Anda di halaman 1dari 4

10/30/2017 Masalah Emosi Temper Tantrum Dalam Kalangan Kanak­Kanak

Masalah Emosi Temper Tantrum Dalam Kalangan Kanak-Kanak


12
Oct Oleh : Hernirekha Binti Husain & Norhafizi Bin Mohd Arof

1.0       Pengenalan

Levine (2005) menyatakan bahawa temper tantrum adalah kemarahan yang tidak dapat dikawal.
Temper tantrum boleh dirujuk sebagai sawan ataupun amukan yang tidak terkawal dan gejala ini
merupakan masalah emosi biasa dalam kalangan kanak-kanak. Temper tantrum kerap berlaku
secara rutin kepada kira-kira 80% kanak-kanak yang berusia antara dua hingga empat tahun dan
temper tantrum ini adalah berbeza bagi setiap kanak-kanak.

2.0       Ciri-ciri temper tantrum

Menurut Golden (2003), kanak-kanak yang tantrum akan melakukan tindakan yang agresif keatas
diri sendiri dan juga orang lain. Mereka akan membaling objek, memukul orang lain, merosakkan
peralatan dan barangan disekeliling ketika mereka menjerit. Walau bagaimanapun, kewujudan
tingkah laku ini berlaku dalam tempoh yang singkat, malah ianya akan reda dalam beberapa minit
dan jarang melebihi lima atau sepuluh minit.

3.0       Faktor temper tantrum

Kanak-kanak menunjukkan temper tantrum sebagai cara untuk menunjukkan kemarahan. Hal ini
juga jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut tidak mempunyai kebolehan untuk
mengawal emosi (Golden,2003). Masalah tingkah laku ini masih tidak mempunyai sebarang
rawatan yang khusus. Namun, teknik-teknik yang bersesuaian boleh digunakan dalam menangani
masalah temper tantrum kanak-kanak ini seperti mengajar cara mengawal emosi dan kemarahan.

Kanak-kanak yang biasanya menunjukkan temper tantrum adalah kanak-kanak yang berusia
antara dua hingga empat tahun. Kanak-kanak pada usia ini menunjukkan tantrum hanya kerana
perkara yang remeh temeh seperti barangan permainan yang sukar dimain, larangan ibu daripada

http://www.kpakk.edu.my/artikel/masalah­emosi­temper­tantrum­dalam­kalangan­kanak­kanak/ 1/4
10/30/2017 Masalah Emosi Temper Tantrum Dalam Kalangan Kanak­Kanak

mereka melakukan sesuatu aktiviti serta sekiranya sukar untuk memakai stoking. Hal ini terjadi
kerana kanak-kanak pada usia ini mudah untuk menjadi kecewa dan putus asa kerana masih
kurang kemahiran menyelesaikan masalah. Hal ini juga disebabkan oleh bahasa dan komunikasi
mereka yang masih lemah dan kesukaran mereka untuk menyatakan sesuatu perkara dan
perasaaan.

4.0       Cara mengatasi temper tantrum dalam kalangan kanak-kanak

Kanak-kanak pada usia dua tahun perlu diajar untuk mengawal emosi mereka. Hal ini kerana,
pada usia ini, kanak-kanak berada pada tahap pembelajaran yang kritikal untuk perkembangan
minda mereka dan akan lebih mudah menyerap pengajaran yang diberikan. Sebagai ibu bapa,
terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk mengatasi kanak-kanak tantrum dan juga
mengajar mereka cara mengawal emosi yang diperolehi daripada Oesterreich (2003). Semasa
kanak-kanak tantrum, ibu bapa perlu bertenang dan jangan menjerit atau memarahi kanak-kanak.
Hal ini akan menjadikan ibu bapa sebagai role model dalam mengawal emosi. Selepas itu, ibu bapa
perlu berfikir seketika sebelum bertindak untuk mengawal tantrum. Terdapat 4 cara yang boleh
digunakan oleh ibu bapa iaitu;

i) mengalihkan perhatian kanak-kanak kepada perkara lain yang lebih menarik. Kanak-kanak pada
usia ini mempunyai tumpuan yang sekejap. Oleh yang demikian, apabila perhatian mereka
dialihkan, mereka akan lupa kepada perkara yang menjadi punca tantrum tersebut.

ii) mengasingkan kanak-kanak dengan membawa mereka ke tempat yang tenang dan jauh
daripada orang lain. Berikan masa kepada kanak-kanak untuk menenangkan diri. Jangan cuba
bercakap atau memarahi kanak-kanak semasa mereka cuba bertenang. Setelah kanak-kanak
bertenang, ibu bapa boleh cuba berbincang dan meneruskan aktiviti seperti biasa.

iii) mengabaikan kanak-kanak ialah dengan cara tidak mempedulikan tantrum mereka. Kanak-
kanak menunjukkan tantrum untuk mengambil perhatian ibu bapa dan orang lain. Sekiranya ibu
bapa tidak mempedulikan tingkah laku negative kanak-kanak, mereka akan mula berhenti
melakukan tingkah laku tersebut.

iv) memegang dan mententeramkan kanak-kanak sekiranya mereka mencederakan diri mereka
dan orang lain. Peluk kanak-kanak dengan kuat supaya mereka dapat menenangkan diri.

            Selepas kanak-kanak bertenang merupakan masa yang terbaik untuk ibu bapa berbincang
dan menerangkan tentang tingkah laku tersebut. Ajar anak cara yang betul dan terbaik untuk
mengawal emosi. Hal ini dapat membantu kanak-kanak sekiranya mereka mempunyai emosi yang
negatif pada masa hadapan.

http://www.kpakk.edu.my/artikel/masalah­emosi­temper­tantrum­dalam­kalangan­kanak­kanak/ 2/4
10/30/2017 Masalah Emosi Temper Tantrum Dalam Kalangan Kanak­Kanak

5.0       Kesimpulan

Temper tantrum merupakan masalah kecelaruan emosi dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak
menunjukkan temper tantrum ini kerana masih kurang kebolehan untuk mengawal dan
menunjukkan emosi mereka. Oleh yang demikian, kanak-kanak perlu diajar cara untuk mengawal
dan menyatakan emosi mereka. Sebagai orang dewasa, ibu bapa dan guru perlu sentiasa
memahami emosi kanak-kanak dan berbincang bersama mereka tentang emosi tersebut. Ibu
bapa dan guru perlu membantu kanak-kanak dengan cara menerangkan dalam bahasa mudah
dan dapat difahami oleh kanak-kanak tentang cara mengawal kemarahan dan rancangan mereka
untuk memperbetulkan keadaan (Griffiths, 2012).

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK


Tingkat 9 & 10,
Tower 1 Mercu Mustapha Kamal,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

http://www.kpakk.edu.my/artikel/masalah­emosi­temper­tantrum­dalam­kalangan­kanak­kanak/ 3/4
10/30/2017 Masalah Emosi Temper Tantrum Dalam Kalangan Kanak­Kanak

Talian Bebas Tol: 1-300-22-(KPAKK)-57255


Telefon Pejabat: 03 77335600
Faks: 03 77332600

Kolej Perkembangan …
8,557 likes

Like Page Sign Up

1 friend likes this

Kolej Perkembangan Awal Kanak- Kanak © 2014. Hak Cipta Terpelihara.


 (https://www.facebook.com/pages/Kolej-Perkembangan-Awal-Kanak-Kanak/348456808508627?
id=348456808508627&sk=info)
 (https://twitter.com/kpakk)  (https://plus.google.com/114457788255418123222)
 (http://www.youtube.com/playlist?list=PL2uK5AkLAkqcHv2CelBezZy-Adi2RDx2r)
 (http://instagram.com/meetkpakk)

http://www.kpakk.edu.my/artikel/masalah­emosi­temper­tantrum­dalam­kalangan­kanak­kanak/ 4/4

Anda mungkin juga menyukai