Anda di halaman 1dari 3

SPSK PK 07/3

SK TAMAN MEDAN
KM 12, JALAN KLANG LAMA, 46000 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET KERAJAAN (JKPAK)


KALI KEEMPAT (4) / TAHUN 2019

TARIKH : 14 Januari 2020 (Selasa)


MASA : 1.00 – 2.00 Petang
TEMPAT : Bilik Gerakan

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


En. Khairul Nizal Bin Abu Bakar Guru Besar
Pn. Nihlah @ Beah Binti Ram Penolong Kanan Pentadbiran
En. Nawawi Bin Mohamed Yunos Penolong Kanan HEM
En. Mohd Helmi Bin Noordin Pegawai Aset
En. Jahity Bin Johari Pegawai Pemeriksa Aset & Inventori
En. Ab. Muain Bin Ab Manaf Pegawai Pemeriksa Aset & Inventori
En. Hakimi Bin Saidin Pegawai Pemeriksaan Pelupusan
En. Hasri Bin Sabtu Pegawai Pemeriksaan Pelupusan
Pn. Noor Azian Bt Md Azmi Pegawai Pemverifikasi Stor
Pn. Mahani Bt dak Pegawai Pemverifikasi Stor
Pn. Kamsiah Bt Kasirun Pegawai Stor
En. Khairul Ifham Roslan Pegawai Stor
En. Mohd Aswad Anuar Rashid Pegawai Penerima Stor
Pn. Zarma Yusoff Pegawai Penerima Stor
En. Nor Azuwan Mohamad Pegawai Penerima Aset & Inventori
En. Alauddin Yahaya Pegawai Penerima Aset & Inventori
Cik Norshahidah Abdul Rahim Pegawai Perakuan Pelupusan Bukan Peralatan
En. Syamsul Bakhtiar Pegawai Penyaksian Pemusnah Aset Alih

Tidak Hadir Bersebab:


Tiada

Urusetia Mesyuarat:
En. Mohd Helmi Noordin

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Guru Besar Encik Khairul Nizal Bin Abu Bakar mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran semua ahli jawatankuasa ke mesyuarat pada hari ini.
1.2 Untuk makluman, berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan yang baharu mesyuarat
bilangan keempat bagi tahun semasa adalah pada bulan januari – februari.
Tindakan: Makluman

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.

2.1. En. Jahity Bin Johari mencadangkan agar minit mesyuarat JKPAK Bil 3/2019 disahkan
dan disokong oleh En. Hakimi Bin Saidin.
Tindakan : Makluman

3 PERKARA BERBANGKIT:

3.1 Kekurangan kerusi dan meja kelas serta meja dan kerusi setiap kelas perlu dillabel atau
letakkan tanda agar tidak lagi berlaku pertukaran meja dam kerusi ke kelas yang lain.
Tindakan : En. Mohd Helmi

4 LAPORAN UNIT – PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Laporan – laporan Aset dan Perolehan

4.1.1 Laporan peruntukan aset.


- Bilik Guru PPKI telah memasang 2 pendingin hawa hasil sumbangan individu.
Tindakan: En. Mohd Helmi

4.1.2 Laporan kedudukan semasa aset alih kerajaan.


- Kerusi kayu dan meja kayu murid yang tidak digunakan lagi dan masih elok
diletakkan di kawasan lompat jauh.
Tindakan : En. Mohd Helmi

4.1.3 Laporan pemeriksaan aset alih kerajaan.


- Pemeriksaan aset alih kerajaan telah dibuat dan laporan aset alih kerajaan
berakhir 2019 telah siap dan akan dihantar ke PPD Petaling Utama.

Tindakan: En. Mohd Helmi

4.1.4 Laporan kedudukan stok suku tahun dan tahunan.


- SK Taman Medan hanya mempunyai stok unit sahaja.
Tindakan: Makluman

4.2.5 Laporan pemeriksaan dan verifikasi stok.


- Tiada pemeriksaan dibuat kerana SK Taman Medan hanya mempunyai stor unit
sahaja.

Tindakan:Makluman

4.2.6 Kedudukan aset hidup haiwan, ikan dan tumbuhan.


- Tiada
Tindakan: Makluman

4.2.7 Laporan pemeriksaan aset hidup.


- Tiada
Tindakan: Makluman
5 HAL-HAL LAIN

5.1 Penerimaan dan pendaftaran sebarang aset hendaklah diterima dan didaftarkan
mengikut prosedur dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia.

5.2 Permohonan pemasangan pendingin hawa di bilik guru PPKI telah dipasang dan
dipersetujui oleh Tuan Guru Besar.

5.3 Terdapat perubahan pada KEW PA. 7 di mana no pendaftaran perlu diisi dalam borang
tersebut.

5.4 Unit aset perlu membuat semula semakan barang-barang yang masih belum dilabel.

5.5 Setiap pergerakkan aset alih kerajaan di bilik-bilik khas perlu direkod kepada unit aset
untuk tujuan pemantauan.

Tindakan : Makluman

6 PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang dengan ucapan penghargaan
dan terima kasih oleh pengerusi kepada guru-guru yang hadir.

Disediakan oleh ,

......................................
( Mohd Helmi Noordin )
Setiausaha
Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK SKTM)
Tarikh: 14 Januari 2019

Disahkan oleh ,

..................................................
( En. Khairul Nizal Bin Abu Bakar )
Guru Besar
SK Taman Medan

Anda mungkin juga menyukai