Anda di halaman 1dari 5

Refleksi

Keseluruhan SDP
Tugasan ini adalah satu tugasan wajib yang perlu dilaksanakan secara individu untuk subjek WAJ 3107 ini. Pensyarah Pembimbing untuk mata pelajaran ini adalah En. Mah Kok Heng. Dalam pelaksanaan tugasan ini, saya perlu menghasilkan satu folio dokumentasi, satu RPH, persembahan kumpulan dan refleksi berkaitan pengalaman yang dilalui semasa kuliah dan amali Seni Dalam Pendidikan. Seni dalam pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik. Pengalaman saya semasa mempelajari subjek ini agak berbeza. Saya telah memepelajari tiga aspek iaitu aspek pendidikan jasmani, pendidikan muzik dan pendidikan seni. Oleh kerana saya pelajar yang mempunyai major muzik, saya berasa mempelajari perkara yang sama iaitu tujuh konsep muzik. Manakala, semasa mempelajari pendidikan seni saya berasa amat berbeza dan seronok. Yang ini kerana saya suka melukis, mewarna, membuat kolaj dan sebagainya. Sebelum ini saya tidak tahu yang saya mempunyai minat dalam pendidikan seni. Dengan mempelajari subjek seni dalam pendidikan pada semester ini membantu untuk mencungkil bakat saya dalam pendidikan seni. Dalam masa dua minggu saya telah mempelajari pelbagai teknik bagi menghasilkan karya seni yang berkreatif. Menurut Norwegia Gunvor Rand dalam buku Murid dan Alam Belajar menyatakan konsep kreativiti ini adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru yang memadai untuk situasi yang bersangkutan.Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Dalam seni dalam pendidikan saya mempelajari bagaimana mencipta sesuatu karya seni yang tiada sebelumnya.

Selain itu, saya juga mempelajari sifat sabar melalui subjek pendidikan seni. Peraturan pertama sebelum mempelajari seni ialah kesabaran seseorang ahli seni. Bagi menghasilkan sebuah karya seni akan mengambil masa yang lama dan sebagai anli seni kita harus sabar. Sebelum mepelajari seni dalam pendidikan saya mengaku, saya tidak mempunyai kesabaran sehingga menghasilkan sebuah karya seni. Dalam dua minggu, saya mempelajari bagaimana menghasilkan karya seni yang berkualiti dan mengajar murid-murid dengan teknik seni yang betul. Ilmu pengetahuan saya memperolehi semasa subjek seni dalam pendidikan akan membantu saya semasa membuat prakikum. Semasa praktikum boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah menjadi lebih seronok, menarik dan berkesan. Hal ini sangat penting dalam mewujudkan interaksi positif dalam kalangan murid dan guru serta murid dan murid. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru dalam memastikan perintegrasian seni dalam pendidikan ini, guru bolehlah mengadakan aktiviti membuat karya seni dengan pelbagai teknik seni iaitu teknik mewarna, capan, gosokan dan sebagainya. Pada masa praktikum saya akan rasa senang kerana saya mempunyai pengetahuan sedia ada tentang seni visual. Di samping itu, SDP juga membantu untuk menghargai keindahan seni yang melalui warna iaitu elemen yang penting dalam kehidupan. Warna juga turut digunakan dalam Seni Dalam Pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud di sekeliling kita. Contoh-contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapat pada daun, warna-warni yang terdapat pada pelangi dan sebagainya. Sebagai seorang guru bolehlah mengintegrasikan unsur seni visual (warna) dalam sesi P&P di dalam kelas. Sebagai contoh, selepas guru mengajar murid tentang jenis-jenis bunga misalnya, guru bolehlah meminta murid mewarnakan gambar bunga tersebut mengikut kreativiti masingmasing. Di sini, guru boleh menyelitkan nilai mensyukuri ciptaan Tuhan yang indah lagi menakjubkan itu kepada diri murid-murid. Di samping dapat mengintegrasikan unsur seni visual dalam P&P, guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Jadi, di sini jelas menunjukkan pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam mewujudkan nilai menghargai keindahan alam sekitar dalam kalangan murid-murid.

Aspek kedua dalam seni dalam pendidikan ialah pendidikan muzik. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat merangsang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa muzik, sudah semestinya sesuatu murid akan merasa bosan. Selain itu, kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Semasa praktikum, saya dapat mengaplikasikan konsep irama semasa membuat aktiviti muzikal. Contohnya, menyanyi lagu dengan membuat pergerakan seperti melompat, berlari, berjalan dan sebagainya. Konsep irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga iaitu aspek pendidikan jasmani dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Oleh itu, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan. Aspek ketiga ialah pendidikan jasmani. Seni Pergerakan adalah untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum pendidikan jasmani dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat bidang seni pergerakan. Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya

hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan teori dan praktikal pergerakan bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Aktiviti Seni pergerakan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum. Seni pergerakan juga bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Semasa membuat praktikum, saya dapat mengaplikasikan seni pergerakan dalam seni muzik. Contohnya, sebagai guru saya boleh mengadakan aktiviti nyanyian dengan pergerakan. Bagi lagu Lompat Si Katak Lompat, saya mengajar menyanyi dan pergerakan yang sesui dengan corak irama lagu tersebut. Dengan ini, saya dapat mewujudkan kelas yang berinteraktif. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan penggabungjalinan seni dalam pendidikan dalam P&P iaitu seni muzik dan seni pergerakan yang dapat mewujudkan sesi P&P yang lebih menarik, seronok serta berkesan. Kesimpulan, murid-murid dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk.

Refleksi
Persembahan
Pada 30 September 2013 kami telah membuat persembahan kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada 7 orang termasuk saya iaitu Lo Tzu Hui, Sheryin, Gowthami, Kee Siang, Chong, dan Yi hui. Nama kumpulan kami ialah Union. Tajuk persembahan kumpulan kami ialah Satu Malaysia. Sinopsis cerita kumpulan kami ialah mengenai halangan komunikasi antara kaum dan langkah menyelesaikannya. Kami juga merancang persembahan ini dengan mengambil kira tiga aspek iaitu aspek muzik, aspek seni dan aspek pendidikan jasmani. Persembahan ini mengandungi satu tarian satu Malaysia iaitu menari dengan menggunakan pergerakan asas. Bagi aspek seni kami telah melukis kaligrafi dan juga membuat kolaj kolam. Aspek muzik pula diterapkan semasa tarian satu Malaysia iaitu menyanyi sambil menari. Kami telah membuat latihan selama seminggu dan hasilnya memang baik semasa hari persembahan. Kami sekumpulan telah membahagikan kerja seperti membuat barang berkaitan dengan persembahan. Pada hari persembahan, kumpulan kami berasa tidak selesa untuk membuat persembahan. Yang ini kerana kumpulan pertama yang membuat persembahan tidak kemaskan barang-barang dan menyebabkan tempat kelihatan tidak kemas. Selain itu, saya berasa kumpulan saya telah membuat persembahan dengan baik. Semua aspek yang terkandung dalam subjek Seni Dalam Pendidikan kami telah mengikuti. Melalui persembahan ini, saya telah mempelajari bagaimana menguruskan masa dengan baik. Saya berasa begitu kerana kami sibuk dengan minggu kurikulum dan membuat latihan pada waktu malam. Walaubagaimanapun kumpulan kami sempat menghabiskan latihan persembahan ini. Saya juga mempelajari tentang bahasa bangsa lain. Contohnya, saya dapat peluang untuk mempelajari beberapa perkataan yang terdapat dalam bahasa cina. Melalui subjek Seni Dalam Pendidikan, saya dapat mempelajari bahasa bangsa lain dan juga tradisi orang Cina. Kesimpulannya, subjek Seni dalam Pendidikan menjadi tunjang utama dengan mencungkil bakat guru pelatih. Selain itu, kreativiti guru pelatih juga berkembang dengan membuat kerja kursus ini.

Anda mungkin juga menyukai