Anda di halaman 1dari 6

ISI KANDUNGAN

NO. TAJUK MUKA SURAT

1
PENDAHULUAN
Sistem pengurusan Islam adalah satu sistem yang sangat lengkap dan sistematik di
mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Prinsip pengurusannya jelas,
penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang menyeluruh dan
terperinci dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah
SWTdan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.
Pengurusan merupakan satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia dan
komuniti disekelilingnya. Pengurusan dikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti
atau organisasi hinggalah kepada pengurusan sebuah negara.
Konsep pengurusan dalam perspektif Islam adalah menguruskan semua perkara.
Untuk mengenal diri kita sebagai manusia seperti khalifah Allah, mempercayai tuhan,
mengurus dan mentadbir segala yang ada di bumi mengikut kehendak Allah, menguruskan
kedudukan keluarga sendiri dan sebagainya
Terdapat beberapa fungsi pengurusan yang diketahui. Antaranya ialah
merancang,berorganisasi,belajar dan mengawal.
Setiap organisasi tanpa mengira saiznya telah mengembangkan dan melaksanakan
konsep pengurusannya sendiri agar ia dapat berjalan dengan lancar dan mencapai
matlamat,dan objektif serta visi yang telah ditetapkan.

2
BERORGANISASI
Sebenarnya pemerintahan dan kepemimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ al-
Rasyidin merupakan contoh pemerintahan dan kepemimpinan yang terbaik yang pernah
disaksikan di muka dunia ini. Antara ciri-ciri yang menonjol dalam pemerintahan dan
kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ al-Rasyidin adalah keadilan, kesamarataan,
kebebasan dan ketelusan.
Pihak pengurusan mesti mengatur semua sumbernya untuk melaksanakan tindakan
yang ditentukan dalam proses perancangan. Melalui proses pengorganisasian, pengurusan
akan menentukan struktur organisasi dalaman, menjalin dan mengekalkan hubungan serta
memperuntukkan sumber yang diperlukan.
Sebagai contoh yang kita boleh ambil masa zaman Rasulullah SAW ialah, Rasulullah
SAW sebagai ketua negara.
Rasulullah s.a.w. merupakan ketua negara Islam yang pertama. Pemerintahan
Rasulullah s.a.w. juga tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang telah diperintahkan oleh
Allah s.w.t. dalam al-Qur’an iaitu mendaulatkan hukum Allah, menegakkan keadilan,
kebebasan dan ketelusan, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, membina
perpaduan dan menjamin keamanan dan keharmonian.
Dalam pemerintahannya, Rasulullah s.a.w. berusaha untuk mendaulatkan semua
hukum-hakam yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam semua aspek. Ini termasuk hukum
yang berkaitan dengan aspek politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, sosial,
pendidikan, kekeluargaan dan lain-lain. Dalam aspek politik dan pentadbiran umpamanya,
Rasulullah s.a.w. melaksanakan sistem pentadbiran secara syura iaitu secara perundingan dan
mesyuarat seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Walaupun Baginda seorang rasul dan
makhluk yang paling mulia, namun Baginda tetap meminta pandangan sahabat-sahabat
Baginda dalam menjalankan pentadbiran, khususnya dalam perkara yang tiada wahyu
diturunkan. Ini menjadikan sistem pentadbiran Rasulullah s.a.w. begitu telus dan terbuka.
Amalan syura ini bukan sahaja dipraktikkan dalam konteks pemerintahan biasa,
malah dalam peperangan Rasulullah s.a.w. juga. Contoh yang ketara dalam hal ini ialah
ketika menentukan kedudukan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh dalam
peperangan Badar, Uhud dan Khandak. Dalam merancang strategi peperangan ini, Baginda
berbincang dengan para Sahabat dan menerima pandangan Sahabat tentang kedudukan yang
paling baik bagi tentera Islam.
Dalam aspek undang-undang, Rasulullah s.a.w. juga melaksanakan sepenuhnya
sistem perundangan seperti yang dikehendaki oleh al-Qur’an baik dalam aspek jenayah
mahupun dalam aspek mal (sivil). Perundangan Islam yang terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu hudud, qisas dan ta’zir berteraskan keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira perbezaan
darjat, status sosial, ekonomi, bangsa dan sebagainya. Orang yang bersalah tetap bersalah dan
dikenakan hukuman yang setimpal sekalipun dia golongan bangsawan dan begitu juga
sebaliknya.

3
Dalam bidang ekonomi, Rasulullah s.a.w. mematuhi sistem ekonomi yang diasaskan
daripada al-Qur’an yang menekankan keadilan. Untuk menjamin keadilan dan memastikan
agar kekayaan tidak dibolot oleh segolongan kecil ahli masyarakat sahaja, maka pelbagai
institusi ekonomi diwujudkan oleh Islam. Antara institusi itu ialah institusi zakat, sedekah,
baitul mal, waqf, pusaka, kharaj dan lain-lain. Melalui institusi-institusi ini, hak orang kaya
dijamin keselamatannya, manakala orang miskin pula dibela dan dibantu dengan sewajarnya.
Sistem ekonomi Rasulullah s.a.w. menghapuskan amalan riba yang sebelum ini diguna pakai
oleh orang Yahudi Madinah ke atas orang Arab.
Dalam aspek sosial pula, Rasulullah s.a.w. berusaha melaksanakan perintah al-Qur’an
dari segi kehidupan sosial yang aman, makmur dan harmoni. Dengan itu, pelbagai institusi
sosial diwujudkan seperti institusi persaudaraan dan kekeluargaan (munakahat), institusi
masjid, kejiranan dan lain-lain. Langkah pertama Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan masjid
sebagai pusat segala urusan harian yang meliputi bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan
termasuk urusan pentadbiran dan pemerintahan negara adalah merupakan tindakan yang
sangat besar kesannya kepada kebajikan negara. Hal ini kerana masjid sebagai rumah Allah
s.w.t. bukan sahaja tempat untuk solat berjemaah, malah adalah institusi yang mendokong
keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan.
Di samping itu, Baginda juga mewujudkan beberapa jawatan dan antara jawatan yang
diwujudkan ialah na’ibin atau nuwwab. Orang yang memegang jawatan ini bertindak sebagai
timbalan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan mengetuai pentadbiran negara ketika Baginda
tiada di Madinah, sama ada untuk tujuan ketenteraan ataupun dakwah.
Keunggulan Rasulullah s.a.w. sebagai pemerintah bukan sahaja diakui oleh
masyarakat Islam, malah oleh pengkaji sejarah daripada kalangan masyarakat bukan Islam.

4
LEADING / KEPIMPINAN

Menurut pandangan Islam, manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka
bumi dan setiap manusia adalah pemimpin secara langsung atau tidak langsung. Seperti yang
kita sedia maklum, Nabi Muhammad adalah pemimpin yang dipilih dan dilantik oleh Allah
SWT untuk memimpin manusia ke jalan yang benar. Kepimpinan baginda terserlah ketika
baginda berada di Kota Mekkah iaitu sebelum menerima wahyu sebagai Nabi dan Rasul dan
sifat kepimpinan tersebut semakin menyerlah ketika baginda berhijrah ke Madinah. Baginda
juga disifatkan sebagai contoh yang terbaik, berakhlak sebagaimana yang diajar di dalam Al-
Quran. Baginda bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul malah baginda juga merupakan
pemimpin masyarakat dan negara yang disegani rakyat.

Kepimpinan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agama. Baginda mempunyai


empat sifat terpuji iaitu yang pertama, Siddiq bermaksud benar. Baginda dikenali sebagai
seorang yang berkata benar dan tidak pernah menipu. Pada diri baginda bukan sahaja
perkataan yang benar malah perbuatan baginda turut benar yakni sejalan dengan ucapannya.
Bukti di dalam Firman Allah, Surah An-Najm ayat ke-53 yang bermaksud,

“Dan ia tidak memperkatakan sesuatu yang berhubung dengan agama Islam menurut
kemahuan dan pendapatnya sendiri”.

Sifat yang kedua ialah amanah. Rasulullah tidak pernah mengkhianati sesiapa pun. Apabila
diberikan sesuatu amanah, baginda pasti akan menjaga amanah tersebut dengan baik.
Contohnya, baginda menyampaikan risalah dan hidayah daripada Allah melalui malaikat
Jibril kepada umat manusia sebagai satu amanah. Oleh kerana sifat amanah baginda terserlah
maka baginda digelar Al-Amin oleh penduduk Mekkah.“Aku menyampaikan amanat amanat
Tuhanku kepadamu dan aku hanyalah pemberi nasihat yang terpecaya bagimu”(Surah Al-
A’raf : 68). Mustahil Rasulullah SAW itu berlaku khianat terhadap orang yang memberinya
amanah. Baginda tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Rasul atau sebagai
pemimpin bangsa Arab untuk kegunaan peribadinya atau keluarganya, namun apa yang
dilakukan oleh baginda adalah semata-mata untuk kepentingan Islam sahaja

Sifat yang seterusnya ialah tabligh atau menyampaikan. Segala firman Allah yang
diturunkan disampaikan oleh baginda dan tidak ada satu pon yang disembunyikan oleh
baginda walaupun ia menyinggung baginda sendiri. Firman Allah di dalam Surah Al-Jin : 28
yang bermaksud :

5
“Supaya Dia mengetahui bahawa sesungguhnya Rasul-Rasul itu telah menyampaikan
risalah-risalah Tuhannya sedang ilmuNya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia
menghitung segala sesuatu yang persatu”

Fathonah merupakan bijaksana. Mustahil bagi seseorang Rasul itu bersifat bodoh atau jahlun.
Dalam menyampaikan ayat Al-Quran dan kemudia menjelaskannya dalam puluhan ribu hadis
memerlukan kebijaksanaan yang sangat luar biasa. Baginda mampu menjelaskan firman-
firman Allah kepada kaumnya sehingga mereka mahu memeluk Islam. Nabi juga mampu
berdebat dengan orang kafir dengan cara yang sebaiknya. Apatah lagi baginda mampu
mengatur umatnya sehingga berjaya mentransformasikan bangsa Arab Jahiliah yang asalnya
bodoh sehingga menjadi satu bangsa yang berbudaya dan berpengetahuan.

Baginda sebagai pemimpin masyarakat dan negarawan. Baginda Muhammad SAW


terkenal sebagai pemimpin dan negarawan. Semasa di Madinah, sifat-sifat kepimpinan
baginda dalam masyarakat terserlah. Bukti baginda merupakan pemimpin yang hebat ialah
apabila baginda berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan
keturunan setelah perpecahan begitu lama.

Anda mungkin juga menyukai