Anda di halaman 1dari 2

Pelan Induk Mengarang (PELINDUNG)

PENDAHULUAN

Isi Utama Huraian Contoh


1. menghalang potensi
dijangkiti dan
menjangkiti orang lain.
2. melindungi ahli keluarga
dan golongan berisiko.
3. mengekalkan zon hijau
dan mengembalikan zon
kuning kepada zon hijau.

4. Sekiranya perlu keluar


rumah, kekalkan jarak
sosial.
PENUTUP

Kenapa kita perlu duduk di rumah? "Saya mohon anda untuk duduk di rumah. Kita hendak
putuskan rantaian jangkitan supaya jumlah orang yang dijangkiti wabak COVID-19 dapat dikurangkan,"
kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. COVID-19 (Penyakit Coronavirus 2019) adalah strain
baru coronavirus yang sebelum ini tidak pernah dikenalpasti. Gejalanya yang boleh dilihat apabila
individu mengalami demam, batuk dan sukar bernafas.

Faktor pertama duduk di rumah adalah menghalang potensi dijangkiti dan menjangkiti orang
lain. Berdasarkan maklumat terkini, COVID-19 berjangkit dari individu ke individu melalui titisan
pernafasan atau sentuhan. Kini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan
secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
berkuatkuasa pada 18 Mac 2020.

Selain itu, duduk rumah dapat melindungi ahli keluarga dan golongan berisiko. Golongan berisiko
terdiri daripada warga emas dan pesakit kronik. Sekiranya kita masih bergerak ke sana sini, peluang
bersentuhan dengan orang lain akan menjadi tinggi dan membawa risiko ini ke rumah sendiri.

Di samping itu, mengekalkan zon hijau dan mengembalikan zon kuning kepada zon hijau. Sesuatu
kawasan dikategorikan sebagai zon kuning sekiranya mencatat 1 hingga 19 kes. Sebaliknya, zon hijau
adalah 0 kes. Kita mestilah elakkan melepak dengan kawan-kawan di restoran, di kopitiam, di pusat
hiburan atau di mana-mana tempat walaupun kawasan yang kita berada adalah zon hijau.

Sekiranya perlu keluar rumah, kekalkan jarak sosial. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menegaskan agar orang ramai dalam memastikan jarak sosial yang selamat seperti yang disarankan iaitu
sekurang-kurangnya satu meter dari individu yang lain. Kita perlu sentiasa ingat bahawa menjaga jarak
sosial apabila perlu berurusan di kawasan orang ramai seperti di bank, pasaraya, pasar, dan lain-lain.
Tuntasnya, WHO juga menasihatkan orang ramai mendapatkan rawatan dengan segera jika
mengalami kesukaran untuk bernafas. Jangan sembunyikan maklumat sejarah perjalanan ke luar negara
atau sekiranya anda merupakan kontak terdekat kepada pesakit positif COVID-19. Tujuan sebenar
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan adalah menangani penularan COVID-19.
Pendek kata, perintah ini sebenarnya mampu menyelamatkan ribuan nyawa supaya negara menjadi
sejahtera seperti air dalam dulang. 国家安定

Anda mungkin juga menyukai