Anda di halaman 1dari 2

Pada tarikh 19 Oktober 2011, bersamaan dengan hari Rabu, telah diadakan satu pameran yang melibatkan pelajar-pelajar

PISMP Semester 6, bersempena dengan sambutan Hari Kokurikulum Peringkat IPG Kampus Darulaman. Pameran tersebut telah diadakan dengan jayanya di Dewan Sri Banai. Program kali ini melibatkan sepuluh kelas, yang mana kesemuanya telah diminta untuk menyediakan bahan-bahan berkaitan kursus masing-masing untuk dipamerkan di sini. Melalui aktiviti pemaran yang dijalankan ini, saya pertama kalinya telah dapat melibatkan diri secara langsung dan secara aktif di dalam proses melaksanakan pameran ini. Hal ini kerana, sebelum ini saya tidak pernah langsung terlibat di dalam sebarang aktiviti yang melibatkan pameran ini. Secara tidak langsung, pengalaman yangs saya perolehi ini adalah sangat berguna untuk saya aplikasikan apabila saya memasuki alam pekerjaan kelak. Antara kekuatan yang dapat saya lihat sepanjang berlangsungnya program ini ialah, terletak pada bahan-bahan terapi yang dipamerkan. Saya dapat lihat, kebanyakan pengunjung yang datang ke tempat pameran kami sangat tertarik dengan bahan-bahan yang dipamerkan terutamanya permainan dam ular dan doh tepung. Mereka sangat seronok apabila dapat merasai sendiri pengalaman menggunakan alatan-alatan terapi yang dipamerkan di ruangan pameran kami ini. Malahan ada pengunjung yang datang lebih daripada sekali untuk bermain dan ada yang duduk lebih lama di situ untuk terus melhat bahan-bahan yang dipamerkan. Bagaimanapun, di sebalik kekuatan yang dapat dilihat, masih terselit sedikit kelemahan di situ. Antara yang terlihat ialah, kekurangan tenaga dari segi bilangan pelajar yang bersedia di ruangan pameran untuk memberikan penerangan kepada pengunjung-pengunjung. Hal ini berlaku kerana terdapat sebahagian antara kami yang pergi ke gerai jualan makanan untuk mengadakan jualan makanan. Akibatnya, pelajar yang tinggal di tempat pameran tidak menang tangan untuk melayan kehadiran pengunjung yang ramai dalam satu-satu masa. Apatah lagi, apabila pengunjung datang secara beramai-ramai dan berkelompok dalam masa yang sama. Akibatnya, ruang pameran kami menjadi sesak dan pelajar yang memberi penerangan sedikit pening kepada untuk melaksanakan tugas mereka.

Untuk penambahbaikan, pada program-program yang akan datang saya mencadangkan agar kami boleh menambahkan lagi bilangan ahli yang dapat menjaga ruang pameran kami. Selain daripada itu, saya turut mencadangkan agar ditambah lagi jenis-jenis terapi untuk dipamerkan. Pada kali ini kami hanya mempamerkan lima jenis terapi sahaja iaitu terapi main, terapi pasir, terapi fisio, terapi aroma serta terapi seni. Mungkin pada masa hadapan, kami boleh menyelitkan terapi-terapi yang lebih menarik seperti terapi haiwan, terapi muzik dan terapi pergerakan kreatif. Konklusinya, saya melihat perjalanan program pameran yang dijalankan ini adalah berjaya dan telah memberikan satu pengalaman yang paling berharga kepada saya. Kepuasannya terletak pada setiap satu pengalaman yang telah dikutip sepanjang program ini berlangsung, tidak kiralah pengalaman manis ataupun pahit. Diharapkan, pada masa hadapan saya akan berpeluang untuk terlibat lagi di dalam aktiviti seumpama ini dengan lebih aktif dan dapat memberikan komitmen yang paling maksima untuk menjayakan sebarang program yang dianjurkan kelak.

Anda mungkin juga menyukai