Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN COMBINED,

KUCHING, SARAWAK

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM KECERIAAN (LUKISAN MURAL)

TEMPAT :
DINDING DEWAN BESAR DAN LALUAN TANGGA BLOK-BLOK SEKOLAH

TARIKH :
30 SEPTEMBER 2015 HINGGA 16 OKTOBER 2015

ANJURAN :
PELAJAR GURU PISMP SEMESTER 8 AMBILAN JANUARI 2012

1. PENGENALAN
Projek keceriaan merupakan salah satu projek yang dianjurkan oleh para guru
pelatih Semester 8 PISMP Ambilan Januari 2012 dalam memenuhi terma dan
syarat Program Internship selama satu bulan. Projek ini sekaligus dapat menguji
kreativiti guru pelatih di samping dapat melihat komitmen guru pelatih dalam
menjayakan sesuatu projek.
2. RASIONAL
Mural-mural yang dilukis berupaya untuk menerapkan kata-kata semangat dan
nilai-nilai murni dalam kalangan warga sekolah di samping memperindah dan
menceriakan suasana persekitaran sekolah.
3. MATLAMAT
Memperindah dan menceriakan dinding ruang tangga dengan lukisan mural yang
memuatkan nilai-nilai murni. Mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama
antara pelajar guru dengan warga Sekolah Kebangsaan Combined.
4. OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada pelajar guru
untuk melaksanakan sesuatu projek.
3.2 Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi antara pelajar
guru dengan warga sekolah.
3.3 Memberi pelajar guru ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala
kemahiran yang telah dipelajari di IPG.
3.4 Memberi peluang kepada pelajar

guru

untuk

merancang

dan

melaksanakan aktiviti di sekolah.


3.5 Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab pelajar
guru dalam program yang dilaksanakan.
5. TEMPAT
Dinding dewan besar dan laluan tangga blok-blok Sekolah Kebangsaan Combined.
6. TARIKH

30 September 2015 hingga 16 Oktober 2015 (2 Minggu)


7. JAWATANKUASA PROJEK
Rujuk LAMPIRAN A

BIL

PERKARA

HARGA

KUANTITI

JUMLAH

RM18.00

5 x RM18.00

RM 90.00

RM 8.50

5 x RM 8.50

RM 52.00

RM 2.00

5 x RM 2.00

SEUNIT (RM)
1.

2.

Cat Pelaka
- Biru
- Hitam
- Merah
- Putih
- Hijau

Berus Cat
- Berus besar
- Berus kecil

JUMLAH

RM 142.00

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

9. IMPLIKASI KEWANGAN
Sumbangan sekolah dan dana dari orang perseorangan.
10. KESIMPULAN
Pihak Sekolah Kebangsaan Combined dipohon agar meluluskan kertas kerja ini
agar projek yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Pengalaman yang ditimba
sepanjang pelaksanaan projek ini akan dijadikan sebagai satu sandaran atau
pedoman ketika berada di lapangan kerjaya seorang guru.

Disediakan oleh,

...............................................
(ALICIA JUNE ANAK IHA)
Pelajar Guru
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Disemak oleh,

...............................................
(PUAN SHARIPAH SAPTUYAH BINTI WAN OTHMAN)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Combined

Disahkan oleh,

..
(PUAN SAFTUYAH BINTI HAJI ADENG)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Combined
LAMPIRAN A : AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KECERIAAN
LUKISAN MURAL

PENASIHAT:
PUAN SAFTUYAH BINTI HAJI ADENG
(GURU BESAR)

PENGERUSI:
PUAN SHARIPAH SAPTUYAH BINTI WAN OTHMAN
(PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)

SETIAUSAHA:
CIK ALICIA JUNE ANAK IHA

BENDAHARI:
CIK FLORINNA ANAK KENNEDY

AJK DOKUMENTASI:
CIK BEATRICE JUSTINA TEO

LAMPIRAN B : TENTATIF PROGRAM LUKISAN MURAL

HARI

30 September 2015

PERKARA

Mengambil gambar sebelum dan


membuat cat asas di dinding

01 September 2015 09 Oktober 2015

Melukis dan mewarna dinding.


Mencari kata-kata motivasi untuk
ruang laluan tangga

13 Oktober 2015 16 Oktober 2015

Melakukan kemasan terakhir serta


mengambil gambar

Anda mungkin juga menyukai