Anda di halaman 1dari 4

LAMPIRAN A

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


JAWATANKUASA PENYIASAT
KES KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA ASET ALIH KERAJAAN

1. Menjalankan siasatan dengan segera selepas pelantikan dengan mengambil


tindakan seperti berikut:-
i. Mengenalpasti pegawai-pegawai yang bertanggungjawab ke atas kehilangan;
ii. Menyoal siasat pegawai-pegawai terlibat atau mana-mana pegawai yang
difikirkan perlu;
iii. Meneliti rekod-rekod Aset Alih seperti KEW.PA-2 atau KEW.PA3/ KEW.PA-3
atau KEW.PA-4, KEW.PA.6/ KEW.PA-9, Laporan Polis (jika ada), Laporan
Jabatan Bomba (jika ada) dan Laporan Awal;
iv. Melawat dan memeriksa tempat kejadian;
v. Mendapatkan bukti bergambar sekitar tempat kejadian, salinan dokumen-
dokumen yang berkaitan sebagai bahan bukti (sekiranya perlu); dan
vi. Tindakan lain yang difikirkan sesuai untuk melengkapkan siasatan.

2. Mengenal pasti sama ada Arahan Perbendaharaan dan peraturan-peraturan


berkaitan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (TPA) dan Arahan
Keselamatan Kerajaan dan peraturan dalaman (jika ada) dipatuhi.

3. Mendapatkan keterangan sama ada kehilangan berkenaan berpunca daripada


kecuaian pegawai, kegagalan mematuhi peraturan yang disengajakan,
kegagalan penyeliaan atau tidak mempunyai pengetahuan dalam Pengurusan
Aset Alih Kerajaan.

4. Mendapatkan penjelasan terhadap kelemahan sehingga berlakunya kehilangan


seperti yang dinyatakan dalam perenggan (3) di atas.

5. Mengenal pasti risiko keselamatan serta mengesyorkan langkah-langkah


kawalan dan pencegahan.
6. Menyatakan sama ada tindakan surcaj patut dikenakan atau tidak dengan
memberikan justifikasi dengan jelas di dalam Para 8 KEW.PA-35.
Syor Hapus Kira Tanpa Surcaj dan Tatatertib hanya boleh dibuat bagi kes-kes
yang tidak terdapat kecuaian, penipuan dan kecurian di mana ianya telah
dibuktikan dengan jelas semua langkah keselamatan telah dilaksanakan.
Contoh:
i. Kes Kebakaran yang berpunca daripada pintasan elektrik atau lain-lain;
ii. Kes Kecurian Pecah Masuk Pejabat yang mana semua aset telah
disimpan ditempat yang berkunci dan selamat mengikut ketetapan Arahan
Keselamatan;
iii. Kes Bencana Alam seperti banjir; dan
iv. Kes Kecurian Pecah Masuk Rumah/ Kenderaan di mana aset telah
disimpan ditempat berkunci dan kelulusan pinjaman/ pergerakan aset
telah mendapat Ketua Jabatan;

7. Menyediakan Laporan Akhir Kehilangan Aset Alih KEW.PA-35 mengikut


bilangan yang telah ditetapkan berdasarkan kes [rujuk Nota]; dan

8. Menandatangani dan mengemukakan semua Laporan Akhir Kehilangan Aset


Alih KEW.PA-35 yang telah disediakan beserta dokumen sokongan yang
dinyatakan di dalam Senarai Semak kepada Seksyen Pengurusan Aset Alih,
Bahagian Pengurusan Aset, KPM dalam tempoh seperti yang telah ditetapkan di
dalam surat Pelantikan.
Nota:
1. Bilangan KEW.PA-35 yang perlu disediakan adalah seperti berikut:
Kes Kuantiti Aset Bil Pegawai Pegawai Yang Lokasi Bilangan
Yang Hilang Bertanggungjawab Ke Terlibat Kehilangan & Kew.PA-35
Atas Aset Menghilangkan Lokasi Akhir Yang Disediakan Oleh
Aset Aset JK Penyiasat
 Kes Pecah Masuk Pejabat Aset
 Kes Kebakaran Pejabat 1 aset 1 orang - disimpan di 1
 Bencana Alam 1 lokasi
 Kes Pecah Masuk Pejabat Lebih Aset
 Kes Kebakaran Pejabat daripada 1 orang - disimpan di 1
 Kes Bencana Alam 1 aset beberapa lokasi
 Kes Pecah Masuk Pejabat Lebih Lebih Aset Bilangan
 Kes Kebakaran Pejabat daripada daripada - disimpan di Kew.PA-35 disediakan
 Kes Bencana Alam 1 aset. 1 orang. pelbagai lokasi. mengikut Bilangan
Pegawai Yang
Bertanggungjawab.

Cth: 5 aset Cth: 3 orang Cth: 3 lokasi Cth: 3 KEW.PA-35


 Kes Kehilangan Aset Di Pejabat
Aset
(Bukan Kecurian, Bukan 1 aset 1 orang - 1
disimpan di
Kebakaran, Bukan Bencana 1 lokasi
Alam)
 Kes Kehilangan Aset Di Pejabat Lebih Lebih Aset Bilangan
(Bukan Kecurian, Bukan daripada daripada - disimpan di Kew.PA-35 disediakan
Kebakaran, Bukan Bencana 1 aset. 1 orang. beberapa lokasi. mengikut Bilangan
Alam) Pegawai Yang
Bertanggungjawab.

Cth: 5 aset Cth: 3 orang Cth: 3 lokasi Cth: 3 KEW.PA-35


 Kes Pecah Masuk Rumah/ Kehilangan
1 aset 1 orang 1 orang berlaku semasa 1
Kenderaan Pegawai Yang
[Pegawai Yang aset dipinjam
Meminjam Aset
Meminjam] oleh Pegawai
 Kes Pecah Masuk Rumah/ Lebih Lebih
daripada daripada 1 orang Kehilangan 1
Kenderaan Pegawai Yang
1 aset. 1 orang. [Pegawai Yang berlaku semasa
Meminjam Aset
Meminjam] aset dipinjam
Cth: 2 aset oleh Pegawai
Cth: 2 orang
2. Panduan Pengiraan Nilai Semasa Aset Yang Hilang

a. Berdasarkan anggaran semasa aset semasa tarikh kehilangan berlaku; atau

b. Berdasarkan Prinsip Perakaunan Akruan dalam Garis Panduan Pengiraan Susut Nilai yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara; atau

c. Berdasarkan kepada harga pasaran aset semasa kehilangan berlaku bergantung kepada keadaan tertentu aset; atau

d. Berdasarkan kepada kaedah pengiraan susut nilai lain yang dicadangkan oleh pakar aset berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai