Anda di halaman 1dari 10

More

LAMAN CIKGU SUE PKHAS


SEGALA BAHAN ADALAH PERKONGSIAN DARI BAHAN KURSUS, KULIAH DAN BACAAN. MANFAATKAN LAMAN ILMU INI
UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA.

KEKUATAN TIDAK DATANG DARI KEMAMPUAN FIZIKAL TETAPI IANYA DATANG DARI SEMANGAT YANG TIDAK PERNAH MENGALAH. BERUSAHA
MENCARI DAN MENAMBAH ILMU BUKANNYA MENGHARAPKAN APA YANG ADA.

FAMILY Wednesday, 9 October 2013 TENTANG SAYA

KETIDAKUPAYAAN EMOSI , TINGKAH LAKU DAN PERTUTURAN.....

by http://notapendidikankhasku.blogspot.com
2.0 KETIDAKUPAYAAN ADD/ADHD CIKGUSUE PKHAS
KUANTAN, PAHANG,
2.1 Definisi Malaysia
CATATAN BLOG Menurut Seifert (1999), Attention Deficit Disorder (ADD) adalah masalah sukar PERKONGSIAN ILMU
► 2011 (5) memberi tumpuan dan mengawal desakan diri. Menurut beliau lagi, Attention Deficit View my complete
Disorder (ADD) merangkumi hyperactivity iaitu keaktifan melampau. Keaktifan profile
► 2012 (99)
melampau ini dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Menurut
▼ 2013 (97) Kasmini Kassim (1992), sindrom hiperkinesis iaitu Attention Deficit Hyperactivity SEKOLAH SAYA
► January (8) Disorder (ADHD) digunakan untuk menerangkan tingkah laku kanak-kanak yang tidak
► February (10) boleh duduk diam, kurang tumpuan perhatian, terlalu lasak, impulsif, resah, suka
merosakkan harta benda, dan mudah mengalihkan perhatian terhadap sesuatu
► March (2)
perkara.
► April (28) Berdasarkan definisi yang diberikan, kami dapat merumuskan Attention Deficit
► June (2) Disorder (ADD) ialah satu tingkah laku kanak-kanak yang menunjukkan kurang daya
tumpuan terhadap sesuatu perkara. Seterusnya, kami dapat merumuskan Attention
► July (6)
Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) ialah masalah kanak-kanak yang tidak dapat ZIKIR HARIAN
► September (21) menumpukan perhatian, terlalu aktif, impulsif ataupun gabungan antara tidak dapat
▼ October (16) menumpukan perhatian, terlalu aktif dan impulsif.
► 08/10 (3) 2.2 Ciri-ciri Ketidakupayaan ADD/ADHD
Menurut Sousa (2001) seperti yang dilaporkan oleh Tileston (2004), terdapat
▼ 09/10 (10)
tiga ciri khusus Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD) atau Attention Deficit
AKTIVITI 1 -
Hyperactivity Disorder (ADHD) iaitu tidak dapat memberi tumpuan, hiperaktif dan
LITERASI
BAHASA impulsif. Menurut Bailey (2006), terdapat lapan ciri-ciri kanak-kanak yang tidak dapat
memberi tumpuan. Antara ciri-ciri itu ialah kanak-kanak sering gagal memberi tumpuan
AKTIVITI 2 -
LITERASI yang teliti terhadap sesuatu perkara, tidak mematuhi arahan guru, mempunyai masalah MUTIARA KATA
BAHASA untuk mengatur tugas dan aktiviti, berasa ingin cepat menyelesaikan sesuatu tugasan,
AKTIVITI 3 - dan tumpuan mudah bertukar.
LITERASI
BAHASA Selain itu, kanak-kanak yang tidak dapat memberi tumpuan juga suka mengelak,
CONTOH tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas. Seterusnya, selalu
AKTIVITI kehilangan barang dan mudah lupa sesuatu perkara. Kanak-kanak yang mempunyai
PENGAJAR CIPTAAN ALLAH
lebih daripada enam ciri-ciri tersebut dan ciri-ciri itu telah wujud sukurang-kurangnya
AN BAHASA
enam bulan dikesan menghidapi Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD).
BERASASKA
N PERMA... Menurut American Psychiatric Association (1994), terdapat enam ciri-ciri bagi
kanak-kanak hiperaktif. Antara ciri-ciri itu ialah kanak-kanak yang selalu gelisah dengan
AKTIVIT
MEMBUAT tangan dan kaki atau tidak boleh berada di tempat duduk, selalu meninggalkan tempat
KAD. duduk dalam kelas atau dalam situasi yang diperlukan dan selalu lari atau memanjat
BOOK CRITIC dalam situasi yang tidak sesuai.
Selain itu, kanak-kanak juga selalu mempunyai masalah untuk bermain dan PENGUNJUNG
AKTIVITI
terlibat dalam aktiviti masa lapang dengan senyap. Seterusnya, kanak-kanak selalu
CERITA
KELUARGA sibuk atau aktif bergerak dan selalu bercakap secara melampau atau berlebih-lebihan.
Kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada enam ciri-ciri Ketidakupayaan Attention
LITERASI Deficit Disorder (ADD) dan enam ciri-ciri hiperaktif dikesan menghidapi Attention Deficit Followers (56) Next
BAHASA VS Hyperactivity Disorder (ADHD).
AKTIVITI
Menurut Bailey (2006), terdapat lima ciri-ciri impulsif. Antaranya ialah selalu
PENGAMAT
AN memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan, kurang sabar atau menghadapi
masalah ketika menunggu giliran dan sering mengganggu atau mencelah perbualan
LITERASI
BAHASA VS atau aktiviti orang lain. Selain itu, kanak-kanak juga selalu membuat pertimbangan yang
PSV salah dan mudah mengalami kemalangan.
Berdasarkan ciri-ciri Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD) dan
KETIDAKUPAY
AAN EMOSI Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), kami dapat
, TINGKAH merumuskan Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dengan
LAKU DAN impulsif merangkumi ciri-ciri tidak dapat memberi tumpuan, hiperaktif dan impulsif.
PERTUTUR
AN...
2.3 Sebab-sebab Ketidakupayaan ADD/ADHD
► 22/10 (3) 2.3.1 Genetik
Menurut Ryan (1998) seperti yang dilaporkan oleh Silver dan Hagin (2002),
► November (3)
Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) mempunyai komponen
► December (1) genetik yang berkaitan dengan keluarga dan kembar iaitu ditafsirkan sebagai
Follow
kepelbagaian warisan genetik. Kepelbagaian dalam gen mengawal reseptor dopamin
► 2014 (5)
khusus dalam neurotransmitter yang dikenal pasti dalam peratusan yang tinggi bagi
► 2015 (5) ketagihan dan Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). ANDAINYA INI YANG
Sebanyak 50% orang dewasa dan 70% kanak-kanak yang mempunyai Genetic TERAKHIR.....
► 2016 (10)
Resistance dan hormon tiroid mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity SEKIRAANYA JANJI
ALLAH ITU
Disorder (ADHD). Apabila kanak-kanak mempunyai sejarah keluarga yang mengalami
PERATURAN- SAMPAI......SAYA
Ketidakupayaan Tiroid, secara tidak langsung mereka berisiko mengalami MOHON KEAMPUNAN
PERATURAN
PENDIDIKAN KHAS Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). SEGALA
1997 Berdasarkan sebab genetik, kami dapat merumuskan bahawa kanak-kanak KESILAPAN.....
.RUANGAN INI HANYA
Guru-guru boleh yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit
SEKADAR PERKONSIAN
mengubah suai Disorder (ADD) dan Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) ILMU
kaedah atau teknik berpeluang untuk mengalami ketidakupayaan tersebut, ......MANFAATKAN
pengajajaran atau DENGAN BAIK.
2.3.2 Neurologi
pembelajaran, masa HALALKAN SEGALA
bagi aktiviti dan Seterusnya, Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD) dan ILMU YANG
susunan aktiviti, mata Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah disebabkan oleh DIPEROLEHI DARI
pelajaran dan bahan neurologi iaitu berkaitan dengan otak. Antaranya ialah struktur otak, bahan kimia otak MANA-MANA
bantu menhajar bagi SUMBER.......
mencapai tujuan dan dan laluan saraf.
SEGALA CATATAN
matlamat Pendidikan Terdapat tiga kawasan yang dikesan mempunyai kaitan dengan Ketidakupayaan DISINI AKAN TINGGAL
Khas. Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dalam struktur otak iaitu korteks SEJARAH...
prefrontal, caudate nucleus dan globus pallidus, serta serebelum. Korteks prefrontal
My Blog List adalah terletak di hadapan bahagian otak yang menjadi pusat arahan iaitu mengawal
kemampuan otak untuk menyekat tindak balas. Satu kajian telah menunjukkan bahawa
kawasan korteks prefrontal dalam pesakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder
Berita Semasa
Kenaikan Gaji + (ADHD) adalah tidak aktif.
Elaun Adun di Caudate nucleus dan globus pallidus terletak dekat dengan pusat otak,
Selangor (373%), mempercepatkan serta memberhentikan arahan yang datang daripada korteks
Pulau Pinang, prefrontal. Kajian pada tahun 2002 melaporkan bahawa hanya sebahagian kecil
Sarawak, Johor, daripada purata kanak-kanak mengalami Attention Deficit Hyperactivity Disorder
Perak. Patutkah? -
(ADHD) tetapi cenderung kembali menjadi normal apabila sudah dewasa.
Sejurus selepas
Pilihanraya Umum Ketidaknormalan di kawasan ini boleh merosakkan kemampuan seseorang untuk
ke 13, dilihat telah menahan tindakan dan ini menyebabkan seseorang itu mengalami Attention Deficit
bermula Hyperactivity Disorder (ADHD) dengan impulsif.
perlumbaan
kalangan adun- Serebelum terletak di atas kawasan akar otak. Kawasan ini mengawal nada
adun menaikkan
otot, keseimbangan otot dan menyelaraskan aktiviti otot. Satu kajian penting
gaji dan elaun
masing-masing. melaporkan bahawa purata kawasan ini adalah kecil bagi kanak-kanak yang mengalami
Bermula dengan Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
negeri S... Ketidaknormalan aktiviti bahan kimia otak yang tertentu dalam korteks prefrontal
6 years ago boleh menyumbang kepada Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD). Dopamine dan norepinephrine adalah bahan kimia otak yang mempunyai
kaitan dengan ketidakupayaan ini. Manakala neurotransmitters yang menjadi
Blog Pendidikan
Khas Sk Senawang penghubung bahan kimia otak akan memberi kesan kepada fungsi mental dan emosi.
CIRI-CIRI MURID Kajian mencadangkan peningkatan tahap bahan kimia yang lain iaitu glutamate,
BERKEPERLUAN glutamine dan GABA atau secara kolektif dipanggil Glx, akan berinteraksi dengan
KHAS - CIRI-CIRI laluan yang mengangkut Dopamine dan norepinephrine.
MURID
Kawasan yang khusus bagi laluan saraf ialah rangkaian saraf yang dipanggil
BERKEPERLUAN
KHAS BERMASALAH laluan basal-ganglia thalamocortical. Ketidaknormalan sepanjang laluan saraf ini adalah
PEMBELAJARAN 1. berkait dengan Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD),
SINDROM DOWN - Sindrom Tourette dan Ketidakupayaan Obsessive-Compulsive yang berkongsi ciri-ciri
Rambut jarang dan
tertentu.
halus - Muka leper -
Mata kecil dan Kami dapat merumuskan ketidaknormalan di kawasan struktur otak, bahan kimia
sangat ke atas - otak dan laluan saraf akan menyebabkan ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity
Hidung ke... Disorder (ADHD). Ketidaknormalan di bahagian korteks prefrontal akan menyebabkan
10 years ago kanak-kanak gagal menyekat tindak balas dan menyebabkan mereka mudah terdedah
kepada bahaya.
2.3.3 Kekurangan zat makanan
CUEPACS
Cuepacs minta Bayi yang kekurangan zat makanan akan mempunyai masalah tingkah laku
kerajaan segera yang seterusnya menjadi punca kepada Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity
laksana lima Disorder (ADHD). Sesetengah kajian mendapati terdapat kaitan antara kekurangan asid
tuntutan - Sinar lemak tertentu dengan Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Harian 29/8/2020 Sementara itu, zink memainkan peranan penting dalam metabolisma asid lemak iaitu
KUANTAN - Kongres
menukarkan kesan dopamin yang melibatkan neurotransmitters dengan
Kesatuan Pekerja-
Pekerja Di Dalam Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Kami berpendapat
Perkhidmatan bahawa para ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka mendapat zat makanan
Awam (Cuepacs) yang diperlukan secukupnya sejak dari kecil lagi.
meminta kerajaan 2.3.4 Pengaruh persekitaran
agar segera
Corak pemakanan terutama makanan dan minuman yang mengandungi
menunaikan lima
tuntu... kandungan gula yang tinggi seperti Yogurt, Vitagen dan Yakult membawa risiko kepada
1 month ago kanak-kanak untuk mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD) dan
Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Minuman yang
berkafein seperti nescafe dan kopi juga mempengaruhi kanak-kanak untuk mengalami
Jangan Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD) dan Ketidakupayaan Attention Deficit
Bersedih.com
Hyperactivity Disorder (ADHD).
Jangan Bersedih
Jika Orang Selain itu, persekitaran semasa ibu mengandung seperti persekitaran merokok
Mengingkari turut mempengaruhi anak dalam kandungan. Menurut Braun, Kahn, Froehlich, Auinger,
Kebaikan Yang Anda dan Lanphear (2006), sebanyak 270,000 kes Ketidakupayaan Attention Deficit
Lakukan. - Hyperactivity Disorder (ADHD) bagi kanak-kanak berumur empat hingga lima belas
Jadikanlah amal
tahun adalah disebabkan oleh pendedahan kepada persekitaran merokok sebelum
perbuatan anda itu
ikhlas hanya kerana lahir.
Allah semata-mata Selain itu, sebanyak 290,000 kes Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) antara
dan jangan kanak-kanak Amerika (AS) yang berumur empat hingga lima belas tahun adalah
mengharapkan berpunca daripada persekitaran.
ucapan terima Seterusnya, ibu yang mengandung yang terdedah kepada bahan beracun
kasih dari orang
seperti dioxins dan polychotinated biphenyls (PCBs) akan mempunyai risiko yang tinggi
lain! Dan jangan
bersedih ... melahirkan anak yang mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity
7 years ago Disorder (ADHD). Di sini, kami dapat merumuskan bahawa pengaruh persekitaran
memberi risiko yang tinggi kepada kanak-kanak untuk mengalami Ketidakupayaan
Attention Deficit Disorder (ADD) dan Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity
Popular Posts
Disorder (ADHD) walaupun mereka tidak mempunyai sebab genetik atau neurologi.
CONTOH
PENGURUSAN 2.4 Statistik Ketidakupayaan ADD/ADHD
TINGKAH LAKU Mengikut statistik kesihatan yang dikeluarkan oleh National Health Interview
Survey pada tahun 2006 untuk kanak-kanak Amerika (US), sebanyak 82 peratus kanak-
TEORI-TEORI
kanak Amerika (US) bawah 18 tahun adalah sangat sihat. Dianggarkan sebanyak tujuh
PEMBELAJARAN
peratus kanak-kanak Amerika (US) bawah 18 tahun mengalami Ketidakupayaan
RINGKASAN Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
PENDIDIKAN KHAS
Menurut Braun, Kahn, Froehlich, Auinger dan Lanphear (2006) seperti yang
MEN dilaporkan dalam Environment Health Perspect (2006), daripada 4704 orang sampel
GEN kanak-kanak pada umur empat hingga lima belas tahun, hanya 344 orang iaitu 8.2
ALI
peratus adalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan sebanyak 154 orang
DOW
N iaitu 4.3 peratus adalah berpunca daripada penggunaan ransangan ubatan iaitu
SYND bersamaan 3.8 juta dan 2.0 juta orang kanak-kanak dan orang dewasa di Amerika
ROM (US). Manakala, daripada sampel 4704 orang kanak-kanak, 135 orang iaitu 4.5 peratus
adalah daripada bilangan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan
PERANAN DAN
penggunaan ransangan ubatan yang bersamaan dengan 1.8 juta orang di Amerika
CABARAN GURU
PENDIDIKAN KHAS (US).
Selain itu, penemuan menunjukkan kanak-kanak lelaki lebih kerap didiagnosis
KEMAHIRAN berbanding kanak-kanak perempuan iaitu tiga hingga lapan kali. Berdasarkan statistik
BERBAHASA yang diberikan, kami dapat merumuskan bahawa terdapat peningkatan pesakit Attention
Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dalam kalangan kanak-kanak terutama kanak-
TUGAS DAN kanak lelaki. Selain itu, kanak-kanak cenderung mengalami Ketidakupayaan Attention
TANGGUNGJAWAB Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) berbanding Ketidakupayaan Attention Deficit
UNIT KURIKULUM,
HEM DAN Disorder (ADD). Hal ini kerana apabila kanak-kanak mengalami Ketidakupayaan
KOKURIKULUM Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) secara tidak langsung kanak-kanak itu
akan mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD).
GARIS PANDUAN 3.0 KETIDAKUPAYAAN EMOSI DAN KELAKUAN
PELAKSAAN 3.1 Definisi
INKLUSIF PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS Menurut Tileston (2004), pelajar yang mempunyai gangguan emosi adalah
normal dan mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi serta mempunyai kebolehan
CADANGAN akademik yang sama seperti rakan mereka jika mereka tidak mengalami Kecelaruan
MENGATASI Emosi dan Kelakuan. Oleh itu, Kecelaruan Emosi dan Kelakuan akan mengganggu
MASALAH prestasi pelajaran seorang pelajar.
KOMUNIKASI ,
Sementara itu, Kirk (1962) mendefinisikan Ketidakupayaan Kelakuan sebagai
BAHASA DAN
PERTUTURAN kelakuan yang mengandungi tindakan yang mempunyai keburukan yang boleh
menjejaskan penyesuaian kanak-kanak atau gangguan terhadap kehidupan orang lain.
TERA Menurut Pate (1963) dalam Henley et al. (1996, 1993), menyatakan bahawa kelakuan
PI seorang kanak-kanak terganggu apabila kelakuannya tidak sesuai dengan kehadirannya
PERT
di dalam kelas iaitu boleh mengganggu kelas, memberi tekanan yang tidak sepatutnya
UTU
RAN kepada guru dan gangguan yang selanjutnya kepada kanak-kanak lain.
Menurut Howarth (2002), kanak-kanak dinilai mengalami Ketidakupayaan
Emosi dan Kelakuan bergantung kepada kekerapan, berlaku secara berterusan dan
semulajadi, kekerasan, keganjilan, atau kesan kelakuan yang bertambah berbanding
jangkaan normal bagi kanak-kanak pada umur yang sama.
Berdasarkan definisi yang diberikan, kami dapat merumuskan Ketidakupayaan
Emosi dan Kelakuan ditunjukkan secara berterusan iaitu Ketidakupayaan Emosi akan
mempengaruhi kelakuan kanak-kanak itu. Selain itu, Ketidakupayaan Emosi dan
Kelakuan mudah untuk dikenal pasti kerana kita dapat melihat dengan jelas ciri-ciri
ketidakupayaan itu.

3.2 Ciri-ciri Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan


Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan dibahagikan kepada dua keadaan iaitu
luaran dan dalaman. Antara ciri-ciri luaran Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan ialah
suka mengganggu, anti-sosial, ganas, dan bipolar. Manakala ciri-ciri dalaman
Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan ialah serangan panik, kemurungan, kebimbangan,
dan menjauhkan diri.
3.2.1 Ciri-ciri luaran
Kita dapat melihat ciri-ciri luaran Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan apabila
kanak-kanak menunjukkan emosi mereka melalui kelakuan terhadap orang lain seperti
mengganggu orang lain, tidak bersosial dengan orang lain dan melakukan keganasan
terhadap orang lain.
3.2.1.1 Suka mengganggu
Kriteria kelakuan yang suka mengganggu dapat dilihat melalui corak
pengulangan dan kelakuan yang berterusan. Hal ini dapat ditunjukkan dengan
kehadiran tiga atau lebih dan diikuti dengan kriteria atau ciri-ciri yang melepasi dua
belas bulan dengan sekurang-kurangnya satu ciri ditunjukkan dalam enam bulan
seterusnya.
Antara ciri suka mengganggu ialah agresif terhadap orang lain dan haiwan. Hal
ini dapat dilihat kepada kelakuan yang selalu membuli, mengancam atau mengugut
orang lain. Selain itu, mereka juga selalu memulakan pergaduhan dan menggunakan
senjata yang boleh membawa kepada kecederaan fizikal yang serius kepada orang lain
seperti pisau atau pistol.
Ciri yang seterusnya bagi mereka yang suka mengganggu ini ialah mereka suka
memusnahkan harta benda orang lain. Mereka juga suka menipu untuk mendapatkan
sesuatu benda atau untuk melepaskan diri. Mereka suka mencuri benda yang berharga
tanpa berdepan dengan mangsa seperti melakukan pemalsuan cek.
Selain itu, mereka yang sering melanggar peraturan adalah termasuk dalam ciri suka
mengganggu. Mereka yang melanggar peraturan selalu keluar malam walaupun ibu
bapa melarang bermula sebelum umur tiga belas tahun. Selain itu, mereka yang
melarikan diri dari rumah lewat malam sekurang-kurangnya dua kali semasa tinggal
bersama ibu bapa atau di rumah penjaga mereka atau tidak pulang sekali dalam jangka
masa yang lama juga termasuk di bawah mereka yang suka melanggar peraturan. Bagi
kanak-kanak yang selalu tidak menghadirkan diri ke sekolah sebelum umur tiga belas
tahun juga termasuk di bawah mereka yang suka melanggar peraturan.
3.2.1.2 Anti-sosial
Kanak-kanak yang anti-sosial suka bersendirian dan mereka tidak berminat
untuk bermain dengan kawan-kawan. Hal ini menjadikan mereka tidak mempunyai
kemahiran bersosial dengan orang lain dan tidak dapat menyesuaikan diri apabila
berada dalam masyarakat.
3.2.1.3 Ganas
Ganas adalah satu corak kelakuan negatif dan kelakuan ini wujud sekurang-
kurangnya enam bulan dengan empat ciri atau lebih ciri-ciri seperti selalu marah, mudah
tersinggung dengan orang lain, selalu membantah cakap orang dewasa dan
keengganan untuk patuh kepada peraturan atau permintaan orang dewasa. Selain itu,
kanak-kanak selalu menyalahkan orang lain untuk kesalahan atau kelakuan dirinya,
selalu menyakitkan hati orang lain dan dengan sengaja memarahi orang lain.
3.2.1.4 Bipolar
Bipolar adalah satu keadaan yang mempunyai tahap tinggi dan tahap rendah
serta mempengaruhi kelakuan apabila emosi berada pada setiap tahap tersebut.
Sebagai contohnya, apabila seseorang berada pada tahap tinggi, seseorang itu akan
berasa sangat yakin untuk melakukan sesuatu perkara yang diinginkannya.
Walaubagaimanapun, apabila berada pada tahap rendah, seseorang itu akan berasa
rendah diri atau susah hati sehinggakan sanggup mencederakan diri sendiri.
Antara ciri-ciri bipolar ialah selalu dirasuk oleh perasaan, selalu cepat marah,
mengalami kemurungan dan kadang kala pemikirannya seolah terhenti dan keadaan itu
membawa kepada kelakuan yang tidak munasabah.

3.2.2 Ciri-ciri dalaman


Kita dapat melihat ciri-ciri dalaman Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan adalah
berlaku dalam diri kanak-kanak itu sendiri seperti mengalami serangan panik,
mengalami kemurungan, mengalami kebimbangan dan menjauhkan diri.
3.2.2.1 Serangan panik
Serangan panik didefinisikan sebagai tercetusnya perasaan takut yang teramat
sangat secara tiba-tiba dan melibatkan sekurang-kurangnya empat daripada ciri-ciri
seperti perasaan takut mati, perasaan takut hilang kawalan atau menjadi gila, kesakitan
di bahagian dada atau perasaan tidak selesa dan gementar. Selain itu, seseorang itu
akan berpeluh, hatinya berdebar-debar, mempunyai perasaan akan berlakunya sesuatu
bahaya, dan mempunyai keperluan untuk melarikan diri apabila berhadapan dengan
situasi yang mencemaskan.
3.2.2.2 Kemurungan
Kanak-kanak yang mengalami kemurungan akan selalu mengadu tentang fizikal
mereka seperti sakit kepala, sakit perut, sakit otot atau keletihan. Selain itu, kanak-
kanak yang selalu tidak menghadirkan diri ke sekolah atau menunjukkan prestasi yang
kurang memuaskan di sekolah adalah termasuk dalam golongan yang mengalami
kemurungan. Seterusnya, kanak-kanak yang mengalami kemurungan cenderung untuk
meluahkan kemarahan mereka dengan menjerit, bersungut atau menangis.
Apabila emosi mereka terganggu kerana kemurungan, mereka akan berasa
bosan dan tidak berminat untuk bermain dengan kawan-kawan. Kanak-kanak yang
mengalami kemurungan juga akan berusaha melarikan diri dari rumah dan seterusnya
terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan alkohol untuk menghilangkan kemurungan
yang di alami mereka.
3.2.2.3 Kebimbangan
Kanak-kanak yang mengalami kebimbangan mudah mempunyai perasaan
panik terhadap sesuatu peristiwa. Selain itu, mereka juga selalu tertekan apabila
mengalami sesuatu peristiwa seperti pergi ke sekolah atau perpisahan ibu bapa.
Seterusnya, kanak-kanak yang mengalami kebimbangan mempunyai kekurangan dalam
memperkembang kemahiran sosial. Apabila mereka mengalami kemurungan, mereka
mudah terpengaruh dalam penyalahgunaan sesuatu benda. Kebimbangan akan
memberi kesan kepada prestasi di sekolah. Mereka akan menunjukkan prestasi yang
kurang memuaskan dalam akademik.
3.2.2.4 Menjauhkan diri
Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan akan menyebabkan kanak-kanak
mempunyai perasaan untuk menjauhkan diri seperti tidak berminat untuk bersosial
dengan kawan-kawan dan selalu berasa rendah diri apabila bersama dengan orang lain.
Berdasarkan ciri-ciri Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan di atas, kami dapat
merumuskan bahawa Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan akan memberi kesan
kepada cara hidup kanak-kanak dari segi pergaulan dan interaksi kanak-kanak itu
dengan orang disekeliling serta kepada diri mereka sendiri.
3.3 Sebab-sebab Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan
Menurut Henley, Ramsey dan Algozzine (1996, 1993), terdapat empat faktor
utama yang menyebabkan Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan iaitu bio-fizikal,
psikopendidikan, psikodinamik, dan kelakuan.
3.3.1 Bio-fizikal
Bio-fizikal adalah gabungan biologikal dan fizikal. Oleh itu, Ketidakupayaan
Emosi dan Kelakuan adalah disebabkan oleh genetik dan gangguan emosi. Schwartz
(1979) seperti yang dilaporkan oleh Henley et al. (1996, 1993) menyatakan terdapat
bukti untuk menyokong peranan baka dalam membentuk kelakuan dan personaliti.
Sebagai contohnya, ketidakupayaan hiperaktif, anti-sosial dan suka mengganggu
dikenal pasti dalam kalangan kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.
Selain itu, kanak-kanak yang kekurangan nutrisi juga akan mengalami
Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan. Seterusnya, bio-kimia iaitu apabila tryptophan
amino acid ditukarkan kepada serotonin neurotransmitter oleh tindakan kimia akan
dikawal oleh enzim-enzim turut menyebabkan Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan.
Hal ini disokong oleh Restak (1984) yang menyatakan bahawa serotonin boleh
mempengaruhi keagresifan, kemurungan dan corak tidur yang normal.
3.3.2 Psikopendidikan
Mengikut psikopendidikan, masalah kelakuan adalah hasil daripada gangguan
psikologi dan penyesuaian kelakuan mesti dipelajari untuk berjaya menyesuaikan diri di
sekolah. Oleh itu, hubungan guru dan pelajar adalah asas untuk membina perubahan.
Hubungan itu datang daripada kepercayaan bersama dan kedua-duanya perlu
menerima keperluan setiap orang. Dengan menggunakan perkembangan kognitif dan
emosi sebagai panduan, pendidik dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap
perkembangan tersebut. Seterusnya, komponen seperti perkembangan kendiri,
pengajaran kemahiran sosial dan pengalaman sekolah perlu diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
3.3.3 Psikodinamik
Menurut Rhades dan Tracy (1972), masalah berhubung dengan perkembangan
personaliti adalah disebabkan oleh masalah sosial dan emosi kanak-kanak. Pakar
psikologi dan psikiatrik percaya bahawa prinsip konflik dalaman yang telah dibangunkan
oleh Sigmund Freud dapat digunakan untuk menerangkan dan merawat
Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan.
Psikodinamik melibatkan personaliti dalam hubungan antara id, ego dan
superego. Id ialah kepuasan dan bersifat dorongan atau desakan yang mendominasi diri
kanak-kanak. Sementara itu, ego akan membentuk penilaian tentang sesuatu dan
kedudukannya adalah di antara id dengan superego. Seterusnya, superego adalah
suara hati iaitu mewakili kepercayaan moral dan etika. Kami berpendapat id, ego dan
superego adalah sistem untuk memeriksa dan menyeimbangkan kelakuan individu.
3.3.4 Kelakuan
Kelakuan dipengaruhi melalui sistem pembelajaran, peneguhan dan hukuman.
Dalam sistem pembelajaran, kelakuan ialah tindak balas seseorang dengan
persekitaran. Teori kelakuan menyatakan kelakuan yang sesuai atau tidak sesuai
adalah dipelajari. Oleh itu, pembelajaran melibatkan peniruan, model dan kawalan yang
bersyarat. Pembelajaran juga berlaku apabila keadaan persekitaran memberi
peneguhan kepada kelakuan yang khusus.
Terdapat dua peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Peneguhan positif akan menunjukkan kesan atau akibat yang meningkatkan
kebarangkalian kelakuan pada masa hadapan. Sebagai contohnya, seorang kanak-
kanak berkongsi barang permainannya dengan kawan-kawan yang lain kerana diterima
bermain dengan mereka. Sementara itu, peneguhan negatif akan meningkatkan
kebarangkalian kelakuan dengan menghindari akibat yang tidak baik. Sebagai
contohnya, seorang kanak-kanak yang dapat menyiapkan kerja sekolah selama lima
hari berturut-turut dikecualikan daripada mengambil bahagian dalam kuiz matematik
mingguan. Hal ini dapat memberi motivasi kepada kanak-kanak lain yang tidak
menyiapkan kerja sekolah.
Peneguhan negatif tidak sama seperti hukuman. Hukuman ialah mengeluarkan
akibat yang mengurangkan kemungkinan kelakuan pada masa hadapan. Sebagai
contohnya, seorang kanak-kanak yang mengganggu kawannya diarahkan untuk berada
di satu sudut berseorangan dan tidak dibenarkan untuk bercampur dengan kanak-kanak
lain selama beberapa minit.
Berdasarkan sebab-sebab di atas, kami dapat merumuskan Ketidakupayaan
Emosi dan Kelakuan adalah berpuca daripada faktor dalaman individu dan faktor luaran
seperti persekitaran.
3.4 Statistik Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan
Hasil penyelidikan pada tahun 2006 ke atas dua puluh orang yang mengalami
tekanan, mendapati 10 sehingga 20 peratus daripada mereka tidak memberi tindak
balas yang baik terhadap rawatan biasa seperti psikoterapi, anti-depress atau terapi
electroconvulsive. Selain itu, dalam satu kajian yang diterbitkan dalam The New
England Journal of Medicine, Sachs dan kawan-kawan telah menentukan secara rawak
sebanyak 366 orang pesakit dengan Ketidakupayaan Bipolar untuk satu rawatan
menstabilkan perasaan dengan menggunakan ubat-ubatan dan plasebo atau ubat-
ubatan dan anti-depress selama 26 minggu.
Seterusnya, Sachs (2006) menyatakan kebanyakan pesakit dewasa dilaporkan
mempunyai simptom ini sebelum berumur 18 tahun samada secara rasmi didiagnosis
atau tidak. Manakala, Institut Kesihatan Mental Kebangsaan melaporkan umur median
tercetusnya Ketidakupayaan Bipolar adalah pada umur 25 tahun iaitu separuh tua dan
separuh muda. Berdasarkan statistik yang diberikan, kami berpendapat kanak-kanak
juga berisiko untuk mengalami Ketidakupayaan Bipolar.
4.0 KETIDAKUPAYAAN PERTUTURAN
4.1 Definisi
Masalah pertuturan yang dialami memberi kesan terhadap bunyi yang
dikeluarkan oleh kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mempunyai suara yang unik tetapi
perbezaan dalam cara kanak-kanak itu bercakap menjadi suatu masalah apabila
pertuturannya tidak difahami oleh orang yang mendengar ataupun cara kanak-kanak itu
bercakap mengganggu pendengar daripada memahami apa yang cuba disampaikan.
Adakalanya kanak-kanak yang mengalami mesalah lain seperti palsi serebrum,
sumbing, masalah pendengaran dan dyspraxia.
Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan tidak berkemampuan
menyatakan keperluan, kehendak dan perasaan yang seterusnya menjejaskan
pembelajaran dan interaksinya dengan orang lain. Apabila kanak-kanak berasa sukar
untuk membuat orang lain memahaminya, mereka berasa kecewa dan menunjukkan
tingkah laku yang agresif. Kebiasaannya kanak-kanak yang mengalami masalah
pertuturan diabaikan oleh rakan-rakan kerana sukar bagi memahaminya dan ini
membawa kepada keadaan perkembangan bahasa yang semakin lambat, terutama
dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka berkomunikasi terhad.
4.2 Ciri-ciri Ketidakupayan Pertuturan
Ketidakupayaan Pertuturan dapat dilihat melalui lima ciri yang dapat dilihat ke
atas seseorang kanak-kanak yang mempunyai masalah ini. Antara ciri-cirinya ialah
ketidakupayaan artikulasi, ketidakupayaan suara, ketiadakupayaan suara,
ketidakupayaan bahasa dan ketidakupayaan kelancaran ( gagap ).
Ketidakupayaan yang pertama iaitu ketidakupayaan artikulasi. Ketidakupayaan
ini terbahagi kepada empat iaitu penggantian, keherotan atau memiuh, ketinggalan atau
pengabaian dan penambahan. Bagi ketidakupayaan penggantian, kanak-kanak
mungkin menggantikan satu bunyi dengan bunyi yang lain. Bunyi perkataan yang
sepatutnya disebut tetapi tidak disebut oleh kanak-kanak. Contohnya, seperti bunyi
perkataan ‘train’ tetapi kanak-kanak menyebut dengan bunyi seperti ‘crane’.
Manakala bagi keherotan atau memiuh pula, kanak-kanak berkemungkinan
akan memiuh bunyi pertuturan yang tertentu apabila mereka cuba menyebut perkataan
tersebut. Contohnya, kanak-kanak yang susah untuk menyebut ‘s’, berkemungkinan
kanak-kanak akan menyebut perkataan ‘sleep’ akan menjadi ‘schlep’. Selain itu,
ketidakupayaan artikulasi ini juga disebabkan oleh ketinggalan atau pengabaian bunyi
perkataan yang tertentu. Sebagai contohnya, kanak-kanak yang hendak menyebut
bunyi perkataan school’ akan membunyikan seperti ‘cool’. Ketinggalan bunyi ni
berkemungkinan kanak-kanak akan meninggalkan konsonan yang terletakdibelakang
perkataan. Contohnya, perkataan ‘post’ disebut oleh kanak-kanak sebagai ‘pos’.
Ketidakupayaan artikulasi yang terakhir ialah penambahan. Seorang kanak-
kanak akan menambah bunyi sesuatu perkataan yang diucapkan. Contoh perkataan
yang disebut oleh kanak-kanak ialah seperti ‘brown’ tetapi dibunyikan seperti ‘buh rown’.
Ketidakupayaan kedua pula ialah ketidakupayaan suara. Ia terbahagi kepada
dua iaitu bunyi dan gema. Bagi bunyi, kanak-kanak akan mengeluarkan suara yang
berbunyi seperti orang yang sedang mengah, parau, serak, garau atau seperti suara
yang dipaksa-paksa keluar untuk mengeluarkan bunyi. Hal ini adalah disebabkan
masalah organik seperti tumbesaran atau perangsang pada ‘vokal cards’.
Manakalan ketidakupayaan suara yang disebabkan oleh gema merupakan
keadaan di mana pengeluaran banyak bunyi melalui udara hidung. Gema ini
disebabkan oleh masalah organik iaitu seperti rekahan lelangit mulut, tisu hidung
menggelembung ataupun kerosakan pendengaran. Selain itu, ia juga berkemungkinan
disebabkan oleh masalah fungsi percakapan yang dipelajari oleh kanak-kanak tersebut.
Ciri ketidakupayaan ketiga pula ialah ketiupayaan suara. Ketidakupayaan ini
juga terbahagi kepada dua iaitu pertuturan yang bertaburan dan gagap. Pertuturan
bertaburan adalah satu keadaan yang merupakan pertuturan kanak-kanak adalah
sangat cepat dengan bunyi yang berlebihan atau sebutan yang salah. Contohnya,
kanak-kanak menyebut sesuatu perkataan itu dengan sebutan yang salah seperti
perkataan ‘work’ akan disebut ‘walk’. Manakala gagap pula merupakan keadaan di
mana seseorang kanak-kanak menghadapi masalah untuk bertutur dengan normal dan
lancar. Pertuturan in akan terganggu disebabkan oleh masalah pengulangan atau
masalah pelanjutan suara atau perkataan. Kebiasaannya kanak-kanak ini akan
menyebut perkataan yang sama berulang-ulang kali. Gagap ini juga menyebabkan
seseorang kanak-kanak mengalami kesusuhan untuk memulakan sesuatu perkataan.
Bagi ketidakupayaan yang keempat pula ialah ketidakupayaan bahasa.
Ketidakupayaan bahasa ini terbahagi kepada dua iaitu ketidakupayaan bahasa reseptif
dan ketidakupayaan bahasa ekspresif. Ketidakupayaan bahasa reseptif adalah kanak-
kanak tidak dapat memproses, memahami dan mengintegrasi bahasa.
Hal ini menyebabkan kanak-kanak akan mengulangi perkataan-perkataan atau
frasa yang dituturkan oleh orang lain. Selain itu, kanak-kanak tersebut juga tidak dapat
mengikut arahan yang yang diberikan kepada mereka dan menghadapi masalah untuk
menjawab soalan yang diberiakn yang berbentuk seperti apa, di mana, siapa, bila,
kenapa dan bagaimana.
Ketidakupayaan bahasa ekspresif pula yang menyebabkan kanak-kanak
menghadapi masalah untuk mengekspresikan verbal iaitu kesukaran untuk
menggunakan perkataan bagi memfomulasikan fikirannya, kekurangan perbendaharaan
dan ucapan tatbahasa seperti sintaksis, moforlogi dan semantik. Hal ini menyebabkan
kanak-kanak tidak tahu dalam pembentukan ayat, perbualan dan pemahaman terhadap
sesuatu bahasa yang dituturkan.
Ketidakupayaan yang terakhir ialah ketidakupayaan kelancaran ( gagap ).
Ketidakupayaan kelancaran iaitu gagap apabila penyebutan perkataan oleh kanak-
kanak adalah berulang-ulang, terhenti-henti dan diikuti oleh ketegangan otot tekak dan
tulang dada. Kegagapan juga adalah disebabkan oleh gangguan pernafasan yang
berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Contohnya
sebutan kanak-kanak seperti ‘sasasasa…. saya’ atau ‘aaaaa….apa’.
Gagap merupakan masalah pertuturan di mana sebutan ( biasanya ) huruf
pertama atau syllable sesuatu perkataan di ulang tanpa kawalan. Sebagai contoh,
gagap pada perkataan ‘meja’ akan menjadi samada ‘m-m-m-m…m-meja’ atau “me-me-
me-me…meja”. Ini biasanya berlaku dengan fenom bermula dengan ‘p’ atau ‘b’ atau
konsonan plosive yang lain. Gagap merupakan proses luar yang membantut
komunikasi biasa. Walaupun terdapat teknik bantu diri yang boleh diajar dan dapat
membantu sesetengah orang, mereka yang gagap tidak dapat menghentikan proses
tersebut dan kerisauan atau kegelisahan meningkatkan lagi masalah tersebut. Dalam
bahasa Inggeris istilah stammering digunakan bagi merujuk kepada tersekat atau
terhenti-henti pada sesuatu perkataan syllables.
4.3 Punca-punca Ketidakupayaan Pertuturan
Punca-punca yang menyebabkan Ketidakupayaan Pertuturan ialah faktor
genetik, sindrom, kecederaan otak, peniruan yang tidak baik, gangguan emosi dan
kecacatan pada organ mulut atau kecacatan organ pertuturan. Punca yang pertama
ialah faktor genetik, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan faktor genetik ini
mempengaruhi ketidakupayaan pertuturan kanak-kanak. Hal ini boleh terjadi samada
dari ibu atau ayah kanak-kanak tersebut yang mempunyai latar belakang ketidaupayaan
sedemikian.
Punca yang kedua pula ialah yang berkaitan dengan sindrom. Ia adalah
berpunca daripada gangguan neurologi dan metabolik ketika dalam kehamilan atau
selepas ibu bersalin. Gangguan neurologi adalah disebabkan oleh sistem saraf kanak-
kanak tersebut mengalami gangguan. Hal ini kerana sistem saraf membentuk satu
‘rantaian’ sel-sel yang berkomunikasi. Setiap neuron menerima mesej (pesanan)
daripada neuron lain, oleh itu jika terdapat gangguan pada salah satu neurologi kanak-
kanak tersebut maka Ketidakuapayaan Pertuturan akan berlaku.
Penghasilan pertuturan dikoordinasikan oleh otak. Jika berlaku kecederaan
kepada bahagian otak disebabkan oleh kemalangan, strok atau gangguan neurologi
sewaktu kelahiran, maka seseorang itu boleh berhadapan dengan masalah pertuturan.
Sebagai contoh, seseorang yang cedera korteks sekutuannya akan mengalami aphasia
(kelemahan keupayaan untuk menggunakan bahasa). Sejenis aphasia adalah akibat
daripada kerosakan kawasan Broca’s iaitu kawasan pertuturan yang terletak di sebelah
kiri lobus frontal yang menyebabkan kesukaran dalam bercakap dan menulis serta tidak
dapat menyebut dengan betul (pelat).
Punca seterusnya ialah disebabkan oleh peniruan yang tidak baik. Hal ini
berlaku adalah kerana faktor persekitaran yang tidak sihat menyumbang kepada fakor
ini. Kanak-kanak pada awalnya akan terdedah kepada persekitaran yang dikelilingi oleh
ibu bapa dan orang terdekat.
Sekiranya ibu bapa dan orang yang terdekat dengan kanak-kanak ini
menggunakan pertuturan yang pelat atau yang tidak sepatutnya di tuturkan apabila
berhadapan dengan kanak-kanak akan menjadikan kanak-kanak meniru percakapan
yang tidak sepatutnya itu. Pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak, apa
sahaja yang dituturkan oleh orang sekeliling kanak-kanak akan membuatkan kanak-
kanak meniru segala bentuk percakapan dan gaya bahasa yang dituturkan. Oleh itu,
pada peringkat ini segala pertuturan orang sekeliling sangat penting untuk
mempengaruhi pertuturan kanak-kanak.
Gangguan emosi juga menyebabkan punca Ketidakupayaan Pertuturan. Punca
Ketidakupayaan Pertuturan yang disebabkan oleh gangguan emosi ini kerana peringkat
awal kanak-kanak emosi kanak-kanak sangat penting. Kanak-kanak pada peringkat
awal sangat sensitif pada emosinya. Sekiranya kanak-kanak mengalami gangguan
emosi, maka ia akan menganggu pertuturan kanak-kanak tersebut. Hal ini berlaku
kerana apabila gangguan emosi berlaku, kanak-kanak akan menjadi bercelaru atau
tidak tersusun kerana kanak-kanak tidak dapat berfikir dengan baik dan betul.
Punca yang terakhir ialah disebabkan oleh kecacatan pada organ mulut atau
kecacatan organ pertuturan itu sendiri. Ia terjadi akibat seperti celahan bibir atau
lelangit (sumbing) serta masalah pendengaran yang menghadkan kanak-kanak
mempelajari bahasa pertuturan. Kanak-kanak yang mengalami sumbing akan sukar
untuk bertutur kerana berkemungkinan percakapannya tidak difahami oleh orang lain
kerana kecacatan pada organ mulut. Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah
pendengaran ataupun pekak menjadikannya sukar untuk bertutur dan memahami apa
yang dituturkan oleh orang lain.
4.4 Statistik Ketidakupayaan Pertuturan
Menurut ‘National Institute on Deafness and Other Communication Disorder’
(NIDCD), dianggarkan lebih tiga juta rakyat Amerika adalah gagap. Kegagapan berlaku
kepada semua peringkat umur tetapi lebih berlaku kepada kanak-kanak berumur antara
2 hingga 6 tahun yang mana untuk perkembangan bahasa. Kanak-kanak lelaki lebih
cenderung menghadapi ketidakupayaan ini berbanding perempuan.
Walaubagaimanapun kebarangkalian kanak-kanak untuk mendapat Ketidakupayaan
Pertuturan ini 1% berbanding orang dewasa.
Manakala menurut ‘A Clinico Statistical Investigation’ menunjukkan 2419 orang
pesakit pertuturan di Showa University Dental Hospital dalam tempoh 1977 hingga
2003. Keputusan menunjukkan bahawa rekahan bibir atau pelat adalah yang paling
popular dalam sepuluh tahun yang pertama menunjukkan penurunan pesakit dan
pesakit yang menghadapi tumor pada bahagian oral dan ketidakupayaan fungsi
artikulasi meningkat melebihi 16 tahun. Yang kedua, peratusan yang menunjukkan
ketidakupayaan artikulasi ialah sebanyak 78.4%. Peratusan pesakit yang terima terapi
pertuturan adalah sebanyak 23,5% dan 20.6% pesakit yang terima rawatan
‘prosthodontic’ untuk Ketidakupayaan Pertuturan.
Menurut ‘Leading Group of The Second China National Sample Survey on
Disability National Burreau of Statistics of the People’s Republic of China’ menunjukkan
bahawa pada 1/12/.2006 keputusan kajian ke atas 142,112 ahli keluarga telah
menunjukkan bahawa 161,479 orang mengalami ketidakupayaan. Sebanyak 2510
orang menunjukkan Ketidakupayaan Pertuturan iaitu 1.55%. Bagi tahun 2005,
sebanyak 1309.48 juta populasi orang di China pada masa kajian dilakukan.
Berdasarkan kepada jumlah itu, anggaran nisbah orang ketidakupayaan kepada
populasi nasional ialah 6.34%. Bagi Ketidakupayaan Pertuturan, sebanyak 1.27 juta
atau 1.53% orang yang mengalami masalah pertuturan ini.
5.0 Rumusan
Berdasarkan kepada ciri-ciri yang dibincangkan bagi setiap ketidakupayaan, kami dapat
merumuskan bahawa ciri-ciri yang terdapat bagi setiap ketidakupayaan dapat dilihat
dengan jelas dan berterusan. Sementara itu, punca-punca bagi setiap ketidakupayaan
cenderung kepada faktor genetik dan persekitaran. Seterusnya, statistik yang diperolehi
dapat mengukuhkan lagi ciri-ciri dan punca-punca setiap ketidakupayaan tersebut.
Pengetahuan mengenai ciri-cri dan punca-punca setiap ketidakupayaan tersebut
memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam membuat pengesanan, diagnosis
dan penilaian bagi mengenal pasti dan menentukan masalah dan intervensi yang sesuai
dapat dirancang.

Dicatat oleh CIKGUSUE PKHAS di 17:38

No comments:

Post a comment

Enter your comment...

Comment as: dnine09@gma

Publish Preview

Newer Post Home Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

SEMUA MAKLUMAT ADALAH DARI SUMBER BACAAN, KAJIAN DAN KERJA KURSUS.. Travel theme. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai