Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN Autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme pula yang bererti aliran . Jesteru itu , autisme didefinasikan keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian di dalam dunianya sendiri atau lebih mudah adalah kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri . Menurut Leo Kanner (1943) mengatakan bahawa kanakkanak ini adalah individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri secara normal dengan persekitaran . Kajian Persatuan Autisme Malaysia (NASOM) jelaskan maksud autisme seperti ini , individu autisme akan mempunyai satu kekurangan seumur hidup mereka dan akan menampakkan kesan-kesan menghidap autisme dalam masa 30 bulan pertama bayi . Individu ini juga mempunyai masalah dalam tingkah laku mereka . Selain itu , mereka juga mempunyai kelebihan intelek yang luas seperti dalam bidang matematik , kemahiran mekanikal ataupun dalan bidang seni . Kajian yang dipetik daripada buku Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa pula mengatakan bahawa gejala autisme ini mula kelihatan sebelum kanak-kanak berusia 3 tahun lagi . Keadaan kanak-kanak yang menghidap autisme ini akan hidup dalam kehidupan mereka sendiri dengan perangai mereka yang berbeza dari kanak-kanak normal sepanjang hidup mereka . Kanak-kanak autisme ini sering menimbulkan kekeliruan bagi penjaga mereka . Perkara ini terjadi disebabkan kanak-kanak ini kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa pada fizikal mereka tetapi disebalik itu mereka akan memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang biasa . Pemahaman dan tanggapan yang salah terhadap keadaan kecacatan ini akan membawa pada kelewatan perkembangan yang serius dalam kesemua bidang perkembangan yang ada terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dan komunikasi . Kanak-kanak autisme ini juga mengalami terencat akal tetapi dalam pelbagai tahap . Selain itu , dalam kemahiran koordinasi mata-tangan , kebarangkalian mereka akan menghadapi masalah ataupun mereka akan lebih maju dalam aspek itu dan juga terhadap kemahiran lain . Tambahan lagi , kanak-kanak autisme ini mungkin tidak dapat bertutur atau hanya mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun mereka hanya meniru apa yang diperkatakan oleh orang lain . Kanak-kanak ini juga tidak suka disentuh , berhubung dengan orang lain dan selalu
1

berpaut pada orang lain kerana mereka emosi mereka sangat sensitif . Selain itu , mereka juga kurang berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya mereka malah mereka biasanya akan memaparkan tingkah laku yang negatif seperti menjerit atau merosakkan harta benda orang lain . Kebanyakkan masalah timbul adalah kerana akibat gangguan terhadap interaksi sosial yang normal . Masalah disiplin ketara menonjol bagi kanak-kanak kategori ini malah mereka kurang terpengaruh dengan puji-pujian atau pada peneguhan sosial yang lain . Time out biasanya adalah cara yang tidak efektif bagi mengurangkan tingkah laku negatif kanak-kanak ini kerana mereka dibiarkan sendirian .

2.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME Garciulo (2003) mengkategorikan ciri kanak-kanak oku kepada terencat akal , kurang upaya dalam pelajaran , kecelaruan emosi atau tingkah laku , pintar cerdas dan berbakat , masalah pendengaran , masalah penglihatan , kecelaruan spektrum autisme dan kurang upaya fizikal ataupun masalah kesihatan . Jamila K. A. Mohamed (2005) , telah menggabungkan semua ciri kanak-kanak autisme dan dibahagikan pada 6 bahagian iaitu komunikasi , interaksi sosial , gangguan deria , pola bermain , tingkah laku dan juga emosi . Kanak-kanak autisme ini menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti perkembangan bahasa mereka yang lambat ataupun tiada lansung . Mereka juga kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain . Kanak-kanak ini juga jarang dalam menggunakan bahasa malahan mereka ini sukar untuk diajak bercakap mahupun bersembang . Walaubagaimanapun , kadang kala mereka ini dapat menuturkan sesuatu tetapi tidak sesuai dengan pertanyaan yang diberi . Mereka sering mengeluarkan bahasa yang sukar untuk difahami oleh orang lain . Selain itu , kanak-kanak ini dapat meniru ayat atau nyanyian tanpa mengerti maksudnya dan mereka juga dapat meniru perbualan ataupun perkataan orang lain (echolalia) . Kanak-kanak ini suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu . Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar atau ekstrem kerana mereka ini sangat suka untuk duduk bersendirian malahan mereka juga suka menjauhkan diri mereka dan duduk di suatu sudut . Kanak-kanak ini tiada perhubungan mata (eye contact) dengan orang lain . Tambahan lagi , mereka sering kali mengelak daripada
2

memandang orang lain . Mereka juga tidak gemar bermain bersama-sama dengan rakanrakannya mahupun rakan sebaya dan mereka sering menolak ajakan rakan mereka . Diantara ciri-ciri gangguan deria kanak-kanak autisme ini adalah mereka sangat sensitif terhadap sentuhan . Malahan mereka sensitif dengan bunyi yang kuat lantas mereka akan menutup telinga mereka . Walaupun begitu , mereka kurang rasa sensitif terhadap rasa sakit ataupun takut . Misalnya , jikalau kanak-kanak normal atau biasa terpegang periuk panas mestilah mereka akan menjerit dan berasa sakit tetapi lain pula yang terjadi pada kanak-kanak autisme ini , mereka tidak akan merasa sakit apabila terpegang periuk panas tersebut malah tangan mereka akan kekal di periuk tersebut tanpa merasa sedikit panas pun . Selain itu , mereka juga tidak suka dipegang mahupun dipeluk tetapi suka untuk mencium dan menjilat alat mainan atau benda lain . Pola bermain kanak-kanak autisme ditunjukkan seperti ini , mereka tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya . Selain itu , mereka juga tidak bermain mengikut cara yang biasa seperti kanak-kanak biasa main tetapi mereka lebih terdorong atau suka untuk memutarmutar , melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa sahaja yang dipegangnya . Selain itu , mereka juga suka akan objek-objek yang berputar seperti kipas angin . Walaupun begitu apabila mereka menyukai sesuatu objek atau benda tersebut mereka akan terus memegangnya dan membawa barang tersebut ke mana sahaja mereka pergi . Tingkah laku kanak-kanak autisme jauh lebih berbeza jika hendak dibandingkan dengan kanak-kanak biasa atau normal . Kanak-kanak ini kadang kala hiperaktif dan kadang kala hipoaktif . Kanak-kanak ini suka melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang , mengepak-ngepak tangan , menepuk-nepuk tangan , berlari-lari , berjalan mundar mandir , berputar-putar dan cukup suka mendekatkan mata mereka dekat dengan televisyen . Selain itu , mereka tidak suka pada perubahan terhadap apa yang telah mereka lakukan . Kanak-kanak autisme ini dapat duduk dengan masa yang lama tanpa berbuat apa-apa , bergerak dan tanpa memberi sebarang reaksi . Emosi kanak-kanak autisme ini sangat sukar diramal dan emosi mereka sering berubah-ubah . Kanak-kanak ini sering beremosi marah , ketawa dan menangis tanpa sebab . Mereka juga akan mengamuk tanpa terkawal jika tidak diikuti kemahuan atau dilarang daripada lakukan sesuatu yang diingininya . Malahan , mereka juga mampu merosakkan apa sahaja yang ada disekitar mereka jikalau emosi mereka terganggu . Selain itu , mereka juga akan menyerang sesiapa sahaja yang berhampiran dengan mereka jika emosi mereka
3

terganggu ketika itu . Adakalanya mereka akan mencederakan diri sendiri tanpa sebab ketika emosi mereka terganggu . Mereka juga tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain .

3.0 PUNCA-PUNCA AUTISME Petikan yang dipetik dari buku Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa mencatatkan bahawa punca sebenar bagi autisme tidak diketahui tetapi terdapat beberapa teori terakhir yang mengatakan bahawa faktor genetik memainkan peranan yang sangat penting yang menyebabkan terjadinya keadaan autistik pada kanak-kanak . Kemungkinan yang mengalami gangguan autistik adalah bayi yang dilahirkan kembar hasil daripada satu telur . Selain itu , masalah sebelum dan selepas kelahiran (prenatal dan postnatal) juga menjadi punca terjadinya autisme . Antaranya adalah jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu , encep(perinatal)mempengaruhi pertumbuhan sel otak yang dapat menyebabkan fungsi otak bayi yang dikandung terganggu terutamanya dari aspek fungsi pemahaman , komunikasi dan interaksi . Malah kini , turut dikenal pasti dalam punca berlakunya autistik adalah akibat pencernaan . Lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik . Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan baik dan ini menyebabkan protein daripada makanan ini tidak berubah menjadi asid amino ataupun pepton , iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang melalui kencing . Bagi kanak-kanak autistik , pepton ini diserap kembali oleh tubuh , memasuki aliran darah , terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin , yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu . Fungsi otak yang terganggu adalah melibatkan fungsi kognitif , komunikasi reseptif , perhatian dan tingkah laku .

4.0 MASALAH DALAM PEMBELAJARAN Perkembangan Komunikasi Mereka tidak mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain . Mereka tidak akan memberitahu atau menunjuk kepada barang yangdikehendaki , sebaliknya memegang tangan bapa atau ibu dan membawanya ke tempat itu . Mereka juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang diperkatakan oleh orang lain dan sukar memahami bahasa badan serta ekspresi orang lain . Perkembangan Bahasa Dibahagikan kepada 4 iaitu Nonsegmental Phonology iaitu kanak-kanak autistik yang lemah dalam menghasilkan pertuturan yang non segmental atau prosodi iaitu irama yang streotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan , pengeluaran bunyi vokal yng berubah-ubah turun naiknya dan tidak sepertibiasa , pertuturan yang monotonus dengan nada suara yang terhad dan tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi dalam percakapan . Keduanya adalah bahasa Idiosinkratik iaitu kanak-kanak autistik mempunyai bahasa mereka yang tersendiri iaitu perkataan atau frasa yang dikeluarkan unik. Semua bnetuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman. Ketiganya adalah masalah Kata Ganti Nama iaitu dengan penggunaan kata ganti nama dalam pertuturan kanak-kanak autistik kerap menimbulkan kekeliruan terutamanya yang melibatkan rujukan jantina seperti he atau she . Kata ganti nama kedua nama kedua adalah you digunakan untuk dirinya dan I untuk orang lain . Keadaan ini berlaku kerana mereka sukar memahami dan mengunakan perkataan yang berubah maknanya mengikut konteks . . Terakhirnya adalah Ekolalia yang bermaksud kanak-kanak autisme mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Boleh dibezakan melalui 3 jenis Ekolalia iaitu Ekolalia serta-merta (pengulangan yang tepat dan serta-merta apabila perkataan disebut.) , Ekolalia lewat (diucapkan agak lewat atau agak lama selepas perkataan tersebut.) dan Ekolalia ringan (pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang dipertuturkan) .
5

5.0 STRATEGI MENANGANI MASALAH PEMBELAJARAN Proses intervensi untuk kanak-kanak autistik bermula sebaik sahaja masalah ini di kesan . Tumpuan intervensi pada peringkat awal tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku . Rawatan perubatan yang sering digunakan bagi kanak-kanak autistik ialah penggunaan ubat Ritalin bagi merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif serta pengambilan vitamin B6 bersama magnesium untuk membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan mereka . Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus tingkah laku kurang sesuai . Antara teknik yang digunakan ialah pengasingan , time-out , memberi

ganjaran dan sebagainya . Pendidikan yang berstruktur serta pengurusan intervensi semasa awal kanak-kanak lagi boleh membantu mengembangkan potensi mereka . Perkhidmatan intervensi awal ini adalah penting untuk mengurangkan masalah autistik yang mereka alami . Antara intervensi awal yang digunakan bagi kanak-kanak autisme adalah bermula dengan pembentukan Individualized Family Service Plan (IFSP) , yang akan memenuhi keperluan dalam bidang kemahiran sosial , kemhairan urus diri , komunikasi , dan pengurusan tingkah laku .

6.0 SENARAI SEMAK

SENARAI SEMAK AUTISME


ARAHAN : Tandakan ( / ) pada petak YA ataupun TIDAK .

JENIS-JENIS

SENARAI SEMAK Kurang kontak mata untuk menyampaikan perasaan . Kurang memahami / memberi respon kepada kontak mata . Kurang menggunakan pergerakan fizikal atau bahasa badan untuk menyampaikan maksudnya . Tidak banyak menunjukkan mimik muka . Susah memahami mimik muka orang lain . Tidak kerap membalas senyuman kepada orang lain . Tidak begitu berminat dengan belaian kasih sayang , pelukan dan lain-lain . Susah menilai jarak sosial yang sesuai , berdiri terlalu dekat atau jauh . Tidak memahami perasaan orang lain . Tidak berkongsi sesuatu yang dia minati dengan orang lain . Tidak rapat dengan orang lain kecuali , kecuali ahli keluarganya sendiri . Hanya rapat dengan satu atau dua ahli keluarganya . Tidak banyak menunjukkan kasih sayang . Tidak mudah meniru tingkah laku orang lain . Tidak memahami konsep sosial yang abstrak menjadi budak baik . Tidak menyedari kehadiran orang lain . Tidak cuba berkawan dengan orang lain . 7

YA (/)

TIDAK (/)

Kurang upaya dalam komunikasi bukan lisan .

Kurang upaya dalam sosial dan emosi

Masalah persahabatan

Masalah memahami tingkah laku yang sesuai

Kurang upaya dalam komunikasi

Mencuba tetapi tidak berjaya dalam berkawan dengan orang lain . Tidak turut serta menyertai aktiviti permainan . Sangat menyedari kehadiran orang asing . Tidak memahami konsep berkongsi , contohnya mainan . Tidak memahami mengambil giliran , contohnya semasa bermain . Bercakap atau melakukan sesuatu yang tidak sesuai secara sosial . Tidak berasa segan dengan tingkah laku yang tidak sesuai . Menanyakan soalan yang eksplisit contoh Adakah saya bercakap terlalu banyak ? Bahasa lisan yang digunakan lemah . Perkembangan yang lambat dalam bahasa lisan . Mengulangi apa yang baru diucapkan oleh orang lain . Mengulangi apa yang baru diucapkan olehnya sendiri . Menggunakan perkataan atau frasa yang pelik dan tidak bermakna . Mendengar , tetapi tidak memberi respons yang sesuai apabila diberitahu . Susah menunggu giliran semasa berbual . Mengulangi corak perbualan yang sama berulang kali . Suka meniru percakapan orang lain . Suka meniru tingkah laku orang lain . Tidak memahami bahasa yang tersirat . Tidak terlibat dalam permainan imaginatif . Susah memahami pantomime (berlakon tanpa bahasa) Pergerakan yang berulang . cth : (mengayunkan tangan) Menggerakkan jari di depan mukanya , dan merenunginya .
8

Perangai fizikal yang luar biasa

Minat yang tidak fleksibel dan terikat dengan rutin

Kemahiran atau ingatan spesifik yang luar biasa

Koordinasi badan yang lemah . Berjalan dengan pergerakan yang kaku . Sangat sensitif dengan bau , tekstur dan rasa yang tertentu . Ketahanan yang tinggi kepada kesakitan , suhu yang tinggi / rendah . Mencederakan diri sendiri . cth : (menggigit , menghentakkan kepala) Obsesi dengan objek atau topik yang tertentu . cth : (kunci , api , kereta api dan lain-lain) Tertangguh dengan perubahan kecil pada rutin . Menegaskan rutin yang tidak semestinya perlu , contohnya roti mesti dipotong dalam bentuk empat segi . Terlalu berminat dengan bahagian objek . Berminat dengan objek yang berpusing atau berkelip . Aktiviti perulangan . cth : (menyusun mainan mengikut corak tertentu secara berulangulang) Ingatan luar biasa untuk maklumat tertentu . cth : (jadual ketibaan kereta api) Kemahiran teknikal yang luar biasa . cth : (dalam muzik walaupun kurang menunjukkan ekspresi kreatif)

7.0 RUJUKAN Sandiyoo Sebestian , pengesanan kanak-kanak dengan keperluan khas Penerbit Universiti Malaya , 2007. K.A.Razhiyah , apa itu autisme ? Penerbit PTS Profesional Publishing Sdn Bhd , 2008 .
http://books.google.com.my/books?id=FScF2OJLKdoC&pg=PA163&lpg=PA163&dq=Chat#v=onepage&q=Chat-&f=false (diakses pada 2 ogos 2012 ) http://www.scribd.com/doc/47389680/KPLI-Sek-Pedalaman ( diakses pada 2 ogos 2012 ) http://www.keepandshare.com/doc/2599014/4-english-malay-m-chat-modified-june-2008-pdffebruary-15-2011-5-47-pm-81k?dn=y (diakses pada 2 ogos 2012 )

10

Anda mungkin juga menyukai