Anda di halaman 1dari 4

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KOMSAS BAHASA MELAYU PT3

CONTOH 1

Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Pantun Dua Kerat (Nasihat)


Antologi Kuingin Berterima Kasih (Tingkatan 1)

Berapa jauh wujud dengan sifat,


Sejauh lutut dengan pelipat.

Sarang semut dalam gelap,


Orang selimut selalu lelap.

Hitam-hitam pucuk kawa, Kehendak


Sungguh hitam dipandang lawa. soalan
Emas , perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.

Buah sintang buah senikul,


Satu memegang satu memikul.

i. Berdasarkan Pantun Dua Kerat ( Nasihat) di atas, nyatakan faktor-faktor yang


menyebabkan seseorang itu mengalami kegagalan. ( 3 markah )

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Kaedah dan pemarkahan penandaan :

1. Pelajar WAJIB menggunakan ayat yang gramatis. Caranya, pelajar hendaklah menulis
semula ayat yang terdapat dalam soalan.
- Pelajar mestilah membuang arahan soalan !!!!
- Kegagalan pelajar membuat ayat gramatis markah pelajar akan ditolak sebanyak 1
markah.
2. Pelajar WAJIB menambah perkataan antaranya sebelum membuat jawapan

Contoh jawapan :

a. Berdasarkan Pantun Dua Kerat ( Nasihat) di atas, faktor-faktor yang menyebabkan


seseorang itu mengalami kegagalan antaranya. ( ayat gramatis = 1 markah ) @
b. Faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalami kegagalan antaranya.
( ayat gramatis = 1 markah

1 | Disediakan oleh Cik Husna


3. Pelajar WAJIB memberikan DUA jawapan untuk soalan yang mempunyai 3 markah.

Contoh jawapan :

Faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalami kegagalan antaranya (1


markah) selalu tidur (1 markah) dan malas bergerak untuk melakukan sesuatu
pekerjaan. (1 markah) = [ 3 markah ]

Untuk soalan KBAT

Contoh soalan :

Tidur mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan tubuh kita. Namun begitu, tabiat
banyak tidur dapat memberikan impak negatif.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya jika seseorang itu banyak tidur?

1. Pelajar WAJIB menggunakan ayat yang gramatis. Caranya, pelajar hendaklah menulis
semula ayat yang terdapat dalam soalan.
- Pelajar mestilah membuang arahan soalan !!!!
- Kegagalan pelajar membuat ayat gramatis markah pelajar akan ditolak sebanyak 1
markah.
2. Pelajar WAJIB menambah perkataan antaranya sebelum membuat jawapan

Contoh jawapan :

Pada pendapat saya, kesan-kesannya jika seseorang itu banyak tidur antaranya

Anda diganti dengan


saya

3. Pelajar WAJIB memberikan DUA jawapan untuk soalan yang mempunyai 4 markah.
Namun pelajar digalakkan memberikan lebih daripada dua jawapan.

Contoh jawapan :

Pada pendapat saya, kesan-kesannya jika seseorang itu banyak tidur antaranya
badannya akan sentiasa berasa letih(2m) dan segala kerja yang dilakukan tidak
akan sempurna. (2m)

Kegagalan pelajar membuat ayat gramatis akan ditolak 1 markah.

2 | Disediakan oleh Cik Husna


TEKNIK PENULISAN JAWAPAN UNTUK ASPEK KOMSAS

PERSOALAN + NILAI + PERBUATAN


contoh : Persoalan kesanggupan
PERSOALAN
menggalas tanggungjawab.

NILAI KE- KATA DASAR-AN


NILAI contoh : nilai ketabahan, nilai
kesungguhan

KITA HENDAKLAH + NILAI + PERBUATAN


contoh : kita hendaklah sanggup
PENGAJARAN menggalas tanggungjawab yang
diberikan.

NAMA WATAK + SEORANG YANG


contoh : Farid seorang yang sanggup
PERWATAKAN menggalas tanggungjawab yang
diberikan.

MASYARAKAT YANG + NILAI


contoh : Masyarakat yang rajin
LATAR MASYARAKAT melaksanakan tugasan.

Sebagai contoh, NAMA WATAK + NILAI +


Penulisan PERLAKUAN yang jelas menunjukkan nilai
contoh/bukti
Contoh : Farid rajin mengunjungi bengkel
untuk memantau para pekerjanya dan
melihat proses penghasilan batik.

3 | Disediakan oleh Cik Husna


BAHAGIAN NOVEL : SOALAN NO.7

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan
3.

(i) Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman


(ii) Hempasan Ombak karya Zaililiani Taslim
(iii) Sejambak Bakti karya Rejab F.I

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan 5 persoalan penting yang terdapat
dalam novel tersebut.

Teknik Contoh jawapan


1. Pelajar hendaklah
menggunakan ayat Pendahuluan :
yang gramatis.
Cadangan jawapan :
- WAJIB menggantikan
kata ganti nama diri Novel yang saya kaji di Tingkatan 3 ialah Hempasan
anda kepada saya Ombak karya Zaililiani Taslim. Terdapat banyak persoalan
yang terdapat dalam novel tersebut.

2. Pelajar hendaklah
menggunakan Isi beserta contoh atau bukti.
penanda wacana
untuk perenggan isi. Cadangan jawapan isi :

- Apabila soalan Persoalan yang pertama ialah persoalan


jelaskan, kegigihan menghadapi dugaan hidup. Sebagai contoh, Farid
huraikan calon gigih berusaha memadamkan kebakaran di bangsal batik
hendaklah baharunya menggunakan alat pemadam api tetapi gagal. Jiran-
memberikan jirannya turut membantunya memadam kebakaran sebelum
contoh yang pasukan bomba dating.
berkaita.
Persoalan kedua ialah . Sebagai
- Calon hendaklah contoh,
menulis
sekurang- Persoalan terakhir ialah . Sebagai
kurangnya 3 isi contoh, ..
beserta contoh.

4 | Disediakan oleh Cik Husna

Anda mungkin juga menyukai