Anda di halaman 1dari 21

Tugasan 1: Group B.

PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

Doktor John Handon Down “ Mongoloid ”


Etiologi Sindrom Down
Nama Sindrom Down telah diambil sempena nama seorang doktor British
iaitu Doktor John Handon Down. Beliau ialah orang pertama yang menjelaskan
penyakit ini. Beliau juga adalah doktor yang pertama kali menggambarkan kumpulan
gejala dari sindrom Down pada tahun 1866. Tetapi sebelumnya Esquirol pada tahun
1838 dan Seguin pada tahun 1846 telah melaporkan seorang anak yang mempunyai
tanda-tanda mirip dengan sindrom Down. Sumbangan Down yang terbesar adalah
kemampuannya untuk mengenali karakteristik fisik yang spesifik dan diskripsinya
yang jelas tentang keadaan ini, yang secara keseluruhan berbeza dengan anak yang
normal kerana matanya yang khas seperti bangsa Mongol maka dulu disebut juga
sebagai “Mongoloid”, tetapi sekarang istilah ini sudah tidak digunakan lagi kerana
dapat menyinggung perasaan suatu bangsa.
Kanak-kanak yang menghidap sindrom Down adalah individu yang dapat
dikenali dari fenotipnya dan mempunyai kecerdasan yang terbatas, yang terjadi
akibat adanya jumlah kromosom 21 yang berlebih. Diperkirakan bahawa materi
genetik yang berlebih tersebut terletak pada bahagian lengan bawah dari kromosom
21 dan interaksinya dengan fungsi gen lainnya menghasilkan suatu perubahan
homeostasis yang memungkinkan terjadinya penyimpangan perkembangan fisik dan
susunan saraf pusat. Selama satu abad sebelumnya banyak hipotesis tentang
penyebab sindrom Down yang dilaporkan. Tetapi semenjak ditemukan adanya
kelainan kromosom pada sindrom Down pada tahun 1959, maka sekarang perhatian
lebih dipusatkan pada kejadian “non-disjunctional” sebagai penyebabnya, iaitu
genetik, radiasi, infeksi dan autoimun.
Diperkirakan terdapat predisposisi genetik terhadap “non-disjunctional”. Bukti
yang mendukung teori ini adalah berdasarkan atas hasil penelitian epidemiologi yang
menyatakan adanya peningkatan risiko berulang bila dalam keluarga terdapat anak
dengan sindrom Down. Seterusnya ialah radiasi dikatakan merupakan salah satu
penyebab terjadinya “non-disjunetional” pada sindrom Down ini. Uchida 1981 (dikutip

1
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

Pueschel dkk.) menyatakan bahawa sekitar 30% ibu yang melahirkan anak dengan
sindrom Down, pernah mengalami radiasi didaerah perut sebelum terjadinya
konsepsi. Sedangkan peneliti lain tidak mendapatkan adanya hubungan antara
radiasi dengan penyimpangan kromosom. Infeksi juga dikatakan sebagai salah satu
penyebab terjadinya sindrom Down. Sampai saat ini belum ada peneliti yang mampu
memastikan bahawa virus dapat mengakibatkan terjadinya “non- disjunction”.
Faktor lain yang juga diperkiraan sebagai etiologi sindrom Down adalah
autoimun. Terutama autoimun tiroid atau penyakit yang dikaitkan dengan tiroid.
Penelitain Fialkow 1966 (dikutip dari Puesehel dkk.) seeara konsisten mendapatkan
adanya perbedaan autoantibodi tiroid pada ihu yang melahirkan anak dengan
sindrom Down dengan ibu kontrol yang umurnya sama. Apabila umur seseorang ibu
diatas 35 tahun, boleh diperkirakan terdapat perubahan hormonal yang dapat
menyebabkan “non-disjunetion” pada kromosom. Peruhahan endokrin. seperti
meningkatnya sekresi androgen, menurunnya kadar hidroepiandrosteron,
menurunnya konsentrasi estradiol sistemik, perubahan konsentrasi reseptor hormon,
dan peningkatan seeara tajam kadar LH (Luteinizing hormon) dan FSH (Follieular
Stimulating hormon) seeara tiba-tiba sebelum dan selama menopause, dapat
meningkatkan kemungkinan terjadinya “non-disjunction”. Selain pengaruh umur ibu
terhadap sindrom Down, juga dilaporkan adanya pengaruh dari umur ayah.
Penelitian sitogenetik pada orang tua dari anak dengan sindrom Down mendapatkan
bahwa 20-30% kasus ekstra kromosom 21 bersumber dari ayahnya. Tetapi
korelasinya tidak setinggi dengan umur ibu.

Definisi Sindrom Down


Sindrom down adalah suatu kondisi keterbelakangan perkembangan fisik dan
mental anak yang diakibatkan adanya abnormalitas perkembangan kromosom.
Kromosom ini terbentuk akibat kegagalan sepasang kromosom untuk saling
memisahkan diri saat terjadi pembelahan. Sindrom down ialah kelainan kromosom
yang disebabkan oleh ciri-ciri fizikal yang boleh dikenalpasti dan biasanya
disebabkan perkembangan fizikal dan intelektual yang berkembang secara
perlahan. Kromosom pula ialah adalah serat-serat khusus yang terdapat dalam
setiap sel di dalam badan manusia di mana tedapat bahan-bahan genetik yang
menentukan sifat-sifat seseorang.
Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down sentiasa mendapat perhatian
terutamanya saintis dunia yang tidak jemu mencari rawatan terbaru untuk
meningkatkan keupayaan serta memberi ciri tersendiri kepada setiap individu.
Manusia normal mempunyai 23 pasangan kromosom. Satu daripada setiap pasang

2
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

kromosom diwarisi daripada ibu dan separuh lagi ialah daripada ayah. Namun bagi
kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down, kromosom 21 mereka ada tiga. Ini
bermakna mereka mempunyai 47 kromosom berbanding hanya 46 kromosom pada
orang normal. Kromosom ketiga pada kromosom 21 menyebabkan pelbagai masalah
dan menimbulkan ciri-ciri khas Sindrom Down. Sindrom Down ialah penyakit
keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang
terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya
dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.
Sindrom Down merupakan kelainan genetik yang terjadi pada kromosom 21
pada berkas q22 gen SLC5A3,yang juga dapat dikenal dengan melihat manifestasi
klinis yang cukup khas. Sindrom Down juga merupakan suatu kondisi
keterbelakangan perkembangan fizik dan mental anak yang diakibatkan adanya
abnormaltas perkembangan kromosom dan kromosom ini terbentuk disebabkan
kegagalan sepasang kromosom untuk saling memisahkan diri saat terjadi
pembelahan. Sindrom Down juga boleh dikenal sebagai trisomi. Kromosom
merupakan serat-serat khusus yang terdapat di dalam setiap sel di dalam badan
manusia dimana terdapat genetic yang menentukan sifat seseorang.
Risiko mendapat anak Sindrom Down dikaitkan dengan usia ibu ketika
mengandung dan terutamanya mengandung pada umur yang melebihi 35 tahun
(lingkungan 35 hingga 45 tahun). Peningkatan umur boleh menyebabkan wanita
menghasilkan telur yang berumur juga dan ini akan menyebabkan kromosom
kehilangan keupayaan membahagi dengan baik dan akan mengakibatkan anak
tersebut mungkin mengalami kecacatan genetik. 5% kanak-kanak yang menghidap
Sindrom Down adalah disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan “Translocation”.
Keadaan ini biasanya berlaku pada pemindahan genetik dari kromosom 14 kepada
kromosom 21. Mekanisme ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang
lebih muda. Semua individu yang menghidap Sindrom Down di seluruh dunia
mempunyai wajah atau ciri yang seiras atau sama dan mereka juga menghadapi
masalah dalam perkembangan fizikal dan otak yang lebih lambat berbanding dengan
kanak-kanak normal. Kelainan yang berdampak pada keterbelakangan pertumbuhan
fisik dan mental ini pertama kali telah dikenal oleh Dr.John Longdon Down pada
tahun 1866.
Menurutnya, Sindrom Down menimpa satu di antara tujuh ratus kelahiran
atau diantara lapan ratus hingga seribu kelahiran bayi. Dapat diperkirakan bahawa
saat ini terdapat empat juta orang yang menghidap Sindrom Down di seluruh dunia.
Menurut Pathol pada tahun 2003 yang mengatakan bahawa kelebihan kromosom
akan mengakibatkan perubahan karakteristik fisik dan mengubah keseimbangan

3
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

genetic tubuh serta kemampuan intelektual dan gangguan dalam fungsi fisiologi
tubuh.Menurut Lancet, terdapat tiga tipe Sindrom Down iaitu 21 reguler dan
translokasi serta mosaic. Tipe yang pertama ialah trisomi 21 reguler yang kesemua
sel dalam tubuh seseorang individu akan mempunyai tiga kromosom 21 dan
Sembilan puluh empat persen dari semua kasus Sindrom Down adalah dari tipe ini.
Tipe yang kedua adalah translokasi. Dalam tipe ini, kromosom 21 akan berkombinasi
dengan kromosom yang lain.
Menurut Lancet, seringnya salah satu orang tua yang menjadi karier
kromosom yang ditranslokasi ini tidak menunjukkan karakter penderita Sindrom
Down. Sebanyak 4% dari total kasus dalam tipe ini. Tipe yang ketiga ialah mosaic
yang hanya sel yang tertentu sahaja yang mempunyai kelebihan kromosom 21 bagi
tipe ini dan 2% adalah penderita tipe mosaic ini serta biasanya kondisi si penderita
lebih ringan.

Punca-punca Sindrom Down


Kanak-kanak sindrom down mempunyai bilangan kromoson 47 berbanding
46 kromosom pada sel yang normal. Pertambahan kromosom ini disebabkan oleh
proses pembentukan sel yang tidak berlaku dengan sempurna sehingga
menyebabkan berlakunya terlebih sel. Dianggarkan 95% daripada kes sindrom down
adalah disebabkan masalah ini. Terdapat 3 jenis sindrom down yang disebabkan
oleh faktor genetik iaitu Trisomi 21, Mosaicism dan Translokasi Robertsonian. Faktor
keturunan juga turut menyumbang kepada kes sindrom down. Jika terdapat sejarah
kes-kes sindrom down pada pihak keluarga sebelah ibu dan bapa maka risiko untuk
mendapatkan anak sindrom down adalah lebih tinggi.
Kelahiran bayi yang comel pasti menjadi peristiwa yang menggembirakan
bagi setiap pasangan apabila tiba waktunya. Namun hakikatnya, bukan semua bayi
yang dilahirkan adalah sempurna. Ada kemungkinan bayi yang dilahirkan adalah
bayi istimewa yang dianugerah Tuhan dengan Sindrom Down. Sindrom Down adalah
masalah genetik yang paling kerap berlaku iaitu pada kadar satu kes dalam setiap
700 kelahiran. Sindrom Down juga adalah masalah genetik paling utama yang
menjadi penyebab bagi masalah terencat akal.
Secara umumnya, Sindrom Down boleh disebabkan satu daripada tiga
masalah genetik iaitu non -disjunction, translokasi atau mosaic. Masalah non-
disjunction ( kegagalan kromosom untuk mengasing secara betul dalam proses
meiosis ) berlaku ketika pembentukan telur wanita adalah penyebab utama Sindrom
Down (95 peratus daripada kelahiran bayi sindrom Down). Ia menyebabkan
berlakunya berlebihan kromosom pada kromosom 21 yang juga dikenali sebagai

4
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

Trisomy 21. Risiko ini meningkat dengan peningkatan umur seseorang wanita atau
ibu dengan kebarangkalian berlaku adalah satu kes dalam 700 kelahiran bagi wanita
yang hamil ketika berusia 30 tahun.
Ibu mengandung yang berumur 35 tahun ke atas mempunyai risiko yang
lebih tinggi untuk melahirkan anak yang mengalami sindrom down. Faktor ini
disebabkan masalah kelewatan mendirikan rumah tangga yang berlaku di dunia.
Jadual di bawah menunjukkan risiko mendapat anak sindrom down mengikut tahap
umur ibu mengandung.
RISIKO SINDROM DOWN
Usia ibu Peluang memiliki bayi dengan sindrom down
20 tahun 1 dalam 1600
25 tahun 1 dalam 1300
30 tahun 1 dalam 1000
35 tahun 1 dalam 365
40 tahun 1 dalam 100
45 tahun 1 dalam 30
Risiko bertambah kepada 1 kes dalam 100 kelahiran apabila wanita
mengandung pada usia 40 tahun dan satu kes dalam 30 kelahiran berlaku jika si ibu
melebihi 45 tahun. Ia juga antara penyebab utama keguguran yang berlaku dalam
trimester pertama. Lebih kurang 3 peratus masalah Sindrom Down disebabkan
translokasi.
Masalah translokasi biasanya terjadi di antara kromosom 14 dan 21. Bagi
penyebab ini, ada kebarangkalian ibu bapa bayi Sindrom Down itu adalah pembawa
genetik ini. Oleh itu, risiko mendapat bayi Sindrom Down adalah tinggi untuk
kelahiran selanjutnya. Sebaik-baiknya ibu bapa menjalani ujian analisis kromosom
jika ingin mempunyai anak lagi apabila penyebab Sindrom Down berkenaan
membabitkan masalah translokasi genetik. Selebihnya, lebih kurang 2 peratus
masalah Sindrom Down disebabkan mosaicism; iaitu bayi yang dilahirkan
menunjukkan ciri-ciri Sindrom Down tetapi berkemungkinan mempunyai IQ normal.
Kromosom berlebihan pada kromosom dua puluh satu boleh mempengaruhi hampir
setiap organ bayi Sindrom Down sehingga menyebabkan terjadi pelbagai masalah
yang dikaitkan dengan sindrom ini.
Apabila umur ibu diatas 35 tahun diperkirakan terdapat perubahan hormonal
yang dapat menyebabkan “non dijunction” pada kromosom. Perubahan endokrin
seperti meningkatnya sekresi androgen, menurunnya kadar hidroepiandrosteron,
menurunnya konsentrasi estradiolsistemik, perubahan konsentrasi reseptor hormon
dan peningkatan kadar LH dan FSH secara tiba-tiba sebelum dan selam menopause.
Ibu yang terdedah kepada kepada radiasi (sinar x) khususnya ditempat kerja juga
mempunyai risiko yang tinggi mendapat anak sindrom down. Pengambilan

5
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

dadah juga dapat mengundang kepada kes sindrom down. Selain itu kelainan
kehamilan juga berpengaruh. Selain itu ada faktor lain seperti gangguan intragametik,
organisasi nukleolus, bahan kimia dan frekuensi koitus.

Perkembangan fizikal kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down


Di dalam perkembangan fizikal kanak-kanak Sindorm Down, keupayaan
mereka mengangkat, berlari, berjalan dan melompat adalah tidak sama dengan
kanak-kanak normal. Kanak-kanak normal biasa mampu mengangkat benda-benda
yang agak berat tetapi bagi kanak-kanak Sindrom Down adalah mereka tidak
mampu melakukannya kerana otot-otot mereka yang agak lemah, begitu juga
dengan keupayaan mereka berjalan, berlari dan melompat. Mereka tidak mampu
melakukan semua itu kerana kelemahan pada otot-otot mereka dan juga
kemungkinan masalah adalah disebabkan jantung mereka. Jadi perkembangan
fizikal mereka tidak sama seperti kanak-kanak biasa yang seusia dengan mereka.
Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down boleh mengikut pelbagai
kaedah intervensi awal bagi meningkatkan potensi dan kefungsian mereka. Terapi
pertuturan memain peranan penting bagi kanak-kanak Sindrom Down dan alat
artikulasi bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down perlu dikenalpastikan
tidak mempunyai masalah untuk menjalankan terapi pertuturan. Terapi ini dijalankan
secara berperingkat mengikut kemampuan kanak-kanak yang menghidap Sindrom
Down. Mereka akan diajar untuk mengeluarkan bunyi dari peti suara mengikut huruf-
huruf yang mudah dengan melaksanakan aktiviti permainan bahasa yang boleh
menarik perhatian mereka serta menarik. Guru perlu sentiasa menggunakan bahasa
yang mudah difahami dan menggunakan ayat pendek dalam aktiviti pengajaran bagi
merangsang kanak-kanak Sindrom Down untuk belajar. Pendekatan melalui aksi dan
lakonan boleh membantu mengotimumkan proses pembelajaran.
Segala aktiviti yang dirancang atau dilaksanakan tidak boleh berterusan dan
harus meletak pada masa yang sesuai iaitu ketika mereka masih aktif atau segar dan
guru tersebut harus menumpukan satu pengajaran sahaja dalam satu-satu masa
supaya kanak-kanak Sindrom Down boleh memahami isi pengajaran tersebut.
Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down mempunyai pelbagai tahap masalah
pembelajaran, yang mungkin pelbagai daripada sederhana kepada teruk. Gangguan
spektrum autistik juga lebih biasa. Kemahiran motor halus adalah lambat dan sering
ketinggalan kemahiran motor kasar dan boleh menganggu perkembangan kognitif
mereka. Kemahiran motor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu motor kasar dan
motor halus (Magill, 2001). Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran yang
melibatkan kumpulan otot-otot kasar atau besar yang melibatkan banyak anggota.

6
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot


kecil atau halus dan sukar untuk dilihat. Walaubagaimanapun, terdapat kesukaran
dalam mengaplikasikan sesetengah kemahiran bagi menentukan penggunan
kumpulan otot kasar atau otot halus.
Menurut Huttenlocher, ( 1990, 1994 ) kanak-kanak merupakan individu yang
mempunyai perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor
kasar atau motor halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor
halus seorang kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak,
keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak.
Kemahiran motor kasar boleh terjejas dari kecil hingga besar. Latihan pergerakan
motor kasar dan motor halus yang dilakukan kepada mereka adalah berbeza.
Pergerakan motor kasar dibuat dengan menggunakan alatan yang besar seperti
penggunaan bola untuk melihat kemahiran mereka dalam membaling dan
menangkap bola, bersukan dan sebagainya. Pergerakan motor halus dilaksanakan
dengan menggunakan alatan yang halus dan kecil seperti menggunting kertas,
membuat kraftangan, memasukkan benang ke dalam jarum, melukis lukisan yang
mudah, menyusun dan sebagainya.
Masalah fizikal yang dihadapi oleh kanak-kanak yang menghidap Sindrom
Down ialah masalah pendengaran dan penglihatan. Kanak-kanak yang menghidap
Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami keterbelakangan perkembangan
dan kelemahan akal. Mereka mengalami masalah lambat pada peringkat awal dalam
semua perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, bercakap dan perkembangan
motor halus mereka juga lambat. Perkembangan motor kasar mereka adalah lambat
disebabkan otot-otot yang lembek, tetapi akhirnya mereka juga berjaya melakukan
dan hampir semua pergerakan kasar. Mereka juga mengalami gangguan tiriod dan
gangguan pendengaran akibat infeksi telinga berulang dan atitis serosa.
Apabila umur mereka sudah mencapai tiga puluh tahun, mereka akan mula
hilang ingatan, penurunan kecerdasan dan perubahan keperibadian. Bagi kanak-
kanak yang menghidap Sindrom Down, mereka sering mengalami gangguan pada
beberapa organ tubuh seperti kulit, hidung dan saluran cerna yang berkaitan dengan
alergi. Kajian penyelidikan telah membuat kajian yang menunjukkan orang yang
menghidap Sindrom Down 44% daripada mereka akan meningga dunia apabila umur
mereka mencecah ke enam puluh tahun. Hanya 14% daripada mereka yang hidup
dan umur mereka hanya sampai enam puluh lapan tahun. Tingginya angka kejadian
penyakit jantung yang dialami oleh mereka. 80% daripada mereka akan mati kerana
leukimia dan adalah lima belas kali dari populasi normal. Bagi penyakit Alzheimer
adalah menurun.

7
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

Kanak-kanak Sindrom Down tidak mampu melakukan tugasan yang


mencabar. Mereka juga sukar menyelesaikan masalah yang berlaku dalam
kehidupan mereka atau rumah seperti mencari kekunci, pilih kekunci yang sesuai
serta membuka pintu rumah. Kabanyakan kanak-kanak Sindrom Down mempunyai
beberapa jenis masalah penglihatan seperti rabun dekat, rabun jauh, bersilang mata
dan saluran air mata juga tersekat. 40% hingga 60% kanak-kanak Sindrom Down
yang menghadapi masalah kehilangan pendengaran selepas kelahiran mereka.
Gejala yang muncul akibat Sindrom Down dapat bervariasi mulai dari yang
tidak tampak sama sekali, tampak minimal sampai muncul tanda yang khas. Kanak-
kanak yang mempunyai Sindrom Down cenderung untuk kelihatan berbeza dan
tanda khas seperti mereka adalah mudah dikenali dengan penampilan fisik yang
menonjol berupa bentuk kepala yang relative kecil dari normal ( microchephaly )
dengan bahagian anteroposterior kepala mendatar. Kanak-kanak yang mempunyai
Sindrom Down biasanya mata yang ke atas menyenget dan profil rata muka. Ciri-ciri
muka adalah seperti lidah yang menonjol, telinga yang kecil dan belakang rata
kepala. Mereka mempunyai paras muka yang hampir sama seperti muka orang
Mongolia. Pada bahagian wajah biasanya tampak sela hidung yang datar dan
pangkal hidungnya adalah kemek serta jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan
kulit di sudut dalam. Ukuran mulutnya adalah kecil manakala ukuran lidahnya adalah
besar dan menyebabkan lidahnya selalu terjulur. Pertumbuhan giginya lambat dan
tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala mereka biasanya lebih kecil
dan agak lebar dari bahagian depan ke belakang manakala lehernya agak pendek.
Mata mereka adalah sipit dan berlaku gangguan penglihatan kerana adanya
perubahan pada kornea dan lensa. Manifestasi mulut mereka menghadapi masalah
mengunyah, menelan dan bercakap serta mulut mereka adalah terbuka.
Kanak-kanak yang mempunyai Sindrom Down juga cenderung untuk menjadi
lebih pendek daripada rata-rata dengan nada otot yang lemah dan mempunyai
tangan yang pendek termasuk luas jari-jarinya serta jarak antara jari pertama dan
kedua serta kakinya melebar. Jari-jari mereka adalah pendek dan jari kelingking
membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan
urat yang dinamakan “simian crease”. Kaki mereka juga adalah pendek dan jarak di
antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dari tapak kaki. Badan
mereka adalah lebih gemuk dan lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak
normal. Kulit mereka adalah kering,lembut dan tipis. Sementara itu, lapisan kulit
biasanya tampak kariput ( dermatoglyphics ). Mereka juga mempunyai otot yang
lemah dan ini menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah
lambat dalam perkembangan motor kasar.

8
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

Hampir separuh daripada kanak-kanak yang mempunyai Sindrom Down


mempunyai kecacatan jantung. Ada yang boleh dirawat, ada yang tidak boleh.
Mereka juga mempunyai masalah usus yang boleh menyukarkan makan dan
meningkatkan risiko masalah seperti sembelit dan masalah-masalah kelenjar tiroid.
Bagi kanak-kanak yang mempunyai Sindrom Down juga mengalami masalah seperti
jantung berlubang jenis kebiruan ( cyanotic spell ) dan susah bernafas. Mereka juga
mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kekurangan hormone tairoid. Masalah ini
berlaku di kalangan 10% kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down. Mereka juga
mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher yang
menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh ( atlantoaxial instability ) di mana ini
berlaku di kalangan 10% bagi kanak-kanak yang mempunyai Sindrom Down.
Sebahagian kecil daripada mereka mungkin mempunyai risiko menghidap
leukemia demential ( penyakit di mana sel darah putih melipat ganda tanpa
terkendalian ) dan Alzheimer ( penyakit kemurunduran susunan saraf pusat ). Kanak-
kanak Sindrom Down juga kerap berbatuk dan selsema. Kanak-kanak Sindrom
Down yang mempunyai otot iang lemah yang dikenali sebagai hypotonia
menyebabkan mereka sukar belajar bergolek, duduk, berdiri dan bercakap.
Hypotonia ini tidak dapat diubati tetapi secara amnya akan bertambah baik dengan
peredaran masa dan dirawat dengan rawatan fizikal.
Alat permainan yang digunakan dalam teknik pengajaran perlulah
bersesuaian kerana ini boleh ditambah bagi mengelak kebosanan mereka serta guru
perlu memberi pujian kepada setiap kecermerlangan yang dicapai oleh kanak-kanak
Sindrom Down. Kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down lambat bertutur. Mereka
wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah yang perlu diambil ialah mengadakan
permainan bahasa atau kegiatan yang dapat menarik perhatian mereka dan cuba
dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan kanak-kanak Sindrom Down. Guru
jangan terlalu banyak bertanya dan tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka
peluang untuk menjawab. Guru harus gunakan ayat pendek dan bahasa yang
mudah difahami oleh mereka. Semasa bertutur, kita bolehlah buat aksi atau lakonan
dan latihan yang berterusan. Pilih masa yang sesuai, terutama ketika mereka masih
segar dan aktif. Tumpu kepada satu perkara dan beri masa, peluang dan latihan
sebelum beralih kepada latihan baru. Guna setiap peluang, berinteraksi dengan
mereka.Kita juga boleh selalu memberi tindak-balas kepada setiap percakapan
kanak-kanak Sindrom Down. Peringatan kepada guru-guru dan ibu bapa adalah cara
terbaik untuk kanak-kanak Sindrom Down mempelajari perkara baru ialah dengan
melalui boneka. Guru atau ibu bapa juga harus memilih alat permainan yang
bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak Sindrom Down. Di samping

9
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

juga boleh menyediakan bahan sampingan untuk permainan khayalan. Guru atau ibu
bapa janganlah terlalu memaksa mereka untuk melakukan sesuatu perkara dan pilih
boneka pilihan atau kesayangan mereka kerana ini dapat dijadikan pendorong
kepada kanak-kanak Sindrom Down.
Apabila kanak-kanak Sindrom Down boleh bermain dengan alat permainan
mudah maka mereka boleh dibiarkan bermain sendirian. Jangan biar kanak-kanak
Sindrom Down bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak
balas daripada rakan. Bagi ibu bapa yang dikurniakan dengan anak Sindrom Down,
janganlah terlalu sedih dan ibu bapa perlu tabah dan atasi perasaan itu dengan
menyayangi, membimbing dan mengajar mereka seperti anak normal.Ibu bapa perlu
membuat rujukan doktor, sekiranya mendapati anak mereka Sindrom Down.
Dapatkan maklumat mengenainya, dengan menghubungi pusat Sindrom Down. Ibu
bapa juga boleh menadi ahli bagi persatuan Sindrom Down kerana cara itu dapat
bertukar pengalaman dan berkongsi maklumat demi kebaikan anak mereka.

Perkembangan kognitif kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down


Dari segi perkembangan kognitif bagi kanak-kanak Sindrom Down adalah
mereka kurang mempunyai kemahiran menggunakan bahasa, angka, pemikiran,
penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. Ini adalah kerana perkembangan
kognitif mereka tidak secepat kanak-kanak biasa, Kepandaian kanak-kanak yang
menghidap Sindrom Down adalah lebih rendah daripada kanak-kanak normal.
Perkembangan kognitif di kalangan kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down
adalah sentiasa berubah-ubah dan ia tidak dapat diramalkan. Dari segi mental,
pertumbuhan kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down adalah lebih lambat
daripada kanak-kanak normal. Keupayaan untuk memikirkan tentang banyak perkara
tidak mungkin dapat dicapaikan seperti mana dapat dicapaikan bagi kanak-kanak
normal. Keupayaan mental kanak-kanak Sindrom Down agak kebelakang jika
dibandingkan dengan kanak-kanak normal dan pertumbuhan mental mereka juga
ketinggalan agak jauh kebelakang dari kanak-kanak normal yang sebaya dengan
mereka. Ini mungkin disebabkan oleh kerosakan saraf-saraf otak yang dialami oleh
mereka. Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down mempunyai pelbagai
kebolehan dan kejayaan mereka di sekolah adalah berbeza.
Terdapat perbezaan dalam pertuturan antara kanak-kanak yang menghidap
Sindrom Down dengan kanak-kanak normal. Mereka mempunyai kelewatan
pertuturan. Walaupun ini merupakan perkara biasa bagi kanak-kanak yang
menghidap Sindrom Down, namun mereka masih memerlukan pertuturan terapi
untuk membantu mereka dengan menyampaikan sesuatu dengan baik.

10
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

Perkembangan kognitif kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down adalah


berdasarkan kepada pengetahuan dan kemahiran berfikir dan mengingat.
Kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak yang menghidap
Sindrom Down ialah pertuturan. Pengetahuan mereka mengenai dunia ini biasanya
adalah diperolehi melalui permainan, manipulasi dan penerokaan. Pengajaran
konsep seperti warna, saiz, nombor dan bentuk dapat membantu mereka dalam
mengenal perkataan yang asas perlu dipelajari untuk membantu mereka dalam
pertuturan. Kemahiran pertuturan dan bahasa telah memain peranan yang utama
bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down. Perkembangan kognitif juga
merujuk kepada pengetahuan mengenai dunia dan memahami dunia melalui fizikal
dan sosial. Pengetahuan yang biasa diperolehi oleh kita ialah melalui semua
pancaindera dan sentuhan kita tatapi bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom
Down ialah mereka melihat semua perkara atau aktiviti yang berlaku di sekeliling
mereka serta melalui permainan atau mengguna objek-objek di dalam jangkauan
mereka. Mereka lebih mudah memahami atau mengingat dengan melalui permainan
dan mainan mereka adalah seperti menyusun kotak dan sebagainya yang boleh
memberangsangkan mereka untuk berfikir. Mereka memahami tingkah laku dan
tindakan yang dilakukan oleh orang di sekelilingnya serta peristiwa-peristiwa yang
berlaku di dunia mereka kerana mereka bermain dengan cara yang imaginasi
dengan mainan mereka seperti berlakon atau bermain menjadi seorang petani,
membuat makanan, meletakkan boneka tidur atau bermain dengan keretapi. Oleh itu,
permainan telah memain peranan yang penting dalam membantu perkembangan
kognitif kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down dan aktiviti permainan boleh
digunakan untuk mengajar banyak perkara lagi yang perlu dipelajari oleh mereka.
Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down menunjuk keseronokan
semasa dalam permainan. Perkembangan kognitif dalam 1 hingga 2 tahun pertama
bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down memberi tumpuan kepada
keupayaan untuk membangun dan meningkatkan kebolehan dalam permainan
manipulatif dengan mainan kanak-kanak dan kemudian ialah pemahaman mereka
tentang persekitaran atau dunia yang ditunjukkan dalam permainan seperti
permainan meniru dan mereka akan mempunyai daya imaginasi mereka. Mereka
belajar mengenai ciri-ciri objek dan melalui peristiwa yang berlaku dalam dunia
mereka serta belajar saiz, warna dan bentuk benda dan mengenal benda tersebut
sama ada panas, sejuk, basah atau kotor.
Menurut penyelidik Jennifer Wishart dan rakan-rakannya yang telah membuat
kajian pada kanak-kanak Sindrom Down, mereka telah memerhatikan bahawa
apabila kanak-kanak Sindrom Down berhadapan dengan cabaran kognitif dalam

11
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

persekitaran makmal, kanak-kanak Sindrom Down sering mengelakkan diri daripada


melakukan tugasan yang diberi oleh guru berbanding dengan kanak-kanak normal
dan tingkah laku ini adalah termasuk enggan melihat tugas, berjuang keluar dari
kerusi atau secara tiba-tiba akan menangis.

Pembangunan sosial bagi kanak-anak yang menghidap Sindrom Down


Pertumbuhan dari segi sosial bagi kanak-kanak Sindrom Down adalah begitu
ketara jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Mereka agak lambat
berinteraksi dengan orang asing yang ahli-ahli bukan dari keluarga mereka seperti
rakan sebaya, guru atau jiran. Dari segi pembangunan sosial, kanak-kanak Sindrom
Down adalah sangat rendah dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Mereka
tidak dapat membezakan peranan antara lelaki dan perempuan, belum faham
perbezaan lelaki dan perempuan walaupun umur mereka sudah belasan tahun.
Pergaulan mereka dengan rakan-rakan sebaya juga tidak menampakkan
kematangan. Mereka tidak dapat mengikut dan mempraktikkan disiplin kumpulan
dengan baik seperti kanak-kanak normal.
Kanak-kanak Sindrom Down tidak pandai untuk menyesuaikan diri mereka
dengan persekitaran yang asing terutamanya yang bukan dari keluarga mereka.
Mereka kemungkinan akan kurang berkeyakinan diri serta berasa rendah diri yang
menjadikan mereka sukar menyesuaikan diri dalam masyarakat, lebih-lebih lagi jika
mereka tidak mendapat sokongan dari masyarakat di sekeliling mereka.
Pertumbuhan kasih sayang, suka, duka dan pelbagai perasaan tetap ada pada
kanak-kanak Sindrom Down. Mereka juga mempunyai emosi seperti kanak-kanak
normal. Mereka juga akan menangis, sayangkan sesuatu, ketawa dan marah seperti
yang dilakukan oleh kanak-kanak normal cuma perbezaannya adalah mereka tidak
dapat atau pandai mengawal emosi mereka sepertimana yang dapat dilakukan oleh
kanak-kanak normal.
Untuk kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down, perkembangan sosial
biasanya merupakan satu kekuatan bagi mereka yang bermula di peringkat awal.
Banyak kesan yang menunjukkan bagaimana kanak-kanak yang menghidap
Sindrom Down menyampaikan mesej mereka melalui lisan atau bukan lisan seperti
nada suara, ekspresi muka dan postur badan. Walaupun mereka tidak memahami
semua bahasa pertuturan yang digunakan dalam suatu situasi sosial tetapi mereka
masih mampu menyampaikan mesej utama mereka tentang perasaan dan
berkelakuan dengan cara yang sesuai walaupun kelewatan dalam pembangunan
kemahiran bahasa pertuturan.

12
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

Bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down, mereka akan dipengaruhi


oleh masyarakat, keluarga, sekolah, persekitaran dan cara mereka dilayan oleh
orang lain. Sebilangan kecil kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down
mempunyai gangguan neuro develop mental, termasuk gangguan spectrum autistic
dan kanak-kanak seperti ini akan menghadapi kesukaran bersosial dengan
masyarakat atau dengan orang lain. Pengaruh dalam pembangunan sosial adalah
seperti perangai, personaliti, bahasa, keupayaan kognitif, keluarga, masyarakat,
persekitaran, jangkaan dan pengurusan. Pembangunan sosial bermula dari hari
perawalan kehidupan bayi dan dipengaruhi oleh pengalaman mereka dengan ibu
bapa atau penjaga mereka.
Sesetengah ibu bapa yang mendapat anak yang menghidap Sindrom Down
biasanya akan berasa tertekan dan menghadapi kesukaran dalam menjaga anak
mereka serta mereka mudah berputus asa. Tetapi bagi sesetengah ibu bapa pula,
mereka dapat mengatasi masalah ini dengan berani,yakin serta tidak akan mudah
berputus asa dalam menjaga anak mereka yang menghidap Sindrom Down. Dalam
kata erti lain, pembangunan sosial adalah satu proses yang dinamik dan interaktif di
mana tingkah laku kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down dengan ibu bapa
mereka adalah saling mempengaruhi antara satu sama lain dan pengalaman yang
berterusan di mana kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down mempengaruhi
perkembangan mereka di samping untuk solek biologi mereka.
Pembangunan tingkah laku dan sosial kanak-kanak yang menghidap
Sindrom Down dipengaruhi oleh perangai dan personaliti yang berbeza seperti ada
kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down suka keluar dan bergaul, ada yang
pemalu dan mendapati dia sukar untuk berkawan dengan orang lain. Kajian
penyelidikan telah menunjukkan bahawa pelbagai ciri-ciri yang berbeza sikapnya dan
personaliti di kalangan kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down adalah sama
seperti julat yang diperhatikan di kalangan kanak-kanak normal. Kajian penyelidikan
juga menunjukkan kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down selalunya berfikiran
tenang dan gembira serta tiada kerunsingan dan mereka naïf.
Sesetengah kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down akan menghadapi
kesukaran seperti gangguan spectrum austime ( ASD ), defisit perhatian gangguan
hiperaktif ( ADHD ), gangguan kompulsif obsessional ( OCD ), kebimbangan atau
kemurungan yang perlu didiagnosis dan dirawat sewajarnya. Kesukaran seperti ini
akan menjejaskan pembangunan sosial kanak-kanak yang menghidap Sindrom
Down. Pembangunan sosial kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down
dipengaruhi oleh pemahaman mereka tentang persekitaran di sekeliling mereka dan
tingkah laku orang lain. Oleh itu, kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down

13
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

dengan kelewatan perkembangan kognitif ( mental ) mungkin menghadapi kesukaran


dalam menjadi sosial yang kompeten dan dalam mengawal atau mengawal selia
sendiri kelakuan mereka.
Kadar kemajuan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak yang
menghidap Sindrom Down juga mempengaruhi semua aspek dalam perkembangan
sosial mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down mudah
mengalami kekecewan kerana menghadapi kesukaran dalam menjelaskan atau
menyampaikan perasaan mereka serta mesej yang ingin disampaikan oleh mereka.
Oleh itu, perkembangan mereka adalah lebih lambat atau perlahan dalam pertuturan
bahasa dan perkembangan kognitif akan lebih berisiko untuk tingkah laku dan
masalah sosial serta akan menjadi lebih mencabar untuk mengurus bagi tempoh
yang lebih lama ketika zaman kanak-kanak. Perkembangan sosial mereka akan
menjadi semakin baik dengan peningkatan umur mereka.
Bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down yang lahir dari keluarga
yang berbeza akan mempengaruhi perkembangan sosial mereka seperti dalam
keluarga yang miskin, bermasalah atau mempunyai ibu bapa yang kurang bernasib
baik seperti menghadapi pengangguran dan ini akan menjadi kesukaran serta
cenderung dalam pembangunan sosial kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down
manakala bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down yang lahir dari
kekuarga yang sederhana atau harmoni, pembangunan sosial mereka akan menjadi
lebih baik dari keluarga yang menghadapi banyak masalah. Ini telah menunjukkan
bahawa perbezaan keluarga mempunyai kesan yang sama mengenai kemajuan
kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down dengan kanak-kanak yang normal.
Di samping itu, sesetengah keluarga menghadapi kesukaran menyesuaikan
diri untuk menjadi ibu bapa kanak-kanak yang hilang upaya dan mereka
menggunakan sistem sokongan di luar keluarga untuk mempengaruhi kemajuan
anak mereka yang menghidap Sindrom Down. Kanak-kanak yang menghidap
Sindrom Down suka melakukan sesuatu perkara untuk mendapatkan reaksi yang
mereka mahu seperti melarikan diri yang biasanya mengakibatkannya dikejar dan
pelbagai tingkah laku yang lain seperti menyentuh kerja sekolah kanak-kanak yang
lain atau membuat bunyi di dalam kelas untuk menarik perhatian guru.
Ramai kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down mempunyai keupayaan
untuk belajar rutin sosial harian dengan meniru dan menyalin tingkah laku orang lain.
Pembelajaran tiruan adalah kekuatan bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom
Down dan mereka mengambil maklumat dengan melihat tingkah laku yang dilakukan
oleh kanak-kanak yang lain yang juga menghidap Sindrom Down.Adalah penting
untuk kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down mempunyai persahabatan

14
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

dengan kanak-kanak yang sama dengannya. Mereka amat memerlukan sokongan


untuk membangunkan tingkah laku sosial yang sesuai dengan mereka. Sekolah
boleh mengadakan aktiviti seperti sukan, koir, projek kumpulan dan sebagainya
untuk merapatkan hubungan antara kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down.
Pada zaman kini, ada orang yang menghidap Sindrom Down hidup dengan
bahagia dan ada juga yang dapat berkahwin serta mempunyai kehidupan masing-
masing. Ada juga yang memegang pekerjaan serta menjadi pemuzik, pelakon atau
pelukis. Mereka adalah memerlukan banyak masa untuk mencapai tahap ini. Kanak-
kanak Sindrom Down selalunya mempunyai personality introvert. Mereka kurang
aktif dalam pergaulan dan melakukan aktiviti berkumpulan. Mereka tidak berapa
suka dengan orang baru atau orang yang asing kepada mereka terutamanya orang
yang mereka belum kenali. Mereka sukar diajak untuk berbicara dan ini mungkin
disebabkan mereka kurang fasih berbahasa atau lambat dalam pertuturan serta
kekurangan keyakinan dalam diri mereka. Kadang-kala mereka bersifat pemalu dan
kadang-kala bersifat pendiam.
Walau bagaimanapun, terdapat juga kanak-kanak Sindrom Down yang
bersifat ekstrovert dan juga ambivert. Mereka yang berpersonaliti begini biasanya
dipengaruhi oleh faktor persekitaran, terutamanya ibubapa, keluarga , jiran-jiran dan
masyarakat di sekeliling. Orang yang berada disekeliling mereka akan memberi
motivasi kepada mereka untuk lebih berkeyakinan dalam mengharungi liku-liku hidup
bermasyarakat. Apabila kanak-kanak Sindrom Down ini mempunyai keyakinan diri,
maka mereka akan lebih berani bergaul dengan orang-orang disekeliling mereka dan
mudah masuk dalam kumpulan-kumpulan, pandai menyesuaikan diri dengan rakan-
rakan, guru-guru dan sebagainya. Perasaan malu mereka dengan sendiri akan
hilang dan mereka lebih suka bergaul dengan orang lain terutamanya dalam
melakukan aktiviti berkumpulan. Kanak-kanak normal pula lebih berpersonaliti
ekstrovert. Mereka adalah mudah dan cepat mendapat kawan serta suka bergaul
dengan orang lain atau berkumpulan dan mereka adalah lebih berkeyakinan diri
daripada kanak-kanak Sindrom Down. Kanak-kanak normal adalah lebih cepat
menerima kawan baru dan bersifat terbuka dalam pergaulan. Jika terdapat kanak-
kanak normal yang bersifat introvert, ini adalah kemungkinan terjadi disebabkan
faktor-faktor genetik atau persekitaran. Contohnya masalah kegemukan akan
membuatkan seseorang kanak-kanak itu membencikan dirinya dan berjauhan
dengan rakan-rakannya kerana berasa malu serta takut disisihkan oleh kawan-
kawannya. Jadi personality ini boleh berubah pada setiap individu tidak kira kanak-
kanak normal ataupun kanak-kanak Sindrom Down.

15
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

Perubahan personaliti boleh dibentuk oleh orang-orang yang terdekat dengan


mereka seperti ibu bapa, keluarga, guru-guru atau orang di sekeliling mereka. Kita
perlu memberi input dan pendidikan ke arah positif demi membentuk personaliti yang
sempurna atau baik bagi kanak-kanak Sindrom Down. Suasana persekitaran
memain peranan yang penting dalam membantu pembesaran kanak-kanak Sindrom
Down. Ketenangan dan kemesraan ibu bapa atau penjaga dapat merangsang
penerimaan pembelajaran lebih cepat. Kanak-kanak Sindrom Down perlu berasa
selamat, disayangi dan diterima masyarakat atau keluarga kerana ini dapat
membantu mereka membentuk imej diri yang positif serta mendorong mereka untuk
belajar.
Dari segi emosi pula, kanak-kanak Sindrom Down ini tidak berupaya
menguasai perasaan serta mengawal perasaan mereka ketika marah atau cemburu.
Mereka kurang mempunyai perasaan malu dibandingkan dengan kanak-kanak
normal. Mereka akan menjerit dan menangis tanpa segan dikalayak ramai jika
kemahuan mereka tidak dapat dituruti. Perasaan segan atau malu kepada lain
jantina juga kurang pada kanak-kanak Sindrom Down, mereka kurang faham
perbezaan peranan lelaki dan peranan perempuan, jadi perasaan malu kepada lain
jantina kurang kepada mereka.

Masalah Perkembangan Pelajaran


Setiap kanak-kanak sindrom down mempunyai perkembangan yang amat
perlahan. Oleh itu, ini menyumbangkan kanak-kanak itu kepada lambat dari pelbagai
aspek. Terutama dari aspek pembelajaran. Secara keseluruhannya, kanak-kanak
sindrom down mengalami kerencatan akal dan kelewatan perkembangan. Bagi
kanak-kanak ini mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual ( IQ) yang tidak
melebihi 70. Ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan lebih baik. Pada
peringkat awal pembesaran, mereka mengalami masalah kelewatan dalam semua
aspek perkembangan iaitu lambat bercakap, berjalan dan lambat dalam
perkembangan motor halus dan kasar. Contohnya mereka ini lambat dalam berlari
berbanding kanak-kanak biasa. Selain itu, keupayaan motor halus mereka seperti
menulis, melukis dan lain-lain juga amat lambat berkembang. Namunperkembangan
motor halus dan kasar akan berkembang mengikut tahap umur dan persekitaran
mereka.
Pekembangan kognitif pula, kanak-kanak sindrom down kurang mempunyai
kemahiran dalam menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaalukan,
pembentukan konsep serta ingatan. Ini disebabkan perkembangan mereka tidak
sama dengan kanak-kanak biasa. Namun perkembangan sosial mereka amat

16
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

menggalakkan kerana kanak-kanak jenis ini sangat periang. Hal ini, menjadikan
mereka amat digemari oleh ahli keluarga mereka.

Langkah pencegahan Sindrom Down


Beberapa langkah dalam pencegahan Sindrom Down yang dapat dilakukan
iaitu meliputi ibu-ibu yang akan dan sedang mengandung. Sememangnya bagi
wanita atau ibu yang ingin mengandung, umur mereka adalah tidak digalakkan
mencecah atau melebihi tiga puluh lima tahun disebabkan kesuburan. Jika seorang
wanita atau ibu yang pernah mengalami masalah seperti pernah melahirkan anak
yang cacat atau mengalami masalah keguguran. Mereka hendaklah merujuk kepada
pakar atau doktor untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan kelahiran
anak-anak Sindrom Down. Dengan melalui pemeriksaan, mereka akan mengetahui
penyebabnya dan seterusnya ibu atau wanita tersebut boleh mengambil langkah
pencegahan dengan segera. Jika kehamilan sudah terjadi, pencegahan untuk
merawatnya tidak dapat dijalankan lagi walauun dengan melakikan pemeriksaan
darah atau ari-ari seorang seperti yang telah dinyatakan serta kromosom dari cairan
ketuban.
Zaman kita sekarang penuh dengan teknologi canggih, dengan adanya
teknologi yang canggih dalam bidang perubatan, maka bagi ibu-ibu yang sedang
mengandung boleh menjalani ujian untuk mengesan gejala Sindrom Down sebagai
langkah pencegahannya. Kaedah ujian ini merupakan satu langkah pencegahan
yang boleh dilakukan dalam tempuh yang terdekat iaitu dalam tempoh tiga bulan
pertama ketika kehamilan. Prosedur bagi ujian ini tidak akan mendatangkan kesan
serta menyakitkan dan ianya juga kurang merbahaya bagi bayi di dalam kandungan
dan kaedah ini tidak melibatkan pengambilan cecair dari dalam rahim seseorang ibu.
Wanita yang berumur tiga puluh tujuh tahun dan ke atas adalah berkemungkinan
mendapat bayi atau anak Sindrom Down dan adalah satu dalam setiap satu ratus
tiga puluh lapan kehamilan di dunia.
Prosedur terbaru yang telah diperkenalkan dikenali sebagai FTPS atau Ujian
Imbasan Kehamilan Tiga Bulan pertama yang dapat memberikan penilaian yang
lebih tepat mengenai kemungkinan Sindrom Down. Ujian ini boleh dijalankan kepada
ibu-ibu yang mengandung dari minggu sebelas hingga minggu empat belas
kehamilannya. Jika seseorang wanita atau ibu mengalami kehamilan, maka mereka
juga boleh melakukan ujian untuk menguji selnya bagi bayi yang sedang besar
dalam kandungannya. Ia merupakan satu kaedah yang baru dan dikenali sebagai
Pensempelan Vilus Korion. Kaedah ini membolehkan seorang doktor mengambil sel
ini pada minggu yang kelima kehamilannya dan kaedah tersebut dilakukan dengan

17
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

hanya memasukkan satu tiub pig yang halus serta melalui vagina ibu dan seterusnya
ke dalam uterus.
Dengan adanya bantuan ultrasound, ia dapat memberikan gambaran tentang
kandungan uterus serta tiub pig yang telah diletakkan di antara pengalas uterus dan
korion yang merupakan satu membran yang melingkung bayi dalam kandungan yang
sudah membesar. Seterusnya, penyedut akan digunakan untuk mengeluarkan satu
sample Vilus Korion dan melaluinya sambungan bagi Korion dapat dilihat. Sel-sel ini
adalah merupakan sel yang mengandungi genetik dan kromosom yang sama seperti
bayi dan ia boleh diuji bagi pengesahan sebarang kecacatan genetik.
Contohnya,satu kariotip akan menunjukkan sama ada bayi yang akan dilahirkan
menghidap Sindrom Down atau sebaliknya.
Disamping itu, terdapat juga dua lagi kaedah ujian yang lain yang boleh
digunakan untuk mengumpul sel iaitu melakukan ujian Amniosentesis yang boleh
dilakukan kira-kira minggu keenam belas kehamilan. Ujian Amnioseniesis dilakukan
dengan menggunakan sebatang jarum panjang untuk mengeluarkan sedikit bendalir
Amnium dan sel fetus. Selepas sel dianilisis serta ujian kromosom yang boleh
mengesan kekurangan biokimia boleh dijalankan. Dalam fetoskopi, satu periskop
yang kecil dengan satu sumber cahaya sejuk disisipkan melalui satu belahan yang
kecil di dalam uterus. Melalui kaedah ini membolehkan kita melihat sebahagian kecil
fetus di dalam kandungan dan mengalami sample kulit serta darah bagi tujuan untuk
dalakukan ujian.
Langkah pencegahan selepas mendapati seorang kanak-kanak menghidap
Sindrom Down adalah dengan melaksanakan program kerjasama antara pelbagai
disiplin. Kerjasama antara disiplin adalah termasuk terapi pertuturan, guru
pendidikan khas, terapi bahasa, ahli psikologi, pentadbir dan ahli-ahli lain yang
mampu membina modul serta pendekatan pengajaran yang boleh digunakan oleh
ibu bapa bagu mengembangkan potensi kanak-kanak yang menghidap Sindrom
Down. Pengesahan dan intervensi awal adalah sungguh penting bagi mengenalpasti
masalah kecacatan yang dialami. Sokongan, fahaman dan galakan daripada guru
dan ibu bapa amatlah diperlukan bagi mengembang potensi kanak-kanak yang
menghidap Sindrom Down. Kaedah pengajaran yang menggunakan pelbagai
kecerdasan dan deria harus menjurus kepada perkembangan mental dan individu
berkeperluan khas. Segala tindakan dan susur atur program pendidikan kanak-kanak
yang menghidap Sindrom Down atau berkeperluan khas harus menepati
pengembangan potensi agar ianya tidak menjadi masalah sosial.

18
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

Rawatan Bagi Sindrom Down

Sehingga kini masih belum ada ubat untuk merawat sindrom down. Namun
masih ada beberapa terapi untuk kanak-kanak ataupun orang yang mempunyai
sindrom down bagi perkembangan dari aspek sosial, kognitif dan emosi.
Terapi Kuda, menurut Mc Callum terapi berkuda memiliki tiga faedah utama
iaitu bersukan, pendidikan serta perubatan. Ketiga-tiga perkara tersebut
amat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sindrom down.
Menurut Chassigne pula menunggang kuda sebagai terapi dapat membantu kanak-
kanak ini dalam membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan dan
juga ia dapat mendorong semangat penunggang. Melalui aktiviti ini berkuda ini,
kanak-kanak sindrom down dapat menanam keberanian dan keyakinan kerana
mereka dapat menyentuh dan menunggang kuda tersebut.
Selain itu, ia dapat melatih kanak-kanak ini mematuhi disiplin kerana untuk
menunggang kuda perlu disiplin yang tinggi di mana kanak-kanak sindrom down
mesti mendengar arahan jurulatih supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan
kuda. Tambahan lagi, mereka dapat pendedahan kepada persekitaran dan
masyarakat semasa berada di kawasan ladang kuda . Hal ini, meningkatkan
perkembangan sosial kanak-kanak ini. Terapi ini juga membina sikap
bertanggungjawab dalam diri mereka kerana semasa menunggang kuda mereka
perlu membelai kuda tersebut supaya kuda itu terasa tidak terancam.
Terapi Air, sesuai untuk kanak-kanak sindrom down dalam
perkembangan fizikal dan motor halus dan motor kasarnya. Selain itu otot-otot juga
dan otak dapat dirangsangkan. Hal ini kerana pergerakan di dalam air lebih mudah
dan bebas serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan
pergerakan. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak sindrom down dapat
memperkembangkan sistem kognitif mereka dimana semasa dalam air mereka perlu
menggunakan beberapa anggota badan ataupun sistem pernafasan dalam satu
masa. Oleh itu, mereka dapat selarikan pergerakan badan dan sistem pernafasan
dalam keadaan stabil. Air dapat memberi ketenangan kepada kanak-kanak sindrom
down . Maka, kaedah ini dapat membantu mereka dalam pengawalan emosi. Selain
itu, aktiviti ini membina kemahiran sosial mereka juga, di mana mereka terdedah
dengan persekitaran luar.
Terapi Cara Kerja, adalah sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti
hidup seseorang. Terapi ini tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan
aktiviti kehidupan harian, penjagaan diri dan keamanan diri di tempat kerja dan
riadah. Terapi ini melibatkan penilaian kognitif dan persepsi kanak-kanak sindrom

19
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

down dan kebolehan menjalankan tugas harian seperti berjalan, mandi, memakai
baju dan membuat kerja rumah. Terapi cara kerja mengembangkan semua aspek di
mana mereka perlu melakukan tugas harian selalunya terapi ini di ajar di sekolah
bagi mata pelajaran kemahiran hidup.
Terapi Urut, dapat meningkatkan kekuatan otot, meningkatkan
pembentukan otot bagi kaki dan tangan hasil daripada stimulasi tekanan. Selain itu,
peningkatan aktiviti fungsi motor halus dan keseluruhan, pergerakan dan koordinasi.
Hal ini dapat mengawal postur badan. Terapi ini boleh dilakukan oleh ibu bapa
kerana urutan yang kerap dapat mempercepatkan perkembangan motor-motor
halusnya seperti memegang, menulis dan sebagainya. Ibu bapa boleh mempelajari
urutan in dari pakar urut. Pakar ini dapat mengajar dengan cara yang betul dalam
mengurut kanak-kanak keperluan sindrom down.

Kesimpulan
Sindrom Down merupakan kecacatan baka ( genetik ) dan tidak boleh diubati.
Dianggarkan Sindrom Down terjadi pada kadar satu bagi setiap enam ratus lima
puluh kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak Sindrom Down
adalah lambat berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak Sindrom Down
perlu pendidikan khas seawal yang mungkin agar dapat membantu mereka belajar
berdikari. Pengidap Sindrom Down boleh menguruskan diri mereka tanpa bantuan
orang lain jika dididik dengan betul.
Sindrom Down terbahagi kepada tiga iaitu Trisomi, Translocation dan Mosaic.
Tidak kira jenis apa, kanak-kanak Sindrom Down boleh dikenali melalui wajah
mereka yang seiras. Masalah bahasa juga dapat dilihat dengan jelas berbanding
dengan kanak-kanak normal. Tunjuk ajar dan didikan daripada guru atau ibu bapa
yang berkesan dapat membantu mereka untuk berdikari apabila tamat persekolahan
nanti. Perbezaan mereka dengan kanak-kanak normal adalah sangat ketara dari segi
fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Jadi pertumbuhan, perkembangan dan personaliti
mereka adalah tidak sama dengan kanak-kanak normal. Ini adalah disebabkan
kecacatan yang dialami oleh mereka dari segi mental dan fizikal sejak kelahiran
mereka.
Perkembangan kanak-kanak normal dari segi fizikal, emosi, kognitif dan
sosial adalah bersesuaian dengan peringkat umur mereka tetapi perkembangan
Untuk kanak-kanak Sindrom Down pula adalah terkebelakang berbanding dengan
umur mereka. Ini adalah disebabkan oleh kebolehan intelek kanak-kanak sindrom
Down ini rendah berbanding dengan kanak-kanak normal. Tahap kerencatan mental
kanak-kanak Sindrom Down inilah yang menyebabkan mereka kurang dari segi

20
Tugasan 1: Group B.PAHAT02(A112PJJ) Ng Su Mui
Sindrom Down D 20102041532 830223-01-5588

pencapaian dalam aspek-aspek fizikal, emosi. Sosial dan kognitif berbanding dengan
kanak-kanak normal yang sebaya dengan mereka.
Kanak-kanak Sindrom Down perlu didedahkan dengan konsep-konsep
konkrit, iaitu konsep yang boleh dilihat dan disentuh. Peneguhan adalah sangat
penting dilakukan dengan serta merta apabila sesuatu tugasan telah selesai tidak
kira objektif tercapai atau pun tidak tercapai. Kita sebagai pendidik harus bijak
menangani permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak Sindrom Down ini.

Bibliografi
1. Anda Ingin Tahu Mengenai "Sindrom Down" Dengan Lebih Lanjut, Dr. Wan
Asma Wan Ismail, Kelantan Malaysia, 2011
2. The Child With Special Needs (Anak Berkebutuhuan Khusus), Stanley l.
Greenspan, M.D dan Serena Wieder, Ph . D serta Dra. Friadiawati
Sulungbudi, Jakarta
3. Gifts: Mothers Reflect on How Children with Down Syndrome Enrich Their
Lives, Kathryn Lynard Soper, Woodbine House USA, 2007
4. Fine Motor Skills in Children with Down Syndrome: A Guide for Parents and
Professionals (Topics in Down Syndrome) Maryanne BrunI, Woodbine House
USA, 1998
5. Hajah Hasnah Udin. Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur:
DBP,1988.

http://fazlie-biosensei.blogspot.com/2008/10/masalah-genetik-punca-sindrom-down.html

http://ambassadors.net/archives/issue24/educators.htm

http://www.scribd.com/doc/36967347/Laporan-Sindrom-Down

http://www.kesehatan123.com/2387/sindrom-down/

http://widypsikologi.wordpress.com/2010/02/18/pengertian-down-syndrome-penyebab-dan-
pencegahannya/

21

Anda mungkin juga menyukai