Anda di halaman 1dari 8

DUS 2063

TAFSIR AL-QURAN

NAMA AHLI :
 SYIFA’ BINTI FAUZI M051880802
 DAYINI SYAMIMI BINTI JOHAKIMIN M051879402
 NUR FADHILAH BINTI ADZHAR M051883002

NAMA PENSYARAH : USTAZ KHALILULLAH AMIN BIN AHMAD


1.0 Pengenalan

Pengertian tafsir menurut istilah ialah ilmu yang membicarakan perihal Al-Quran
berdasarkan dalil-dalil terhadap maksud dan tujuan Allah sekadar yang termampu oleh
daya pemikiran manusia. Setengah ulamak memberikan pengertian bahawa tafsir ialah
tafsiran yang melingkupi aspek ahwal atau perkara-perkara yang berhubung dengan
kedudukan kalam Allah yang dimulai dari sudut sanad atau sandaran lafaz dan pengertian
makna yang berhubung dengan sesuatu hukum .

Manakala Al-Quran menurut pengertian yang lebih luas ialah kalam Allah SWT yang
diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan satu mukjizat dan
membacanya adalah ibadah . Pengertian ini mengandungi maksud bahawa kalam Allah
yang diturunkan kepada Nabi-Nabi yang lain sebelumnya tidak diertikan sebagai Al-Quran,
begitu juga kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah SAW seperti Hadis Qudsi
tidak dinamakan Al-Quran kerana membacanya tidak dianggap ibadat .
2.0 Pengenalan Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah diturunkan di Mekah dan terdiri daripada 7 ayat. Surah ini disebut
al-Fatihah (pembukaan) kerana surah ini adalah pembukaan atau permulaan al-Quran.
Surah ini juga dinamakan “Ummul Quran” (induk al-Quran) atau “Ummul Kitab” (induk
Al-Kitab) kerana ia merupakan induk dan intisari bagi isi kandungan al-Quran. Al-Bukhari
mengatakan: “Dinamakan dengan Ummul Kitab kerana surah tersebut menjadi surah
pembuka dalam penyusunan mashafnya, dan juga menjadi pembuka pada bacaan dalam
solat.”Dinamakan juga “As-Sab’ul matsaani” (tujuh yang berulang-ulang) kerana ayatnya
yang tujuh dibaca berulang-ulang dalam solat.
3.0 Pengertian Surah Al-Fatihah

‫بِ ۡس ِم ه‬
ِ‫ٱَّلل‬
Dengan nama Allah

‫ٱلر ۡح َٰم ِن‬


‫ه‬
Yang memberi nikmat yang besar-besar seperti akal, sihat dan lain-lain.

‫ٱلر ِح ِيم‬
‫ه‬
Yang memberi nikmat yang halus-halus seperti lazat makan, manis, masin dan lain-lain.

ِ‫ۡٱلح ۡمدُ ِ هَّلل‬


Puji-pujian bagi Allah

‫ب‬
ِ ‫ر‬
Yang Empunya ( Mentadbirkan )

‫ۡٱل َٰعل ِمين‬


Sekalian alam ( manusia, jin dan malaikat )

‫ٱلر ۡح َٰم ِن ه‬
‫ٱلر ِح ِيم‬ ‫ه‬
Yang memberi nikmat yang besar-besar seperti akal, sihat dan lain-lain, yang memberi
nikmat yang halus-halus seperti lazat makan, manis, masin dan lain-lain.

‫َٰم ِل ِك‬
Yang berkuasa ( Mengadili )

‫ِين‬
ِ ‫ي ۡو ِم ٱلد‬
Hari kiamat ( Hari Pembalasan )

ُ‫إِيهاك نعۡ بُد‬


Engkaulah kami sembah
ُ‫و ِإيهاك ن ۡست ِعين‬
Dan Engkaulah tempat kami minta pertolongan

ۡ
‫ٱهدِنا‬
Tunjukkanlah kami ( beserta saudara-saudara kami sesame Islam )

‫ٱلص َٰرط‬
ِ
Jalan ( syariat )

‫ۡٱل ُم ۡست ِقيم‬


Yang lurus

‫ص َٰرط ٱلهذِين أ ۡنع ۡمت عل ۡي ِه ۡم‬


ِ
Jalan ( syariat ) orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat ketas mereka ( dari golongan
para Nabi, syuhada dan solihin )

ِ ‫غ ۡي ِر ۡٱلم ۡغضُو‬
‫ب عل ۡي ِه ۡم‬
Bukan orang-orang yang Engkau murkai ( seperti kaum Yahudi )

‫ضا ٓ ِلين‬
‫وَل ٱل ه‬
Dan pula orang-orang yang sesat ( seperti kaum Nasrani )
4.0 Huraian Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah amatlah luas huraiannya (tafsirannya). Ia mengandungi


keimanan,didikan,pelajaran,peringatan,pegangan hidup dan lain-lain yang sangat banyak.
Ia dibahagikan kepada enam bahagian :

1) Pertama
Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dimulai dengan Nama Allah “Bismillah’’. Hukum
membaca Bismillah itu sunat (diberi pahala). Sebabnya membaca Bismillah itu sunat,
kerana al-Quran sendiri dimulai dengan Bismillah. Sebagai pelajaran kepada orang-
orang Islam,supaya sebarang kerjanya adalah semata-mata untuk Allah dan diatas
nama Allah, tidak diatas nama yang lain.

2) Kedua
Segala keindahan alam yang kita lihat, segala nikmat yang kita kecapi hendaklah kita
puji dan berterima kasih. Hanya Allah sahaja yang berhak menerima pujian, kerana
semuanya itu berpunca daripadaNya. Adapun berterima kasih kepada sesame manusia
yang berbudi juga disuruh, kerana sesiapa yang tiada mengenang budi orang tiadalah
ia bersyukur kepada Allah.

3) Ketiga
Allah itu bersifat pengasih, penyayang kepada hambaNya dengan tidak terhingga.
Itulah sebabnya maka diulang dua kali menyebut lafaz ar-Rahmanirrahim itu didalam
surah ini.

4) Keempat
Hamba Allah yang sebenarnya ialah: Orang yang menyembah kepadaNya tidak kepada
yang lain serta memohon kepadaNya tidak kepada yang lain. Kerana tiada satupun yang
boleh memberi manfaat atau mudharat selain Allah.

5) Kelima
Hendaklah kita minta petunjuk kepada Allah supaya kita dapat melalui jalan yang lurus,
yang menyampaikan kita kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.
6) Keenam
Manusia itu ada tiga golongan:
a) Orang yang mendapat nikmat Allah dan mengikuti perintahNya. Itulah orang
Mukmin yang sejati.
b) Orang yang dimurkai Allah kerana ingkar akan kebenaran agamaNya. Itulah
golongan yahudi.
c) Orang yang sesat dan ragu-ragu tidak tahu jalan mana yang hendak ditempuh. Itulah
golongan Nasrani.

Di dalam Surah al-Fatihah ini tersimpul segala isi al-quran kerana ia sebagai “Ibu
al-Quran”. (Ummul Quran). Oleh kerana itu tiada sembahyang tanpa membaca
Surah Al-fatihah.


5.0 Rujukan

Rozali Adam.( 1985 ), Al-Quran Diantara Tafsir Dan Israilyat – Kuala Lumpur

Ustaz Ahmad Sonhadji B. Mohamad, ( 2012 ), Tafsir Al-Quran Di Radio Juz 1 – Kuala
Lumpur,Batu Caves

Anda mungkin juga menyukai