Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar masa novel

tersebut.

Berdasarkan novel yang telah saya kaji di tingkatan tiga iaitu


Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar, terdapat pelbagai
latar masa yang dapat saya perhatikan novel ini.

Antaranya, latar masa pada pukul 7.30 pagi. Contohnya, pada


waktu pagi sesi latihan badminton dijalankan seperti biasa. Para
pemain telah melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan.
Pada masa itu, Syed Amiri juga menyindir tentang kelayakan
Syahir untuk menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di
Jakarta.

Selain itu, terdapat juga latar masa pada pukul 8.30 pagi.
Sebagai contoh, Syahir dan Bernard meneruskan latihan di bawah
bimbingan Haji Marzuki. Kemudian, Haji Marzuki menyampaikan
berita yang kurang baik iaitu Syahir akan bertemu dengan Syed
Amiri pada Kejohanan Terbuka Johor.

Akhir sekali, novel ini menunjukkan masa pada pukul 11.00


malam. Contohnya, pada ketika itu, Wan Najlah memberanikan diri
untuk menelefon Syahir bagi meminta maaf atas sikapnya yang
terlalu emosianal terhadap Syahir. Wan Najlah juga menyampaikan
hasratnya untuk menutup aurat.

Anda mungkin juga menyukai