Anda di halaman 1dari 9

Novel Tingkatan 1 : Formula

Termodinamik [Kupasan Novel]


Penulis : Cikgu Kini on Saturday, March 24, 2018 | 4:06 PM
Formula Termodinamik - Novel Bahasa Melayu Tingkatan 1 (Obasiah Haji Usman)
Negeri Yang Menggunakan Novel ini: Terengganu, Melaka, Kelantan dan Pahang

Sinopsis Keseluruhan
       Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung yang dikelilingi sawah.
Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain
di sawah bersama-sama Usama, Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei,
berjaya melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan manakala Amir dan Usama ke Politeknik.
Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah
menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah
Asma. Amir dan Usama telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya
berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula
Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh Profesor
Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan. Sejak tersebar berita
Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin
menyaingi mereka. Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin
rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong
rumput itu diwujudkan tangan robot. Namun begitu, semua nota telah hilang dan perkara tentang
Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan
kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan tiba-tiba sahaja storan formulanya
hilang. Selain itu, Amir terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku pada data syarikat
ayahnya. Amir cuba menerangkan perkara yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepunyaan
ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Amir telah mengatur strategi untuk
menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usama kerana
dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut. Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan
Usama telah memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan
bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.
SINOPSIS MENGIKUT BAB (Click di SINI)

Sinopsis Mengikut Bab


Bab 1

Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain
di sawah bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma adalah dua pupu Amir dan Usamah.
Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajaran di maktab perguruan
manakala Amir dan Usamah ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka
bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka
yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir mula berasa ada perasaan indah yang
terbit di hatinya terhadap Asma tetapi Asma pula seperti menyimpan cerita yang sukar
diungkapkan. Dalam masa yang sama Amir dan Usamah telah merancang satu projek
pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul
tanah.  Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput yang
terpakai dan dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi
memastikan kejayaan projek tersebut.

Bab 2

Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang
senang dan ingin menyaingi mereka. Dia juga mahu menebus kekecewaannya ketika di
Politeknik dulu walaupun dia tahu dia tidak sehebat Amir dan Usamah. Dia mahu membuktikan
yang dia tidak lemah, dia bijak dan handal serta mampu menyaingi Amir dan Usamah. Aswan
bertekad akan menentang Amir dan Usamah. Dia tidak akan membiarkan kedua-dua sepupu itu
menempa nama di Kampung Warisan. Aswan menyuarakan hasrat tersebut kepada kawan-
kawan baiknya, Fikri dan Majibon. Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama,
menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan
di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Fikri dan Majibon agak kurang senang
dengan hasrat dan tujuan Aswan yang ingin menyaingi Amir dan Usamah sehingga berlaku
sedikit percanggahan prinsip di antara mereka dengan Aswan.  Bagi Fikri dan Majibon
persaingan biarlah sihat dan tidak bermusuhan.  Namun begitu, Fikri dan Majibon tidak sampai
hati untuk menghampakan Aswan.  Projek tersebut akan dijalankan dengan bantuan Fikri dan
Majibon namun yang menjadi masalah ialah mereka tidak mempunyai formula. Fikri dan Majibon
tidak pernah belajar bidang kejuruteraan, hanya Aswan seorang pernah belajar teori
kejuruteraan waktu di Politeknik.  Namun begitu, semua nota-notanya telah hilang dan banyak
perkara tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Walaupun
dengan sedikit pengetahuan,  Aswan tetap yakin mampu menyaingi Amir dan Usamah kerana
dia tidak mahu meminta bantu daripada Amir, Usamah dan Profesor Othman seperti yang
disarankan oleh Fikri dan Majibon.

Bab 3
Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat pengubahsuaian bagi memastikan  projek mesin
2 dalam 1 mereka berjalan lancar. Mesin tersebut menggunakan kuasa 6 kw, kincir angin model
SAMA, iaitu singkatan Sabah, Malaysia.  Mana-mana komponen yang tidak boleh dibuat sendiri
kerana kekurangan kelengkapan seperti membentuk mata pisau cangkul dihantar ke kedai besi
untuk dibentuk.  Aswan, Fikri dan Majibon telah datang melihat projek mesin 2 dalam 1 yang
diusahakan oleh pasangan sepupu itu.  Fikri dan Majibon sangat berminat dengan projek
tersebut.  Mereka telah diberi penerangan terperinci tentang proses pengubahsuaian dan
pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir , penuntut tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am.
Aswan lebih berminat melihat bilik operasi.

Bab 4

Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam 1 siap, Zaid dan Adnin mengajak Amir dan
Usamah pergi memancing di sawah untuk menenangkan fikiran.  Semasa memancing itulah
Zaid dan Adnin telah bercerita tentang kecurian baja subsidi orang  Kampung Warisan dari stor
dewan.  Zaid yakin bahawa Aswan dan rakan-rakannya yang telah mencuri baja tersebut.

Bab 5

Aswan sangat gembira kerana telah berjaya memperoleh formula yang diperlukan untuk
melaksanakan projek impiannya, mencipta mesin menanam padi.  Mesin ini  amat relevan untuk
masa depan yang dapat mengurangkan risiko generasi menjadi bongkok. Lakaran grafik yang
telah disediakan oleh Aswan diperlihatkan kepada Fikri dan Majibon.  Aswan secara terperinci
menerangkan cara projek itu akan dimulakan sehinggalah ke peringkat operasi.

Bab 6
Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.  Tiba-tiba
sahaja storan data formulanya hilang. Dia berasa kesal kerana cuai dan tidak menyimpan storan
dengan baik. Bertahun-tahun dia mengumpul data untuk menyiapkan formula tersebut dan
dibantu oleh Profesor Othman.  Dia tidak tahu orang yang telah menceroboh masuk ke bilik
operasi mereka. Bukan mudah untuk dia mengingati  formula tersebut.  Amir risau tidak dapat
menunaikan janjinya kepada nenek  untuk membajak tapak semaian dengan mesin 2 dalam 1
tersebut.
Bab 7

Amir dan Usamah pulang ke Putatan.  Sampai sahaja di rumahnya, Amir terus ke pejabat
persendirian ayahnya untuk mencari Formula Termodinamik dan melayari data Syarikat
Bahagia.  Amir amat terkejut mendapati ada pencerobohan sedang berlaku pada data syarikat
ayahnya.  Amir dan Usamah berusaha untuk menyekat pencerobohan tersebut dengan menerbit
kod baruAdang Keselamatan Rahsia.

Bab 8

Intan, ibu Amir amat terkejut apabila diberitahu oleh Amir tentang pencerobohan data Syarikat
Bahagia.  Tetapi Amir tidak berpeluang untuk menceritakan peristiwa itu kepada ayahnya kerana
dia berada di Manila atas urusan perniagaan.  Amir dan Usamah pulang semula ke Kampung
Warisan.  Mereka sangat gembira melihat Asma, Zaid dan Adnin sedang menolong neneknya di
tapak semaian.  Adnin sedang menolak mesin 2 dalam 1 untuk menyediakan tapak semaian.
Neneknya tersenyum bangga.  Amir mewarisi kepintaran anaknya, Damit.

Bab 9

Amir bangga melihat semangat bergotong royong masih menjadi amalan penduduk Kampung
Warisan.  Ramai penduduk kampung datang menolong menanam padi di sawah neneknya. 
Usamah bersungut tentang mesin ciptaan Aswan yang belum disiapkan lagi, jika tidak bolehlah
digunakan oleh orang kampung pada musim menanam kali ini.  Tiba-tiba mereka dikejutkan
dengan suasana hingar bingar.  Amir dan Usamah terperanjat melihat nenek jatuh ke dalam air
paya.  Pak Cik Suib, ayah Asma mengangkat nenek ke batas sawah. Nenek tidak bersuara. 
Amir dan Usamah berusaha memberi pertolongan kepada nenek.  Setelah sedar nenek dibawa
pulang ke rumah.  Atas desakan Asma nenek kemudiannya dihantar ke hospital untuk
mendapatkan rawatan lanjut.

Bab 10

Nenek menjalani pembedahan kecil pada buku lalinya untuk memastikan tidak ada pendarahan
dan bagi mengelakkan jangkitan kuman ke anggota lain. Semua ahli keluarga Amir, ayah, ibu
dan adik-adiknya serta Usamah turut berada di hospital menemani nenek.  Nenek sangat terharu
dengan layanan dan kasih sayang daripada anak cucunya.

Bab 11

Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek mesin menanam padinya tetapi banyak masanya
dihabiskan di hadapan komputer.  Dia tidak berpuas hati selagi pencariannya belum berhasil. 
Aswan mencuba meramal beberapa nombor digital sehinggalah dapat ditembusi.  Maklumat
yang ditemui beberapa hari lalu muncul semula.  Pengaliran data itu tidak dapat disekat lagi. 
Aswan terpukau melihat jumlah aset syarikat tersebut.  Dia sangat teruja dan memperlihatkan
data tersebut kepada Fikri dan Majibon.  Aswan bercadang memindahkan wang sejumlah RM1.3
juta itu ke dalam akaunnya.   Majibon membantah keras hasrat Aswan itu atas prinsip agama
melarang mengambil hak orang lain.  Aswan kemudiannya bercadang untuk mengambil
RM10,000.00 sahaja sebagai modal menjalankan projek mereka.  Fikri pula menentang hasrat
Aswan dan mengingatkan mereka perlu berpegang teguh pada etika kerja serta bersaing secara
sihat. Dalam masa yang sama, Amir dapat mengesan pencerobohan dan data syarikat ayahnya
dibocori lagi. Usamah berusaha keras mengesan kebocoran data tersebut dan cuba
menyekatnya.  Akhirnya mereka bersepakat untuk  menyiasat perkara tersebut.

Bab 12

Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepada ayahnya tetapi
gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Intan, ibu Amir telah menceritakan pencerobohan dan
kebocoran maklumat syarikat mereka.  Pada masa yang sama Amir dan Usamah telah kembali
semula ke Kampung Warisan. Nenek mereka telah beransur sihat dan akan keluar dari hospital. 
Amir berasa bangga melihat mesin 2 dalam 1 ciptaan mereka digunakan oleh bapa Zaid dan
orang-orang kampung untuk membajak tanah. Hasil ciptaan mereka telah dapat berbakti kepada
orang kampung. Zaid dan Adnin pula telah melaporkan peristiwa yang telah dapat menjejak
penjenayah  Kampung Warisan yang menyimpan barang-barang curi di sebuah pondok tidak
jauh dari pangkalan. Amir telah mengatur strategi untuk memerangkap penjenayah itu.

Bab 13

Dua hari membuat persiapan dan mengatur strategi,  Amir dan rakan-rakannya bergerak selepas
Isyak menuju ke pondok yang dinyatakan oleh Zaid.  Setengah jam perjalanan mereka sampai di
pangkalan.  Dari situ mereka bergerak ke sebuah pondok dan bersembunyi  di tempat yang
sukar dikesan oleh penjenayah. Dari situ mereka mengatur strategi untuk memerangkap
penjenanyah tersebut. Akhirnya Lahop dan Oyong pemuda Kampung Warisan yang diupah
menjaga pondok tersebut dapat diberkas dan dihantar ke balai polis.  Amir menemui CD yang
menyimpan seribu rahsia yang sukar ditafsir.

Bab 14

Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD yang ditemukan semasa operasi
penangkapan dua orang pemuda di pondok berhampiran dengan pangkalan.  Amir dan Usamah
berasa kehilangan Formula Termodinamik ada kaitan dengan CD tersebut.  Tiba-tiba ada e-
melmasuk.  Orang yang tidak dikenali menghantar mesej meminta maaf.  Mereka kehairanan
dan mengesyaki itulah orang yang telah mencuri formula mereka. Mereka cuba bertanya tentang
penghantar e-mel itu tetapi tiada jawapan.  Kemudian Zaid datang membawa berita bahawa
Asma akan berkahwin.  Adnin pula menyusul dalam keadaan basah kuyup dan mengajak
mereka membantu memindahkan orang kampung kerana air telah naik melepasi satu meter.

Bab 15

Aswan , Fikri dan Majibon dibawa arus deras.  Mereka hanya berpaut pada sebatang kayu untuk
menyelamatkan diri.  Aswan rasa menyesal tidak mendengar nasihat ibunya supaya tidak
menghadiri majlis sambutan Krismas di rumah Majibon kerana cuaca buruk.  Dia juga mulai
sedar mungkin itu adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa yang telah dilakukannya.  Dalam
suasana gelap malam mereka bertiga terus berpaut pada sebatang kayu sehinggalah
diselamatkan oleh Amir dan rakan-rakannya.  Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan
Usamah serta mengaku dialah yang mencuri Formula Termodinamik dan penghantar e-mel.

Bab 16

Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usamah telah  membolehkan mereka memenangi
Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan
pelajaran di luar negara.   Pada hari keberangkatan, semua ahli keluarga berada di lapangan
terbang.  Aswan, Fikri dan Majibon turut sama.  Asma datang mengucapkan tahniah kepada
mereka berdua dengan menghulurkan sejambak mawar putih buat Usamah dan mawar merah
buat Amir.

TEMA:
Tema novel ini ialah cabaran hidup remaja dalam usaha mengubah suai mesin terpakai yang
boleh dimanfaatkan oleh penduduk kampung. Hal ini dibuktikan menerusi watak Amir dan
Usamah yang ingin mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin mencangkul tanah
dengan bantuan Profesor Othman yang meminjamkan Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik. Apabila usaha tersebut diketahui oleh Aswan, lelaki tersebut ingin menyaingi
rakannya itu dengan mencipta model yang sama tetapi berbeza fungsinya. Aswan melakukan
jalan pintas dengan mencuri Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.

PERSOALAN :
1. Rasa kecewa apabila orang yang dikasihi akan berkahwin dengan orang lain,

contohnya Amir berasa kecewa apabila mendapat tahu Asma akan berkahwin dengan Asman
menyebabkan dia terjelopok lalu tapak tangannya terluka.

2. Sikap iri hati terhadap kebolehan orang lain

contohnya Aswan berasa tergugat apabila mendapat tahu Amir dan Usamah boleh mengubah
suai mesin rumput terpakai menjadi mesin mencangkul tanah. Dia juga yakin mampu mencipta
mesin yang boleh berfungsi menanam padi, lalu mencuri formula Dua Hukum Popular
Termodinamik.

3. Selain itu persoalan pengaruh rakan sebaya yang boleh merosakkan diri

contohnya Fikri dan Majibon berakhlak mulia, tetapi sanggup bersekongkol melakukan
perbuatan yang negatif hasil persahabatannya dengan Aswan.

4. Mengambil jalan singkat untuk kesenangan diri sendiri sehinggakan menyusahkan orang lain

contohnya Lahop dan Oyong mencuri harta pertanian penduduk Kampung Warisan sehingga
menyusahkan penduduk kampung.

Watak dan Perwatakan


1. Amir (Watak Utama)

 Seorang yang pemaaf dan tidak berdendam. Sebagai contoh, Amir memaafkan Aswan
walaupun banyak kesalahan yang dilakukan oleh Aswan terhadap dirinya.
 Seorang yang kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, Amir mencipta mesin 2 dalam 1
berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan menggunakan kreativiti
dan inovasi.
 Seorang yang bijaksana. Sebagai contoh, Amir membuat rancangan untuk memberkas
penjenayah yang mencuri baja subsidi penduduk kampung dengan bijaksana.
 Seorang yang penyayang. Sebagai contoh, Amir menyayangi neneknya.
 Seorang yang bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, Amir mencipta mesin 2 dalam 1
dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat sambutan
penduduk kampung.

2. Usamah (Watak Sampingan)

 Seorang perempuan yang kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, Usamah mencipta mesin
2 dalam 1 berpandukan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan menggunakan
kreativiti dan inovasi.
 Seorang yang penyayang.Sebagai contoh, Usamah menyayangi neneknya.
 Seorang yang bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, Usamah mencipta mesin 2 dalam
1 dengan bersungguh-sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat sambutan
penduduk kampung.
 Seorang yang kurang sabar. Sebagai contoh, Usamah berasa sangat marah apabila
seorang pengguna Internet yang menghantar e-mel kepada Amir untuk meminta maaf
tidak menjawab pertanyaan mereka.

LATAR TEMPAT :
1. Sebuah rumah dua tingkat

terletak di Putatan dan pejabat itu kepunyaan Damit.

2.Kampung Warisan, Papar

iaitu tempat kelahiran Amir dan Usaniah dan di kampung itulah proses mengubah suai mesin
dilakukan berdasarkan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik, sehingga terhasilnya mesin
2 dalanm 1 untuk dimanfaatkan oleh para petani.

3. Tapak semaian, di Kampung Warisan,

iaitu tempat mesin 2 dalam 1 digunakan untuk menggantikan cangkul.

4. Lapangan terbang

iaitu tempat Amir dan Usamah dihantar oleh ahli keluarga mereka sebelum berlepas ke luar
negara untuk melanjutkan pelajaran.

LATAR MASA :
 Malam sambutan Hari Krismas, iaitu semasa berlakunya kejadian air bah yang sangat
dasyat sehingga hampir meragut nyawa Aswan, Majibon, dan Fikri.
 Selepas waktu isyak, iaitu Amir dan rakan- rakannya bersiap- siap untuk memulakan misi
memerangkap dan menangkap pejenayah siber.
 Pada pukul 12.00 tengah malam, iaitu Amir dan Usamah tiba di rumah dan terus ke
pejabat persendirian Damit. Mereka meneliti komputer ayah Amir dan mendapati ada
orang yang berusaha untuk memindahkan storan data Syarikat Bahagia. 
 Pada suatu pagi, iaitu hujan lebat mencurah - curah, air naik sehingga satu meter, dan
semua penduduk kampung dipindahkan ke balai raya.

LATAR MASYARAKAT 
 Masyarakat yang berpendidikan tinggi. Contohnya, Asma menuntut maktab perguruan,
manakala Amir dan Usamah pula merupakan penuntut politeknik serta bakal melanjutkan
pelajaran ke luar negara.
 Masyarakat yang masih mengamalkan sikap bergotong-royong.Contohnya, orang
kampung bergotong-royong untuk menyiapkan sawah milik nenek Amir.
 Masyarakat yang masih mempunyai sifat iri hati dan hasad  dengki apabila melihat
kejayaan Amir dan Usamah mengubah suai mesin rumput.
 Masyarakat golongan muda yang mengamalkan semangat kerjasama. Contohnya, Adin
yang sedang menunggu keputusan SPM mengajak Amir dan Usamah untuk membantu
mangsa banjir yang telah pindah di kampung mereka.
 Masyarakat yang suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri.
Contohnya, Aswan telah mencuri pemacu pena [pen drive] milik Amiryang mengandungi
Formula Termodinamik demi kepentingan.  

NILAI MURNI :
1. Kerjasama
contohnya penduduk Kampung Warisan, Papar bergotong-royong mengusahakan padi untuk
memastikan kerja-kerja pertanian dapat dilakukan dengan lebih cepat.

2. Kasih sayang
contoh Intan berasa risau dan amat bimbang akan keselamatan Amir apabila anaknya itu
meninggalkan rumah tanpa memberi sebarang pesan.

3. Kejujuran
contohnya Fikri menentang hasrat Aswan memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3
juta kerana menganggap perbuatan itu tidak bermoral.

4. Keberanian
contohnya Amir berani menyerbu masuk ke dalam pondok untuk menangkap penjenayah yang
mencuri harta benda penduduk Kampung Warisan.

PENGAJARAN :
1. Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama

contohnya penduduk Kampung Warisan, Papar bergotong-royong mengusahakan padi untuk


memastikan kerja-kerja pertanian dapat dilakukan dengan lebih cepat.

2. Kita semestinya memiliki sikap kasih sayang

contoh Intan berasa risau dan amat bimbang akan keselamatan Amir apabila anaknya itu
meninggalkan rumah tanpa memberi sebarang pesan.

3. Kita sewajarnya memiliki sikap jujur

contohnya Fikri menentang hasrat Aswan memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3
juta kerana menganggap perbuatan itu tidak bermoral.

4. Kita hendaklah memiliki sikap berani

contohnya Amir berani menyerbu masuk ke dalam pondok untuk menangkap penjenayah yang
mencuri harta benda penduduk Kampung Warisan.

Anda mungkin juga menyukai