Anda di halaman 1dari 3

Berdasarkan sebuah daripada novel yang telah anda kaji sewaktu di Tingkatan

Tiga,

JUSTERU IMPIAN DI JARING

Sikap positif watak utama dalam sesebuah novel wajar diteladani.

Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji.

(10 markah)

WATAK DAN PERWATAKAN SYAHIR

Berdasarkan novel yang telah saya kaji semasa di tingkatan tiga berjudul
Justeru Impian di Jaring yang dikarang oleh Zaid Akhtar, terdapat beberapa
sikap positif yang ditonjolkan oleh watak utama iaitu Syahir.

Antara perwatakan Syahir yang amat saya kagumi ialah dia merupakan
seorang yang ________. Sebagai contoh, tindakan Syed Amiri yang
mengejeknya sebagai “______________” dan mempertikaikan kemampuannya
untuk menyertai kejohanan antarabangsa di Jakarta telah dihadapinya dengan
hati yang terbuka. Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa Syahir merupakan
seorang penyabar.

Di samping itu, perwatakan yang ditunjukkan oleh Syahir ialah dia


merupakan seorang yang ________. Dalam novel ini, sifat penyayang Syahir
jelas terbukti apabila dia pulang ke Bandar Baru Bangi semata-mata untuk
menjenguk emaknya walaupun tempat kediamannya itu terletak agak jauh
daripada rumah sewanya. Syahir juga melawat emaknya yang menghidap _____
sebelum dia berlepas ke Jakarta. Kronologi ini dapat membuktikan sifat
penyayang dalam diri Syahir terhadap ________.

Akhir sekali, Syahir juga merupakan seorang yang taat akan pesanan. Syahir
sentiasa ingat akan pesanan arwah ______ yang mengharapkan Syahir dapat
mengharumkan nama negara dan senantiasa menjaga syariat Islam ketika
bersukan.
JUSTERU IMPIAN DI JARING

Peribahaa Melayu ada mengatakan “yang bulat tidak datang bergolek, yang
pipih tidak datang melayang”. Kaitkan peribahasa tersebut dengan cabaran-
cabaran yang dihadapi oleh watak utama sehingga dia mencapai kejayaan.

Berdasarkan novel Justeru Impian di Jaring yang telah ditulis oleh Zaid
Akhtar, saya telah dapat menyimpulkan peribahasa yang bulat tidak datang
bergolek, yang piph tidak datang melayang dengan cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh watak utama novel ini yakni Syahir sehingga dia mampu mencapai
kejayaan yang membanggakan.

Antara cabaran yang dihadapinya adalah Syahir selalu menerima tohmahan


daripada masyarakat. Dia hanya bersabar dan bercekal hati menerima segala
cacian tersebut. Contohnya, ada segelintir masyarakat yang menggelarkan
“kepala batu dari hulu” dan memanggilnya dengan gelaran “ustaz” dan “syeikh”
walaupun dia tidak suka akan panggilan tersebut. Dia hanya mampu bersabar dan
menganggap semua itu hanyalah rintangan untuknya yakni sebagai satu-satunya
pemain badminton yang memakai seluar ketat panjang dengan tujuan untuk
menutup aurat.

Selain itu, Syahir menerima tentangan hebat daripada ahli keluarganya.


Arwah ayah Syahir tidak membenarkan Syahir bergiat aktif dalam sukan
badminton. Namun begitu, Syahir telah mengubah pendirian arwah ayahnya
dengan membuktikan kejayaan dalam bidang akademik. Akhirnya, arwah ayahnya
membenarkan Syahir melibatkan diri dalam sukan tersebut dengan syarat
menjaga syariat Islam ketika bermain.

Akhir sekali, cabaran yang ditempuhi oleh Syahir adalah dia perlu menelan
kata-kata Engku Aiman yang menyakitkan hatinya. Engku Aiman sering memuji-
muji Syed Amiri kerana pretasinya yang kian meningkat manakala dia selalu
memandang rendah keupayaan Syahir walaupun Syahir juga merupakan atlet di
bawah bimbingannya. Dia sering membangkitkan isu kekalahan Syahir dengan
pemain China suatu ketika dahulu. Perkara ini menunjukkan sikap sebenar Engku
Aiman terhadap Syahir. Akan tetapi, Syahir tetap tabah menghadapi segala
kata-kata kesat yang dilemparkan padanya tanpa menyimpan dendam.
JUSTERU IMPIAN DI JARING
Konflik bukan sahaja boleh berlaku dalam diri watak utama tetapi juga antara
watak utama dan watak lain. Huraikan contoh peristiwa konflik yang berlaku
dalam diri watak utama dan juga konflik yang berlaku antara watak utama dan
watak-watak sampingan.

Merujuk pada novel Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar, terdapat
pelbagai konflik yang menarik minat para pembaca untuk terus mengetahui lebih
lanjut tentang isi buku tersebut. Konflik-konflik itu berlaku dalam diri watak
utama dan watak-watak sampingan.

Antara konflik yang berlaku pada watak utama yakni Syahir ialah dia
difitnah mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Ratna. Dia
mendapat tahu akan hal tersebut sewaktu Kejohanan Terbuka Johor apabila
Doktor Asyraf dan Engku Aiman menunjukkan gambar mereka berdua di dalam
akhbar atas talian. Syahir menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan
mereka bergambar berenam ketika itu. Dia juga mengatakan bahawa gambar
tersebut telah diubah suai. Engku Aiman tidak mempercayainya dan hanya
membalas dengan sindiran kepada Syahir. Syahir berasa kurang senang dengan
berita tersebut.

Selain itu, adalah konflik yang berlaku antara Syahir dan Wan Najlah. Ia
berlaku di sebuah restoran iaitu semasa Syahir mengatakan kepada Wan Najlah
bahawa dia menutup aurat kerana patuh akan syariat. Selepas itu, Wan Najlah
mengambil makanan yang dipesan dan terus berlalu pergi meninggalkan Syahir
terpinga-pinga. Syahir berasa risau sekiranya kata-katanya sewaktu itu telah
membuatkan Wan Najlah terpukul. Setelah beberapa hari tidak berhubung
dengan Wan Najlah, akhirnya Wan Najlah menghubungi Syahir pada suatu malam
dan berbincangkan peristiwa itu. Wan Najlah menyampaikan hasratnya untuk
bertudung. Syahir memanjatkan kesyukuran dan memberikan kata peransang
kepadanya.

Akhir sekali, adalah konflik yang terjadi antara Engku Aiman, Syed Amiri
dan Syahir. Contohnya, Syed Amiri selalu mengejek Syahir dengan panggilan
"ustaz selebriti" dan "syeikh". Sementara itu, Engku Aiman pula sering
membangkitkan isu kekalahan Syahir dengan pemain China suatu ketika dahulu.
Mereka berdua mengambil kesempatan dengan menyindir Syahir ketika ketiadaan
Haji Marzuki. Ini menunjukkan sikap sebenar mereka terhadap Syahir. Syahir
hanya bersabar akan perbuatan mereka.

Anda mungkin juga menyukai