Anda di halaman 1dari 4

HOLO-BOX

PENGENALAN
HOLO-BOX merupakan bahan rangsangan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) pemulihan khas yang menerapkan unsur hologram bagi meningkatkan
minat pembelajaran murid pemulihan kerana HOLO-BOX mampu membawa
gambar 2D menjadi 3D. Menurut Ghuloum (2010), unsur hologram yang
diterapkan dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan keberkesanan
pengajaran guru. Penerapan unsur teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
dalam PdP mampu menggantikan zaman pengajaran Chalk and Talk bagi
menghapuskan kebosanan pembelajaran murid pemulihan khas. Oleh itu, bahan
inovasi ini dihasilkan bagi mengatasi masalah pembelajaran murid pemulihan
khas serta mempertingkatkan minat pembelajaran mereka.

HOLO-BOX juga dapat digunakan dalam mana-mana mata pelajaran.


Video hologram yang berlainan dapat dihasilkan melalui aplikasi seperti
Cyberlink PowerDirect dan PowerPoint bagi menyesuaikan isi kandungan
pengajaran hari tersebut. HOLO-BOX ini dapat dikomersialkan kepada semua
guru yang memerlukan bahan tersebut.

OBJEKTIF
 Membantu murid pemulihan khas meningkatkan kemahiran membaca
perkataan V + KVKK.

FUNGSI
 Meningkatkan minat dan motivasi pembelajaran murid pemulihan khas.
 Menerapkan unsur TMK dalam PdP pemulihan khas.

KEPERLUAN SISTEM DAN PERISIAN


 Telefon Pintar (Andriod & IOS)
 Cyberlink PowerDirector 16

Anggaran Perbelanjaan HOLO-BOX


BAHAN HARGA (RM)
Kotak Cardboard x 1 4.00
Plastic Cover (A3) x 1 5.00
Gunting x 1 2.00
Pembaris x 1 0.90
Tape x 1 1.80
JUMLAH 13.70

CARA MENGHASILKAN PYRAMID


HOLOGRAM
Peralatan dan bahan seperti gunting, pembaris, tape, kotak cardboard dan
kertas plastik mudah didapati. Cara menghasilkan pyramid hologram ini agar
mudah. Langkah-langkah untuk menghasilkan pyramid hologram adalah
berdasarkan link video ini https://www.youtube.com/watch?v=YfzEwI6nAMM
CARA PENGGUNAAN HOLO-BOX
1. Guru menunjukkan cara mengeja dan menyebut perkataan V + KVKK
dengan kad imbas.

2. Guru meminta murid mengulangi cara penyebutan perkataan tersebut


secara individu dan berkumpulan.
3. Guru menayangkan video hologram dengan telefon pintar dan
meletakkan telefon pintar dalam kotak hologram.

4. Guru akan meletakkan pyramid hologram di atas skrin telefon pintar dan
menayangkan video hologram yang disediakan.
5. Murid diminta melihat hologram SpongBob melalui lubang kotak
tersebut dan mengikut arahan daripada hologram SpongeBob dan
membaca dengan bimbingan SpongeBob.

6. Guru juga akan mengulangi langkah 5 sehingga murid dapat mengeja dan
membaca perkataan yang dipelajari.

RUJUKAN

Ghuloum, H. (2010). 3D hologram technology in learning environment.


In Informing Science & IT Education Conference(pp. 693-704).

Anda mungkin juga menyukai