Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan novel Justeru novel Justeru Impian di Jaring yang telah saya kaji di

tingkatan 3, tema yang dapat saya huraikan ialah ketabahan seorang pemain
badminton dalam menghadapi dugaan dan rintangan sebelum bergelar juara dunia.
Terdapat beberapa bukti peristiwa yang dapat dikaitkan dengan tema tersebut.

Antaranya ialah Syahir tabah menerima pandangan negatif daripada orang


sekelilingnya kerana tindakannya yang menutup aurat semasa bermain badminton.
Contohnya, orang ramai sering menuduh Syahir sengaja mencari kelainan untuk
mengejar publisiti murahan dan digelar “kepala batu dari hulu”.

Selain itu, kekalahan Syahir dalam perlawanan terbuka Johor yang disebabkan
oleh sikap pengadil yang berat sebelah semasa Syahir bertembung dengan Syed
Amiri menyebabkan Syahir tidak dapat pergi ke Jakarta. Contohnya, pukulan Syahir
yang sepatutnya diberikan mata dianggap satu kesalahan oleh pengadil.

Akhir sekali, Syahir diuji dengan berita yang mengejutkan semasa mahu
berangkat ke Jakarta. Contohnya, emak Syahir menghidap strok hingga
menyebabkan dia berbelah bahagi sama ada hendak meneruskan impiannya ke
Jakarta atau menjaga emaknya yang sedang sakit. Setelah membuat solat istikharah
dan mendapat keizinan daripada Kak Uda Syahrizah, dia menyertai skuad negara
untuk mewakili negara ke Jakarta. Dia telah mengharumkan nama negara dengan
menjadi juara dunia.

Anda mungkin juga menyukai