Anda di halaman 1dari 7

SYAIR POHON BULUH

(Oleh: Mohd. Yusof Md. Nor & Dr. Abd. Rahman


Kaeh)

Menara tinggi banyak bertingkat


Di sana tiada bilik bersekat
Tiada bertangga naik melekat
Mata-mata menjaga segenap pangkat

Yang ada sedia panji-panji bendera


Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara

Selalu dipandang dilihat adanya


Tinggi rendah dijerat pangkatnya
Besar kecil ikat binanya
Terlalu kuat pula asasnya

Ikatnya licin di luar di dalam


Gelapnya di dalam seperti malam
Air tak tiris seperti kolam
Ikat tingkatnya tak nampak alam
MAKSUD RANGKAP:

Rangkap 1
Pohon buluh digambarkan sebagai sebuah
menara tinggi yang bertingkat-tingkat tetapi tidak
mempunyai bilik dan tangga. Setiap pangkat
(merujuk kepada ruas buluh) dikawal oleh mata-
mata (merujuk kepada miang buluh). Secara realiti,
rumpunan buluh menggambarkan masyarakat.
Masyarakat dinasihatkan supaya hidup secara
bermuafakat, saling menghormati antara satu sama
lain.

Rangkap 2
Daun-daun buluh yang kebanyakannya sama
saiz diibaratkan sebagai kibaran bendera dari
pangkal hingga ke puncak pokok. Menggambarkan
kehidupan masyarakat berbilang kaum dalam satu
tampuk pimpinan yang hidup aman, sentosa dan
sejahtera.

Rangkap 3
Resmi pokok buluh, hidup berbatang-batang dalam
satu rumpun tanpa mengira kekuatan atau saiz.
(Menggambarkan kesatuan yang kuat/utuh).
Masyarakat perlu hidup bersatu padu tanpa mengira
kaum, pangkat, kedudukan atau status. Barulah
boleh hidup dengan harmoni.

Rangkap 4
Menjelaskan lebih lanjut keadaan di bahagian dalam
dan di luar buluh yang licin. Bahagian dalam
batangnya gelap (umpama malam), boleh menakung
air tanpa tumpah. Ini menggambarkan keadaan
masyarakat yang bersatu padu dan hidup secara
muafakat. Hubungan yang kukuh sesama anggota
masyarakat menjadikan masyarakat tersebut satu
unit yang kuat.

TEMA
Kemegahan pohon buluh yang hidup dan bertumbuh
dengan subur menggambarkan kepentingan hidup
bersatu padu dalam masyarakat.

PERSOALAN
1. Ciri fizikal pohon buluh, pokok yang tinggi dengan
ruas-ruasnya yang banyak. Kepentingan hidup
bermasyarakat di bawah satu tampuk pimpinan
yang adil dan saksama.
2. Kekuatan rumpun buluh lambang kesatuan antara
pepohonnya. Sikap cinta akan negara dan
bersemangat patriotik dalam kalangan
masyarakat penting untuk membina masyarakat
yang bersatu padu.
3. Keindahan lambaian dedaun buluh umpama
bendera-bendera yang berkibar megah.
Kepentingan sikap saling menghormati dalam
masyarakat yang berbilang kaum akan melahirkan
masyarakat yang hidup harmoni.
4. Keadaan di dalam dan luar batang buluh yang licin
dan mampu menampung air. Perpaduan amat
penting dalam sebuah negara yang mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum.

BENTUK
1. Mempunyai empat rangkap.
2. Setiap rangkap mempunyai empat baris.
3. Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga tiga
belas suku kata.
i. Mempunyai empat hingga enam perkataan
dalam sebaris.
ii. Rima akhirnya aaaa.

GAYA BAHASA
1. Asonansi
Pengulangan vokal a
Contoh:
Mata-mata menjaga segenap pangkat
Yang ada sedia panji-panji bendera

Pengulangan vokal i
Contoh:
Ikatnya licin di luar di dalam

2. Aliterasi
a) Pengulangan konsonan g
Contoh:
Menara tinggi banyak bertingkat
b) Pengulangan konsonan t
Contoh:
Tiada bertangga naik melekat
Tinggi rendah dijerat pangkatnya

3. Kata ganda - panji-panji, mata-mata


4. Imej alam - kolam, alam
5. Inversi - banyak ada ia bersaudara
6. Simile - gelapnya di dalam seperti malam, air
tak tiris seperti kolam
7. Sinkope - tak
8. Repetisi
Yang ada sedia panji-panji bendera
Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara

NILAI
1. Perpaduan – Masyarakat yang berbilang kaum
hanya boleh hidup aman dan harmoni
seandainya mengamalkan nilai perpaduan.
Apabila rakyat hidup bersatu padu, negara yang
aman sejahtera akan terbina dengan kukuhnya.
2. Saling memerlukan - Pohon-pohon buluh yang
hidup dalam satu rumpun saling bergantungan
antara satu sama lain, membentuk rumpunan
yang kuat. Dalam hidup bermasyarakat, kita
perlu saling menolong antara satu sama lain.
3. Bermuafakat - Masyarakat wajar hidup
bermuafakat dan bersatu padu tanpa mengira
kaum, agama, pangkat dan kedudukan.
4. Semangat patriotik/Cinta akan negara -
Masyarakat yang bersemangat patriotik akan
sentiasa hidup harmoni dan bersatu padu.

PENGAJARAN
1. Kita haruslah bersatu padu dalam kumpulan
(termasuk komuniti/masyarakat) tanpa mengira
pangkat, agama, darjat dan keturunan.
2. Kita haruslah bekerjasama dalam kumpulan
kerana kita hidup saling memerlukan dalam
membentuk satu unit kumpulan yang kuat.
3. Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan
negara agar dapat hidup dengan aman dan
harmoni.
4. Kita hendaklah mengamalkan nilai perpaduan
dan hidup bermuafakat.

Anda mungkin juga menyukai