Anda di halaman 1dari 13

TEKNIK DRAMA MAIN PERANAN

AHLI KUMPULAN: ALICIA JUNE ANAK IHA SYLVIA ANAK LANGIE

DEFINISI MAIN PERANAN


Main peranan ialah aktiviti dalam pengajaran yang memberi

peluang kepada murid untuk membayangkan diri sendiri atau


orang lain dalam pelbagai situasi tertentu. Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kelas dan murid-murid yang mengambil bahagian haruslah berlagak seperti watak yang dibayangkan.

MATLAMAT MAIN PERANAN


Murid berasa prihatin dan memahami perasaan orang lain.

Melatih murid mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi.


Berpeluang membincangkan dan memikir masalah diri sendiri lalu memahami diri sendiri dengan mendalam.

Murid berpeluang untuk melakonkan pelbagai tingkah laku atau watak dan mengalami sendiri sesuatu situasi.

Murid berpeluang untuk melahirkan pelbagai perasaan dengan bebas mengikut situasi watak.

Memupuk kemahiran bersosial dan membantu murid yang pasif membina keyakinan diri.
Menggalakkan murid menggunakan bahasa yang bernas dan berkomunikasi secara berkesan.

KONSEP MAIN PERANAN

CIRI-CIRI MAIN PERANAN


Melakukan sesuatu situasi, masalah atau peristiwa yang sebenar secara olok-olok. Tiada skrip disediakan bagi pelakon.

Pelakon melakukan secara spontan setelah diberi


taklimat tentang apa yang dikehendaki dilakukan. Situasi yang dirancang boleh berupa distrukturkan atau yang berupa bebas bagi peserta melakukannya.

CARA PELAKSANAAN MAIN PERANAN


Sebagai langkah permulaan, murid diberikan 5 minit hingga 10 minit untuk berfikir dan merancangkan peranan yang hendak dilakukan. Sambil sebahagian murid melakukan main peranan, murid-murid lain diminta menjadi pemerhati dan mencatat perkara-perkara yang penting untuk dijadikan bahan perbincangan dan analisis kemudian. Setelah main peranan dilakukan, eloklah disusuli dengan perbincangan secara keseluruhan oleh peserta. Perbincangan ini berpusat kepada objektif dan isi yang hendak disampaikan oleh guru.

CARA PELAKSANAAN MAIN PERANAN


Panduan bagi memastikan Main Peranan dapat dilaksanakan dengan licin: Rancang main peranan terlebih dahulu.

Tuliskan peranan yang hendak dilakukan oleh peserta


yang mengambil bahagian. Kawal dan sentiasa beri panduan.

JENIS-JENIS MAIN PERANAN


1. MEMERIHAL

Salah satu cara berkomunikasi dengan pelajar memerihalkan


sesuatu masalah

Contoh: Murid meminta kebenaran daripada Guru Besar untuk mengadakan satu lawatan sambil belajar.

2.

DEMONSTRASI Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah laku atau perlakuan agar pelajar lain boleh mencontohi seperti cara bertutur dengan betul dalam sesuatu situasi.

JENIS-JENIS MAIN PERANAN


3. LATIHAN

Melatih pelajar untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti


kemahiran bertutur dalam situasi perbualan formal.

4.

CERMINAN

Menunjukkan bagaimana sesuatu pelakuan itu dilihat oleh orang


lain.

5.

KEPEKAAN

Mewujudkan kesedaran mengenai perasaan mereka terhadap


sesuatu situasi ataupun orang lain.

KELEBIHAN MAIN PERANAN


Murid dapat meluahkan perasaan dan sikap mereka.

Main peranan menggalakkan kreativiti.


Murid berpeluang merasai situasi yang sebenarnya. Dapat melihat sikap, pengetahuan dan kemahiran murid.

Dapat mempertingkatkan kemahiran bersosial murid.


Satu sistem berkomunikasi berdasarkan aksi dan bukan sahaja secara lisan.

Murid dapat menyusun pemikiran dan bertindak secara spontan


kepada sesuatu situasi.

KEKURANGAN MAIN PERANAN


Jika tidak diawasi, murid akan lebih bermain daripada mencapai objektif pelajaran. Memakan masa. Mungkin menjadi kelemahan kepada murid yang kurang mahir atau pemalu. Murid yang aktif akan mengawal aktiviti.

Mungkin murid yang mengambil bahagian sahaja yang


akan mendapat lebih banyak manfaat.

BIBLIOGRAFI
Buku

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu


Laman web http://qacisa.blogspot.com/2010/08/main-peranan.html http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/kaedahpengajaran-main-peranan.html http://matyusoff.blogspot.com/2010/05/1.html

Anda mungkin juga menyukai