini kerana, jika terlalu dibiarkan ianya
akan menyebabkan mereka berkembang ke arah impulsiveness iaitu terlalu
menurut kata hati. Manakala, jika dikongkong ianya akan menyebabkan
perkembangan ke arah compulsiveness iaitu kanak kanak beranggapan diri
mereka tidak dapat menghindari dari kesilapan ketika mencuba sesuatu yang
baru

seterusnya

menimbulkan

rasa

malu

dan

ragu

ragu.

Oleh

itu

keseimbangan dari sudut kawalan ibu bapa sangat perlu ditekankan. (Wong Kiet
Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd Rashid, Azlina
Ahmad, 2013)
Konklusinya, personaliti positif kanak kanak seperti berdikari, berkepimpinan
dan bekerjasama akan terbentuk sekiranya kanak

- kanak dapat menghadapi

krisis autonominya dengan baik. Di mana apabila dia diberi peluang untuk
melaksanakan keinginannya secara kendiri. Manakala positif negatif akan
terbentuk sekiranya ibu bapa terlalu mengongkong dan menghadkan tindakan
dan aktiviti anak anak. Demikian menyebabkan kanak kanak berasa malu dan
ragu ragu dalam mencuba sesuatu yang baru. Krisis autonomi merupakan
elemen penting yang perlu diterapkan dalam perkembangan semasa kanak
kanak kerana ianya menjadi platform kepada jati diri kanak kanak ketika
remaja kelak.
6

PERINGKA
T

ASPEK

NILAI

PERSONALITI

PERSONALITI

DAN

PSIKOSOSIAL

ASAS

POSITIF

NEGATIF

UMUR
Tidak
KEDUA
13
TAHUN

Autonomi
lawan malu

Berdikari
Kepimpinan
Bekerjasama

Keinginan

dengan

dapat

berdikari
Tiada ciri
kepimpinan
Susah dalam

orang lain

membuat
keputusan

Jadual 2: Personaliti yang terbentuk pada peringkat kedua


Inisiatif lawan Serba Salah (3 Tahun Hingga 6 Tahun)
Peringkat ketiga ini digelar sebagai masa pra sekolah iaitu preschool age.
Ianya berlaku untuk kanak kanak yang berumur tiga hingga ke enam tahun di
mana kanak kanak pada usia ini mempunyai kecenderungan dengan rasa
inisiatif lawan serba salah. Bahkan peringkat ini juga dikatakan sebagai peringkat
genital-locomotor stage atau yang biasa disebut sebagai peringkat bermain.
Pada masa bermain inilah, kanak kanak belajar untuk mengadapi cabaran luar
serta mempelajari kemampuan kemampuan baru yang lain. Hal ini kerana,
pada masa pra sekolah kanak kanak terdedah dengan cabaran yang
disebabkan oleh naluri ingin tahu. (Wah, Azis, & Ruhani, 2016)
Tambahan pula, pada masa ini perkembangan fizikal dan kognitif kanak
kanak semakin bertambah. Lantaran itu, kanak kanak mempunyai rasa inisiatif
bagi mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, ibu bapa mahupun guru perlulah
memberi ransangan yang sebaiknya kepada kanak kanak dalam melalui fasa
inisiatif ini. Maka, personaliti positif yang terbentuk pada peringkat ini akan
melahirkan kanak kanak yang bermatlamat. Di mana kanak kanak ini akan
bersedia untuk menerima apa jua cabaran. Kanak kanak berani untuk
menghadapi sesuatu cabaran yang menimpa dirinya kerana kudrat fizikalnya
yang telah dan semakin meningkat. Contohnya, ketika berada di Taska, kanak
kanak dapat menyesuaikan diri mereka dan bertindak mengikut arahan yang
diberikan oleh guru.
Walau bagaimanapun, jika perasaan ingin tahu kanak kanak ini tidak
dikawal ianya akan menyebabkan rasa ketidakpedulian ruthlessness iaitu
kanak kanak akan tetap bertidak mengikut perasaanya tanpa menghirau
pendapat orang yang lebih dewasa darinya demi untuk mencapat matlamat dan
7

tujuannya. (Haliza & Joy, 2008) Oleh itu, dalam memberi kebebasan kepada
kanak kanak bertindak, guru mahupun ibu bapa perlulah memantau dan
mengawal selia pergerakan mereka. Manakala, jika ibu bapa dan guru sering
mengkriktik dan menidakkan tindakan anak anak ianya akan menyebabkan
anak anak merasa bersalah dan akan menyebabkan mereka sering berdiam diri
inhibition. Ini merupakan sebahagian daripada ciri ciri personaliti negatif
yang terbentuk dalam diri kanak kanak ini. Ketika umur ini sepatutnya mereka
menikmati usia mereka untuk bersosial dan berinteraksi dengan kawan kawan
sebaya.
Malangnya disebabkan krisis inisiatif yang tidak dapat dilalui dengan baik,
kanak kanak ini akan hilang keyakinan diri dan tidak dapat berdikari dalam
melakukan sesuatu. Malah akan terus dihantui dengan rasa bersalah untuk
mencuba sesuatu yang baru jika sering ditegur atau dimarahi akibat dari
kesilapan mereka dalam melakukan sesuatu yang baru. (Wong Kiet Wah,
Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd Rashid, Azlina Ahmad,
2013) Bahkan personaliti anak anak ketika ini juga lebih cenderung untuk
menjadi seorang yang pasif dan lebih banyak memerhati dari melakukan. Oleh
hal yang demikian, ibu bapa perlulah bijak dalam mengawasi gerak geri anak
anak supaya perkembangan psikososial pada peringkat ini tidak terbantut dan
seterusnya menjejaskan peringkat peringkat yang lain. Hal ini kerana,
kegagalan dalam memupuk rasa inisiatif yang seimbang akan menyebabkan
kanak kanak ini rasa bersalah dan berkemungkinan menjejaskan interaksi
sosial yang berlaku dalam pergaulannya bersama rakan rakan yang lain.
Tuntasnya, personaliti yang terbentuk ketika peringkat ini menjadi tunjang
kepada keberhasilan peringkat kehidupan yang seterusnya. Hal ini kerana,
selepas peringkat ini kanak kanak akan memasuki fasa baru iaitu sekolah
rendah. Oleh itu, personaliti positif yang membentuk kanak kanak ini untuk
menjadi

seorang

yang

berani

dan

proaktif

akan

terus

mempengaruhi

kejayaannya pada masa ke depan. Manakala, personaliti negatif yang terbentuk


menyebabkan kanak kanak ini menjadi pasif akan memberi kesan kepada
perkembangan yang seterusnya. Erik Erikson juga telah menegaskan pertalian
antara satu peringkat ke peringkat yang lain. Oleh itu, kegagalan dalam
melewati satu satu peringkat kehidupan akan mempengaruhi personaliti dan
juga perkembangan pada peringkat yang seterusnya,

PERINGKA
T

ASPEK

NILAI

PERSONALITI

PERSONALITI

DAN

PSIKOSOSIAL

ASAS

POSITIF

NEGATIF

UMUR
Menerima

KETIGA
36
TAHUN

cabaran
Boleh
Inisiatif lawan
bersalah

mengendalik

Matlamat

an sesuatu
Tenaga dan

Murung
Rendah diri
Tenaga dan
kudrat yang
lemah

kudrat yang
tinggi

Jadual 3: Personaliti yang terbentuk pada peringkat ketiga


Industri lawan Kompleks Rendah Diri (6 Tahun Hingga 11 Tahun)
Peringkat ini pula dikenali sebagai masa sekolah iaitu school age di mana
kanak kanak pada ketika ini cenderung dengan industri dan rasa rendah diri.
Industri di sini dapat dijelaskan sebagai daya usaha dan ketekunan yang wujud
dalam diri kanak kanak. Peringkat ini merupakan lanjutan daripada peringkat
prasekolah di mana kanak kanak mula mengambil masa untuk mengenali dan
memahami persekitaran yang baru. Hal ini kerana, mereka baru sahaja
memasuki satu fasa lain yang menuntut mereka untuk bertemu dan bersosial
dengan orang orang baru. (Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj.
Alias, Rashinawati Abd Rashid, Azlina Ahmad, 2013) Maka dapat dirumuskan di
sini, bahawa pada peringkat ini ruang lingkup sosial kanak kanak makin
membesar.
Interaksi sosial yang wujud bukan hanya dalam kalangan ahli keluarganya,
bahkan melibatkan semua warga sekolah. (Wah, Azis, & Ruhani, 2016) Malahan
kebanyakkan masa kanak kanak ini banyak dihabiskan di sekolah. Sesi
persekolahan bagi sekolah rendah di Malaysia bermula seawal jam pagi dan
berakhir pada petang hari. Tambahan, jika pada hari tersebut terdapat kelas
agama, aktiviti kokurikulum mahupun kelas tambahan. Oleh hal yang demikian,
sekiranya mereka gagal untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan ruang
lingkup sosial yang baru ini, mereka akan berasa rendah diri. Begitu juga jika
mereka gagal untuk menguasai kemahiran sosial ini dengan baik, maka mereka
akan berasa rendah diri dan lebih suka menyendiri. (Wong Kiet Wah, Khairuddin
Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd Rashid, Azlina Ahmad, 2013)

Dalam masa yang sama, kanak kanak pada masa ini juga sudah mula
mencapai operasi konkrit di mana mereka sudah boleh melakukan tugasan yang
diberikan guru kepada mereka. Kanak kanak pada masa ini juga mampu untuk
berfikiran

logik

dan

bertindak

mengikut

arahan

yang

diberikan.

Walau

bagaimanapun, pada peringkat ini masih ada kanak kanak yang masih belum
dapat menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran baru yang menuntut
mereka untuk mula belajar tetapi sebaliknya mereka masih lagi terbuai dengan
tahap prasekolah di mana mereka melalui fasa bermain iaitu genital locomotor
stage. Personaliti positif yang terbentuk dalam diri kanak kanak pada masa ini
ialah suka berfikir dan suka untuk belajar. Ianya kerana kanak kanak berjaya
untuk mendapat ketekunan dalam melalui peringkat perkembangan ini. (Haliza &
Joy, 2008)
Lantaran itu, kanak kanak ini sudah dapat mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku di sekolah dengan baik. Mereka juga dapat
menumpukan perhatian di dalam kelas dan memupuk minat untuk belajar.
Bahkan aktiviti kokurikulum yang sudah mula dijalan di peringkat rendah juga
berjaya diikuti oleh mereka. Mereka juga menunjukkan minat untuk terus terlibat
dalam beraktiviti mengikut apa yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Manakala
personaliti positif yang terbentuk dalam diri pelajar menyebabkan mereka
berasa malu dan rendah diri. Mereka merasakan diri mereka tidak setanding
dengan rakan lain yang sebaya dengan mereka. Kanak kanak ini juga lebih
banyak memerhati dari melaksana dek kerana rasa rendah diri yang menebal
dalam diri mereka. Mereka seakan akan membesar menjadi seseorang yang
pasif. (Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd
Rashid, Azlina Ahmad, 2013)
Kesimpulannya, peringkat perkembangan yang berlaku pada peringkat ini
perlu diberi perhatian yang khusus oleh para guru. Hal ini kerana, peringkat ini
merupakan platform untuk mereka membina pengetahuan dan kemahiran diri
sebagai bekalan untuk peringkat yang seterusnya. Oleh itu, kegagalan dalam
menerapkan ketekunan dalam diri kanak kanak akan menyebabkan mereka
gagal untuk membentuk sebuah personaliti sebagai seorang pelajar yang
unggul.
PERINGKA

ASPEK

NILAI

PERSONALITI

PERSONALITI

PSIKOSOSIAL

ASAS

POSITIF

NEGATIF

DAN

10

UMUR

KEEMPAT

Kecekapan

6 12

lawan rendah

TAHUN

diri

Sentiasa

Malu dan

berfikir
Suka untuk

rendah diri
Bertangguh

beraktiviti
Gembira untuk

kerja
Banyak

belajar
Dapat

Persaingan

memerhati dari
melaksana

membezakan
masa main
dan juga
belajar

Jadual 4: Personaliti yang terbentuk pada peringkat keempat

Identiti lawan Kekeliruan Identiti (11 Tahun Hingga 20 Tahun)


Peringkat kelima ini pula memperlihatkan perkembangan psikososial yang
berlaku pada remaja. Remaja beradal dari bahasa latin adolescere yang
bermaksud to grow atau to grow maturity. Manakala menurut DeBrum dalam
Rice 1990 remaja didefinisikan sebagai jangka waktu pertumbuhan antara masa
kanak kanak dengan masa dewasa. Pada ketika ini, remaja akan menghadapi
situasi kecenderungan identiti iaitu identiti ego lawan kekeliruan identiti identity
confusion. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan ke arah kedewasaan dan
ditambah

oleh

kemampuan

dan

kecekapan

yang

mereka

miliki

dalam

membentuk dan memperlihatkan identiti dirinya.


Hal ini kerana, remaja pada masa ini mula memiliki suatu identiti tersendiri
hasil dari tindak balas dengan persekitaran dan pelbagai peubahan serta
pengalaman yang dialaminya. Walau bagaimanapun, sekiranya individu tersebut
tidak

dapat

menerima

sepenuhnya

perubahan

yang

dialami,

ini

akan

menyebabkannya mengalamai kecelaruan identiti. Di mana ianya dapat disebut


sebagai pengingkaran kerana individu ini tidak dapat menerima dan mengingkari
keadaanya sebagai seseorang yang sudahpun memasuki dunia dewasa. Keadaan
yang demikian boleh menyebabkan individu ini menyingkirkan dirinya dari
tuntutan sosial sebagai seorang dewasa. (Daud, 1996)
Oleh itu, kejayaan melewati peringkat ini akan menghasilkan personaliti postif
remaja yang bermatlamat. Remaja sudah mula mempunyai cita cita dan
merancang dalam mencapai cita cita tersebut. Bahkan remaja ini juga sukakan
11

cabaran. Sebagai contoh mereka akan menyahut cabaran untuk menjadi


pemimpin jika dilantik sebagai pengawas sekolah dan sebagainya. Selain itu,
pada peringkat ini juga remaja sudah mula menunjukkan minat mereka terhadap
jantina yang berbeza. Hal ini merupakan fitrah semula jadi yang akan berlaku
pada remaja yang normal. (Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj.
Alias, Rashinawati Abd Rashid, Azlina Ahmad, 2013)
Sebaliknya pula pada remaja berpersonaliti negatif. Mereka masih lagi keliru
degan jantina diri mereka. Di mana mereka masih tidak dapat menerima
sepenuhnya perubahan keremajaan yang berlaku di dalam mereka. Lantaran itu,
mereka akan berasa kurang keyakinan diri untuk bersosial dan bergaul dengan
kawan kawan lain. Mereka lebih memilih untuk bersendirian dan mengalami
kemurungan. Mereka juga tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dan tidak
mampu untuk menyahut sesuatu cabaran yang diberi. Mereka lebih bersedia
untuk dipimpin dari memimpin. Sebagai contoh, walaupun mereka mempunyai
IQ yang cerdas, namun mereka berasa kurang yakin jika diminta untuk menjadi
mentor kepada kawan kawan yang lain.
Tuntasnya, perubahan keremajaan yang berlaku dalam diri remaja pada masa
ini memungkinkan mereka untuk mudah menerima dan juga menentang.
Sekiranya mereka berjaya menerima perubahan yang berlaku tersebut, maka
ianya akan menjadikan mereka lebih bersifat kematangan dalam melakukan
sesuatu tindakan. Hatta mula berfikri terhadap masa depan merek. Namun
sebaliknya bagi remaja yang masih lagi dibuai dengan dunia kanak kanak
mereka. Perubahan yang berlaku akan menimbulkan masalah dan membantut
perkembangan personaliti remaja yang baik.
PERINGKA
T

ASPEK

NILAI

PERSONALITI

PERSONALITI

DAN

PSIKOSOSIAL

ASAS

POSITIF

NEGATIF

UMUR
Minat akan
KELIMA

Identiti lawan

12 18

kekeliruan

TAHUN

peranan

jantina yang
berbeza
Mempunyai

Ketepatan

cita cita
Sukakan

Keliru akan
jantina diri
Kurang
keyakinan
Tidak sukakan
cabaran

cabaran

Jadual 5: Personaliti yang terbentuk pada peringkat kelima


Kerapatan lawan Pengasingan Diri (20 Tahun hingga 40 Tahun)
12

Peringkat ini merupakan masa awal dewasa iaitu young adulthood yang
berusia sekitar 20 tahun hingga 40 tahun. Individu pada masa ini akan
mengalami kecenderungan kepada kerapatan dan pengasingan diri. Pada masa
ini, perbezaan dari sudut pergaulan dapat diperhatikan. Sewaktu remaja individu
lebih cenderung untuk meluangkan masa dengan kelompok yang sebaya,
sebaliknya pada peringkat ini mereka lebih cenderung kepada mencari dan
membina hubungan dengan mereka yang mempunyai kefahaman yan sama. Hal
ini dapat dilihat apabila menjejak ke usia ini, ramai remaja yang mula mendirikan
rumah tangga. Ianya didorong oleh kecenderungan dan keintiman yang timbul
pada peringkat ini. Lelaki dan perempuan cuba untuk menjalinkan hubungan
melalui pencarian pasangan hidup. Seterusnya fasa untuk bercinta dan
berkahwin akan terbentuk. Perhubungan dan perkahwinan yang terbentuk
berlandaskan kepercayaan dan keyakinan yang tinggi antara satu sama lain
akan merapatkan lagi keintiman sesama pasangan.
Personaliti positif bagi seseorang individu pada masa ini ialah mereka berjaya
untuk memelihara hubungan rumah tangga yang dibina. Bahkan kematangan
yang wujud dalam diri individu ini membuatkan mereka berjaya untuk
menguruskan rumah tangga dengan baik. Dalam masa yang sama mereka juga
bersedia untuk berinteraksi sosial dengan ramai pihak. Misalnya di tempat kerja.
Golongan yang berpesonaliti positif ini selalunya berjaya untuk mengendalikan
emosi dan masalah dengan baik. Masalah di rumah tidak dibawa ke tempat kerja
begitu juga masalah di tempat kerja tidak dibawa ke rumah. Maka dengan ini
mereka dapat memelihara keintiman dalam sesebuah perhubungan. Baik
hubungan sesama suami isteri mahupun hubungan dengan rakan sekerja.
Begitu juga sebaliknya bagi mereka yang berpersonaliti negatif di mana
mereka mengalami sindrom pengasingan diri. Mereka gagal untuk menyesuaikan
diri dan merasa terasing. Mereka juga gagal untuk mengendalikan sesuatu
masalah yang timbul dengan baik. Justeru itu mereka gagal dalam sesebuah
ikatan perkahwinan dan menyebabkan berlakunya penceraian. Keadaan ini
sangat sinonim di Malaysia apabila berita yang dikeluarkan dalam Utusan
bertarikh 14 Mac 2016 menunjukkan statistik penceraian yang melibatkan
golongan muda meningkat pada tahun 2012 hingga 2014 dengan mencecah
bilangan sebanyak 92, 768 pasangan di seluruh negara yang mendaftarkan
penceraian.

13

Tuntasnya, individu pada peringkat ini adalah mereka yang berumur 20


hinggan 40 tahun. Sebahagian daripada mereka pada masa ini telahpun
mendirikan rumah tangga. Oleh hal yang demikian, tanggungjawab mereka
bukan sekadar pada diri, bahkan keluarga dan juga tempat kerja. Justeru itu,
mereka perlulah bijak untuk mengawal segala bentuk musibah yang melanda.
Kegagalan mereka dalam mengatasi sesuatu masalah ini bukan sahaja memberi
kesan kepada diri mereka bahkan kepada mereka yang berada di sekeliling
terutamanya anak anak dan isteri.
PERINGKA
T

ASPEK

NILAI

PERSONALITI

PERSONALITI

DAN

PSIKOSOSIAL

ASAS

POSITIF

NEGATIF

UMUR
Mengekalkan
KEENAM
18 35
TAHUN

Intim lawan

hubungan
Bersedia

Cinta

pengasingan

Rasa terasing
Tidak suka
bergaul

untuk
berinteraksi
dan sosial

Jadual 6: Personaliti yang terbentuk pada peringkat keenam


Generativiti lawan Stagnasi (40 Tahun Hingga 60 Tahun)
Pada peringkat ini, sindrom yang terbentuk ialah generativiti dan keraguan
kendiri yang berlaku dalam diri dewasa adulthood. Dewasa pada tahap ini
telah mencapai puncak kepada perkembangan bagi segala kemampuannya.
(Wah, Azis, & Ruhani, 2016) Hal ini kerana individu ini telahpun mengikuti enam
peringkat

sebelumnya

dan

telah

berjaya

mencapai

perkembangan

yang

seimbang dan sewajarnya. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat batasan


dan had terhadap kemampuan dalam melakukan sesuatu. Lantaran itu, pada
peringkat ini lebih memperlihatkan bagaimana individu ini bertindak balas
terhadap tugas dan tanggungjawabnya demi generasi masa hadapan.
Hakikatnya, peringkat ini akan menjadi platfrom untuk individu tersebut
menabur bakti pada mereka sekelilingnya demi kelangsungan dan kesejahteraan
generasi peneraju masa depan. Literalnya, generativiti merujuk kepada usaha
seseorang individu untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Manakala
stagnasi menurut Kamarulzaman ialah pemusatan kendiri yang bermaksud
mereka yang menunjukkan sikap penting diri.

14

Untuk itu, mereka ini adalah

individu yang tidak memberi sumbangan kepada masyarakat walhal umur


mereka memungkinkan mereka untuk berbuat demikian.
Oleh itu, individu yang berjaya dalam melewati sikap generativiti ini akan
menunjukkan personaliti positif yang memberansangkan. Misalnya, sifat prihatin
yang tinggi terhadap masyarakat sekeliling. Mereka bersedia untuk membantu
dan memberi sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan. Sebagai
contoh, pada tahun 2015 yang lalu, beberapa buah negeri dikejutkan dengan
banjir besar yang melanda Negeri Kelantan dan Pahang. Susulan itu, dapat kita
lihat ramai golongan dewasa kita yang keluar terlibat sebagai sukarelawan. Ini
menunjukkan

mereka

seorang

yang

sangat

prihatin

dengan

hal

ehwal

masyarakat Malaysia. Golongan ini juga menunjukkan sikap produktif yang tinggi
dalam merencanakan sesuatu kepada masyarakat. Contohnya sumbangan para
pemimpin kita dalam mengekalkan keamanan negara.
Sebaliknya, jika individu terbabit tidak dapat menerapkan sikap generativiti
dalam diri mereka, stagnasi akan terbentuk. Golongan ini adalah golongan yang
berpewatakan negatif. Mereka tidak mempunyai sifat prihatin yang tinggi
terhadap masyarakat sekeliling serta mengambil sikap acuh tak acuh sahaja
dengan apa yang berlaku di dunia sekeliling mereka. Mereka ini biasanya
memegang prinsip jangan kacau tepi kain orang. Tuntasnya, peringkat ini
mengisahkan tentang keberhasilan individu sama ada baik ataupun buruk natijah
hidupnya. Individu yang mempunyai kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang
baik dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat luar sebagai satu usaha
ke arah menjaga kesejahteraan masyarakat. Manakala individu yang gagal akan
menyebabkan

wujudnya

perasaan

pentingkan

diri

sendiri

dan

tidak

menghiraukan masyakarat lain.


PERINGKA
T

ASPEK

NILAI

PERSONALITI

PERSONALITI

DAN

PSIKOSOSIAL

ASAS

POSITIF

NEGATIF

UMUR
KETUJUH
35 60
TAHUN

Generativiti
lawan stagnasi

Yakin
Produktif
Prihatin

Prihatin

Kurang keyakinan
Tidak produktif
Kurang prihatin

Jadual 7: Personaliti yang terbentuk pada peringkat ketujuh


Kesepaduan lawan Putus Asa (60 Tahun ke atas)

15

Peringkat terakhir ini adalah peringkat yang melibatkan golongan yang


telahpun lanjut usia yang berumur 60 tahun ke atas. Pada peringkat ini,
golongan golongan senescence ini menghadapi kecenderungan kesepaduan
dan putus asa. Personaliti positif bagi individu yang mengharungi krisis
kesepaduan ini adalah melahirkan Individu yang memiliki kesatuan peribadi yang
menjadi hak dirinya iaitu individu ini telah berjaya melalui krisis krisis
perkembangan yang lalu dan berjaya untuk memperolehi pencapaian kendiri
yang baik dan merasakan kepuasan terhadap pencapaian yang diperolehinya.
Dalam masa yang sama, individu ini masih ingin terus melakarkan impiannya
dan mencapai matlamatnya. Namun terbatas dek usia yang menghalang
kemampuannya untuk terus mengorak langkah.
Pada peringkat usia ini juga, individu ini akan berasa putus asa terhadap
kehidupan mereka dek kerana kegagalan yang lalu. Penyesalan ini juga tidak ada
gunanya lagi kerana masa tidak dapat lagi diundur. Oleh itu, akan wujud satu
penyesalan yang terbesar dalam diri mereka sehingga mereka merasakan hidup
PERINGKA
T
DAN
UMUR

ASPEK
PSIKOSOSI
AL

KELAPAN

Kesepaduan

60 TAHUN

lawan putus

KE ATAS

asa

NILAI

PERSONALIT

PERSONALITI

ASAS

I POSITIF

NEGATIF

Kebijaksanaa

Bangga
Masih aktif
memikirka

n masa
depan

Berputus asa akan


hidup

Kurang keyakinan
diri

Penyesalan

ini sudah tidak ada gunanya lagi. Perkara ini disokong dengan kenyataan
Hamzah Daud iaitu penyesalan yang terlambat ini akan menyebabkan mereka
merasakan hidup mereka adalah sia sia dan tidak berguna. (Daud, 1996) Walau
bagaimanapun, rasa putus asa dalam peringkat hidup ini perlulah diatasi supaya
mereka dapat menerima hakikat bahawa kegagalan yang berlaku sebagai satu
pengajaran dalam diri mereka.
Penerimaan mereka terhadap kegagalan itu akan mengurangkan rasa putus
asa yang sudahpun tertanam dalam diri mereka. Sebaliknya mereka akan terus
hidup dalam penyesalan seumur hidup yang dapat memberi kesan negatif
kepada kesihatan mereka. Konklusinya, pengakhiran hidup yang baik bermula
dari kelahiran. Oleh itu, perkembangan hidup yang berlaku pada setiap peringkat
kehidupan tidak boleh diabaikan demi kesejahteraan dan kelestarian kehidupun.
Golongan ini sebenarnya masih boleh memperbaiki kisah hidup mereka dengan
16

kembali kepada Allah dan menjaga hubungan mereka denganNya. Hal ini kerana,
selagi masih hidup setiap manusia memiliki peluang kedua untuk dibaiki tetapi
hasilnya merupakanbekalan untuk kehidupan di akhirat kelak.
Jadual 8: Personaliti yang terbentuk pada peringkat kelapan
2.0

IMPLIKASI SETIAP PERINGKAT DALAM TEORI PERKEMBANGAN

PSIKOSOSIAL
TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK
DARJAH
Berdasarkan

lapan

peringkat

perkembangan

psikososial

yang

telah

dinyatakan oleh Erik h. Erikson, dapat saya rumuskan bahawa personaliti yang
berbeza menyebabkan berlakunya perbezaan dalam implikasi terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, perbezaan
terhadap implikasi ini juga terdorong daripada pembentukan imej kendiri pelajar
yang disebabkan oleh kejayaan dan kegagalan menghadapi krisis kehidupan
dalam setiap peringkat perkembangan tersebut. Saya hanya akan menyentuh
tiga peringkat sahaja di mana wujudnya interaksi sosial di dalam bilik darjah.
Peringkat yang dimakasudkan ialah peringkat ketiga (preschool age),
keempat (school age) dan kelima (adoslescere). Oleh hal yang demikian, saya
akan

merungkaikan

persoalan

bagaimana

implikasinya

terhadap

proses

pengajaran dan pembelajaran yang wajar dipraktikkan oleh para guru semasa
mengendalikan bilik darjah tersebut bersesuaian dengan perkembangan imej
kendiri individu terbabit. Menurut Oemar Hamalik (2006), belajar adalah
memodifikasi atau memperteguh kelakuan melalui pengalaman. Maka melalui
pengertian tersebut, belajar merupakan suatu proses, suatu kegiatan dan
bukanlah suatu hasil ataupun tujuan. Skop pembelajaran tidak terhad hanya
kepada mengingat akan tetapi lebih luas iaitu mengalami. Bahkan hasil belajar
sendiri bukan diukur dan dilihat melalui suatu penguasaan latihan melainkan
melalui perubahan kelakuan. Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya guru
memahami teori perkembangan psikologi Erik Erikson dalam mempraktikkan dan
mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pemahaman yang baik terhadap teori psikologi yang dikemukan oleh erik
Erikson ini akan membantu guru dalam merancang aktiviti pembelajaran yang
sesuai dengan peringkat umur kanak kanak. (Haliza & Joy, 2008) Dalam masa
yang sama, memastikan kelestarian perlakuan kanak kanak seiring dengan
17

perkembangan

psikososial

yang

berlaku

pada

tingkat

umur

yang

telah

dispesifikkan oleh Erik Erikson (Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah
Hj. Alias, Rashinawati Abd Rashid, Azlina Ahmad, 2013). Kesesuaian aktiviti
pembelajaran yang dirancang akan membantu dalam menghasilkan natijah
pembelajaran yang berkesan dan dapat dilihat melalui perubahan perilaku
individu tersebut. Demikian, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia
mengetatkan syarat kelayakan untuk permohonan masuk ke Institut Pendidikan
Guru. Ianya kerana, perkembangan kanak kanak dan natijah perlakuannya
bermula dari seorang guru dan akan berakhir dari guru tersebut.
Melihatkan peringkat ketiga ialah peringkat yang melibatkan kanak
kanak berumur tiga hingga ke enam tahun. Ketika ini sesetengah kanak kanak
sudah mula dihantar ke sekolah tadika. Hal ini kerana, pendidikan di Malaysia di
bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menekankan pendidikan
sepanjang hayat yang bermula sejak di tadika lagi. Kanak kanak ketika ini
berada pada peringkat ini berada pada tahapgenital locomotor stage yang
mana lebih memberi kecenderungan untuk bermain. Oleh itu, ketika kini kanak
kanak mula menunjukkan inisiatifnya dalam mencuba sesuatu yang baru. Oleh
hal yang demikian, bagi kanak kanak yang mempunyai personaliti positif ini,
mereka sudah dapat menerima cabaran dan sesuatu yang disuruh oleh guru.
Justeru itu, guru boleh memperbanyak melakukan aktiviti bersama mereka.
Sebagai contoh, guru boleh memperbanyakkan aktivtii permainan dalam
menarik

minat

mereka

untuk

terus

mengikuti

proses

pengajaran

dan

pembelajaran yang berlangsung.


Hal ini bersesuaian dengan fitrah semula jadi kanak kanak pada masa ini
yang lebih cenderung untuk bermain.Dalam masa yang sama, guru juga boleh
melantik

ketua

dalam

kalangan

mereka

untuk

mengetuai

aktiviti

yang

dijalankan. Hal ini kerana, kanak kanak yang mempunyai rasa inisiatif mampu
mengendalikan sesuatu yang disuruh dek kerana keyakinan yang ada dalam diri
mereka. Guru juga boleh mengaplikasikan teori Lawrence Kohlberg iaitu
orientalis hukuman kepada kanak kanak yang berpersonaliti positif ini. Ianya
bertujuan untuk membantu guru mengawal rasa inisaitif yang wujud dalam diri
mereka. Manakala, untuk kanak kanak yang berpewatakan negatif, guru perlu
menjadikan dirinya sebagai kawan kepada mereka. Hal ini kerana, kanak kanak
ini masih belum mampu untuk bersosial dengan baik. Justeru itu, guru perlu
memberi fokus yang lebih kepada mereka dan sering memuji mereka untuk
18

meningkatkan kembali keyakinan mereka terhadap sesuatu yang mereka


lakukan.
Bahkan Lawrence Kohlberg dalam teori perkembangan moral telah
menyatakan ada peringkat ini, perkembangan moral kanak kanal terlibat daam
dua peringkat iaitu orientalis hukuman dan orientalis ganjaran. Oleh itu, melalui
ganjaran dan pujian yang diberikan guru kepada kanak kanak sekiranya
mereka berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan bukan sahaja dapat memupuk
nilai moral dalam diri kanak kanak, bahkan dapat meningkatkan keyakinan dan
kepercayaan mereka terhadap perkara yang mereka lakukan. Melalui aktiviti
permainan yang diwujudkan guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
inilah guru dapat memperbaiki personaliti mereka Menurut Jerome Singer
(Spodek, 1987) menganggap imaginative play sebagai usaha kanak kanak
menggunakan

kebolehan

fizikal

dan

mental

mereka

dalam

menyusun

pengalaman. Oleh itu, rasa inisiatif mereka untuk melakukan perkara yang bakal
mereka lakukan selepas ini tidak terbantut dan terkubur begitu sahaja.
Selain itu, melalui orientalis hukuman seperti yang digariskan oleh
Lawrence Kohlberg juga dapat mendisiplinkan pelajar dan sebagai kawalan
terhadap rasa inisiatif yang membuak buak dalam diri pelajar. Hal ini kerana,
dengan orientalis hukuman kanak kanak akan sedar bahawa sekiranya mereka
melakukan sesuatu yang dilarang, mereka akan dihukum. Oleh itu, rasa inisiatif
yang timbul di dalam diri mereka tidak hanya dipandu oleh kata hati mereka
sahaja tetapi di bawah pemantauan para guru. Seperti yang sedia maklum, rasa
inisiatif kanak kanak sekiranya tidak dikawal dengan pemantauan akan
menyebabkan mereka bertindak secara ketidakpedulian rusthlessness yang
boleh memberikan kesan negatif terhadap diri mereka side effect.
Peringkat keempat pula melibatkan zaman sekolah kanak kanak (School
Age). Di mana kanak kanak mula dihantar ke sekolah rendah. Ketika ini, proses
pengajaran dan pembelajaran para guru lebih tertumpu kepada pencapaian
kanak kanak dan hubungan mereka dengan rakan sebaya. Hal ini kerana,
kanak kanak mula memasuki fasa baru di mana ruang lingkup interaksi sosial
mereka makin bercambah dan berkembang. Bahkan lanjutan dari peringkat yang
sebelumnya menyebabkan kanak kanak makin giat belajar dari apa yang ada
disekelilingnya. Oleh itu, guru dapat melakukan dan menyediakan aktiviti fizikal
untuk membina hubungan sosial antara para pelajar. Melalui aktiviti fizikal yang
dijalankan, kanak kanak bukan sekadar meningkatkan kemahiran mereka
19

dalam melakukan aktiviti tersevut. Bahkan meningkatkan kemahiran sosial


mereka sesama kawan.
Lantaran itu, acara sukan tahunan menjadi agenda wajib yang perlu
dilaksanakan di sekolah. Melalui program 1 Murid 1 Sukan yang diuarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia perlu disambut baik oleh semua pihak. Perkara
ini bukan hanya bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cergas semata mata.
Bahkan dalam memupuk dan membina hubungan sosial antara satu sama lain.
Malah, melalui aktiviti sukan ini juga kanak kanak belajar untuk menghargai
kebolehan sendiri dan juga kebolehan orang lain. Hal ini akan meningkatkan
kemampuan mereka terhadap sesuatu perkara dan mengecilkan perasaan rasa
tidak berguna terhadap diri. Selain itu, guru juga perlu menggalakkan pelajar
membantu pelajar lain yang mungkin mempunyai masalah tingkah laku atau
prestasi belajar. Guru boleh mewujudkan konsep peer mentoring dalam
menggalakkan sikap bantu membantu ini.
Secara langsung, ianya dapat mengelakkan mereka yang mempunyai
masalah dalam pembelajaran diejek dan dipermainkan. Lantaran itu, dasar
pendidikan yang ditekankan di Malaysia kini tidak hanya berkonsepkan guru. Hal
ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada pelajar untuk bersuara dan
menyuarakan pendapat mereka dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Di samping
itu, guru juga pelulah bertindak sebagai seorang penasihat dan motivater
kepada kanak kanak pada peringkat ini. Guru perlulah meyakinkan mereka
bahawa kesempurnaan bukanlah sesuatu yang penting sebaliknya sentiasa
berusaha dan belajar dari kesalahan dan kesilapan yang lalu merupakan elemen
yang terpenting.
Guru juga menjadi tulang belakang kepada pembentukan mentaliti kanak
kanak yang matang dan kritis. Bahkan sering mengajar mereka untuk lebih kuat
dan bersemangat untuk meneruskan hidup walau apa jua yang berlaku. Oleh itu,
guru boleh menetapkan slot motivasi selama lima minit sebelum aktiviti
pembelajaran yang sebenar dijalankan. Hal ini akan menyebabkan para pelajar
akan merasa dekat dan selesa untuk berurusan dengan guru selaku mekanisme
baru dalam ruang lingkup sosialnya. Keselesaan dalam perhubungan antara guru
dan pelajarnya akan meningkatkan kecenderungan dan ketekunan pelajar untuk
belajar dan bertindak mengikut arahan yang diarahkan oleh gurunya. Secara
langsung akan menghakis perasaan rendah diri dalam kalangan mereka.

20

Manakala, peringkat seterusnya ialah peringkat sekolah menengah di mana


ianya

merupakan

peringkat

kelima

daripada

peringkat

perkembangan

psikososial yang diutarakan oleh Erik Erikson. Pada peringkat ini, proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku adalah melibatkan pembelajaran di
sekolah menengah. Penekanan guru pada peringkat ini adalah untuk membantu
bagi membina identiti dan harga diri pelajar. Hal ini kerana, pada peringkat ini
para pelajar berhadapan dengan krisis untuk membina identiti dan kekeliruan
identiti. Oleh hal yang demikian, amatlah penting sebagai seorang guru untuk
memainkan peranan dalam membantu para pelajar mencari dan menyakini
identitinya. Sebagai seorang pendidik, guru perlulah memberi layanan yang adil
dan sama rata kepada para pelajar.
Hal ini untuk mengelakkan wujudnya isu pilih kasih dalam kalangan pelajar.
Terutamanya untuk remaja yang mengalami kekeliruan identiti. Guru perlu lebih
banyak berinteraksi dengan mereka untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Dalam situasi yang begini, guru tidak boleh terlalu rigid dalam
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik semata mata. Guru perlu
mengadakan sesi kaunseling secara rambang dua mata dengan mereka yang
bermasalah ini. Secara umumnya, guru juga boleh menggunakan aktiviti
berunsur keseronakkan untuk meringankan tekanan belajar mereka. Malah ianya
akan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dalam diri pelajar.
Selain itu, pelajar pada ketika ini juga sudah cukup matang untuk
menentukan hala tuju mereka. Oleh itu, guru perlulah meransang minat mereka
terhadap

apa

yang

mereka

inginkan

dan

memberi

sokongan

kepada

mereka.Tuntasnya, perkembangan pendidikan anak anak di bilik darjah berlaku


pada tiga peringkat sahaja. Pertama peringkat tadika, kedua sekolah rendah dan
yang ketiga ialah sekolah menengah. Jelasnya, secara tidak langsung implikasi
terhadap bilik darjah dipengaruhi oleh pembentukan imej kendiri pelajar. Walau
bagaimanapun, kita juga dapat melihat dari sudut yang umum perlaksaan proses
pengajaran

dan

pembelajaran

yang

dapat

dibuat

oleh

guru

dalam

mengendalikan pelajarnya mengikut peringkat peringkat hidup yang telah


digariskan.
PENUTUP
Konklusinya, setiap individu mempunyai personaliti tersendiri. Personaliti
yang terbentuk mempunyai hubungkait dengan pembentukan imej kendiri
individu yang dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka mahupun
21

faktor persekitaran. Kedua dua faktor ini akan memberi kesan kepada
personaliti diri seseorang. Pembentukan imej kendiri boleh dibahagikan kepada
dua iaitu personaliti positif dan personaliti negatif. Personaliti positif dan negatif
yang terbentuk ini memunyai hubungan yang rapat dengan teori yng dibawa
oleh Erik Erikson. Erik Erikson telah mengemukakan teori beliau berkaitan
perkembangan psikososial yang berlaku dalam diri seseorang individu.
Teori ini banyak guna pakai dek kerana pendekatannya yang menyeluruh
merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Perkembangan psikososial ini
boleh dilihat bermula dari detik kelahiran sehingga orang itu meninggal dunia.
Bahkan teori Erik Erikson ini juga mendapat perhatian kerena tumpuannya yang
diberikan kepada perkembangan psikososial berbanding teori yang dibuat oleh
Freud yang melihatkan kepada aspek perkembangan psikoseksual. Personaliti
positif dan negatif yang terbentuk juga disebabkan oleh kejayaan dan kegagalan
menghadapi cabaran dan krisis kehidupan yang berlaku pada setiap epringkat
kehidupan. Lantaran itu, Haliza (2009) mengaitakan kejayaan dan kegagalan
pembentukan imej kendiri seseorang individu berkait rapat dengan kemampunan
mengatasi krisis yang ebrlaku etrsebut.
Erik erikson telah menggariskan lima prinsip asas yang menjadi tunjang
kepada teorinya. Pertama, manusia pada hakikatnyanya memerlukan keperluan
asas yang sama. Kedua, perkembangan individu bergantung kepada tindak balas
terhadap keperluan-keperluan asas. Ketiga, perkembangan manusia mengikut
tahap-tahap

tertentu.

Keempat,

Erikson

menegaskankan

individu

perlu

berhadapan dengan krisis perkembangan di mana setiap peringkat mempunyai


matlamat untuk dicapai. Seterusnya yang kelima, kejayaan atau kegagalan
mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan memberikan
kesan kepada pembentukan imej kendiri dan personaliti seseorang individu.
(Haliza & Joy, 2008). Personaliti positif terbentuk bila mana individu tersebut
berjaya

untuk

melepasi

cabaran-cabaran

dan

krisis

semasa

proses

perkembangan. Sebaliknya pula jika individu tersebut gagal untuk menghadapi


kisis tersebut.
Almaklum, teori Erik Erikson memberi fokus kepada perkembangan psikosial
yang melibatkan lapan peringkat utama. Perkembangan psikososial yang berlaku
ini disebabkan oleh perkembangan identiti ego yang mana melibatkan tiga unsur
utama iaitu interaksi sosial, pengalaman yang sentiasa berubah dan tindak balas
yang diterima daripada interaksi yang berlaku. (Hamzah, Ersyad, 2013) Identiti
22

ego ini juga merupakan salah satu daripada tiga sistem yang wujud dalam diri
seseorang manusia. (Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail, Noranizah Yusof,
2012) Identiti ini jugalah yang menyebabkan kepada krisis perkembangan yang
berlaku. Lantaran itu, dalam teorinya Erik Erikson telah menyatakan bahawa
menjadi keperluan untuk seseorang menghadapi krisis tersebut kerana ianya
akan mempengaruhi penghasilan dalam pembentukan imej kendiri seseorang
individu terbabit.
Hal ini disokong dengan kenyataan Haliza (2009) bahawa Erik Erikson
mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan dalam
setiap

peringkat yang

dilalui

untuk mencapai matlamat.

Kejayaan

atau

kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan


membawa
Seterusnya,

akibat

kepada

personaliti

pembentukan

yang

terbentuk

imej
ini

kendiri
akan

seseorang

individu.

mempengaruhi

proses

pengajaran dan pembelajaran yang akan akan diadakan oleh guru. Keperluan
bagi seseorang guru mengenal pasti perwatakan pelajarnya demi kelangsungan
proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, guru juga memainkan
peranan dalam membaiki dan meningkatkan lagi imej positif dalam kalangan
pelajar.Tuntasnya, imej kendiri positif akan terbentuk dalam diri seseorang
individu sekiranya dia berada dalam sebuah persekitaran yang kondusif. Oleh hal
yang demikian, teori perkembangan psikososial Erik Erikson ini sebagai
petunjuk dalam mengawal selia perkembangan kanak kanak.
Seterusnya dari perspektif psikososial pula, ahli ahli psikologi seperti
Sigmund Freud dan Erik H. Erikson menerangkan bahawa perkembangan
psikososial yang berlaku merupakan dilema atau konflik antara desakan dalaman
dan tuntutan budaya. Oleh hal yang demikian, John Bobwlby (1969) dan Mary
Ainsworth (1989) telah mengaplikasikan teori etologikal dalam mengenal pasti
perkembangan psikososial yang berlaku dalam kalangan kanak kanak. (Wong
Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd Rashid,
Azlina Ahmad, 2013) Teori etologikal yang dipraktikkan ini adalah untuk
mengenal pasti hubungan perapatan antara bayi dengan ibu bapa atau
pengasuhnya yang memberi kesan kepada keupayaan seseorang mengurus
emosi dan persekitaran sosial mereka. Hal ini kerana, ibu bapa dan pengasuh
merupakan

mereka

yang

terdekat

dan

perkembangan psikososial kanak kanak.

23

terlibat

secara

langsung

dalam

Maka, sebagai konklusi penuhnya psikososial ialah bidang saintifik yang cuba
memahami sifat dan sebab manusia bertingkah laku dalam situasi sosial. (Musa,
2001) Lantaran itu, pemerhatian terhadap tingkah laku yang terbentuk dalam
diri seseorang indidvidu ini dapat menggambarkan imej kendiri dan personaliti
seseorang individu terbabit. Oleh hal yang demikian, di dunia ini kita dapat
melihat pelbagai jenis manusia dengan pelbagai ragam dan kerenah. Hal inilah
yang disebut sebagai personaliti dan pembentukan imej kendiri seseorang
individu yang dipengaruhi oleh perkembangan psikososial.
REFLEKSI
Saya telah diberikan tugas untuk menyiapkan tugasan yang berkod EDUP 3023 iaitu
Perkembangan Kanak Kanak yang saya pelajari pada semester 1 Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan pada tahun ini. Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T tugasan ini dapat
saya siapkan dan dihantar mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh pensyarah saya
iaitu Encik Hidzir Bin Zulkeple.
Dalam menyiapkan tugasan ini, saya terpaksa membaca banyak bahan rujukan
seperti jurnal, buku, artikel dan sebagainya untuk meluaskan lagi pembacaan saya terhadap
tajuk yang ingin dikupas iaitu Pembentukan Imej Kendiri Individu yang dipengaruhi oleh
Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson. Tugasan ini juga menuntut saya untuk
menjawab dua persoalan utama iaitu pembentukan imej kendiri individu dan implikasi
terhadap bilik darjah berdasarkan personaliti yang terbentuk. Kedua dua persoalan yang
dijawab ini adalah merujuk kepada Teori Perkembangan Psikososial yang dibuat oleh Erik
Erikson.
Oleh hal yang demikian, menyiapkan tugasan ini membuatkan saya sedar sebagai
bakal guru menjadi kewajiban saya untuk mengetahui proses perkembangan psikososial
yang berlaku kepada kanak kanak. Hal ini kerana, proses perkembangan psikososial ini
akan berlaku dalam diri semua individu. Namun, yang membezakan kemenjadian
perkembangan kanak kanak ini adalah kejayaan mereka dalam melewati krisis dan
cabaran yang berlaku pada peringkat perkembangan mereka.
Justeru itu, dengan mengetahui dan memahami perkembangan yang berlaku dalam
diri pelajar - pelajar, saya dapat mengenal pasti personaliti dan permasalahan mereka.
Demikian, membantu saya dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas bersesuaian dengan personalitti mereka. Hal ini kerana, personaliti yang
berbeza memberi kesan kepada cara pembelajaran seseorang individu. Maka kejayaan

24

seseorang guru dalam melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berjaya bermula
dengan kejayaan seseorang guru mengenal pasti diri dan personaliti pelajarnya.
Tuntasnya, tugasan ini banyak menambah pengetahuan saya terhadap personaliti
positif dan negatif yang terbentuk dalam diri pelajar. Teori Erik Erikson ini sememangnya
perlu dihadam oleh semua pendidik dan juga bakal pendidik. Tambahan, ianya dapat
meluaskan lagi pengetahuan saya bahawa personaliti yang terbentuk dalam diri seseroang
individu juga dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Demikian, sebagai bakal guru menjadi
tanggungjawab saya untuk menjadi role model kepada pelajar. Hal ini kerana, saya
merupakan sebahagian daripada ruang lingkup sosial dalam kehidupan pelajar.

Berbalik kepada proses penyediaan kerja kursus ini pula. Sejujurnya, saya tempoh
masa yang diberikan oleh pensyarah adalah bersesuaian adalah munasabah dan sesuai
untuk disiapkan tepat pada waktunya. Namun, dek kerana tugas dan jadual lain yang padat
saya terpaksa mengurangkan masa tidur dan rehat untuk menyiapkan tugasan ini. Selain
terlibat dengan aktivit rasmi di Ipg, saya juga terlibat dengan aktiviti sukarelawan yang lain.
Walau bagaimanapun, saya bersyukur dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang
sama mempunyai masa untuk berkhidmat pada masyarakat.
Masalah internet bukanlah isu baru sepanjang tiga semester berada di

Institut

Pendidikan Guru Sultan Mizan ini. Rungutan yang bertalu sudah acap kali dilontarkan dalam
kalangan pelajar, namun masih lagi masalah ini berleluasa. Sebagai mahasiswa pendidik di
sini, saya faham perkara ini tidak seharusnya diletakkan beban kepada pentadbiran dan
pengurusan Ipg seratus peratus. Hal ini kerana, negara kita kini menghadapi gemelut
ekonomi yang menuntut kita untuk melakukan penjimatan. Secara tidak langsung, institusi
pendidikan juga terlibat untuk melakukan penjimatan bagi mengurangkan bebas negara.
Demikian, dalam menyiapkan tugasan ini, saya secara peribadinya perlu melanggan
internet tambahan untuk mencari maklumat dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dari
sudut positifnya, ini merupakan sebahagian perngorbanan yang perlu saya lakukan dalam
menuntut ilmu. Tambahan, saya juga telah dibekalkan dengan elaun bulanan. Cuma ia
bergantung kepada saya untuk mengagihkan perbelanjaan saya sebaiknya. Selain itu, pada
pengamatan saya mutu buku yang disediakan di pusat sumber juga kurang memuaskan.
Kebanyakannya adalah buku lama dan kurang mengikut kandungan pelajaran kini. Walau
bagaimanapun, sedikit sebanyak buku buku yang disediakan tersebut dapat membantu
saya untuk membuat rujukan menggunakan sumber yang sahih.

25

Ironinya, segala cabaran dan kekangan tersebut dapat saya hadapi dengan baik
kerana banyak dibantu dan diberi tunjuk oleh bukan sahaja oleh pensyarah saya Encik
Hidzir Bin Zulkeple. Bahkan kawan kawan sekelas serta rakan sebilik saya banyak
memberi cadangan dan komen yang kontruktif untuk saya melakukan penambahbaikan
dalam penulisan akademik saya ini. Seterusnya saya berharap segala input input berguna
yang saya perolehi semasa menyiapkan tugasan ini, dapat saya manfaatkan sebaik
mungkin dalam dunia pendidikan kelas. Akhir kalam, bangkin jatuh sebuah pendidikan
bermula dan berakhir dengan seorang guru dan saya bakal pendidik yang akan mendidik
anak bangsa.

RUJUKAN
Ahmad, M. S. (2004). Psikologi Kanak - Kanak. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas
(M) Sdn. Bhd.
Daud, H. (1996). Perkembangan dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors.
Hamzah, Ersyad. (2013). Psychososial Crisis of Elizabeth Gillbert in Eat, Pray,
Love. Journal of English Literature, Language and Arts.
Kamal, N. F. (n.d.). Unit Sokongan ICT Zon 3. Retrieved from
www.ukm.my/ptjzon3/?page_id=149
Musa, M. Z. (2001). Psikologi Sosial . Selangor: Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd.
Papalia, Diane. (2003). Human Development. New York: McGraw-Hill Inc.
Wah, W. K., Azis, M. I., & Ruhani, R. (2016). Perkembangan Kanak-kanak.
Selangor: UG Press Sdn Bhd .
Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd Rashid,
Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak - Kanak (Siri Pendidikan
Guru). Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail, Noranizah Yusof. (2012). Faktor
Pesekitaran Sosial dan Hubungannya dengan Pembentukan Jati Diri. Jurnal
Hadhari Special Edition, 158. Retrieved from www.ukm.my/jhadhari

26

27

Anda mungkin juga menyukai