Anda di halaman 1dari 9

APLIKASI STRATEGI KONTEKSTUAL DALAM P&P PJ

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan menjadi REACT.

RELATING

TRANSFERING

EXPERIENCING

REACT
COOPERATING APPLYING

APLIKASI STRATEGI KONTEKSTUAL DALAM P&P PJ RELATING (MENGHUBUNGKAIT)


Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah. Contoh: Murid sudah pandai menghantar bola dengan menggunakan kaki. Seterusnya, murid diajar untuk bermain bola sepak.

APLIKASI STRATEGI KONTEKSTUAL DALAM P&P PJ EXPERIENCING (MENGALAMI)


Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video, naratif atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya murid-murid dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif. Contoh: Murid dibawa ke padang untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali menggelecek bola. Pengalaman ini boleh digunakan semasa bermain hoki bersama kawan-kawan di rumah.

APLIKASI STRATEGI KONTEKSTUAL DALAM P&P PJ APPLYING (MENGAPLIKASI)


Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain. Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja. Contoh: Murid mempelajari cara-cara menghantar bola dengan melihat video. Murid akan mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh melalui video dengan melalukan amali atau latihan menghantar bola.

APLIKASI STRATEGI KONTEKSTUAL DALAM P&P PJ - COOPERATING (BEKERJASAMA)


Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Contoh: Murid bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali di padang. Penyelesaian amali Pendidikan Jasmani memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya.

Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar. Contoh: Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan.

APLIKASI STRATEGI KONTEKSTUAL DALAM P&P PJ - TRANSFERRING (MEMINDAHKAN)

PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSUAL


Perlaksanaan strategi pengajaran kontekstual memerlukan:

Motivasi
Bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Contohnya, guru boleh menunjukkan contoh perlawanan bola baling kepada murid-murid untuk menimbulkan minat mereka.

Pemahaman Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.

PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSUAL


Kemahiran
Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi mencetuskan pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan masalah harian. Contoh: Selepas murid mempelajari cara penggunaan bangku panjang, guru menanyakan soalan yang akan mendorong murid untuk menyatakan contoh pergerakan yang boleh dilakukan di atas bangku panjang.

Penilaian
Boleh dilakukan dengan cara lisan, pemerhatian, perubahan sikap dan bertulis. Aktiviti boleh dilakukan dengan cara kuiz, perbincangan kumpulan dan penyediaan portfolio.

BIBLIOGRAFI
INTERNET http://cikgunazifah.blogspot.com/2010/09/strategi-kaedah-pengajarandan.html http://www.sekolahdasar.net/2011/06/pengertian-pembelajarankontekstual-dan.html http://www.tutor.com.my/lada/tourism/edu-kontekstual.htm

Anda mungkin juga menyukai