Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN 4

PENULISAN APRESIASI

1
Rajah 1

Tajuk : CINTA
Jurugambar : Muhammad Al Amin bin Al Mansor
Lokasi : Pantai Klebang,Melaka
Tarikh : 8 Februari 2019
Masa : 7.00 pm
Kamera : NIKON D3100
Teknik : Silhoutte
ISO : 100
Aperture : f/8.0
Shutter speed : 1/400s

2
Seni fotograji adalah pergabungan antara teknologi dan seni. Berbagai nilai estetika tIdak
tercakup dalam teknologi harus diselaraskan dengan proses teknik untuk memberi karakter dan
keindahan pada hasil visualnya. Seni fotografi bukan sekadar merupakan apa adanya dari dunia,
tapi menjadi karya seni yang kompleks dan media gambar yang juga memberi makna dan pesan.
(Yekti Herlina, 2005)

Rajah 1 merupakan hasil karya Muhammad Al-Amin yang diambil di Pantai Klebang, Melaka.
pada 8 Februari 2019 dengan menggunakan teknik Sillhoutte. Ini merupakan satu karya kreatif
yang wajar diberikan pujian dan penghargaan. Berdasarkan hasil karya tersebut kita dapat
melihat maksud dan mesej yang ingin disampaikan oleh jurugambar dengan jelas. ‘Sekeping
gambar adalah lebih bernilai daripada seribu perkataan’, itu adalah kata pepatah yang
memberikan nilai harga yang tinggi pada sesuatu hasil karya (Moore, 2004, hal.12).

Apabila dilihat penggunaan teknik “Silhoutte “ pada gambar ini amat bersesuaian dengan
gambaran yang menunjukkan tema “Kasih sayang “.Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka
(2005) ,sillhoutte didefinisikan sebagai satu imej atau gambar seseorang atau sesuatu dlm bentuk
bayang.penggunaan baying hitam di sebalik matahari pada masa yang tepat pada gambar ini
jelas menunjukkan penggunaan teknik “silhouette” dan teknik “lens flare” yang betul. “Flare”
adalah cahaya yang masuk dan terpantul diantara kaca yang ada di dalam lensa. Lensa-lensa
yang mempunyai struktur optik yang rumit lebih berpotensi menghasilkan lens flare berbanding
lensa-lensa sederhana. Kesan ini di sisi lain juga boleh membuatkan foto ini lebih dramatic
mengikut tema pengkarya itu sendiri bertepatan dega tekni sillhoutte pada masa senja .Di
samping itu penggunaan dua teknik ini menunjukkan keunikan di mana pengkarya kreatif dalam
membuat penggabungan teknik pada lokasi penggambaran.

3
Rajah 1.Teknik Lens Flare

Rajah 1.Teknik Silhoutte (bayangan hitam)

1) Komposisi:

Asas komposisi yang digunakan oleh pengkarya adalah kedalaman, titik fokus, dan latar
belakang.Titik fokus yang ingin ketengahkan oleh pengkarya merupakan gabungan bentuk
hati hasil gabungan dua tangan.Dalam Konteks Kedalaman pula, pada dasarnya, apertur
yang lebih besar menghasilkan kedalaman bidang yang lebih sempit,dalam gambar ini
,pengkarya menggunakan apertur yang sederhana.Latar belakang yang sesuai iaitu pancaran
matahari pada waktu senja menaikkan lagi teknik bayang “silhouette” dan pantulan cahaya
menaikkan lagi teknik “lens flare” pada gambar ini. Seterusnya, kawalan eksposure yang baik
dapat dilihat apabila kombinasi ISO, Shutterspeed dan Aperture sesuai. Eksposure adalah
jumlah cahaya yang diterima oleh filem atau sensor di dalam kamera dan di kawal oleh

4
bukaan lens. Eksposure di kawal dengan mengawal bukaan aperture, berapa lama dibuka
iaitu shutterspeed dan kawalan ISO. Oleh itu, jurugambar juga boleh menggunakan aperture
yang lebih rendah iaitu f5 atau f6 untuk menghasilkan latar belakang yang lebih samar.
Namun pengkarya menggunakan aperture f8.0 menjadikan subjek dan latar belakang
kelihatan sharp. Jurugambar menggunakan shutterspeed 1/400 per saat. Hasil kombinasi
yang baik dapat dilihat melalui gambar yang dihasilkan. Kita juga dapat melihat pengkarya
berjaya memasukkan unsur-unsur vignette dalam gambar tersebut dimana kita dapat melihat
penggunaan cahaya yang lebih tinggi di tengah-tengah gambar.Pengcahayaan belakang
atau dikenali sebagai “back light” dengan menggunakan matahari menghasilkan efek siluet
atau subjek dikelilingi oleh rim light yakni cahaya di sekitar subjek di dalam gambar tersebut.
Jelas bahawa, sumber cahaya matahari terbenam dimanfaatkan sepenuhnya oleh
jurugambar.

2) Unsur Seni:

Bagi setiap karya yang dihasilkan akan terdapat unsur seni yang ingin ditegaskan. Unsur
yang pertama adalah mengenai gambar yang diambil telah menunjukkan 3 dimensi.
Bermakna gambar tersebut berjaya untuk menunjukkan bahagian atau objek yang akan
menjadi tumpuan dan keistimewaan dalam gambar tersebut Tona warna jingga menunjukkan
keadaan pada waktu senja yang mungkin berkait rapat dengan objek yang ingin
diketengahkan dalam gambar tersebut. Keadaan matahari terbenam juga telah menaikkan
unsur seni dalam penghasilan kerya ini. Hal ini membuktikan karya yang terhasil ini
mempunyai nilai yang tersendiri. Malah, latar belakang pada gambar ini juga mempunyai satu
perkaitan yang jelas mengenai mesej yang ingin disampaikan iaitu “kasih sayang dan cinta
antara ibu dan anak”Waktu senja juga memberikan maksud bahawa walapun kasih sayang
seorang ibu tidak akan hilang sehingga tamat nyawa dikandung badan.dari segi bayangan
menunjukkan kasih sayang tidak dapat dilihat namun dapat dirasa melalui perasaan di dalam
diri penonton karya ini.

5
3)Unsur Nilai:

Dari Aspek nilai,mesej yang ingin disampaikan melalui penceritaan seni ini iaitu
Penghubung yang menyatukan antara dua insan dan mewujudkan keindahan dalam
menempuhi kehidupan adalah Cinta ,menunjukkan konsep cinta boleh dilihat pada bentuk
dua hati yang bergabung dengan menggunakan dua tangan yang berbeza.latar belakang
matahari yang senja menaikkan lagi aura gambar ini.Cinta yang dimaksudkan tersebut bukan
sahaja cinta mengenai Pasangan namun cinta dan nilai kasih sayang antara keluarga,apabila
dilihat semula tangan tersebut merupakan tangan ibu dan juga adik perempuan kepada
pengkarya yang menunjukkan kasih sayang diantara ibu dan anak.dalam waktu yang sama
kasihnya pengkarya terhadap keluarganya.

Kesimpulannya, Karya ini menunjukkan kesungguhan pengkarya dalam


menyampaikan mesej yang positif dan aspek nilai kasih sayang kepada penonton. Imej yang
dihasilkan hanya untuk memberi makna kepada penonton. (Manovich 2003).Dengan
penghasilan karya ini juga ,dapat meningkatkan kemahiran dan pemikiran kreatif dalam
penghasilan gambar yang menarik dan kreatif dalam bidang fotografi.

6
RUJUKAN

Cooper, G. B. (2014). Night Photography : From Snapshots to Great Shots. New York: Peachpit
Press.

Curtin, D. P. (2007). The Textbook of Digital Photography. USA: Photo Course.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi keempat.). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Harless, J. (2018). Improve Phothography. Retrieved from 14 Tips for Shooting Stunning
Silhouettes: https://improvephotography.com/33518/14-tips-shooting-stunning-
silhouettes/

King, J. A. (2003). Shoot Like A Pro : Digital Photography Techniques. USA: McGraw-Hill.

Manovich, C. 2003. Spatial Stories: Photographic Practices and Urban Belonging. Africa Today

54(2): 109-129.

Rowse, D. (2014). Digital Photography School. Retrieved from How to Photograph Silhouettes in
8 Easy Steps: https://digital-photography-school.com/how-to-photograph-silhouettes/

Herlina, Yekti. 2005. Komposisi dalan Seni Fotografi. Teknologi Industri Media & Perubahan
Sosial. Malang: Pascasarjana UMM.

Anda mungkin juga menyukai