Anda di halaman 1dari 29

CERPEN

BANJIR DI AIR MATA


EMAK

08/02/2021 1
SINOPSIS
 Cerita berkisar pada watak "saya" yang hendak
menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor
telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang
yang membuat panggilan telefon itu ialah anaknya,
Nana. Mak Piah memberitahu "Nana" (saya) bahawa
dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjir
yang melanda kampungnya sudah sampai ke paras
dada. Mak Piah berterima kasih kepada "Nana"
(saya) kerana menelefon untuk bertanya khabar
tentang dirinya. Malangnya, abang Nana yang duduk
dekat tidak menjenguk Mak Piah langsung walaupun
banjir sedang melanda kampung emaknya itu.

08/02/2021 2
SINOPSIS
 Belum sempat "saya" hendak memberitahu Mak Piah
tentang dirinya yang sebenar, talian telefon sudah terputus.
Hujan sudah turun empat hari empat malam tanpa henti.
"Saya" cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tetapi
panggilannya tidak dijawab. "Saya" bimbang akan keadaan
Mak Piah. Banjir pada kali ini telah meragut dua nyawa.
Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah
habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan
banjir. Mak Piah tidak mahu pergi ke pusat pemindahan.
"Saya" tertanya-tanya sebab Mak Piah tidak mahu
berpindah. Anak lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon
untuk bertanya khabar, apatah pulang untuk menjenguknya.
"Saya" berasa sangat cemas apabila memikirkan perkara
yang mungkin berlaku kepada Mak Piah.

08/02/2021 3
SINOPSIS
 "Saya"mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak
Piah menjawab pangilan "saya". Mak Piah meminta
"saya" yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang
tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada
"saya"agar menjaga anak dan suaminya baik-baik.
 "Saya" ingin bertemu dengan Mak Piah supaya "saya"
dapat melepaskan rindu terhadapnya yang telah kembali
kepada Yang Maha Pencipta. Mak Piah merindui anak-
anaknya. "Saya" merindui emaknya. "Saya" menemukan
alamat Mak Piah di dalam buku panduan telefon. "Saya"
pergi ke rumah Mak Piah dengan membawa makanan.
Mak Piah menyambut kedatangan "saya" dengan ceria.

08/02/2021 4
SINOPSIS
 Kerja "saya" menjadi senang kerana Mak Piah sangat
peramah. Mak Piah memberitahu "saya" bahawa
Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala
Nana pulak takut akan suaminya. "Saya" bertanya
kepada Mak Piah tentang sebab dia tidak mahu
berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah
menyatakan bahawa dia tidak mahu mengganggu
mereka di tempat pemindahan itu kerana keadaannya
yang kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-
kadang tidak sempat ke bilik air. "Saya" berjanji akan
menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut. Mak Piah
memeluk "saya" selepas mendengar kata-kata "saya"
itu.

08/02/2021 5
SINOPSIS
 "Saya" mengajak Mak Piah makan. Mak Piah
bertanya sama ada Nana yang masak dan
menyuruh "saya" menghantar makanan itu. "Saya"
mengangguk sambil tersenyum. "Saya" terpaksa
berbohong dan menanggung dosa hanya kerana
hendak melihat Mak Piah berasa bahagia. Selepas
makan "saya" menolong Mak Piah mencuci dan
menyimpan barang-barang makanan yang "saya
bawa ke dalam peti sejuk. "Saya" memohon izin
untuk pulang dan berjanji untuk mengunjungi Mak
Piah lagi. Mak Piah meminta "saya" menyampaikan
salam kepada anaknya, Nana.

08/02/2021 6
SINOPSIS
 Sekembalinya ke rumah, "saya" diserang demam selama lima hari.
Setelah sihat, "saya" pergi ke rumah Mak Piah seperti yang
dijanjikannya sebelum ini. Apabila "saya" sampai di pekarangan
rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul. Mak Piah telah
meninggal dunia kerana tergelincir jatuh dan kepalanya cedera
semasa hendak membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan
Nubhan berasa kesal. Kata Nana, dua hari sebelumnya, Mak Piah
bercerita kepada jiran-jiran bahawa Nana telah mengirimkan
makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah berasa sangat
gembira. Nana menyatakan bahawa dia bukan sahaja tidak pernah
mengirimkan apa-apa kepada emaknya malahan dia tidak pernah
menelefon emaknya kerana emaknya mengalami masalah
pendengaran. Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana
sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan
namanya. Nana berasa sangat menyesal atas perbuatannya
terhadap emaknya selama ini.

08/02/2021 7
TEMA
 Tema cerpen ini ialah kehilangan sesuatu yang bermakna telah
meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang.
 Perkara tersebut mengundang rindu yang berpanjangan. Mak Piah
sangat merindui anak-anaknya yang telah beberapa bulan tidak
menghubunginya apatah lagi untuk pulang menjenguknya.
Keengganan anak-anaknya pulang menjenguknya merupakan
suatu kehilangan bagi dirinya yang mendambakan kasih sayang
dan perhatian. "Saya" pula mendambakan kasih sayang daripada
seorang emak. Emak "saya" telah kembali kepada Yang Maha
Pencipta. "Saya" amat rindu akan emaknya. Pertemuan "saya"
dengan Mak Piah menambah kerinduan terhadap emaknya. Nasib
yang menimpa Mak Piah meraih simpati "saya" untuk mendekati
Mak Piah. Kehadiran Mak Piah membuka peluang untuk "saya"
melepaskan rindu terhadap emaknya.

08/02/2021 8
PERSOALAN
a. Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-
anak.
Contohnya, Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana anak-anak
jarang-jarang menjenguknya.
b. Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang
mendalam terhadap jiwa seseorang.
Contohnya, "saya" dilamun rindu yang sangat hebat kerana telah
kehilangan ibu untuk selama-lamanya.
c. Kasih ibu tidak berbelah bagi.
Contohnya, walaupun Nana sudah lama tidak menjenguk emaknya,
Mak Piah tetap memuji Nana di hadapan jiran-jirannya.
d. Menyesal kemudian tiada gunanya.
Contohnya, penyesalan Nana dan abangnya, Nubhan sudah terlambat.
Emak mereka telah pergi meninggalkan mereka untuk selama-
lamanya.

08/02/2021 9
PERSOALAN
e. Anak-anak yang tidak bertanggungjawab.
Contohnya, Nana dan Nubhan ialah anak-anak yang tidak
bertanggungjawab. Mereka membiarkan pasangan
masing-masing mempengaruhi mereka untuk tidak
mengambil berat terhadap ibu mereka. Mereka lebih
mementingkan keluarga mereka dan mengabaikan ibu
mereka sendiri.
f. Perasaan simpati yang wujud dalam diri
seseorang.
Contohnya, "saya" sangat simpati terhadap keadaan Mak
Piah lalu bersungguh-sungguh mencari rumah Mak Piah
dan berjanji untuk menemani Mak Piah sehingga banjir
surut.

08/02/2021 10
BINAAN PLOT
 Mengisahkan "saya" hendak menelefon temannya, tetapi
tersalah menekan nombor telefon lalu panggilannya terus
sampai ke rumah Mak Piah. Mak Piah mengadu kepada
"saya" yang disangka anak perempuannya, Nana,
bahawa orang menjual ikan dan mamak menjual roti
sudah tidak masuk ke kampung. Hal ini demikian kerana
banjir telah naik ke paras dada. Tanpa sempat "saya"
menjelaskan dirinya yang sebenar, Mak Piah sudah
memutuskan talian telefonnya.

PERMULAAN

08/02/2021 11
BINAAN PLOT
 "Saya" membuat panggilan telefon kepada Mak Piah tetapi tidak berjawab.
"Saya" bimbang akan keselamatan Mak Piah. Hal ini demikian kerana Mak
Piah tinggal seorang diri. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat
pemindahan banjir. Akhirnya Mak Piah menjawab panggilan telefon "saya",
tetapi sekejap sahaja. "Saya" tidak sempat hendak berbicara lebih panjang.
Hati "saya" mula resah memikirkan keadaan Mak Piah dalam suasana banjir
di kawasannya telah sampai ke paras dada. Memikirkan nasib Mak Piah
mengingatkan dia akan emaknya. Hal ini menambahkan rasa rindu kepada
ibunya yang sudah meninggal dunia. Perasaan dan keinginan "saya" hendak
berjumpa dengan Mak Piah menjadi begitu kuat. "Saya" mendapatkan
alamat rumah Mak Piah daripada buku panduan telefon. "Saya"datang ke
rumah Mak Piah dengan membawa makanan. "Saya" terpaksa berbohong di
hadapan Mak Piah bahawa makanan yang dibawanya itu merupakan
kiriman daripada anak perempuannya, Nana.

PERKEMBANGAN

08/02/2021 12
BINAAN PLOT
 Sekembalinya "saya" dari rumah Mak Piah, "saya" telah
diserang demam panas selama lima hari. Setelah
sembuh, "saya" terus pergi ke rumah Mak Piah seperti
yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila "saya" sampai
di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang
berkumpul. Belum sempat "saya" melangkah masuk ke
dalam rumah Mak Piah, usungan jenazah telah dibawa
keluar. "Saya" mengikut jenazah Mak Piah hingga ke
tanah perkuburan.

KLIMAKS

08/02/2021 13
BINAAN PLOT
 Nana dan abangnya, Nubhan berasa sangat sedih.
Mereka menyesal kerana tidak pulang menjenguk dan
membantu emak mereka semasa banjir. Emak mereka
meninggal dunia setelah kepalanya cedera kerana
terjatuh semasa hendak membersihkan rumah selepas
banjir. Setelah tubuh Mak Piah kaku, barulah
jenazahnya ditemui jirannya.

PELERAIAN

08/02/2021 14
TEKNIK PLOT
 "Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual
roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada
makanan. Banjir dah sampaii ke paras dada ..." [hlm.
51]

DIALOG

08/02/2021 15
TEKNIK PLOT
 Suara tua yang tadinya berbicara tanpa memberi saya
walau sedikit kesempatan untuk menerangkan bahawa
saya bukanlah Nana, kembali menujah-nujah telinga.
Saya capai telefon, mencari di menu panggilan keluar.
Saya tekan butang panggilan ke nombor itu sekali lagi.
[hlm. 52]

PEMERIAN

08/02/2021 16
TEKNIK PLOT
 Pada permulaan cerita, pembaca tertanya-tanya pemilik suara
tua yang sedang bercakap dengan watak "saya" melalui telefon.
 Contohnya, • Dia memanggil saya dengan nama yang tidak
tercatat pada kad pengenalan, tidak juga nama timangan sejak
dilahirkan. Siapakah empunya suara tua yang rusuh di hujung
talian sana? Seperti saya yang terburu-buru mendail nombor
rumah teman yang baru diberikan pagi tadi, suara tua itu juga
pantas mengatur kata, selaju jejari saya salah menekan nombor
rumahnya. Selepas menyampaikan kisah yang sesetengahnya
tidak saya fahami, suara tua itu menamatkan pengisahan
dengan penghargaan dan pesanan. [hlm. 51]

SASPENS

08/02/2021 17
LATAR
LATAR TEMPAT
(a) Kampung. Tempat tinggal "saya" dan Mak Piah serta tempat berlakunya
kejadian banjir.

(b) Rumah "saya". Tempat "saya" membuat panggilan telefon ke rumah Mak
Piah.

( c ) Rumah Mak Piah. Tempat "saya" menemui Mak Piah yang tinggal
keseorangan.

(d) Tanah perkuburan. Tempat jenazah Mak Piah dikebumikan

08/02/2021 18
LATAR
LATAR MASA
a) Empat hari Contohnya, hujan turun selama empat hari empat malam.
empat malam.
(b) Ketika banjir. Contohnya, Mak Piah tiada bekalan makanan kerana banjir yang
melanda kampung Mak Piah sudah sampai ke paras dada.
(d) Lima hari. Contohnya, watak "saya" demam selama lima hari.
(e) Selepas Contohnya, Mak Piah jatuh tergelincir dan kepalanya cedera ketika
banjir. membersihkan rumah selepas kejadian banjir. Mak Piah meninggal
dunia selepas kejadian banjir melanda kampungnya.
(f) Waktu pagi. Contohnya, watak "saya" mendapatkan nombor telefon rumah
temannya, iaitu Ameera pada waktu pagi.

08/02/2021 19
LATAR
LATAR MASYARAKAT
(a) Masyarakat Contohnya, watak "saya" dan Mak Piah merupakan
kampung. masyarakat yang tinggal di kampung.

(b) Masyarakat yang Contohnya, watak "saya" sangat mengambil berat


prihatin. tentang keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan.

(c) Masyarakat yang Contohnya, Nana dan Nubhan membiarkan emak


tidak mereka hidup keseorangan di rumah usang tanpa
bertanggungjawab. bertanya khabar atau menjenguknya walaupun
Nubhan tinggal berdekatan dengan rumah emaknya.

08/02/2021 20
LATAR
LATAR MASYARAKAT

d) Masyarakat yang Contohnya, Mak Piah masih mengingati dan sangat


mementingkan kasih merindui anaknya, Nana serta mengharapkan Nana
sayang. sekeluarga berada dalam keadaan baik..

(f) Masyarakat yang Contohnya, watak "saya" sangat merindui emaknya yang
terlalu merindui ibunya. telah meninggal dunia dan dia begitu teruja untuk berjumpa
dengan Mak Piah yang tinggal keseorangan itu.

(g) Masyarakat yang taat Contohnya, Mak Piah masih menunaikan solat walaupun
akan perintah agama. keadaannya sudah tua dan rumahnya dilanda banjir.

08/02/2021 21
WATAK DAN
PERWATAKAN
1. SAYA
i. Anak yatim piatu.
ii. Seorang yang sensitif.
iii. Seorang yang prihatin.
iv. Seorang yang mudah bersimpati.
v. Seorang yang merindui ibunya.
vi. Seorang mengambil berat terhadap
kehidupan Mak Piah.
vii. Seorang yang sanggup berbohong semata-
mata untuk melihat kebahagiaan Mak Piah.

08/02/2021 22
WATAK DAN
PERWATAKAN
2. MAK PIAH
i. seorang yang hidup seorang diri di rumah usang
di sebuah kampung.
ii. seorang yang mempunyai dua orang anak, iaitu
Nana dan Nubhan.
iii. Seorang yang peramah.
iv. Seorang yang takut akan ular.
v. Seorang yang pengasih dan penyayang.
vi. Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
vii. Seorang yang kurang pendengaran.
viii. Seorang yang sangat merindui anak-anaknya.

08/02/2021 23
WATAK DAN
PERWATAKAN
3. NANA
i. Anak bongsu Mak Piah.
ii. Seorang yang takut kepada suami.
iii. Seorang yang tidak bertanggungjawab.
iv. Seorang yang jarang-jarang balik
menjenguk emaknya.
v. Seorang anak yang berasa sangat
sedih apabila kehilangan emaknya.

08/02/2021 24
GAYA BAHASA

Pengarang • "Dah tu, macam mana?"


menggunakan ayat • "Mak takut ular."
pendek. • "Mari kita makan! "

Ayat panjang. • Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan,


suara itu putus dalam hujan yang sudah empat
hari em pat malam lebat dan renyai menyilih
ganti. [hlm. 52]

Penggunaan bahasa • Ya Allah • zuhur • assalamualaikum •


Arab. Alhamdulilah • insya-Allah • jenazah • Arwah
08/02/2021 25
GAYA BAHASA

Metafora • Lukisan ceria terpamer di wajah tua, tanda teruja menyalam


perkenalan. [hlm. 54]
• ... hasratnya yang terpendam di lembah kepiluan. [hlm. 54]
• Saya merakamkan cerita dalam lautan fikir [hlm.551]

Personifikasi • ... banjir kali ini telah menelan dua nyawa. [hlm. 521 • Getar
suaranya menggegarkan perasaan. [him. 52]
• ... rindu yang mencengkam sukma ini,... [hlm. 54]

Peribahasa • isihati
08/02/2021 26
GAYA BAHASA
Sinkope • Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual roti pun tak
boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. [hlm. 51]
• Abang kau tu, duduk saja dekat tapi tak menjenguk langsung tak
hirau keadaan mak dalam banjir ni. [hlm. 51] •

Repetisi • Atau telinganya sudah tidak mampu mendengar lagi? Ataukah


agaknya dia bimbangkan bil telefon "anak" ini akan menjadi seperti
harga ikan di pasar kami? Atau sememangnya dia keliru, antara
pemanggil dengan orang yang dipanggil, siapa yang dikenakan
bayaran? [him. 53]
• Saya yakin sungguh. Benar-benar yakin! [hlm. 53]

08/02/2021 27
NILAI & PENGAJARAN
Kasih Kita mestilah menghargai Walaupun anak-anak Mak
sayang kasih sayang ibu bapa Piah tidak mengambil berat
terhadap anak-anak tentang kehidupannya di
mereka. kampung, Mak Piah masih
mengingati dan menyayangi
anak-anaknya.
Keprihatinan Kita hendaklah "Saya" sanggup mengharungi
mengamalkan sikap banjir untuk melihat keadaan
perikemanusiaan dan hidup Mak Piah yang tinggal
tolong-menolong sesama seorang diri.
manusia.

08/02/2021 28
NILAI & PENGAJARAN
(c) Baik hati Kita hendaklah ‘say’``` membawa bekalan
sikap baik hati makanan untuk Mak Piah yang
dengan membantu telah terputus bekalan makanan
golongan warga akibat kejadian banjir.
emas.

(d) Simpati. Kita hendaklah "saya" berasa simpati dengan


bersimpati kepada keadaan Mak Piah yang tinggal
golongan yang keseorangan serta keadaan Mak
susah. Piah yang terlalu merindui anak-
anaknya.

08/02/2021 29

Anda mungkin juga menyukai