Anda di halaman 1dari 29

Aksara Guru

TEKS FORUM REMAJA 2016


July 20, 2017

TEKS FORUM: BAHASA DAN SASTERA MELAYU DI PERSADA


ANTARABANGSA : MAMPUKAH MENJADI REALITI ATAU SEKADAR ILUSI?

PENGERUSI :
AHLI PANEL PERTAMA : AHLI
PANEL KEDUA : AHLI PANEL
KETIGA :
PEMBICARA SKRIP
PENGERUSI Percubaan Pertama: Bahasa Melayu bahasa Ibunda , bahasa
bercanda, bahasa berseloka

AHLI PANEL Percubaan kedua: Bahasa Melayu , bahasa perpaduan,ketepikan


1 perbezaan

AHLI PANEL Percubaan ketiga : Bahasa Melayu bahasa nusantara. Mari kita
2 martabatkannya

AHLI PANEL Percubaan keempat : Bahasa Melayu bahasa ilmu, Ayuh kita bawa
3 ke pentas dunia.

SEMUA BAHASA MELAYU BAHASA PERKASA, MARI MELANGKAH KE


PERSADA ANTARANGSA

Pengerusi Bismillahirahmannirrahim
Alhamdulillahirabbilalamin
Wassolatuwassalamu ala asrafil ambiyai wal mursalin
Wa ala alihi wasahbihi ajmain
Yang dihormati barisan hakim yang pastinya menjadi teraju
kebenaran,
Ahli-ahli panel yang pastinya akan sentiasa gigih melolontarkan idea.
Sidang hadirin yang dihormati

Assalamualaikum warahmatullahitaalahiwabarakatuh,
Salam sejahtera, salam forum Satu Malaysia,

Ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati Allah


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala
kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama
bersua dalam pertandingan forum remaja peringkat Daerah Klang
pada pagi nirmala yang bening lagi ceria ini. Saya
…………………………………..akan bersama-sama warga dewan
sekalian untuk mempengerusikan forum remaja kita pada pagi ini.

Hadirin yang dihormati

Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang segak-


segak lagi tampan bergaya, izinkan saya untuk mengupas terlebih
dahulu mauduk bual bicara forum remaja kita pada hari ini.

Mauduk forum kita berkisar tema Bahasa dan sastera iaitu


Bahasa dan Sastera Melayu di Persada Antarabangsa, Mampukah
menjadi reality atau sekadar ilusi ?.

Dunia marcapada menyaksikan kesan globalisasi di seluruh dunia


mewujudkan fenomena bahasa Inggeris dimartabatkan sebagai
bahasa antarabangsa kerana luasnya npenggunaaan bahasa
tersebut di peringkat global. walhal , Bahasa Melayu juga mempunyai
kekuatan untuk menjadi bahasa antarabangsa.

Memetik kata-kata Perdana menteri Malaysia Datok Sri Najib Tun


Abdul Razak ketika merasmikan persidangan antarabangsa
pengajian melayu 2014 di Pusat Pengajian Bahasa Asing
Universiti, Beijing , China

“Bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa kelima terbesar di


Dunia dengan jumlah penutur jatinya seramai 300 juta orang”.

Menurut tokoh bahasa tersohor China Prof Wong Zung yu bahasa


melayu yang telah diperkenalkan dan dipelajari di china sejak Zaman
Dinasti Ming telah menarik ramai orang dari seluruh dunia untuk
mempelajarinya”

Tak tumbuh tak melata


Jika tak sungguh, kami tak kata

Prospek cerah Bahasa Melayu menjadi bahasa antarabangsa turut


diakui oleh Datuk profesor Dr Hasan Ahmad , mantan Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka dalam makalahnya bertajuk “bahasa
Melayu , bahasa Antarabangsa ‘. Beliau menjelaskan ciri-ciri Bahasa
Melayu sebagai bahasa antarabangsa seperti yang berikut;.

Yang pertama; bahasa Melayu mempunyai penutur jati yang tamai


iaitu sekitar 300 juta
Yang kedua; bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dibeberapa
buah begara iritu Malaysia, Indonesia dan Brunei
Yang ketiga status dan pentingnya bahasa Melayu menjadi alat
komunikasi merentas sempadan
Yang keempat: Negara pengguna bahasa yang telah mencapai
kemajuan.
Dayung sudah ada di tangan, perahu sudah berada di air , jjelas,
Keempat-empat kriteria ini sudah dimiliki bahasa Melayu, namun
pelbagai prakarsa ampuh perlu dilaksanakan demi mencapai
matlamat pengantarabangsaan bahasa Melayu.

Terlalu asyik saya berbicara tentang masa depan Bahasa Melayu


sehingga terlupa memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang kacak-
kacak belaka serta sungguh bergaya pada hari ini.

Baiklah sidang hadirin, sebelum tirai forum dibuka bagi menelusuri


lebih mendalam topik perbincangan , molek kiranya kita berkenalan
dengan ketiga-tiga ahli panel kita pada hari ini.

Di sebelah kanan saya, saudara............................................yang


merupakan ahli panel yang pertama, tampan dan murah dengan
senyuman selamat datang saudara……………………………, apa
khabar saudara?

Ahli panel 1 Terima kasih saudara pengerusi,saudara...................Alhamdulillah,


khabar baik. Saudara bagaimana ?

Pengerusi Alhamdulillah, saya juga berada dalam keadaan sihat walafiat dan
cukup bersemangat untuk berbicara tntang bahasa Melayu di
persada antarabangsa.

Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua, Nampak yakin dan


tenang berada di sebelah kiri saya iaitu
saudara.....................................................,

selamat datang saudara………………………


.Apa khabar saudara ?

Ahli panel 2 Alhamdulillah ,sihat sejahtera saudara pengerusi. Datang ke sini


dengan semangat yang membara seperti saudara juga.

Pengerusi Ya , sudah pasti saudara…………., topik bual bicara kita pada hari
memang menarik menjadikan kita sunggul terpanggil untuk
membincangkannya.

Berada di sebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah ahli
panel kita yang ketiga iaitu
saudara.......................................................... kacak bergaya
orangnya. Walaupun Nampak pemalu, namun petah bicaranya. Apa
khabar saudara?

Ahli Panel 3 Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan yang baik, maka saya
berada di sini bersama-sama saudara dan para hadirin. Salam forum
buat semua.

Pengerusi
Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel,kembali kita
kepada topik forum kita iaitu Bahasa dan Sastera Melayu di
Persada Antarabangsa Mampukah menjadi realiti atau sekadar
ilusi ?.

Sidang hadirin yang dihormati

Sidang hadirin, ahli panel yang dihormati


Izinkan saya untuk membuka tirai diskusi forum remaja kita dengan
soalan pertama yang akan saya ajukan kepada ahli panel pertama.
Saudara....................................... , mohon saudara memberikan
penjelasan tentang ciri-ciri keistimewaan bahasa dan sastera Melayu
yang menjadi tunjang kekuatan untuk melangkah ke persada
antarabangsa .

Ahli Panel Terima kasih saudara


Pertama pengerusi,saudara………………………………….

Sidang hadirin dan ahli panel yang dihormati.

Sungguh menarik persoalan yang diajukan oleh saudara


pengerusi tentang keistimewaan Bahasa dan Sastera Melayu .
Apakah sebenarnya kekuatan bahasa dan sastera Melayu sehingga
kita berani berbicara tentang usaha-usaha memperkasakan bahasa
dan sastera orang kita hingga ke persada antarabangsa.

Bermimpikah kita? Apakah istimewanya bahasa Melayu berbanding


bahasa-bahasa lain khususnya bahasa Inggeris. ?

Saudara Pengerusi , ahli panel dan Sidang hadirin

Kita tidak bermimpi di siang hari kerana bahasa Melayu


sebenarnya sudah sekian lama menjadi bahasa antarabangsa
.Bahasa Melayu sudah menjadi linqua franca daerah kepulauan
Melayu atau nusantara , zaman berzaman sejak abad ke 7 lagi .
Bahasa melayu menjadi bahasa pentadbiran rasmi kerajaan
Sriwijaya, kerajaan Melayu yang besar serta luas jajahan
takluknya(meliputi Sumatera Jawa, Semenanjung Tanah Melayu,
Segenting Kra dan sri Lanka, maka bahasa Melayu juga turut
disebarkan ke jajahan takluknya

Bahasa Melayu mengalami zaman kegemilangan dan diangkat


menjadi bahasa yang penting pada abad ke-12 atau abad ke-13
apabila Islam bertapak di Kepulauan Melayu. Penggunaannya
semakin semarak dengan kemunculan Kerajaan Melayu Melaka
yang terkenal sama ada di Timur atau di Barat.

Seiring dengan perkembangan Bahasa, kegiatan sastera juga


berkembang pesat. Banyak buku terjemahan yang diterbitkan seperti
Darul Mazlum, selain karya saduran atau tulisan asal seperti Sejarah
Melayu atau Sulalatus Salatin, Bustanus salatin, Hukum Kanun
Melaka, undang-undang, Undang-Undang Laut Melaka,Hikayat Amir
Hamzah dan Hikayat Bayan Budiman.
Antara karya zaman tersebut ialah Sejarah Melayu yang merupakan
sastera sejarah menggambarkan keagungan Kesultanan Melaka
serta meletakkan imej bahasa Melayu di mercu yang amat tinggi.

Selepas zaman Melaka, bahasa Melayu turut tersebar ke seluruh


dunia. Pada tahun 1521, Pigafetta seorang kelasi bangsa Itali dalam
pelayarannya bersama-sama Magellan telah singgah di Pulau Tidore
dan menyusun satu daftar kata daripada bahasa yang dituturkan
oleh orang di Pelabuhan tersebut. Inilah daftar kata Melayu-
Eropah(Italy) yang tertua kita ketahui. Pulau Tidore merupakan
lokasi yang agak jauh dari kepulauan Melayu dan sekaligus
menunjukkan betapa jauhnya bahasa Melayu tersebar.

Sidang hadirin yang dihormati

Keindahan bahasa Melayu dan nilai estetika sastera Melayu turut


menarik minat orientalis Barat. Pada zaman praperang dunia kedua,
bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan rasmi di kelima-lima
buah negeri Melayu tidak bersekutu, manakala di Negeri Melayu
Bersekutu, bahasa Melayu masih digunakan di beberapa jabatan
seperti di pejabat polis yang melibatkan pegawai dan kaki tangan
berbilang bangsa. Pegawai-pegawai Eropah yang bertugas di Tanah
Melayu dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan wajib lulus
dalam peperiksaan bahasa Melayu sebelum mereka disahkan
jawatan. Sebahagian mereka terus menaruh minat terhadap bahasa
Melayu sehingga ada yang terkenal sebagai sarjana bahasa Melayu.
Antara nama yang sering disebut-sebut ialah R.O Winsdtedt, J.R
Wilkinson, CC Brown, W.E Maxwell, W.Marden, W.G Shellabear dan
J Crawfurd.

Jelaslah di sini Bahasa Melayu mendapat tempat di persada


antarabangsa sejak sekian lama. Justeru, mengapakah kita bersifat
prejudis terhadap bahasa kita sendiri, ? sikap kita tak ubah
peribahasa sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
Fikir-fikirlah sidang hadirin yang dihormati. Jangan kita menang sorak
namun kampong kita tergadai . Sebaiknya kita terus mengorak
langkah proaktif untuk memertabatkan bahasa di tanah tmpah darah
kita seterusnya memeperkasakannya di seantero dunia.

Terima kasih
Kembali semula kepada saudara pengerusi forum,
saudara……………………………………………………..

Pengerusi
Forum Sidang hadirin,

Terima kasih saudara ahli panel pertama,


saudara….............................[
Benar kata saudara tadi………………….kita harus berusaha tanpa
kenal erti jemu untuk menjadikan Bahasa dan Sastera Melayu
diterima masyarakat antarabangsa. Hindarkan daripada bersifat
pesimistik kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya, kalau kita tidak berusaha , manakan kita mendapat hasil
manisnya.
Sungguh terkesan di hati saya apabila mendengar butir bicara
tentang istimewanya bahasa dan sastera Melayu berdasarkan fakta
sejarah, Ternyata bahasa dan sastera Melayu bukan sahaja
menyentuh hati penutur jati, malah dipelajari bangsa asing dan telah
tersebar penggunaanya sehingga ke Eropah .
………………………………………….

Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli panel kedua,


saudara.......................................... tentang badan-badan yang
terlibat dengan proses perancangan, perkembangan dan
pemerkasaan Bahasa Melayu sehingga akhirnya matlamat kita untuk
meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa wahana komunikasi di
persada antarabangsa akan terlaksana.

Ahli panel Terima kasih saudara pengerusi majlis


kedua Yang dihormati ahli panel dan sidang hadirin
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia.

Persoalan daripada saudara pengerusi tentang tangan-tangan


kekar yang terlibat dengan proses perancangan ,perkembangan
dan pemerkasaan Bahasa Melayu mengingatkan saya terhadap
peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka pada mulanya dikenali sebagai Balai


Pustaka ,merupakan badan berkanun kerajaan yang ditubuhkan
pada 22 Jun tahun 1956 dengan tujuan mengembangkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. DBP
juga diberikan kuasa autonomi untuk menyusun rancangan
pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera dan diberikan
kuasa untuk menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku
yang serupa dengan sektor swasta.

Pelbagai aktiviti telah rancak dijalankan oleh DBP untuk


mengembangkan lagi potensi bahasa Melayu. Dasawarsa ini,
Bahasa Melayu menjadi alat perhubungan moden pada abad ke-20.
Pelbagai bentuk program dan aktiviti kebahasaan telah
dilaksanakan seperti penerbitan buku ilmiah dan karya sastera,
kerjasama bahasa Malaysia dan Indonesia, serta penerbitan kamus
yang melibatkan pembentukan kosa kata dan istilah .baharu dalam
perbendaharaan kata bahasa.

Dalam mengukuhkan sinergi Bahasa Melayu agar bertapak kukuh


di tanah air sendiri sebelum disebarluaskan di peringkat
antarabangsa DBP telah mengadakan kolaboratif dengan agenda
kerajaan seperti Jabatan Perhidmatan Awam dalam melaksanakan
kursus kebahasaan untuk para penjawat awam. Kerjasama untuk
melaksanakan pelbagai program dengan pihak swasta dan syarikat
Berkaitan Kerajaan iaitu GLC juga telah dilaksanakan khususnya
program yang memerlukan dana yang besar yang memerlukan
tajaan untuk mengurangkan kos.

Dalam memperkembangkan bahasa Melayu di persada


antarabangsa , Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) telah
ditubuhkan pada bulan Julai 1997 untuk menjalankan aktiviti seperti
penyelidikan bersama dengan pelbagai agensi dalam bidang bahasa
dan persuratan Melayu di seluruh dunia. Secara tamsilnya,
kerjasama antara DBP dan Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI)
dengan Universiti Prince Of Songkla di Thailand telah menunjukkan

jumlah peningkatan penggunaan Bahasa Melayu pelajar di luar


Negara.

Sidang hadirin yang dihormati.

Demikianlah antara prakarsa yang diimplementasikan oleh Badan


kerajaan yang yang terlibat secara langsung dalam proses
mengembangkan dan memartabatkan bahasa Melayu . Usaha yang
dilakukan secara istiqamah ini menyuluh jalan buat kita
menggerakkan usaha keluar daripada kepompong dunia sendiri
menerobos dunia sejagat yang lebih luas.

Sekian, saya kembalikan kepada saudara pengerusi forum


Terima kasih.

Pengerusi Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar daripada


saudara ahli panel kedua , saudara…..............................berhubung
peranan badan yang terlibat dengan proses perancangan,
pengembangan dan pemerkasaan bahasa dan Sastera Melayu

Saya bersetuju dengan pendapat ahli panel kedua tadi. Siapalah


yang dapat menafikan betapa bahasa dan sastera Melayu pada hari
ini telah mempunyai tempat di persada antarabangsa dengan inisiatif
dan komitmen Dewan Bahasa dan Pustaka .

Soalan saya yang seterusnya buat ahli panel ketiga mungkin agak
bertentangan dengan kupasan daripada ahli panel pertama dan
kedua yang membicarakan isu mekar dan berserinya bahasa Melayu
mewarnai dunia nusantara dan sarwajagat . Saya ingin bertanya
kepada ahli panel ketiga, saudara
…………………………………….tentang permasalahan dan kekangan
yang terpaksa kita hadapi sehingga merencatkan usaha kita
memartabatkan, memerkasakan dan melestarikan bahasa Melayu ,
seterusnya , meletakkannya di persada antarabangsa.

Ahli Panel Terima kasih saudara pengerusi forum


ketiga
Rakan Ahli panel dan hadirin yang dihormati.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan


Lautan mana yang tak bergelora
Hidup ini ada pasang surutnya
Ada kala kita berada di atas
Dan ada kala kita berada di bawah
Demikian halnya dengan Bahasa dan sastera Melayu.

Indah dan manis saat mengimbau mekarnya bahasa dan sastera


kita,
Namun, pahit dan getir juga saat mengenang kuncupnya bahasa dan
sastera kita dimamah ancaman globalisasi sehingga mengikis jati diri
anak bangsa .

Isu tentang pendaulatan, pemerkasaan dan pelestarian bahasa


Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu
tidak pernah lekang dalam mewarnai isu-isu semasa. Bahasa Melayu
dilihat semakin dipinggirkan dalam mengharungi dunia globalisasi.
Walaupun kedudukan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan negara tidak dapat disangkal atau dipertikaikan oleh
sesiapa pun kerana telah termaktub dalam Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan, namun dalam dunia realiti abad ke-21
ini , Bahasa dan sastera Melayu mengalami mengalami pelbagai
cabaran

Antara cabaran perdana bahasa dan, sastera Melayu ialah sikap


masyarakat yang memandang rendah Melayu sebagai bahasa kelas
kedua sehingga sehingga malu bekomunikasi dalam bahasa Melayu.

Mereka beranggapan bahasa Melayu ialah bahasa yang dituturkan


oleh masyarakat kelas bawahan , lantas bahasa Inggeris dianggap
bahasa yang menggambarkan keelitan penuturnya. Maka cabaran
utama kita ialah menyuburkan jati diri masyarakat kita khususnya
golongan muda supaya menyedari fungsi bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan dan alat komunikasi utama di bumi bertuah ini,
manakala Bahasa inggeris mempunyai fungsi khusus sebagai
bahasa untuk mendapatkan intipati ilmu yang masih belum kita jana
dalam masyarakat dan tamadun Melayu.

Rentetan daripada pengaruh bahasa Inggeris yang mula


mendominasi komunikasi, wujudlah isu bahasa rojak.

Apabila membicarakan “bahasa rojak”, kita tentulah merujuk bahasa


bercampur aduk yang digunakan dalam tulisan dan juga lisan. Dalam
majlis perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2012 pada 11
Oktober 2012, Mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Pelajaran Malaysia berkata, penggunaan bahasa rojak akan
beransur-ansur menghakis kekuatan sesuatu bahasa. Kenyataan
pemimpin nombor dua negara itu tidak harus dipandang remeh.
Penggunaan bahasa rojak sudah semakin sebati dan menjadi barah
bahkan bagai api di dalam sekam yang membakar senyap sehingga
merosakkan kekuatan bahasa Melayu.

Menurut Prof Teo keok seong, Pensyarah di Universiti Malaya


fenomena bahasa rojak ibarat sekerat belut , sekerat ular yang
semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia masa kini
merupakan suatu kes kehilangan bahasa yang berlaku apabila
rata-rata masyarakat tidak lagi fasih bertutur dalam bahasa ibunda
atau bahasa etnik

Dalam pada itu, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu juga
turut mengalami turun naik dan pasang surutnya seiring dengan
pembangunan negara yang menyaksikan Malaysia berubah
daripada sebuah negara berasaskan pertanian dan perlombongan
berkembang menjadi negara perusahaan dan perindustrian. Dunia
korporat menyaksikan Bahasa Inggeris mendapat tempat yang
meluas di firma-firma dan syarikat-syarikat besar yang rata-rata
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan rasmi
syarikat. Hal ini menyebabkan Bahasa Inggeris mempunyai nilai
komersial yang tinggi sehingga ketakutan dan kegusaran timbul
apabila anak-anak kita dikatakan tidak dapat meguasai Bahasa
Inggeris kerana kononnya Sistem pendidikan Kebangsaan yang
meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di
sekolah membantutkan usaha mempelajari Bahasa Inggeris dengan
berkesan.

Rentetan daripada itu, tanpa menimbang tara usaha pemimpin


terdahulu mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
melalui Laporan Razak pada tahun 1956, Laporan Rahman Talib
pada 1960 yang membawa kepada tergubalnya Akta Pendidikan
Kebangsaan pada tahun 1961 dan diperteguh melalui Akta
Pendidikan 1996 , atas desakan pihak tertentu, fungsi bahasa
Melayu sebaga bahasa ilmu dikecilkan dengan Dasar Pengajaran
dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atau
PPSMI.

Dasar ini dimulakan pada tahun 2003 dan berakhir pada tahun 2014
setelah kerajaan menerima laporan daripada Kajian 53 pakar bahasa
yang merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian
berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang
tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga
mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik." Dalam
erti kata lain PPSMI tidak membantu murid menguasai bahasa inggeris,
sebaliknya turut menjejaskan penguasaan murid dalam mata pelajaran
sains dan matematik dan sekali gus menjejaskan penguasaan bahasa
Melayu murid.murid. Lalu, dasar tersebut digantikan dengan dasar
MBMMBI

Jelaslah . pada hari ini Bahasa Melayu menghadapi pelbagai


cabaran untuk mengekalkan fungsinya sebagai bahasa rasmi
Negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, Selain itu, Bahasa
melayu juga menerima ancaman globalisasi sehingga wujudnya
fenomena bahasa rojak dan pencemaran bahasa.

Setakat ini sahaja sidang hadirin saya serahkan kembali saudara


pengerusi forum, saudara Tazrin. ,

Pengerusi Terima kasih kepada ahli panel ketiga ,


Forum saudara………………………..yang telah mengupas tentang cabaran-
cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu sama ada dalam
penggunaannya secara rasmi atau penggunaan dalam perhubungan
sosial. Sedih apabila memikirkan tentang nasib Bahasa Melayu yang
bagai melukut di tepi gantang,seolah-olah dianaktirikan oleh oleh
anak watannya sendiri.

Maka, selain membicarakan cabaran saya juga ingin meninjau lebih


lanjut pandangan ahli-ahli panel kita tentang prakarsa-prakakarsa
yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi cabaran Bahasa Melayu
terutama pada era globalisasi ini.
Saya mulakan dengan soalan pertama buat ahli panel pertama iaitu
saudara…………………….tentang langkah-langkah yang dilakukan
oleh pihak kerajaan untuk meletakkan Bahasa melayu pada
kedudukan dan statusnya yang betul , sehingga akhirnya Bahasa
Melayu dapat dinobatkan sebagai bahasa antarabangsa

Ahli Panel 1 Terima kasih kepada saudara pengerusi Forum, Saudara Tazrin
Taijo.
Menjawab persoalan saudara, kita harus mengakui kerajaan telah
melaksanakan pelbagai usaha untuk meletakkan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.

Saya teringat pendapat ahli panel kedua


saudara……………………..yang ada menyebut peranan Dewan
Bahasa dan Pustaka dalam mengembangkan bahasa dan sastera
Melayu, bukan begitu saudara…...............................?

Ahli Panel Ya benar saudara..DBP sebagai badan berkanun kerajaan saya kira
Kedua telah memainkan peranannya untuk memperkembang dan
memperluas penggunaan bahasa Melayu terutama dari aspek
penerbitan buku-buku dan majalah Bahasa melayu.

Pengerusi Maksud saya, saudara ahli panel pertama mungkin boleh


Forum membicarakan tentang kerajaan yang telah meletakkan bahasa
Melayu di sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan paling
penting bahasa wahana pemikiran tinggi dalam masyarakat berilmu
di Negara kita.

Ahli panel Baiklah saudara pengerusi,


pertama Saya teruskan kupasan berhubung peranan kerajaan ,
Ahli panel dan Sidang hadirin yang dihormati,

Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 Yang


telah dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961. dengan jelas
menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam
sistem pendidikan.
.
Dasar Pelajaran Kebangsaan telah melahirkan murid-murid yang
mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu, dan
bermula dari tahun 1983, penuntut yang memasuki pusat-pusat
pengajian tinggi telah menerima seluruh pendidikan mereka dengan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bentuknya telah
disempurnakan sehingga berupaya memperkatakan apa-apa sahaja
bidang yang wujud dalam kehidupan rakyat Malaysia .

Seterusnya melalui Akta bahasa Kebangsaan 1967, Bahasa


Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan. Pengiktirafan ini
termaktub di dalam Perlembangaan Persekutuan melalui Perkara
152:-
.

Dasar bahasa kebangsaan telah meletakkan Bahasa melayu


menjadi bahasa Melayu tinggi. Professor Wan Hashim Wan Teh dari
Universiti Malaya mengatakan bahawa, perjuangan memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara telah tiba di
kemuncaknya apabila bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar
utama dalam sistem pendidikan sehingga ke universiti.

Penubunan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970


sebagai university yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama dalam semua pengajian juga merupakan
antara inisiatif kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu. UKM
ternyata telah melahirkan ramai graduan daripada pelbagai bidang
dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Demikianlah apabila Bahasa Melayu sudah dimartabatkan di


negara sendiri,dijunjung tinggi oleh bangsa dan rakyatnya sendiri,
maka barulah kita yakin untuk melangkah membawa bahasa Melayu
ke persada antarabangsa

Sekian sahaja daripada saya tentang peranan kerajaan dalam


memastikan bahasa Melayu. Kembali kepada Saudara Pengerusi
Forum
Pengerusi
Forum Terima kasih saudara…………………………sungguh besar peranan
yang dimainkan oleh pihak kerajaan ya saudara…………………….
Ternyata Dasar Bahasa kebangsaan telah berjaya meletakkan
bahasa Melayu ke tempatnya. Sehingga kita dapat menggunakan
bahasa Melayu dengan sepolos hati dalam medan bual bicara ini.
Tak begitu ahli panel semua?

Ahli panel2 Ya, benar saudara. Hari ini merupakan antara usaha yang
dilaksanakan pihak kerajaan melalui Kementerian pendidikan
Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan pejabat pelajaran daerah
untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, di peringkat antarabangsa, Pidato


Antarabangsa Bahasa Melayu atau PABM telah diadakan sejak lapan
tahun yang lalu.

PABM dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan


kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; Kementerian
Pelancongan manakala AG Bestari Events Sdn Bhd dilantik selaku
pengurus acara dan bertindak sebagai Sekretariat PABM.

Kabinet Malaysia dalam mesyuaratnya pada tahun 2008 telah


bersetuju untuk memberikan penarafan “Projek Nasional” kepada
PABM bersesuaian dengan prestijnya sebagai satu-satunya acara
pidato bahasa Melayu yang terulung di dunia
Jelaslah di sini usaha pengantarabangsaan Bahasa Melayu turut
turut menjadi agenda pihak kerajaan melalui Penaungnya YAB
Perdana Menteri Malaysia

Ahli panel 3 Aduhai, Nampaknya saudara.........................................mengingatkan


saya kepada kepetahan gadis manis dari negara matahari terbit
bernama Hatsune Yanai berbicara tentang makna kebahagiaan
duniawi dan ukhrawi dan menjadi juara Piadato Antarabangsa
kategori antarabangsa di PICC, Putra Jaya pada bulan Mac yang
lalu.

Pengerusi Wah, saudara ahli panel ketiga terkenang seseorang nampaknya….

Ahli panel Ya sedikit terkenang kerana semua peserta dari pelbagai negara di
ketiga dunia berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan pidato masing-
masing.
Pengerusi
forum Tak mengapa saudara. Saya memahami isi hati saudara.

Terima kasih saudara ahli panel kedua dan ketiga atas pandangan
saudara-saudara sebentar tadi. Baiklah….Menyentuh tentang
peranan pihak lain, bolehkan ahli panel kedua,
saudara…………………….memberikan pandangan saudara tentang
peranan yang dimainkan oleh pihak pertubuhan bukan Kerajaan,
media dan badan korporat dalam melaksanakan program-program
bahasa dan sastera sama ada di dalam atau diluar Negara.

Ahli panel Terima kasih saudara pengerusi Forum, Saudara Tazrin.


Kedua
Membicarakan tentang peranan Pertubunan bukan Kerajaan, atau
NGO , Badan korporat dan media dalam memperkasa bahasa dan
sastera Melayu, saya tertarik dengan kerjasama yang turut
diberikan oleh Badan Bukan kerajaan iaitu GAPENA atau
gabungan Penulisan Nasional, Gapena yang ditubuhkan pada 23
Oktober 1970.

Hakikatya, peranan Gabungan Penulis Nasional atau GAPENA


dalam membangunkan bahasa dan kesusasteraan Melayu di negara
kita tidak boleh dipandang remeh.

Gapena telah berjaya menggabungkan semua penulis tanah air


untuk berkarya, melaksanakan perlbagai pertandingan, sayembara,
seminar, wacana ilmu, diskusi dari semasa ke semasa untuk
mencari formula terbaik mengembangkan bahasa dan sastera
Melayu baik di dalam negara, mahupun di luar Negara.

Gapena juga bekerjasama dengan erat untuk menerbitkan karya


agung penulis tersohor dan Sasterawan Negara seperti Abdullah
Hussain, Shahnon Ahmad, Usman Awang, Kemala, Arenawati,
A Samad Said dan lain lain
Apa yang lebih menarik Badan korporat dan pihak swasta turut
juga memainkan peranan dalam perkembangan bahasa dan sastera
Melayu. Contohnya ,Gapena telah menjalin kerjasama erat dengan
syarikat ESSO untuk menaja hadiah sastera Gapena Esso selama
20 tahun , manakala bank Bumiputera Commerce juga pernah
memberikan tajaan selama empat tahun .

saudara Pengerusi dan Ahli panel

Dalam pada itu .pengembangan bahasa Melayu di sektor Swasta


juga telah dilaksanakan melalui Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor
swasta pada tahun 1996.

Antara program yang dilaksanakan ialah kempen penggunaan


bahasa kebangsaan, pemantauan penggunaan bahasa kebangsaan
di sektor swasta, khidmat nasihat, bahasa, khidmat pengeditan dan
penterjemahan dokumen perniagaan dan bahasa juga penganjuran
kursus bahasa.

Saya berpendapat Sejak digerakkan pada tahun 1996, secara


beransur-ansur telah tampak kepekaan pihak swasta tertentu untuk
ikut serta melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.

Sebagai contoh persatuan Linguistik Malaysia dan beberapa badan


bukan kerajaan yang lain telah telah berhasil memperteguh ciri bahasa
lisan formal bagi bahasa Melayu, terutama apabila penggunaannya di
Stesen Televisyen Malaysia Berhad atau TV3 membentuk citra istimewa
bagi bahasa Melayu lisan rasmi.

Bukan begitu saudara pengerusi dan ahli panel?

Pengerusi Ya , saya sependapat dengan ahli panel kedua, bagaimana


forum pandangan ahli panel yang lain ?

Ahli panel 1 Saya bersetuju, pada hari ini penggunaan bahasa Melayu di media
massa terutama media cetak dan media elektronik sangat
mementingkan aspek kebakuan tak kira sama ada dari aspek
sebutan dan tatabahasa.
Ahli panel 2 Ya, benar saudara. Hal ini sudah pasti merupakan indikator bahawa
Bahasa Melayu yang seragam sedang digunakan dan hasrat
mengantarabangsakan bahasa Melayu akan tercapai.
Pengerusi Terima kasih kepada ahli-ahli panel. Seterusnya saya ingin meninjau
Forum pandangan ahli panel ketiga tentang peranan Negara serantau yang
menggunakan bahasa Melayu dalam mengantarabangsakan bahasa
Melayu

Ahli panel 3 Terima kasih saudara…...............................................pengerusi forum


kita pada hari ini serta sahabat ahli panel dan siding hadirin

Membicarakan peranan negara serantau rumpun Malayu saya


memetik kata-kata Datuk Dr Awang Sariyan yang menyatakan;
Dari aspek wibawa bahasa, kedudukan, dan peranan bahasa Melayu
tidak seharusnya terbatas pada peringkat negara semata-mata.
Bahasa Melayu perlu diangkat menjadi bahasa serantau dan
antarabangsa yang diiktiraf sebagai salah satu bahasa penting di
dunia.

Dalam hal ini DBP perlu memanfaatkan prasarana dan mekanisme


sedia ada terutama yang melibatkan hubungan dan kerjasama antara
negara, seperti Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-
Malaysia (MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), dan
Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM). ‘

Upaya perancangan dan pengembangan bahasa Melayu ke


peringkat serantau dan antarabangsa yang dikongsi wawasan
pelaksanaannya oleh Dewan Bahasa danPustaka (DPB) Malaysia
semasa pimpinan Dato’ HajiA. Aziz Deraman, DBP Brunei di bawah
pimpinan Dato Paduka Haji Alidin bin Haji Othman dan Pusat Bahasa
Indonesia yang diketuai oleh Dr Hassan Alwi, telah
dilakukan dengan jayanya. Kerjasama ketiga-tiga institusi dengan
pelbagai pihak, kerajaan dan agensi-agensi lain yang berkaitan,
maka telah timbul suatu keyakinan dan komitmen
bahawa bahasa Melayu mampu dibangun dan dikembangkan
menjadi bahasa yang berwibawa sama ada di peringkat Nasional,
serantau dan antarabangsa.

Suatu yang membanggakan melalui kerjasama tersebut Pusat


Pengajian Bahasa Melayu pertama ditubuhkan di Universiti Leiden
Belanda pada tahun pada 1867 telah menerima seorang professor
Bahasa Melayu pada tahun 1992 melalui program Kerusi Pengajian
Melayu oleh Kerajaan Malaysia. . kerusi pengajian Melayu juga telah
ditubuhkan di Universiti Victoria, Welllington, New Zealand, Di
Universiti Beijing

Rangkaian kerja institusional antara negara memang sangat


munasabah dan forum-forum kerjasama yang diwujudkan misalnya
antara Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia
(MABBIM), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA),
MajlisAntarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dengan Forum
Kerjasama Penerbitan Serantau(FOKEPS), Mesyuarat Kerjasama
Kebahasaan dan Persuratan (MEKKAP) kawasan segi tiga Asia
Tenggara, boleh menjadi wahana penyebaran bahan pengajian dan
kajian di institusi-instusi asing tadi
Demikianlah, bagaimana kerjasama serantau membawa manfaat
kepada perkembangan bahasa dan sastera Melayu di peringkat
antarabangsa.
Kembali kepada pengerusi forum

Pengerusi Terima kasih kepada saudara……………………..


Sebagai penghujung bicara, saya mohon ahli panel membuat
rumusan perbincangan kita pada hari ini.

Ahli Panel 1
Saudara pengerusi, sahabat panel dan sidang hadirin
Bahasa Jiwa bangsa,
Rosak bahasa rosaklah bangsa
Sebagai generasi pewaris kepimpinan bangsa, ayuh kita lestarikan
perjuangan memartabatkan bahasa ke takhtanya.

Ahli Panel 2 Akhir kalam daripada saya, hasrat mengantarabangsakan bahasa


Melayu bukanlah angan-angan mat jenin atau impian di awaing-
awangan, .Dengan izin Allah, iltizam padu dan komitmen jitu semua
pihak, kerajaan, rakyat termasuk kita generasi muda , walau masih
setahun jagung, darah setampuk pinang, mari kita usahakan yang
terbaik buat bahasa dan bangsa kita.

Ahli panel 3 Sebagaimana sahabat ahli panel yang lain, pendirian dan rumusan
saya juga serupa walau tidak sama. Membujur lalu melintang patah,
sekali kita mara, pantang kita berundur. Perjuangan memartabatkan
dan mengantarabangsakan bahasa Melayu ialah perjuangan luhur
dan suci demi kesinambungan warisan bumi tercinta.

Pengerusi Terima kasih sahabat-sahabat ahli panel yang sungguh bersemangat


dan beriltizam

Demikian tadi rumusan bual bicara daripada semua ahli panel kita
tentang pengantarabangsaan Bahasa Melayu, realiti atau sekadar
ilusi,

Tuntasnya, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat,


kata sepakat yang dicapai, dengan usaha tanpa kenal erti jemu,
kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,
maka hasrat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
antarabangsa akan menjadi realiti.

Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi hadir untuk
membicarakan isu pengantarabangsaan Bahasa Melayu ini . Semoga
forum ini menjadi wadah melahirkan remaja yang cakna terhadap isu-
isu bahasa, selanjutnya membantu meletakkan bahasa Melayu di
persada antarabangsa. Harapan saya forum ini juga mampu
memberikan informasi bermanfaat buat semua hadirin yang
dihormati.

Sidang hadirin yang dihormati..

kalau berkayuh dan sampai ke pulau


Kalau mendaki dah sampai ke puncak
Kita telah sampai kepada penghujung bicara

Entah kata salah tutur


Entah maksud salah sampai
Terimalah salam salam bersantun
Salam yang minta maaf, salam yang minta ampun

Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi


terima kasih kepada semua hadirin yang sudi hadir menyaksikan
pertandingan Forum remaja ini.

Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini


selanjutnya mohon mengundur diri.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalam mualaikum warah


matullah , salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

Inilah teks Forum Remaja SMK Tinggi Klang Tahun 2017. Bagaimanapun kami tak mampu
mempertahankan kejuaraan. KISAS merebut semula kejuaraan.

Image may contain: 1 person, standing and indoor

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and suit
Image may contain: 8 people, people smiling, people standing, suit and
outdoorz Image may contain: 8 people, people smiling, people standing and suit

16 February 2019 at 21:28

Assalamualaikum. cikgu, saya minta izin ya untuk guna teks ini sebagai
bahan untuk lisan Bahasa Melayu. Terima kasih :).
P/s: Salam sayang dari KISAS. :D

REPLY

12 March 2019 at 19:51

MOHON SHARE

REPLY

15 March 2019 at 02:06

8CENT.COM : MEMBELI BELAH DENGAN MUDAH

Sebagaimana kita tahu pada zaman kemodenan ini pelbagai teknologi


telah memudahkan urusan seharian kita.

Antara teknologi yang sedang hangat pada hari ini adalah perniagaan atas
talian, dimana segala urusan jual beli hanya atas talian. Tidak perlu lagi
untuk kita bersusah payah membeli barang keperluan kita dengan menaiki
kereta menuju ke kedai yang jauh.

Sepertimana kita tahu pada hari ini ramai diantara masyarakat malaysia
yang menceburi bidang perniagaan atas talian. Walaubagaimanapun rakyat
malaysia mempunyai semangat yang tinggi untuk mencuba berniaga
secara atas talian. Hari demi hari kita dikhabarkan oleh pihak media
dimana adanya laman web untuk jual beli barang keperluan seharian.
Salah satu laman web perniagaan yang terkenal adalah mudah.my,
kemudian wujud yang lain seperti lazada dan shoppee.

Setelah kewujudan laman web perniagaan tersebut, muncul satu lagi laman
web perniagaan atas talian yang bernama “8 Cent Malaysia Sdn Bhd” dimana
ianya menjual pelbagai barang keperluan seharian dan sesuai bagi semua
peringkat umur di laman web www.8cent.com . Menariknya tentang laman web
8cent Sdn Bhd ini adalah mudah difahami struktur laman web dan mudah
digunakan untuk membeli barang keperluan seharian.

Selain itu laman web perniagaan atas talian 8Cent Malaysia Sdn Bhd juga
kerap juga mengadakan jualan murah sebanyak 50%, 80% dan tidak ada
bayaran cukai barang. Berbanding dengan laman web perniagaan lain hanya
mengadakan promosi atau jualan murah pada hari tertentu dan menetapkan
beberapa peratus cukai barang. Seterusnya laman web perniagaan 8 Cent Sdn
Bhd juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan.

Akhir sekali, kita sebagai pelanggan haruslah mengutamakan aspek


berjimat cermat dalam perbelanjaan. Tidak semua kedai harga sama atau
mahal, jika kita bijak membuat pilihan sudah tentu ianya memberikan
kepuasan dan keuntungan pada diri kita.
Untuk keterangan lanjut, layari https://www.8cent.com ...

REPLY
23 August 2019 at 00:45

e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
Telephone..Number:[+60]1123759663

email:::::::hafizulbin365@gmail.c
om Name::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia
[[[[di atas adalah data peribadi saya]]]]]
Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya
adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur
beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00
yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi
keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati
bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya
tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal
kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya
berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan
saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar
pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa
blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya
menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat
fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan
oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan
Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari
ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement
kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang
berubah e_mail: [iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
[[[[Berikut adalah data peribadi
saya]]]] Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

REPLY

22 September 2019 at 02:50

Assalamualaikum cikgu. Izinkan saya mnggunakan teks ini untuk ujian


lisan bm saya. Terima kasih <3

REPLY

30 November 2019 at 06:38

Assalammualaikum , izin copy utk ujian lisan. Terima Kasih

REPLY
18 December 2019 at 07:47

My name is Wang Fang am Chinese i live in Malaysia here johor bahru


Please be very careful with fake sugar mummy agent in malaysia i have been
scam by so many sugar mummy agent in malaysia i lost 19,500rm by fake
agent
claiming to give me rich mummy in Malaysia but later find it that agent is a
scammer and also contacted another agent also find it that is a scammer that
second agent cheated me 1200rm and 3900rm and i later find it that is also a
scammer i lost my hard earn money and it was a total of Rm23,000 i was so
surprise today i just contact agent MRS ZAAFIRAH whatsaapp
+60167250942 i was hookup today with one sugar mummy johor bahru
Please help me to thank agent MRS ZAAFIRAH Am so grateful right now
the only money i pay is the hookup form fee which is 1210rm only
immediately after payment for the hookup form fee which is 1210rm i just
got hookup immediately with my mummy in Johor Bahru mrs Zafirah is the
only trusted agent in Malaysia please don't contact another agent just only
Mrs zafirah
REPLY

14 January 2020 at 04:37

WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
Telephone..Number:[+60]1123759663
email:::::::hafizulbin365@gmail.com
Name::::Hafizul Bin Haziq

Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya
adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur
beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00
yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi
keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati
bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya
tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal
kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya
berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan
saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar
pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa
blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya
menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat
fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan
oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan
Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari
ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement
kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang
berubah e_mail: [iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
[[[[Berikut adalah data peribadi
saya]]]] Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

REPLY

25 January 2020 at

22:35 Mohon izin utk guna ya cg

:3 REPLY

17 February 2020 at 04:21

Mohon izin guna ye tq

REPLY

3 July 2020 at 04:29

SUGAR MUMMY HOOKUP ORGANISATION.


BOOST YOUR INCOME!!! Contact agent Fatima on whatsapp by clicking this
link wa.me/601131427456

if you need sugar Welcome to Malaysia/Singapore finest, reliable dating


agency with good track records. Our sugar mummies pay RM8000 per
hookup everyday We have a wonderful influential network of clients ranging
from government oficials, politicians, executive, honorable s, oil barons,
money bag business personality, hotel owners and gold men and women, and
we have very influential connected sugar Mummies/Daddies, Gay and
Lesbian all over Malaysia/Singapore. Be among the people to get our
exclusive connections.
We are the best reliable, eficient in our job, get the opportunity to meet them
(whats-app agent Fatima on WhatsApp +601131427456 now to get
connected within 2 hours . We have sugar mummies all over
Malaysia/Singapore who are willing to lavish money on you, with gifts,
cars, house and even contracts connections, and even assist you get a job,
enter the entertainment industry and fashion industry, and also assist in
getting loans, and financial assistance.what they need is sexual satisfaction
and they pay for the services (whats-app No: +601131427456 payment from
RM6,000 TO RM8,000 PER- NIGHT NOTE:APPLICANT MUST BE
17YRS AND ABOVE (whatsapp
+601131427456) for urgent hook up...

REPLY

27 August 2020 at 17:47

Salam
kekasihku
Saya benar-benar tidak tahu dari mana hendak memulakan testimoni
saya kerana nama saya yang sangat gembira ialah Esteri Mumpung, dari
Phillipine, Puan Rebacca Alma datang untuk menyelamatkan saya dan
menghilangkan semua kesedihan saya.
Sungguh mengagumkan apabila saya berfikir bahawa semuanya telah
selesai dengan saya, saya sangat terhutang budi sehinggakan orang-orang
yang saya pinjam dari geng itu memerangi saya dan kemudian menahan
saya akibat hutang saya. ditahan selama berbulan-bulan tempoh rahmat
diberikan kepada saya ketika saya dipulangkan dan dibebaskan untuk
pergi dan menjana wang untuk melunaskan semua hutang yang saya
terima sehingga saya diberitahu
bahawa terdapat pemberi pinjaman dalam talian yang sah jadi saya perlu
mencari di blog yang saya ditipu sebelum ini tetapi ketika saya menjumpai
SYARIKAT PINJAMAN REBACCA ALMA, Tuhan mengarahkan saya
kepadanya dan di sebuah blog kerana tarikan saya terhadapnya benar-benar
suatu keajaiban mungkin kerana Tuhan telah melihat bahawa saya
mempunyai
banyak penderitaan dan itulah sebabnya dia mengarahkan saya kepadanya.
Oleh itu, saya melamar dengan penuh semangat setelah beberapa jam
pinjaman saya diluluskan oleh Lembaga Pengarah dan dalam 24 jam saya
dikreditkan dengan jumlah yang tepat yang saya maksudkan untuk semua ini
tanpa jaminan tambahan Pinjaman Peribadi kerana saya bercakap dengan
anda sekarang saya mempunyai hapus semua hutang Saya dan sekarang saya
mempunyai pasar raya dan pelaburan saya sendiri di Filipina dan Indonesia,
saya baru saja membuka pusat membeli-belah di Malaysia tidak lama dahulu
dan saya tidak memerlukan bantuan orang lain sebelum saya memberi
makan atau mengambil kewangan, apa pun keputusan saya tidak ada urusan
dengan Polis, saya sekarang wanita bebas.
Anda ingin mengalami kebebasan kewangan seperti saya, sila hubungi Ibu
melalui e-mel syarikat: (rebaccaalmaloancompany@gmail.com) juga
hubungi Puan Rebbacca melalui nombor whatsapp +14052595662.

Anda tidak dapat memperdebatkan fakta bahawa dalam dunia kesulitan ini,
anda memerlukan seseorang untuk menolong anda mengatasi masalah
perolehan dalam hidup anda dalam satu atau lain cara, jadi saya memberi
anda mandat untuk mencuba dan menghubungi Puan Rebacca Alma di
alamat di atas sehingga anda dapat mengatasi masalah kewangan dalam
hidup anda.

Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya:


(esterimumpung77@gmail.com)) . Semoga Tuhan memberkati anda semua.

REPLY

Enter your comment...

Popular posts from this blog

PERIBAHASA DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5


October 30, 2015

1.SENARAI PERIBAHASA YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4


BIL PERIBAHASA MAKSUD 1 Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat Darah daging mara daripada
Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. 2 …
Anak dan saudara-
Peribahasa Bertemakan alam sekitar
October 08, 2013

Saya harus menghargai hasil usaha pelajar kelas 2 Dinamik mendapatkan


senarai peribahasa bertemakan alam sekitar. Justeru, saya paparkan
koleksi peribahasa tersebut. Semoga pelajar lain dapat memanfaatkan
koleksi

Theme images by Veronica Olson

TETAMU

1,280,670

KONGSI ILMU

Archive
Labels

Anda mungkin juga menyukai