Anda di halaman 1dari 32

PENDEKATAN PROJEK KITAR SEMULA

Frasa 1 – Permulaan Projek

1.0 Pengetahuan Sedia Ada

Pengetahuan sedia ada murid membantu mereka mengikuti pembelajaran seterusnya.


Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan perkembangan konstruk murid
supaya proses pembelajaran tersebut bermakna kepada mereka. Fasa ini bertujuan untuk
menarik perhatian dan minat pelajar serta memotivasikan pelajar agar mereka terus
berminat dalam pengajaran yang berlangsung. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan
dalam fasa ini adalah yang pertama membuat aktiviti circle time. Melalui aktiviti ini guru
dapat mengemukan soalan-soalan untuk mengetahui tahap mereka dan selain itu guru juga
dapat menjanakan perasaan ingin tahu murid-murid. Kesan terhadap pembelajaran murid
dalam fasa ini adalah murid akan lebih berfikir dan lebih seronok dengan aktiviti yang telah
dijalankan dalam bilik darjah. Antara contoh soalan yang boleh dikemukan adalah :

 Siapa tahu apa itu sampah?


 Bagaimana rupa sampah?
 Macam mana bau sampah?
 Di mana kita lihat banyak sampah?
 Rumah siapa ada sampah?
 Cuba lihat sekeliling kelas ada sampah atau tidak?
 Kita buang di mana?

2.0 Mewarna dan mengkategorikan

Bagi aktiviti yang seterusnya guru juga boleh membuat aktiviti seperti mewarna dan
mengkategorikan untuk aktiviti kitar semula ini. Pada mulanya setiap murid akan
diberikan lembaran kerja dan pensel warna. Kemudian, murid dikehendaki untuk
mewarnakan jenis sampah yang boleh dikitar semula dengan yang tidak boleh
dikitar semula. Kemudian murid perlu menggunting sampah tersebut dan
meletakkan sampah yang boleh dikitar semula dengan sampah yang tidak boleh
dikitar semula ke dalam kotak lembaran kerja yang telah disediakan. Antara contoh
lembaran kerja yang dijalankan adalah
MARI KITAR SEMULA

KITAR SAMPAH
SEMULA

Contoh Lembaran Kerja Yang Digunakan

3.0 Perbincangan

Bagi fasa ini guru dan murid akan menjalankan sedikit perbincangan mengenai hasil
kerja yang telah dijalankan. Guru akan menyemak semula guntingan gambar yang
dibuat oleh murid dan bertayakan soalan kepada murid mengenai hasil kerja
mereka. Guru akan bertanyakan soalan sekiranya gambar diletakkan di dalam kotak
yang salah. Komunikasi antara guru dan murid pada peringkat ini adalah penting. Ini
kerana jika murid melakukan sesuatu kesalahan guru tidak seharusnya menghukum
dan terus meminta murid untuk membetulkan kesalahan tersebut dengan segera
tetapi cuba untuk mendengar dan bertanyakan pendapat mereka terlebih dahulu.
Selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru haruslah boleh
menggalakkan murid megemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka
seperti dengan menggunakan teknik memuji atau menerima pendapat murid-murid
dengan hati yang terbuka.

4.0 Senarai Perkataan dan Frasa Kitar Semula

Bagi senarai perkataan dan frasa kitar semula guru mengemukaan beberapa frasa
atau ayat yang berkaitan dengan kitar semula. Sebagai contoh sampah, rosak, tong
sampah, kitar semula, plastik sampah, pecah, buku, bau, botol, busuk, kemik,
buang, plastik, kaca, tin dan sebagainya. Ini bagi mengembangkan dan menembah
lagi kosa kata murid dan membantu mereka untuk memahami dengan lebih
terperinci mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kitar semula.

5.0 Web Topik

Bagi frasa satu web topik adalah sangat penting. Ini kerana pada tahap ini guru dan
murid akan bersama-sama untuk mengembangkan idea mengenai sesuatu topik
yang dipilih. Selain itu, melalui web topik ini juga ia dapat meningkatkan penglibatan
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kemahiran
berfikir, menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid menghasilkan idea dan
memberi pendapat dan menggalakkan murid membina ilmu yang baru. Web topik
dibahagikan kepada dua frasa iaitu frasa 1 dan frasa 3 sebelum dan selepas. Pada
frasa 1 guru akan menerima apa sahaja idea yang diberikan oleh murid tanpa
melihatnya betul atau salah. Contoh web topik bagi kitar semula untuk frasa 1 :

Web Topik Kitar Semula Bagi Frasa 1


6.0 Buku Kitar Semula
Antara bahan bacaan yang boleh digunakan adalah seperti buku kitar semula.
Sebagai contoh:

Contoh buku kitar semula yang digunakan.

Frasa 2 – Perkembangan Projek

Pada perkembangan projek kitar semula ini. Guru menjemput syarikat Little Dots
iaitu syarikat yang mengitar semula kotak susu datang ke tadika untuk memberikan
penerangan dan menunjukkan cara kotak itu dimampatkan dan di proses di kilang
untuk dijadikan sehelai kertas.

Aktiviti yang dijalankan oleh syarikat Little Dots di Tadika


Bagi aktiviti yang seterusnya, guru mewujukan suasana kitar semula di dalam kelas
dengan meletakkan tong atau kotak yang berasingan untuk murid mengisi dengan
barang-barang terpakai yang boleh dikitar semula. Sebagai contoh surat khabar,
plastik dan tin kosong. Murid diberi tugasan untuk membawa barangan tersebut
sama ada dari rumah atau boleh mencari barangan yang boleh dikitar semula di
sekitar sekolah dan meletakkannya ke dalam kotak yang disediakan.

Guru menyediakan kotak atau bekas di dalam bilik darjah.

Dengan barangan kitar semula yang telah dikumpulkan murid akan membuat satu
aktiviti art and craf melalui barangan tersebut. Murid diberi kebebasan untuk
melakukan apa sahaja yang mereka inginkan melalui aktiviti tersebut. Ianya bebas
dilakukan mengikut kreativiti masing-masing.
Semasa proses ini dijalankan juga sikap kerjasama, amalan saling tolong menolong dan
bertolak ansur akan terbentuk secara tidak langsung bersama murid. Ini kerana mereka
akan saling berkongsi barangan dan idea untuk mencipta barangan yang ingin mereka
ciptakan.

Frasa 3 – Refleksi Projek

Bagi frasa 3 ini dinamakan sebagai ‘tunjuk dan ceritakan ciptaan saya’. Dengan bimbingan
oleh guru murid akan mempersembahkan ciptaan yang telah mereka lakukan di hadapan
kelas dan dilihat oleh rakan-rakan yang lain. Proses ini dijalankan adalah bagi membolehkan
mereka untuk menyuarakan idea tentang sebab dan mengapa ciptaan tersebut dicipta dan
memupuk sikap keyakinan dan percaya dalam diri mereka.

Kanak-kanak akan berdiri bersebelahan dengan guru agar guru dapat membantu
mereka dalam penerangan yang ingin dilakukan dan ia nya juga bertujuan agar murid akan
merasa lebih selamat dan selesa apabila bersebelahan dengan guru mereka. Guru juga
dapat membimbing dan memberi galakan kepada murid untuk menyuarakan pendapat dan
ciptaan yang dilakukan. Pada frasa ini ibu bapa juga digalakan dan dijemput untuk
melibatkan diri dan melihat hasil kerja projek yang telah dijalankan.
Bagi penutup untuk aktiviti pendekatan projek kitar semula ini guru akan sekali lagi membuat
web topik untuk kali kedua. Ini bagi membuat perbandingan pengetahuan murid sebelum
dan selepas aktiviti dijalankan. Contoh web topik untuk frasa ke 3 :
Kepada ibu bapa yang dihormati dan dirahmati,

Kelas 5 Bestari akan memulakan sesi pendekatan projek yang bertopik


buaya dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Pendekatan projek ini juga memberi peluang kepada ibu bapa dan guru
serta kanak-kanak dalam eksplorasi mengenai topik khas yang telah
dibincangkan. Selain itu juga, pendekatan ini dapat memberi peluang
kepada ibu bapa untuk melibatkan diri dalam pembelajaran kanak-
kanak.

Pertama sekali, ibu bapa boleh berbual dengan anak mengenai


pengalamannya mengenai buaya. Sebagai contoh, ibu bapa boleh
bercerita mengenai jenis-jenis buaya, pengalaman ibu bapa melawat
buaya di taman buaya mahupun zoo negara, serta informasi mengenai
buaya seperti habitat, cara pemakanan, dan sebagainya. Selain itu juga,
ibu bapa digalakkan pergi lawatan bersama kanak-kanak dan
kedatangan ibu bapa juga dialu-alukan untuk melawat bilik darjah serta
melihat hasil kerja dan kreativiti setiap kanak-kanak.

Kesimpulan secara keseluruhannya, ibu bapa perlu melibatkan diri dalam


pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersama kanak-kanak supaya
kanak-kanak lebih memahami konsep pembelajaran yang diajar.

• Terima
Kasar kasih di atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan dalam
dan agresif
pendidikan anak-anak.
• Pelbagai warna
• Kulit
• Anggota badan
• Habitat
• Makanan
• Buaya bermula dengan huru

Makanan
• ikan
• Burung
Bahagian badan • Ayam
• 2 biji mata • daging
saiz
• Kulit
 kecil
• Mulut
 Gemuk
• Hidung
• Kaki  Besar
• Kepala  Panjang
• Gigi  pendek
• Tulang
• ekor

Warna
• kuning
• coklat
• Hijau
• Hitam
Habitat
• putih
 Sungai
 Air
berlumpur/
 paya Ciri-ciri
 laut • memiliki kuku
Sifat-sifat
• ganas yang panjang
• Agresif dan tajam
• Kasar • Bertelur
• menakutkan • Gigi taring
• Sisik keras hampir
semua tubuh
badan
Aktiviti 4: Melukis dan Mewarna
Lukisan buaya

Bahan yang diperlukan:-


• Kertas lukisan
• Pensel

 Guru meminta murid mengambil kertas lukisan


dan pensel untuk membuat lakaran seekor buaya
dan selepas itu, guru meminta kanak-kanak
mewarnakan lukisan buaya tersebut.

Aktiviti melukis gambar buaya


Aktiviti 5: Kolaj
Bahan yang digunakan:-
• Gam
• Kertas warna
• Gambar buaya
• Gunting

 Guru menunjukkan langkah membuat kolaj satu


persatu di hadapan kanak-kanak daripada
menggunting kertas, seterusnya guru menunjukkan
cara menampal kertas diatas gambar buaya
menggunakan gam yang disediakan.
 Guru mula meminta kanak-kanak mengambil semua
bahan yang akan digunakan mengikut kumpulan
yang telah dibahagiakan.
 Guru bergerak ke setiap kumpulan untuk membantu
kanak-kanak menyiapkan kolaj tersebut.
Contoh Kolaj

Aktiviti 6: Slot Bercerita


• Guru menggunakan buku cerita dan bercerita
dengan menggunakan intonasi yang betul serta
ekspresi muka yang memberikan gambaran sebenar
kepada kanak-kanak tentang situasi cerita tersebut.

• Melalui cerita tersebut, guru boleh bertanyakan


kepada mereka pengetahuan sedia ada mereka
tentang buaya.

• Guru juga boleh menerapkan nilai-nilai murni dan


menceritakan pengetahuan yang mendalam
mengenai buaya.
• Antara judul buku-buku cerita dan pelbagai kisah
pengajaran yang menarik mengenai buaya.
Soalan yang boleh diajukan kepada penjaga taman
buaya.

 Bagaimanakah proses jagaan buaya?


 Kenapa kulit buaya keras dan buaya bersifat ganas?
 Apakah makanan yang selalu diberikan kepada
buaya
 Adakah boleh kita ingin menyentuh buaya?
• Guru membincangkan bersama kanak-kanak
bagaimana ingin membina replika mini taman
buaya.

• Kanak-kanak melakukan replika mini taman buaya


tersebut bersama guru dalam bulatan besar.

• Guru juga menerapkan nilai-nilai murni seperti


tolong-menolong, bekerjasama dan lain-lain kepada
mereka.

Bahan dan peralatan yang diperlukan

• Batu dan rumput

• Bunga(pelbagai jenis bunga)

• Replika buaya (pelbagai jenis warna)

• Replika mini kolam

Replika rumah rehat


Aktiviti 3: Main Peranan/Role
play
• Setiap kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil dan seorang kanak-kanak daripada
kumpulan kecil itu kemudiannya diberikan satu set
lengkap kostum buaya.

• Kanak-kanak diberi tanggungjawab untuk


memegang watak dan peranan.
• Kanak-kanak diberikan masa untuk membuat
persediaan dan kanak-kanak membuat
persembahan dengan memainkan watak serta
bunyi buaya.

Topeng
Buaya

Situasi dalam bilik darjah semasa main peranan


• Guru meminta kanak-kanak membuat bulatan kecil.

• Kanak-kanak bercerita dan berkongsi mengenai


pengalaman mereka ke taman buaya ketika
lawatan dibuat.

• Mereka berkongsi mengenai perasaan, pengalaman


dan ilmu pengetahuan serta informasi baru tentang
buaya yang telah mereka perolehi.

• Guru meminta kanak-kanak mempamerkan hasil


lukisan buaya dan menampalkan di sudut kreativiti di
dalam bilik darjah.

• Akhir sekali, guru menunjukkan replika mini taman


buaya dan membuat ulangkaji pelajaran semula
mengenai topik pelajaran iaitu buaya.
PENDEKATAN PROJEK : PANTAI

Disediakan oleh :

Shaqinur Aisya bt Nasli (D20141067171)

Norliyana bt Abd Hamid (D20141067164)

Fasa 1

1.Guru meletakkan gambar suasana pantai di hadapan kelas

2. Guru meminta kanak-kanak berkongsi pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut dengan
rakan-rakan
3. Kanak-kanak diminta melukis pemandangan suasana di pantai

4. Guru meminta kanak-kanak memberikan idea lain berkaitan pantai

Contoh :

• Matahari terbenam

• Kerang

• Istana pasir

• ombak

• Ski air

• banana bot

• Bola pantai

• Berkelah

• BBQ
5. Membina peta minda
Fasa 2

• Kanak-kanak membuat eksperimen berkaitan pantai dan laut.

• Kanak-kanak menggunakan kaedah bermain tanah liat dan pasir pantai.

• Kanak-kanak melakukan aktiviti membersihkan pantai.

• Kanak-kanak bermain bola di tepi pantai.

• Kanak-kanak membina istana pasir di pantai menggunakan pasir, tanah liat dan air.

• Kanak-kanak membuat kajian berkaitan pasir di rumah bersama-sama keluarga.

1) Lawatan ke pantai – aktiviti bina istana pasir / projek kebersihan pantai

2) Brainstorm soalan berkaitan pantai (guru-murid)

Guru: Guru bertanya soalan kepada kanak-kanak tentang apa yang mereka tahu
berkaitan dengan pantai?
Ali: Kenapa air laut berasa masin?

Siti: Kenapa pasir di sini berwarna putih, di tempat lain berwarna lebih gelap?

Abu: Kenapa pasir di sini banyak kulit kerang?

3) Aktiviti Projek Bersama Keluarga

• Aktiviti projek bersama keluarga, kanak-kanak diminta oleh guru untuk melakukan
aktiviti di rumah berkaitan dengan projek yang sedang dijalankan .
• Guru memberikan maklumat dan panduan kepada ibu bapa untuk menjayakan projek
tersebut

Antara lembaran kerja yang boleh dilakukan bersama dengan ibu bapa.
Fasa 3

• Guru dan kanak-kanak membuat jemputan pada ibu bapa untuk ke tadika bagi melihat
hasil projek kanak-kanak.

• Kanak-kanak menunjukkan hasil projek melalui pameran, gambar-gambar sepanjang


aktiviti, kraf berdasarkan sumber yang diambil di pantai dan sebagainya.

Aktiviti kraf suasana di pantai


Booth Kanak-kanak bertemakan suasana pantai
KAEDAH PENDEKATAN PROJEK
Fasa 1
(Surat Pemberitahuan)
Guru memberi surat pemberitahuan kepada ibu bapa mengenai aktiviti
pendekatan projek bertajuk kapal terbang.
 Pengalaman Sebelum
 kanak-kanak pernah melihat kapal terbang.
 Kanak-kanak sudah mengetahui bentuk kapal terbang.
 Pengalaman Sedia Ada
 kanak-kanak sudah mengetahui bunyi kapal terbang
 Kanak-kanak telah mengetahui warna kapal terbang

Aktiviti
 Melukis kapal terbang mengikut pengalaman kanak-kanak.

Perbincangan
 Guru membincangkan tentang kapal terbang.
 apakah warna
kapal terbang?
 dimanakah kapal
terbang boleh
dilihat?
 bahan apakah
yang
digunakan untuk membuat kapal terbang?
 apakah saiz kapal terbang?
 apakah bentuk kapal terbang?
 bagaimanakah kapal terbang bergerak?
 berapakah roda yang terdapat pada kapal terbang?
 bagaimanakah bunyi kapal terbang?

Brainstorm Perkataan-perkataan Berkaitan Dengan Kapal Terbang


 Kapal Terbang
 Terbang
 Tinggi
 Udara
 Besar
 Putih
 Roda
 Bulat
 Besi

Web Topik
 Guru membincangkan dengan kanak-kanak tentang web topik yang
ingin dilakukan
Fasa 2
 Guru membawa kanak-kanak pergi melawat ke lapangan terbang.
 Sebelum
1. Guru menjemput juruterbang datang ke tadika
2. Guru meminta juruterbang memberikan penerangan kepada
kanak-kanak tentang kapal terbang

 Semasa
1. Juruterbang membawa kanak-kanak untuk melihat bahagian
bahagian dalam kapal terbang.
2. Kanak-kanak diberikan peluang untuk merasai pengalaman untuk
memandu kapal terbang dengan sendiri.
3. Juruterbang memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk
bersoal jawab.

 Selepas
1. Kanak-kanak menceritakan semula pengalaman mereka menaiki
dan membawa kapal terbang.
2. Kanak-kanak melukis situasi sebenar menaiki kapal terbang.

Aktiviti
Mereka Cipta Kapal Terbang
1. Guru membahagikan kanak-kanak kepada beberapa kumpulan (satu
kumpulan 4 orang)
2. Guru membimbing setiap kumpulan untuk membina kapal terbang
dengan menggunakan bahan kitar semula seperti botol air minuman,
penutup botol, lidi dan gelang getah.

Aktiviti Main Peranan


 Kanak-kanak melakukan aktiviti main peranan dengan menaiki kapal
terbang dengan menggunakan kapal terbang yang telah dicipta.

Fasa 3
1. Guru menghantar surat jemputan kepada ibu bapa untuk menghadirkan
diri ke pameran aktiviti pendekatan produk bertajuk kapal terbang yang
telah dilaksanakan oleh kanak-kanak
2. Kanak-kanak mempersembahkan hasil rekaan kapal terbang dan
menceritakan pengalaman mereka kepada ibu bapa
3. Ibu bapa berpeluang melakukan aktiviti main peranan bersama kanak-
kanak.

Anda mungkin juga menyukai