Anda di halaman 1dari 3

NOVEL TINGKATAN 2 ZON 3 (2016)

@JEJAK MONPUS

NOVEL
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang
telah anda kaji di Tingkatan 2.
i.
ii.
iii.
iv.

Jalan Ke Puncak karya Juri Durabi


Meniti Impian karya Osman Ayub
Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon
Darah Titik Di Semantan karya Amran Sani

Novel: Jejak Monpus karya Zulaiha Paikon


[ZON 3]
Praktis 1:
Novel banyak mengandungi perkara yangt boleh dijadikan pengajaran
dalam kehidupan.
Jelaskan perkara-perkara yang dapat dijadikan pengajaran dalam
kehidupan kita. Jawapan anda perlu disokong oleh contoh peristiwa
yang sesuai.
Kita hendaklah prihatin akan kesusahan orang lain.
Contoh: Zahar prihatin akan kesusahan penduduk Kampung Maju
Jaya disebabakan serangan ulat bulu dan berusaha untuk mencipta
penawar untuk mengatasi masalah itu.
Kita hendaklah mementingkan semanagt setiakawan dan
berusaha untuk membantu sahabat yang berada dalam
kesusahan.
Contoh: Fikri dan Malcom menemani Zahar dalam pencarian
spesiesulat bulunya.
Kita tidak seharusnya membuat tuduhan tanpa usul periksa.
Contoh: Pak Naib, Ketua Kampung Kampung Maju Jaya menasihati
Ripin dan penduduk kampung agar tidak menuduh Zahar tanpa usul
periksa.

Praktis 2:
Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan persoalan
bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja yang terdapat dalam novel
tersebut.

1
Disediakan oleh: CHUA HK

NOVEL TINGKATAN 2 ZON 3 (2016)


@JEJAK MONPUS

Ripin bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mencari Zahar.


Penduduk kampung bekerjasama dengan pihak Majlis Perbandaran
untuk mengatasi masalah ulat bulu.
Zahar bekerjasama dengan Fikri untuk memeriksa gudang tapak
semaian Ripin.
Praktis 3:
Jelaskan tiga peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai
bertanggungjawab dalam sebuah novel yang telah anda pelajari.
Qistina mengajar anak-anak muridnya dengan penuh rasa
tanggungjawab.
Sebagai penduduk kampung, sudah menjadi tanggungjawab Zahar
untuk mencipta penawar bagi mengatasi masalah serangan ulat
bulu.
Sebagai ketua kampung Kampung Maju Jaya, Pak Naib
bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk
kampung.

Praktis 4:
Kebiasaannya sesebuah novel menonjolkan watak utama yang banyak
menempuh cabaran dalam kehidupan.
Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak utama
berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.
Watak utama: Zahar
Zahar menghadapi cabaran ketika pergi ke Pulau Pisang yang
dikatakan misteri.
Zahar menghadapi cabaran ketika Kampung Maju Jaya diserang ulat
bulu berintik hitam dan dilanda wabak.
Cabaran yang dihadapi oleh Zahar apabila terpaksa mengorbankan
ulat bulu kesayangannya Morgan.

Praktis 5:
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tema yang terdapat
dalam novel tersebut.
2
Disediakan oleh: CHUA HK

NOVEL TINGKATAN 2 ZON 3 (2016)


@JEJAK MONPUS

Tanggungjawab seorang pemuda lulusan universiti terhadap


spesis ulat bulu yang hampir pupus dan kewajipannya untuk
menyelamatkan penduduk kampung yang dilanda watak
akibat serangan ulat bulu berintik.
Contoh: Zahar seorang pencinta serangga menghadapi dilema
apabila ulat bulu spesies Pus Pus hampir pupus. Dia juga berusaha
untuk mencipta penawar bagi menyelamatkan penduduk kampung
daripada serangan ulat bulu berintik.

3
Disediakan oleh: CHUA HK

Anda mungkin juga menyukai