Anda di halaman 1dari 8

Sajak :

kijang yang lelah


Kijang yang lelah
Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
Hari ini
Ketika temulang kudratnya bergetar di Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
tengah rimba Menghambat waktu yang bersisa
Dia tidak lagi mampu menobat takhta Walau dalam jera lelah
Mengorak telapak di tanah menghijau. Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.

Saat itu Bimbang tersadung akar dan jerat


Sebak menyentap dahan kalbu Sang kijang lebih berhati-hati menapak
Meski dalam peribadi yang keruh
Dedaun resah mula berguguran Diredah belantara yang mula teduh
Pepohon batin akhirnya tumbang Nun jauh di batas nuraninya
Akarya menguncup di perdu harap Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
terus mengorak penuh berhemah
dengan akal dan hati
dia tidak lagi gundah
menyusun gerak dan langkah
Maksud sajak
• Rangkap 1
Kehidupan kijang tua yang semakin hilang kekuasaan dan berasa
dipinggirkan.
• Rangkap 2
Pada masa itu, sang kijang berasa sedih dan risau. Sang kijang yang uzur
masih mempunyai harapan untuk menjadi ketua kembali
• Rangkap 3
Kini, sang kijang berusaha menjadi ketua walaupun lelah dan tidak berdaya
sementara mempunyai kesempatan pada sisa-sisa usianya.
• Rangkap 4
Sang kijang berjalan berhati-hati bagi mengelakkan dirinya terkena jerat dan
tersandung akar. Sang kijang tetap meneruskan perjalanannya ke dalam hutan
walaupun kudratnya lemah. Sang kijang berazam akan meneruskan perjalanan
walau terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran. Setiap cabaran yang
dihadapinya akan diselesaikan dengan fikiran dan akal yang waras
Tema

Kesukaran hidup seekor kijang tua yang


berazam untuk meneruskan kehidupannya.
persoalan
Ketabahan hidup dalam meneruskan kehidupan
Sikap berhati-hati dalam melakukan tindakan
Kewarasan berfikir dalam menempuhi cabaran dan rintangan
Keupayaan yang lemah bukan penghalang mencapai sesuatu yang
diinginkan
GAYA BAHASA
Gaya Bahasa Contoh
Metafora Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Personifikasi Sebak menyentap dahan kalbu

Responsi Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema


(perulangan perkataan di tengah
baris) Dia tidak lagi mampu menobat takhta

Asonansi (e) Diredah belantara yang mula teduh


Pengulangan huruf vokal

Aliterasi (h) Sang kijang lebih berhati-hati menapak


Pengulangan huruf konsonan

Rima akhir Baris 1: aaab


Baris 2: aabcd
Baris 3: aabcd
Baris 4: abccdeefee
nilai
o Ketabahan
o Berhati-hati/ Berwaspada
o Berhemah tinggi
o Bersemangat tinggi
pengajaran

• Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup


• Kita hendaklah berhati-hati dalam melakukan sesuatu
perkara
• Kita hendaklah menggunakan akal yang waras ketika
membuat keputusan
• Kita hendaklah bersemangat tinggi untuk mengubah
kehidupan yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai