Anda di halaman 1dari 8

COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SGDU 6043

QUALITY IN EDUCATION
MANAGEMENT

Tajuk Jurnal

KES RAIHAN

Disediakan oleh:

NAMA : RIZAKI BIN JAFFAR ( S 825058)

Disediakan untuk:

DR. MOHD FAIZ BIN MOHD YAAKOB


2

Satu peristiwa yang perlu dijadikan teladan dan pengajaran oleh semua guru. Kisah ini

mengisahkan kejadian yang berlaku di sebuah negeri pada tahun 70-an. para pendidik seharusnya

mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku. Kesan yang dihadapi terhadap mangsa dan

guru yang terlibat dalam dalam kes ini seharusnya dapat dijadikan contoh dan rujukan.

Peristiwa ini terjadi di sebuah sekolah menengah aliran Inggeris di Port Dickson. Plaintif

adalah seorang pelajar tingkatan satu yang melakukan aktiviti praktikal kelas pertanian di bawah

seliaan seorang guru wanita. Terdapat kira-kira 37 atau 38 pelajar yang mengambil kelas praktikal

tersebut. Pelajar diarahkan oleh guru supaya mengambil perkakasan pertanian seperti sekop,

cangkul dan bakul daripada bilik stor ke tapak pertanian. Aktiviti yang akan dilakukan adalah

membuat batas untuk bercucuk tanam sayur-sayuran. Ukuran batas sayur adalah lima belas kaki

panjang dan tiga kaki lebar.

Pada awalnya, mangsa yang sedang menggunakan sekop untuk mengemburkan tanah batas

sayur berada berhampiran dengan seorang rakannya. Rakan sebelahnya itu menggunakan cangkul

untuk menggemburkan tanah batas sayur. Mata cangkul yang digunakan oleh rakan mangsa

adalah longgar. Mangsa ada menyuarakan rasa tidak senang apabila mendapati bahawa rakan

sebelahnya terlalu hampir dengannya. Rakan mangsa tidak menghiraukan teguran itu malah tetap

meneruskan aktivitinya. Tanpa disengajakan cangkul yang digunakan oleh rakan mangsa

terkena kepala mangsa.

Pada waktu itu guru yang bertanggung jawab berada kira-kira empat ela daripada mangsa.

Guru wanita tersebut berada di bawah pokok untuk berteduh dan tidak memerhati aktiviti yang

dilakukan oleh pelajarnya. Beliau memalingkan mukanya ke arah pelajar tersebut apabila

terdengar seseorang memanggil namanya. Guru tersebut melihat mangsa memegang kepala yang
3

berdarah. Mangsa mengalami luka kira-kira dua setengah inci pada bahagian kanan kepala.

Selain itu, mangsa turut mengalami keretakan pada tulang di bahagian belakang kepala.

Mangsa telah menyaman responden dengan menuntut ganti rugi berasaskan dua perkara penting

iaitu gagal memberikan penyeliaan yang baik ketika melaksanakan aktiviti pembelajaran dan

gagal memberikan arahan yang betul mengenai penggunaan cangkul.

Dalam perbicaraan tersebut, guru wanita itu mengatakan bahawa beliau telah memberi

amaran kepada pelajarnya untuk berhati-hati dan tidak bergurau ketika menggunakan peralatan

pertanian. Guru itu juga mengaku bahawa mangsa dan rakannya tidak sepatutnya berada pada

jarak yang terlalu hampir antara satu sama lain. Ini akan menyebabkan kemungkinan berlaku

kemalangan yang tidak diingini.

Guru wanita tersebut mengaku bahawa beliau tidak melihat mangsa ketika kejadian itu

berlaku. Dalam kes ini memang benar rakan mangsa dianggap sebagai cuai tetapi mahkamah tidak

begitu melihat peranan atau tanggung jawab pelajar semata-mata. Perkara yang diambil kira

adalah peranan guru dalam memberikan pengawasan yang teliti dan memberikan arahan yang

betul mengenai kaedah penggunaan alat pertanian dengan selamat.

Tanggungjawab guru adalah memberikan pengawasan yang teliti ketika pelajar

melaksanakan aktiviti terutama aktiviti yang mempunyai risiko keselamatan yang tinggi kepada

pelajar. Tahap pengawasan seharusnya diberikan penekanan yang sepadan dengan tahap umur

pelajar dan aktiviti yang dilakukan. Sekiranya guru berkenaan mengetahui bahawa aktiviti itu

mempunyai risiko, maka tindakan yang bersesuaian mesti dilaksanakan. Tindakan memberikan

amaran secara lisan sahaja tidak memadai terutama pelajar adalah pada peringkat usia yang masih

muda. Mahkamah mendapati bahawa responden gagal melaksanakan tanggung jawab untuk

menjaga dan mengelakkan mangsa daripada mengalami kecederaan ketika pengajaran dijalankan.
4

Bayaran gantirugi sebanyak RM6000 telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Isu yang

perlu difikirkan di sini ialah sejauh manakah pengawasan guru perlu dilakukan bagi mengelakkan

kecederaan berlaku ketika sesi pengajaran dan pembeajaran.

Secara perbandingannya, kes ini berbeza dengan kes Jumat kerana dalam kes ini, pelajar

terdedah dengan risiko keselamatan kerana menggunakan peralatan yang tajam yang boleh

dianggap bahaya manakala dalam kes Jumat pelajar tidak mengguna peralatan berbahaya. Kes

Jumat berlaku di dalam bilik darjah manakala kes ini berlaku di luar bilik darjah.

Dalam kes Jumat, guru tentunya memberikan perhatian lebih kepada pelajar ketika berada di dalam

bilik darjah. Pensil yang menjadi penyebab kecederaan bukanlah senjata yang berbahaya

berbanding cangkul dalam kes Raihan. Dengan itu, boleh dikatakan bahawa keputusan mahkamah

bagi dua kes ini pastilah berbeza. Dalam kes Raihan, disabitkan kesalahan tersebut, guru

dipersalahkan dan didenda di atas kecuaian yang dilakukan ketika pengajaran dan pembelajaran

dijalankan.

Pengajaran daripada kes ini, guru perlu lebih bersedia dan berhati-hati dalam memberi

arahan yang jelas kepada para pelajar. Guru juga perlu bertanggung jawab dan memberi fokus

kepada aktiviti yang pelajar jalankan terutama aktiviti di luar bilik darjah. Guru mesti sentiasa

memantau dan tidak boleh membiarkan pelajar menjalankan aktiviti sendirian bersama rakan-

rakan tanpa melibatkan serta pemantauan sewajarnya daripada pihak guru sepanjang pengajaran

dan pembelajaran yang dijalankan. Guru juga perlu memberi penerangan dan arahan yang jelas

sebelum menjalankan aktiviti seperti prosedur penggunaan alatan dan langkah-langkah

keselamatan bengkel atau peralatan yang akan digunakan. Guru tersebut tidak seharusnya

menyuruh pelajar mengambil peralatan seperti cangkul tanpa pengawasan tahun.


5

Rakan-rakan sekelas juga perlu memainkan peranan untuk menjaga keselamatan diri dan rakan-

rakan ketika menjalankan aktiviti. Aminudin juga perlu bertanggung jawab dan mengambil

tindakan yang sewajarnya di atas apa yang berlaku kerana Raihan telah memberi teguran serta

tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh Aminudin tersebut. Sebagai rakan sekelas, pelajar

perlu mengambil tindakan segera yang sewajarnya sekiranya terdapat sikap atau tindakan yang

tidak disenangi dan diberi teguran oleh rakan sekelas. Raihan juga sepatutnya perlu memaklumkan

kepada guru lebih awal selepas teguran diberikan dan tidak diendahkan oleh Aminudin. Gurauan

senda tidak harus dibiarkan ketika melakukan aktiviti yang melibatkan risiko kecederaan Pelajar-

pelajar lain yang berada sekitar kejadian juga sepatutnya perlu peka dan sama-sama mengambil

tahu serta cakna dengan apa yang berlaku pada peringkat awal sebelum kejadian tersebut berlaku.

Tindakan mahkamah menjatuhkan hukuman salah dan denda kepada guru tersebut boleh

menyebabkan guru berkenaan mengalami gangguan emosi dan mental untuk terus menjalankan

tanggung jawab serta peranan sebagai seorang guru. Guru tersebut juga akan merasa takut dan

bimbang untuk melakukan aktiviti seumpaan itu kerana masih dihantui dengan kejadian yang tidak

diingini tersebut. Ini boleh menyebabkan gangguan kepada pengajaran yang berkualiti guru

tersebut. Ketika kejadian itu berlaku, guru tersebut mesti pelbagai persoalan yang bermain di kotak

fikirannya yang boleh menyebabkan emosi beliau terganggu. Perasaan bersalah dan trauma dengan

kejadian yang berlaku ini mungkin masih menghantui mental dan emosi guru tersebut. Di samping

itu, guru-guru lain juga merasa bimbang dan takut untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah

kerana bimbang berlaku kejadian seumpaan ini. Ini boleh menyebabkan kreativiti dan aktiviti

amali di luar bilik darjah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna oleh guru-guru kerana

kebimbangan akan diambil tindakan saman oleh pihak berkuasa.


6

Pihak-pihak tertentu perlu memainkan peranan untuk mengambil langkah-langkah

mengatasi masalah yang sama daripada berlaku lagi pada masa akan datang. Pihak pentadbir

sekolah perlu mengadakan taklimat kesedaran dan langkah-langkah keselamatan yang perlu di

ambil oleh semua guru serta pelajar sebelum dan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan

terutama aktiviti pengajaran di luar bilik darjah. Tampalan poster peraturan dan langkah-langkah

penggunaan keselamatan peralatan serta bilik khas juga perlu diperbanyakan sebagai peringatan

kepada para pelajar. Pihak pentadbir sekolah juga seharusnya memberi penekanan berkenaan

kesedaran tentang undang-undang tort dalam kalangan guru-guru. Kementerian Pelajaran

Malaysia mungkin perlu memperkenalkan kehadiran dua orang guru atau pembantu guru bagi

sesuatu matapelajaran yang mempunyai unsur risiko keselamatan yang tinggi kepada pelajar.

Kesimpulannya, tidak kira samada sektor perindustrian, pertanian ataupun sektor kerja yang lain,

masing-masing mempunyai risiko tersendiri yang perlu diambil kira dan dicegah. Pekerja dan

majikan perlu sama-sama mengambil inisiatif untuk menjaga aspek keselamatan dan kesihatan di

tempat kerja.

Sekiranya seseorang guru itu terlibat dalam kes mahkamah yang melibatkan gantirugi,

maka guru tersebut haruslah bersedia dari segi mental. Pentadbir sekolah dan semua guru perlu

memahami proses litigasi yang bakal dihadapi. Guru juga boleh mencari bimbingan daripada rakan

sekerja, peguam, buku, dan laman web mengenai tindakan undang-undang yang bersesuaian. Guru

yang terlibat kes tidak perlu berbincang mengenai butir-butir kes dengan sesiapa pun.

Sebagai rumusan, adalah penting untuk sentiasa berwaspada dalam melaksanakan

tanggung jawab dan integriti sebagai seorang guru. Malangnya, ramai guru tidak memiliki

kesedaran undang-undang yang jelas tentang hal ini. Profesion perguruan perlu diperkukuhkan

dan dimartabatkan sebagai kerjaya yang profesional. Dengan ini, martabat, maruah dan nasib guru-
7

guru dapatlah dibela sekiranya berlaku peristiwa yang tidak diingini. Semua pihak terutama pihak

pentadbir dan guru mesti memainkan peranan yang sewajarnya untuk tidak berlaku lagi kejadian

atau kes-kes seperti ini pada masa akan datang.


8

RUJUKAN

Hee, T. F. (2014). Undang-Undang Pendidikan Di Malaysia. Subang Jaya, Selangor:


ThomsonReuters Malaysia Sdn Bhd.

Mohd Raihan vs The Goverment of Malaysia. (1982). Current Law Journal, 232-236.

Othman, M. I. (2006). Undang-Undang untuk Pengetua & Guru Besar. Kuala Lumpur: Pts
Professional.

Anda mungkin juga menyukai