Anda di halaman 1dari 41

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,

KOTA PUTRA, JALAN BUKIT KELUANG


22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN

NAMA : NUR HAFIZAH BINTI ADZHAR


NO.KP : 960830 – 09 - 5028
NO. ANGKA GILIRAN :

FTGK3013: FOTOGRAFI

NAMA PENSYARAH : TS BAHARUDDIN BIN HUSSIN


JABATAN : JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
TARIKH HANTAR : 23 FEBRUARI 2020

Bil Perkara Penanda 1 Penanda 2

1 Tugasan 1: Penghasilan karya - 60%

2 Tugasan 2: Portfolio (teknik Fotografi) -20%

3 Tugasan 3: Laporan Kerja Kursus – 10%

4 Tugasan 4: Penulisan Apresiasi – 10%

JUMLAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN


B

Nama :NUR HAFIZAH BINTI ADZHAR Angka Giliran Pelajar :


Kod : FTGK3013 Nama Kursus: Fotografi
Pensyarah :
TS BAHARUDDIN BIN HUSSIN
Tarikh Hantar : Tarikh Diterima ( Diisi oleh pensyarah)

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:________________________ Tarikh ___________________


( NUR HAFIZAH BINTI ADZHAR )

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:


Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah.

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan
fahami.
Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar : Tarikh :


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

TAHUN 2020

MAKLUMAT PELAJAR

NAMA NUR HAFIZAH BINTI ADZHAR

NO.KAD 960830 – 09 - 5028


PENGENALAN

AMBILAN JUN 2016

KURSUS BAHASA ARAB

ALAMAT TAMAN BESERI MURNI KANGAR, PERLIS

NO.TEL 018 - 7666896

1
ISI KANDUNGAN

2
BIODATA PELAJAR 1

HALAMAN PENGAKUAN 2

ISI KANDUNGAN 3

TUGASAN KERJA KURSUS

PENGHARGAAN 4

1.0 PENGHASILAN KARYA 5 - 10

2.0 PORTFOLIO (TEKNIK FOTOGRAFI) 11 - 17

3.0 PORTFOLIO (LAPORAN KERJA KURSUS) 18 - 35

4.0 PENULISAN APRESIASI

PENGHARGAAN

3
‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan hanyalah kepada Allah S.W.T. kerana


dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya dapat saya menyiapkan kerja kursus Fotografi
(FTGK3013) ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih ditujukan buat para pensyarah bagi
subjek ini, Encik Haji Mohamad Yusoff bin Ahmad, Encik Abd Hakim Bin Abdul Majid dan
Encik Baharuddin Bin Hussin atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya
dan rakan-rakan sepanjang kami menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Sekalung penghargaan juga saya curahkan buat sahabat-sahabat saya atas


kerjasama dan bantuan yang dihulurkan sepanjang proses menyelesaikan tugasan ini. Tidak
lupa juga buat ahli keluarga saya terutamanya kedua-dua ibu bapa saya atas sokongan dan
dorongan yang diberikan untuk saya menyiapkan kerja kursus ini.

Besar harapan saya agar hasil karya ini mampu mendatangkan manfaat buat diri
saya dan para pembaca.

Sekian, terima kasih.

4
TUGASAN
1

5
1.1 DEPTH OF FIELD

Konsep Fotografi : Depth Of Field

Aperture : f/6.3

Shutter Speed : 1/100 sec.

ISO speed : ISO-100

6
Focal length : 28 mm

Jenis Kamera / Model : Canon EOS 1100D

Lokasi : Sawah Padi Kg Kerandang

1.2 DEPTH OF FIELD

Konsep Fotografi : Depth Of Field

Aperture : f/3.5

Shutter Speed : 1/100 sec.

ISO speed : ISO-800

7
Focal length : 20 mm

Jenis Kamera / Model : Canon EOS 650D

Lokasi : Sekolah Kebangsaan Kerandang.

1.3 SYMMETRY

Konsep Fotografi : Rule Of Third / Symmetry

Aperture : f/2.2

Shutter Speed : 1/1429 sec.

ISO speed : ISO-109

8
Focal length : 3.37 mm

Jenis Kamera / Model : OPPO A3S

Lokasi : OSAKA

1.4 CLOSE UP

Konsep Fotografi : Close Up

Aperture : f/2.2

Shutter Speed : 1/50 sec.

ISO speed : ISO-100

9
Focal length : 27 mm

Jenis Kamera / Model : HUAWEI ELE – L29

Lokasi : Kawasan Rumah

1.5 MAKRO

Konsep Fotografi : Makro

Aperture : f/2.2

Shutter Speed : 1/100 sec.

ISO speed : ISO-80

10
Focal length : 27 mm

Jenis Kamera / Model : HUAWEI ELE – L29

Lokasi : LADYBIRD

TUGASAN
2

11
2.1 DEPTH OF FIELD

12
Konsep Fotografi : Depth Of Field

Aperture : f/6.3

Shutter Speed : 1/100 sec.

ISO speed : ISO-100

Focal length : 28 mm

Jenis Kamera / Model : Canon EOS 1100D

Lokasi : Sawah Padi Kg Kerandang

Saya telah merakamkan gambar tersebut menggunakan konsep Depth Of Field.


Sepertimana yang telah dipelajari, konsep Depth Of Field merupakan salah satu kaedah
yang digunakan untuk merakam gambar dengan mendapatkan ketajaman gambar yang
pelbagai. Teknik ini memerlukan seseorang jurufoto untuk mengubah nilai aperture pada
kamera supaya gambar yang hendak difokuskan berjaya dirakam.

Sepertimana gambar di atas, saya telah menggunakan aperture f/6.3. Untuk


mendapatkan gambar yang kabur di bahagian belakang, nilai f-stop pada kamera haruslah
rendah. Hal ini untuk memastikan hanya sebahagian gambar sahaja yang kelihatan tajam
manakala sebahagian lainnya dikaburkan. Nilai f-stop yang rendah menjadikan bukaan
lensa pada kamera adalah besar seterusnya membolehkan banyak cahaya masuk ke
dalamnya.

Penggunaan ISO yang rendah iaitu 100 digunakan untuk menyeimbangkan kembali
kadar cahaya terhadap gambar yang dihasilkan. Perkara ini bertujuan untuk memastikan
gambar tersebut tidak terlalu terang dan tidak juga terlalu gelap. Faktor lain juga adalah
kerana gambar tersebut dipotret di kawasan luar pada siang hari.

Gambar ini juga telah dirakam menggunakan teknik makro. Teknik makro merupakan
satu teknik fotografi di mana gambar objek dipotret dengan jarak yang sangat dekat
sehingga objek tersebut kelihatan besar. Penggunaan teknik ini seterusnya membuatkan
objek tersebut lebih berfokus dan tertumpu.

“Keychain” tersebut dirakamkan dengan berlatar belakang sawah padi sebagai


simbolik kepada usaha mencari pendapatan sampingan walaupun masih bergelar pelajar.
Semasa berada di sawah padi tersebut, saya tersentuh melihat usaha bapa – bapa yang
berusaha keras untuk mencari sumber pendapatan kepada ahli keluarga mereka.

13
2.2 DEPTH OF FIELD

14
Konsep Fotografi : Depth Of Field

Aperture : f/3.5

Shutter Speed : 1/100 sec.

ISO speed : ISO-800

Focal length : 20 mm

Jenis Kamera / Model : Canon EOS 650D

Lokasi : Sekolah Kebangsaan Kerandang.

Gambar ini turut dirakam menggunakan konsep Depth Of Field. Namun demikian,
penggunaan f-stop sebanyak f/3.5 adalah tidak terlalu rendah menyebabkan latar belakang
gambar tidak terlalu kabur. Bukaan lensa yang kecil membenarkan hanya sedikit sahaja
cahaya masuk ke dalamnya. Nilai f-stop yang kecil juga telah mempersempitkan kawasan
ketajaman gambar lalu menyebabkan latar belakang objek menjadi kabur walaupun sedikit.

ISO yang tinggi iaitu sebanyak 800 telah dipilih memandangkan gambar tersebut
telah dipotret di kawasan dalam atau lebih mudah disebut ‘indoor’. Nilai ISO yang tinggi
telah memberikan hasil foto yang terang. Dipadankan pula dengan nilai aperture yang
rendah, gambar tersebut telah terhasil dengan mendapatkan kadar pencahayaan yang
mencukupi.

Selain itu, gambar yang dirakam ini juga telah menggunakan konsep Rule Of Third.
Kedudukan objek dirakam dibahagian tepi kiri gambar. Rule Of Third merupakan salah satu
kaedah mengambil gambar di mana kedudukan objek tidak berada di tengah-tengah
gambar. Kedudukan kepala model yang menghala ke sebelah kiri telah menyeimbangkan
gambar kerana ruangan kosong telah dilebihkan di bahagian sebelah kiri model.

Penggunaan shutter speed tidak terlalu ditekankan dalam merakam foto ini kerana
model berada dalam keadaan statik semasa foto ini dirakam. Namun begitu, ianya memberi
sedikit kesan terhadap pencahayaan yang terhasil dalam gambar tersebut. Justeru, jelaslah
bahawa nilai aperture, shutter speed dan iso sangat memberi kesan terhadap cahaya yang
terhasil di dalam sesebuah gambar.

Gambar ini dirakamkan semasa saya dan rakan – rakan praktikum dijemput
menghadiri Majlis Sanjungan Budi Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kerandang yang

15
akan berkhidmat di PPD Besut. Semasa menjalani praktikum fasa 1 di sekolah tersebut,
kepimpinan dab disiplin kerja beliau telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam
kepada saya sebagai bakal guru.

2.3 SYMMETRY

16
Konsep Fotografi : Rule Of Third / Symmetry

Aperture : f/2.2

Shutter Speed : 1/1429 sec.

ISO speed : ISO-109

Focal length : 3.37 mm

Jenis Kamera / Model : OPPO A3S

Lokasi : OSAKA

Rakaman gambar menggunakan konsep symmetry memerlukan seseorang


fotografer untuk memastikan objek dan pemandangan kiri dan kanan adalah sama rata. Hal
ini kerana konsep symmetry itu sendiri menjelaskan bahawa objek perlu diletakkan ditengah
– tengah untuk menampakkan persamaan kir dan kanan.

Walau bagaimanapun, objek yang berada di tengah perlulah kuat supaya tidak
kelihatan tenggelam. Lantaran itu, objek yang berada ditengah adalah model yang memakai
pakaian yang berwarna terang dan cerah. Warna pakaian tersebut telah menaikkan gambar
objek yang telah dirakamkan.

Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh bukaan lensa kepada filem. Kelajuan
shutter yang tinggi seperti 1/1429 akan menghentikan subjek yang bergerak. Berpindah pula
kepada ISO dan nilai aperture. Saya telah menetapkan nilai ISO yang rendah kerana
gambar telah dirakam pada waktu tengah hari. Dibantu pula dengan cahaya di sekeliling
jalan, saya melihat bahawa nilai ISO sebanyak 109 adalah mencukupi dan telah
menghasilkan gambar yang tidak terlalu gelap dan tidak juga terlalu terang sehingga
menutup keadaan sebenar pada waktu tersebut.

Gambar ini dirakamkan semasa saya dan rakan – rakan bercuti di Osaka, Jepun.
Gambar ini merupakan kenangan yang akan diingati apabila berpeluang untuk menjejakkan
kaki di Jepun. Sebagai seorang yang gemar melancong, saya berharap saya akan
berpeluang untuk menjejakkan kaki di seluruh dunia. Pengalaman bercuti di Jepun, Vetnam,
Indonesia, Mymmar dan Jordan merupakan pengalaman yang sangat berharga.

17
18
TUGASAN
3

19
BAHAN - BAHAN
PEMBELAJARAN

3.1 BAHAN-BAHAN PEMBELAJARAN

Bahan – bahan pembelajaran merupakan eleman yang penting dalam proses


pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Bahkan pemilihan bahan – bahan pembelajaran yang sesuai
akan membantu guru untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, tepat, cepat
serta menarik.

Semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan fotografi, para pensyarah telah


mempelbagaikan menggunakan bahan – bahan pembelajaran bagi membantu kami
memahami teknik – teknik fotografi dengan baik. Antara bahan – bahan pembelajaran yang

20
digunakan ialah Powerpoint, Video dan amali secara langsung. Penggunaan Powerpoint
adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat bagi setiap tajuk yang dipelajari dengan
lebih mudah dan tepat. Powerpoint yang disediakan oleh para pensyarah juga banyak
membantu kami memahami setiap tajuk yang dipelajari dengan lebih baik. Hal ini kerana,
bahan yang disediakan telah mengikut kandungan yang diperlukan di dalam sesuatu tajuk
yang dipelajari.

Penggunaan video pula sangat membantu kami untuk memahami dengan lebih baik
tentang teknik fotografi, jenis – jenis foto dan sebagainya. Manakala pembelajaran secara
amali juga sangat membantu kami untuk menguasi setiap tajuk yang dipelajari itu secara
praktikal. Para pensyarah akan meminta kami mengambil gambar bagi setiap jenis teknik
yang diambil. Gambar – gambar tersebut kemudiannya dihantar di Telegram dan di
Schoology. Para pensyarah sangat menitiberatkan elemen pembelajaran abad ke 21. Di
mana penggunaan aplikasi – aplikasi pembelajaran seperti Telegram dan Schoology
diterapkan di dalam kelas. Oleh itu, para pensyarah dan pelajar boleh berkomunikasi atas
talian sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan dengan pembelajaran.

Shutter Speed

Komposisi

21
Ukuran Gambar

Mencetak dan Persembahan

Fotografi Dalam Studio

22
Group Shoology Group Telegram

Antara video yang digunakan dalam pembelajaran

23
AMALI YANG
DILAKSANAKAN

3.2 AMALI YANG DILAKSANAKAN

SEBELUM 24
Bagi kerja kursus fotografi (FTGK3013) pada semester ini, saya telah mengadakan
sesi pengambaran bersama dengan dua orang rakan iaitu Mazlinda dan Siti Najeeha. Kami
berkerjasama dan berkolaborasi semasa sesi pengambaran di lakukan. Sebelum
memulakan kerja kursus ini, kami merancang dan berbincang mengenai jenis foto yang
akan diambil. Kami juga telah berbincang tentang lokasi untuk mengambil gambar. Kami
memilih Kampung Kerandang sebagai destinasi untuk mengambil gambar. Selain itu, saya
juga mengambil beberapa gambar semasa bercuti di luar negara untuk dimasukkan dalam
kerja kursus ini. Antaranya gambar semasa bercuti di Osaka, Jepun dan di Oslo,
NorwaySelain itu, sebelum memulakan sesi pengambaran di Kampung Kerandang, kami
telah menyediakan peralatan seperti kamera DSLR dan telefon pintar untuk digunakan
sepanjang sesi pengambaran. Bagi melancarkan sesi pengambaran tersebut kami
memastikan bateri kamera dan telefon pintar dalam keadaan bateri yang penuh.

Selanjutnya, kami juga merancang untuk memulakan sesi pengambaran ini pada
waktu petang. Hal ini kerana, pada waktu pagi kami terikat dengan aktiviti di sekolah dan
kami merasakan pencahayaan pada waktu tersebut adalah lebih baik. Tambahan pula, kami
telah mengambil masa yang agak lama untuk setting kamera mengikut kesesuaian suasana
latar belakang pemandangan serta objek yang ingin diambil untuk mendapatkan hasil yang
lebih menarik. Sebelum ke lokasi pengambaran kami telah berbincang dan mempelajari
beberapa info fotografi. Hal ini kerana, kami masing-masing tidak mempunyai bakat dalam
dunia fotografi.

25
SEMASA

Semasa sesi pengambaran berlangsung, kami telah menghadapi beberapa masalah


semasa sesi mengambil gambar kerana kami perlu menggunakan teknik-teknik fotografi
seperti aperture, ISO, kelajuan shutter, jarak fokus serta lens filter. Hal ini kerana, kami
menggunakan teknik seperti berikut untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik dan
realistik. Selama ini, saya tidak pernah menitik beratkan semua elemen tersebut semasa
mengambil gambar. Seterusnya, bagi kami konsep fotografi yang agak sukar untuk setting
gambar adalah seperti B-Stop dan Depth Of Field. Oleh sebab itu, ia mengambil masa yang
agak lama untuk kami menyiapkan sesi pengambaran ini. Oleh hal yang demikian, saya
telah meminta pendapat daripada beberapa orang rakan yang mahir dalam konsep fotografi
ini.

Sepertimana yang telah dirancang, kami memilih suasana pada waktu petang untuk
sesi pengambaran kami kerana gambar-gambar yang diambil menampakkan pemandangan
kelihatan lebih nyaman dan tenang. Kami juga tidak memilih suasana pada waktu tengah
hari disebabkan waktu tersebut agak panas dan pencahayaan bagi kamera sukar dilakukan.
Saya dan rakan – rakan saling bantu – membantu antara sama lain semasa mengambil
gambar. Kami juga telah berjumpa dengan beberapa orang penduduk kampung yang
kebetulan berada di sawah.

26
SELEPAS

Setelah selesai sesi pengambaran yang telah dilakukan, saya mengambil masa
dalam seminggu untuk menghasilkan portfolio laporan kerja kursus bagi FTGK3013 ini.
Untuk menghasilkan portfolio yang lebih teratur, saya telah memilih gambar-gambar yang
menarik dan terbaik mengikut spesefikasi yang diinginkan. Saya juga telah memilih gambar
– gambar yang memberikan makna tertentu kepada saya untuk dimasukkan dalam
penulisan kerja kursus ini. Nota – nota yang diberikan oleh para pensyarah sangat
membantu saya untuk melengkapkan penulisan kerja kursus ini.

Akhir sekali, amali yang dilaksanakan ini telah banyak memberikan saya ilmu dan
manfaat di samping membolehkan saya melihat dengan lebih dekat konsep-konsep dan
teori-teori fotografi yang telah dipelajari. Amali ini juga sedikit sebanyak mampu mengasah
bakat saya dalam bidang ini di samping menambahkan kemahiran dalam diri saya sendiri
dan seterusnya boleh diaplikasikan pada masa akan datang. Justeru, pengaplikasian
sesuatu ilmu yang dipelajari adalah penting dalam diri seseorang kerana setiap ilmu mampu
mendatangkan manfaat bukan sahaja buat diri kita bahkan buat masyarakat di sekeliling
kita.

27
5 KEPING FOTO
YANG DICETAK

28
3.3 5 KEPING FOTO YANG DICETAK

DEPTH OF FIELD

29
SYMMETRY

MAKRO

30
CLOSE UP

31
APLIKASI YANG
DIGUNAKAN

32
3.4 APLIKASI YANG DIGUNAKAN

Dengan kecanggihan teknologi pada hari ini pastinya mudah untuk bagi kita untuk
mendapatkan hasil gambar yang menarik walaupun dengan hanya menggunakan kamera
digital. Hal ini kerana terdapat pelbagai aplikasi yang boleh digunakan untuk mengedit
gambar. Antara aplikasi yang sering saya dengari ialah Snapseed, VSCO, Adobe Lightroom,
Canva dan juga PicsArt. Namun begitu, aplikasi yang sering saya gunakan ialah PicsArt dan
Canva.

Saya telah menggunakan aplikasi PicsArt dalam mengedit gambar yang telah
dirakam. Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang sering digunakan oleh mereka
yang hanya menggunakan telefon bimbit untuk mengeditkan gambar bagi menambahkan
lagi seri terhadap gambar yang dipotret. Perisiannya yang pelbagai dan mudah digunakan
membolehkan saya memperbaiki kecacatan yang terdapat pada gambar seterusnya
menjadikan gambar tersebut terlihat menarik dan cantik. Selain memperbaiki kecacatan,
gambar juga boleh digabungkan menggunakan aplikasi ini sehingga gambar-gambar
tersebut mampu kelihatan seperti sebuah gambar yang dirakam pada waktu yang sama.
Kreativiti diperlukan dalam hal ini untuk memastikan gambar tersebut terlihat asli walaupun
setelah diedit.

33
Seterusnya, terdapat beberapa fungsi lain dalam menggunakan aplikasi ini.
Antaranya adalah untuk menghilangkan sesuatu objek pada sesebuah gambar, mengubah
warna gambar dan mengubah ukuran gambar sama ada menjadi lebih kecil ataupun lebih
besar. Selain itu, tulisan juga boleh ditambah pada foto sekiranya dikehendaki. Tuntasnya,
aplikasi di telefon bimbit lagi mudah digunakan dan memudahkan kita untuk
menggunakannya pada bila – bila masa sahaja. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan
hasil yang lebih menarik dan kemas, seseorang jurufoto itu masih perlu mempelajari dan
mendalami ilmu penggunaannya untuk mengetahui fungsi setiap button yang terdapat di
dalamnya.

34
TUGASAN
4

35
4.0 PENULISAN APRESIASI

Berdasarkan
gambar yang telah dirakamkan
tersebut, merupakan
gambar sepasang suami isteri. Lelaki tersebut merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsan
Kerandang yang telah menabur bakti hampir 7 tahun di sekolah tersebut. Beliau
kemudiannya telah dinaikkan pangkat dan akan bertugas di PPD Besut. Gambar tersebut
telah dirakamkan semasa menghadiri Majlis Sanjungan Budi yang diadakan khas buat
beliau oleh pihak sekolah. Saya amat menyukai gambar ini walaupun gambar beliau
sengaja dirakamkan dalam bentuk blur.

Berkenaan dengan imej ini, ia merupakan potret yang sangat bagus. Subjek
kelihatan selesa dan santai daripada ekspresi wajah yang ditunjukkannya. Dari segi
komposisi dan persepektif pula, kepala ditangkap dalam orientasi potret.

36
Walaubagaimanapun terdapat saat-saat penembusan dalam orientasi landskap yang
berfungsi dengan baik. Di sini ia meletakkan model di sebelah kiri imej yang sepadan
dengan beberapa garisan grid 'aturan baris ketiga' yang bersilang. Di samping itu, gambar
bunga dan gambar Tuan Guru Besar dipisahkan dengan cara imej dikaburkan dengan
lembut dan membentuk latar belakang yang menarik untuk subjek bagi kelihatan ringkas
dan sederhana tetapi masih berseni.

Dari segi penggunaan kamera, pendedahan dan kelajuan pula saya suka pilihan
panjang fokus 20 mm untuk imej ini kerana ia mewujudkan kedalaman medan yang jelas
dan merupakan pilihan yang baik untuk menangkap potret. Saya suka bahawa imej ini
menggunakan ISO 800 kerana merupakan gambar indoor di dalam dewan dan ia cenderung
untuk menyediakan warna yang kelihatan pudar dan imej yang kelihatan noise.
Walaubagaimanapun, saya fikir kelajuan pengatup imej ini pada 1/100 adalah cukup pantas.

Dari segi warna dan pencahayaan pula, saya suka kejelasan imej yang ditunjukkan.
Saya fikir nilai-nilai nada di sini secara amnya agak rata. Imbangan warna kelihatan baik
dengan bunga – bungaan yang berwarna puith, biru dan ungu. Dari segi fokus pula, saya
fikir fokusnya pada umumnya baik. Saya berpendapat bahawa, reaksi wajah yang diblurkan
itu menyembunyikan rasa dan perasaan Tuan Guru Besar.

Saya memilih gambar ini kerana semasa menjalani praktikum fasa 1 pada semester
7 yang lalu, kepimpinan dan cara kerja beliau telah memberikan inspirasi kepada saya
sebagai seorang bakal guru. Beliau telah menunjukkan disiplin kerja yang sangat baik
kepada saya dan rakan – rakan. Oleh itu, saya berasa sangat gembiran apabila mendengar
khabar beliau telah akan bertugas di PPD Besut. Kewibawaan beliau dalam tugas
sememangnya tidak boleh disangkalkan. Saya juga berasa sangat bersyukur dipanggil
untuk bersama – sama dengan pihak sekolah bagi meraikan beliau dalam Majlis Sanjungan
Budi tersebut.

37
REFLEKSI

Alhamdulillah, berkat keizinan daripada Illahi saya dapat menyiapkan tugasan kerja
kursus Fotografi (FTGK3013) yang diberikan ini dengan jayanya.  Di kesempatan ini, saya
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah Jabatan Teknologi
Pendidikan atas tunjuk ajar dan bimbingan mereka banyak membantu saya dalam proses
menghasilkan tugasan kali ini.  Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dan
pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan
tugasan ini.

Sudah menjadi lumrah di dunia ini apabila melakukan sesuatu usaha, maka akan
ada masalah-masalah yang muncul sepanjang usaha tersebut dijalankan. Penghasilan
tugasan saya ini juga tidak terkecuali daripada menghadapi beberapa masalah dan saya
telah mendapat jalan penyelesaian dalam menghadapinya. Sepanjang proses menyiapkan
kerja kursus ini, saya menghadapi sedikit kesulitan dari segi pengurusan masa kerana
jadual yang agak padat. Hal ini kerana, saya menjalani Internship selama sebulan di
Sekolah Kebangsaan Renek dan dalam fasa melengkapkan penulisan kajian. Oleh itu,
banyak perkara yang perlu saya selesaikan membuatkan masa agak padat dan terhad
dalam kehidupan harian saya.

Menerusi tugasan ini, saya merasa bahawa seorang guru mempunyai tugas dan
peranan yang amat penting dalam mendidik anak bangsa. Oleh sebab itu, segala yang
disampaikan oleh guru sangat penting. Guru yang bertanggungjawab mencorakkan
pengajaran dan pembelajaran harian murid-murid. Dalam mendidik anak bangsa, pelbagai
aspek dan perkara yang perlu dipelajari oleh seorang guru bukan sahaja dari aspek
pendidikan malah rohani juga perlu dibentuk bagi melahirkan insan yang seimbang. Maka
kerja kursus fotografi ini dapat memberi saya pengetahuan yang lebih luas di luar bidang
pendidikan. Hal ini saya bersyukur kerana tugasan ini memberikan saya lebih banyak
pengetahuan secara tidak langung dapat membuka minda saya dan dapat melahirkan guru
yang serba boleh.

38
Berkat pertolongan pensyarah dan juga rakan-rakan, saya semakin jelas dalam
melaksanakan tugasan ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung semasa saya
melaksanakan kerana telah memberikan kerjasama yang positif dan jitu dalam memberi
maklumat yang dikehendaki.

39

Anda mungkin juga menyukai